KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 16, 2014

Makanan Pejal untuk Daffa: Pasta

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Sejak teruja dengan kecomelan baby pasta stars by Heinz, tak senang duduk aku dibuatnya. Kekiri salah kekanan pun salah. Ketaq-ketaq tang tuu jugak aku nak bagi anak aku makan pasta stars tuh. Haha. gedik betul mak dia nih. Biasalah, anak sorang memang macam-macam nak cuba kan., macam-macam nak bagi makan dan 'rajin' masak untuk anak. anak sorang lah katanya. kata dia lah. Tapi kata aku. its depends on us.. Mudah-mudahan ank kedua, ketiga dan untuk anak bongsu aku sekalipun, aku masih lagi 'rajin' seadanya. kihkihkih.. 

Giant adalah grocery yang paling dekat dengan rumah aku. Cenonet jea pun. Barang pun banyak yang tak ada dari ada. Kadang-kadang sampai buntu aku nak cari barang dalam giant tu. Buntu tu pun berlaku selepas aku excited nak masak untuk anak aku... Dulu masa fenomena butternut squash, cari dalam Giant, tak ada. Beet root pun tak ada. Zucchini pun tak ada. Avocado jarang-jarang ada. haha. kemain makanan anak aku kan. yea. aku memang beria.. 

Korang yang duduk area kajang/cheras. Korang perasan tak ada Mall baru lepas toll batu 9? Cheras Central shopping mall. Dalam tu ada Jaya Grocer uolls! Baru aku tahu ada jaya grocer dalam tuh. adoii... 

Yealah.. sebelum ni kalau barang basah, sayur bagai beli dekat giant jea. Paling tidak kedai abang sado misai tebal belakang jalan tu jea aku cari. Jaya grocer, cold storage bagai tu jakun la maks. Mana pernah kaki aku ni jejak kat situ. Macam tak sesuai pulak orang kampung macam aku ni beli belah kat sana. haha. gitu. Tapi sebab daffa punya makanan punya hal, gigih jugaklah aku mencari. Ada orang cakap, barang kat situ mahal, tapi aku tengok., biasa2 jea. harga lebih kurang sama. haa. pampers lagi murah dari Giant taw! kikiki 

So semalam aku nekad ke Jaya Grocer semata-mata nak bagi anak aku makan pasta minggu ni. kikiki. Menu kami laki bini hari2 sama pun rileks jea, hari ni sup ayam, esok ayam tomyam. lusa sup ayam, tulat ayam tomyam. nasib la bangg oiii.. kikiki. Tapi kalau menu untuk anak, aku yang cepat bosan kalau bagi yang sama jea hari2. padahal, anak aku telan jea mende apa pun., mak dia jea yang over terlebih. 

Jaya Grocer - Bagi aku, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sayur dan buah yang aku nak semua ada. Cuma yang agak terkilan, baby pasta heinz jea yang tak ada. OOS kot. sedih.sedih...


Aku jumpa beet root dalam jaya grocer. Dah lama cari nak bagi daffa makan. dan aku pun nak cuba makan jugak. tak pernah makan pun benarnya. haha. Beet root ni banyak khasiat taw. Korang boleh google pasal beet root. 


So hari ni aku nak share dengan korang menu pasta yang telah berjaya daffa habiskan. Suka kemain anak aku. Well, first time lah katakan. Asyik nasi jeaa. daffa bosan la buuu!. ceh. 

Cous-cous (san remo brand) with yogurt and banana 




Masak cous2 ni senang jea. Aku just rendam dalam air panas menggelegak jea. Agak-agak dah kembang dan lembut baru aku toskan. Senang giler kan?. So lepas ni agak2 malas tahap chipmunk tuu aku redah cari cous-cous sajalah. 

Yogurt yang aku beli ni brand Farm Fresh. Aku ambik yang jenis Natural punya. Melalui review-review yang aku baca, natural yogurt dari farm fresh is better for your baby. So, lepas dah toskan, masukkan cous-cous dalam mangkuk, gaul dengan olive oil, potong pisang fresh sesuka hati, masukkan yogurt dan sedia untuk dimakan :)



Satu mangkuk ni licin habissss!! Daffa like it! nyum2. 'DAP' kata dia

Semi Cicoria (riscossa brand) with cheese, fried salmon, broccoli and potato 




Semi Cicoria ni amoi beranak dua dalam mall yang rekemenkan. Sedang syok2 aku cari barang, pergi rak depan, pusing rak belakang cari pasta baby heinz (padahal dah tahu oos).. tetiba tanpa sengaja aku terlanggar anak amoi cun tuh. langgar dengan hipseater daffa kot. siap meng'auw' lagi dia. adei. sakit bokalih... 

Lepas say sorry, aku pura-pura tengok dan pegang pasta kutmiut bentuk a b c brand apa ntah aku lupa., dah namanya pura-pura kan. debor sebab langgar anak orang punya pasal. Tetiba amoi tu tunjuk semi cicoria ni kat aku. 

Amoi: Pasta ini bagus oo. Saya kasi anak saya makan dari dia baby sampai sekarang. (anak dia ada dua. umur dalam 2-4 tahun kot. aku teka jelah) 

Aku: oooo. 

Amoi: Itu pasta *sambil tunjuk yang aku pegang* tak bagus woo. Ini aah, dia ada a b c (mungkin sampai z) bila u rebus ah, ini a sudah masak, ini yang lain ada belum. dia tidak sama masak oo 

Aku: ooo. itu macam kaa. baguslah. ambik yang ni jelah. TQ aaarr amoi. *terus aku blah*. 

hah. gitulah cerita pasta semi cicoria nih. nak jugak up story kann.. haha. BTW, sedap jugak pasta ni. *tetiba* 

Cara nak masak dia macam korang rebus spageti jer. Rebus sampai masak dan toskan (letak olive oil masa rebus). Lepastu aku gaul dengan puri brokoli dan puri kentang (ready stok, frozen - panaskan dulu baru masuk dalam pasta). Parut keju. Tabur Salmon (yang digoreng dengan olive oil). Blend kasar. Ready to eat!. 

Untuk Keju, aku beli brand BEQA. Antara review yang aku jumpa, Beqa ni antara keju yang paling rendah kandungan sodiumnya (keperluan sodium untuk baby kurang dari 400gm. ek?) dan keju BEQA ni jugak antara yang paling sesuai untuk baby. :)  


Sebelum blend. Sedap ok. sedap

Ready to eat. Blend kasar . Ini pun anak aku suka. hurm. like mother like son. Apapunnn makan. janji masuk mulut. Agagaga~

Ok. Puas hati aku bila dapat bagi anak aku makan pasta. Tapi masih tak puas hati lagi sebab bukan Baby pasta heinz. Warghhh. meroyan kejap. 

Ok uolls. Iklan jap. Honey Soap by Kaylena Beauty dah ready stock. femes sangat sabun ni, cepat giler habis. Ada yang nak cuba? pm kita ek. 0193190117


                     

TQ for reading! K bai!~         





11 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum nina. wahhh teruja tengok menu daffa. tak sabarnya. lagi seminggu je adam leh makannnnn ~~

cik mah said...

Bestnyer..Cik mah beli lama dah cous cous...wat je x lagi..hahahha

Unknown said...

wahhh wajib cuba ni!!!

MizzTina said...

ok..blh try kat danish ni..

Unknown said...

cous2 xpernah cuba sbb payah nk jumpa..

zeera lily said...

nina, tq for sharing..
wajib try nih... nampak mcm sedappp je..

Siti Hajar said...

Salam wbt :)
Special sangat ni makanan untuk Daffa! Lagi-lagi air tangan ibu.

eima said...

wahhh nanti nk try apply kat anak coming soon klu ade rezeki ... aku dlu beras2 dan beras je ...pelbagai jenis beras guna ...

Nursaila Norman said...

oh pasta! saya suka..harap baby pun suka pasta..tp lambat lagi..hehe! thanks for sharing nina :)

kina pinkbubble said...

Bulan 12 nnt amni dh start mkn boleh la ibu daffa jd mentor dlm nk prepare mkanan ni..hehehe...

Raihanah Ahmad said...

i pernah dengar org buat kuskus ni. tp memang tak reti buat, twngok ni baru dapat ilmu baru