KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 7, 2011

Emm....Manisnya KURMA ini!!!

Sape suka makan kurma sila angkat kaki anda!! Hamboih.. sopan la sikit..angkat tangan udah lea.. hekhekhek (ketawa nakal)
Biasanya, kalau bulan Ramadhan, femes la buah kurma ni,, Mesti ada buah kurma sebagai menu utama untuk santapan berbuka. Sunnah berbuka dengan kurma ni, sebagaimana sabda Nabi S.A.W : " Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci ". (Riwayat al-Tirmizi no. 594)

Satu lagi sunnah Nabi yang berkaitan dengan kurma ni iaitu TAHNIK atau istilah melayu kita "Belah mulut". Rasulullah S.A.W menggosokkan buah kurma lembut yang telah dikunyah oleh Baginda di lelangit bayi yang baru dilahirkan lalu menggerakkannya di dalam mulut bayi tersebut.

Aku pun suka kurma (sedang angkat kaki).. emmm...Manisnya kurma ini!!<-- Perasaan ketika makan waktu bersahur dinihari tadi. Walaupun telah kering, tapi keenakan buah kurma masih lagi terasa. sekarang ni kalau korang selalu mengadap depan TV tu, mesti ada tengok iklan-iklan buah kurma kan..Especially.. Yusoff Taiyyob.. hehehe.. Best ke kurma tu?? Aku makan kurma yang jual tepi jalan jea.. biasalah..tak mampu beli yang mahal-mahal..hahahhaa.. Sedap ke, kureng sedap ke, tak sedap langsung ke, sama je semua bagi aku..Kurma juga pun.. =P

Aku tak pernah tengok pokok kurma depan mata..tengok dalam tenet jea la.. Belakang rumah aku tak de pokok kurma, ada pokok pisang dengan rumah kambing jea..hikhikhik..
Selain dimakan mentah.. kalau buat kek kurma, biskut kurma, coklat kurma, ayam masak kurma (tak de kaitan dengan buah kurma) pun menjadik jugak! paling best kek kurma.. senang jea nak buat kek kurma ni.. guna resepi kek pisang pun jadi jugak, tukar jea pisang tu jadi kurma..hekhek... nak resepi?? nanti-nanti la yea.. Aku kat rumah bujang ni, nanti balik kampung kalau menjadi buat, aku bagi resepi kat awak semua, kalau tak menjadi buat, biasanya kiki,koko,mickey,buncit,tompok (nama-nama kucing) yang akan makan..hehe.. bagus bagi depa dari membazir kan??

Meh nak kongsi sikit tentang ilmu kesihatan berkaitan dengan kurma ni.. info ni aku rembat jea, aku bukannya sainstis nak kaji benda-benda ni.. yang aku tahu, makan jea..sebab MAKAN ITU BEST!! bila dah jadi TEMBAM baru TAK BEST!! kehkehkeh

Info kesihatan berkaitan Buah KURMA ( sumber: Solusi -> dari semalam lagi belek solusi memandang sedang bertapa sorang-sorang kat rumah)

- Membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia
- Mengawal pemakanan agar tidak berlebihan (mesti awak-awak yang berdiet suka statement ni..Awwwww!!)
- Mengandungi Florin dan Kalsium untuk kesihatan gigi ( nak gigi yang cantik macam aku? makan kurma banyak2)
- Kadar magnesium yang tinggi dan kewujudan silenium yang mampu mencegah kanser
- Sangat berguna kepada ibu mengandung kerana dapat membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium dan magnesium yang berfungsi untuk memantapkan jantung dan peredaran darah
- Glukosa yang terkandung dalam kurma ini boleh dihadamkan dengan pantas dan masuk ke dalam sel-sel hati, otak, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan lain

Hebatnya KURMA... Mulai hari ini, bagus pergi beli kurma banyak-banyak dan jadikan kurma sebagai stok sepanjang tahun dalam kehidupan awak-awak dan saya juga!! Jangan time bulan Ramadhan jea ada kurma, bulan-bulan lain pun nak juga berkurma.

Sekian, selamat beramal! =)

Papai!!




2 comments:

Padin said...

kurma kurma kurma... hee sekarang ni aku suka makan Chocodate, kurma yang berisi badam, di saluti coklat, hee tp harga mahal dehh

NinaAz said...

pADIN: HA... BETUL TU..BEST CHOCODATE.. aku pun suka