KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2016

Scan baby 3D/4D + Detail Scan dalam 2D - Poliklinik An-Nur Bandar Mahkota Cheras

Assalamualaikum... 

Sabtu lepas saje booking untuk scan baby. Awal bebenor nak buat 4d kan? haha. mak excited ginilah rupa dia. Baby dalam perut asyik kuis2 tendang2 jea. makin hari makin tak sabar pulak nak tengok aksi baby dalam perut. tu yang overexcited pi scan tu. hehe 

Macam Daffa dua tahun lepas, dalam 25 weeks baru kami buat 4d scan. Adik Daffa kali ni awal 2 weeks. ngam2 nak masuk 23 weeks. hehe. 

Macam dulu jugak, aku just booking online dalam web 3D 4D Scan Malaysia. Appoinment di Poliklinik An-Nur Bandar Mahkota Cheras. gigih bebenor nak hadap pergi klinik yang jauh kan. padahal dekat rumah aku ada je Klinik Nurul. Hehe. Klinik Nurul pun agak femes gak sekarang. selalu lalu dia punya iklan dalam wall fb aku. Murah pun murah kat Klinik Nurul tu. kalau tak silap utk 3d4d rm70 kat situ. heee. Tapi sebab aku nak buat detail scan 2D, so aku direct appoinment dengan 3d4d scan Malaysia. tak pasti pulak klinik nurul tu dapat buat tak details scan kat situ. lupa nak tanya. hihi 

Untuk pakej dalam 3d4d scan malaysia ni korang boleh tengok SINI yea. 

Detail scan ni pulak ada week2 tertentu untuk scan. Dari 18 weeks - 24 weeks sahaja. Melalui apa yang sonographer tu cakap, kalau dah lebih dari 24 weeks boleh je nak buat detail scan (partial), tapi agak susah sebab baby dah padat dalam perut. hehe. nanti result yang akan dapat tak berapa nak accurate. Berbeza masa baby kurang dari 24 weeks (full detail scan). baby masih lagi boleh bergerak sana sini , golek sana sini, so senang untuk mengesan dan memeriksa perkembangan bayi. gitu. 

Scan kali ni miss Ada yang buat. Tercari2 jugak nama miss jezzlyn sebab scan daffa dulu buat dengan dia, Rupa2nya miss jezzlyn tengah dalam sesi pantang 29 february onwards. hehe. patutlah nama dia tak de :) Entri time scan daffa dulu bersama miss jezzlyn.


hai. dulu saya adik. sekarang saya bakal abang. harharhar

Lama jugak buat scan ni. sejam lebih kot. sampai dah boring2 dah si Daffa. kejap je dia tengok baby dekat skrin tu. selebihnya nak mengusik barang2 yang ada dalam Klinik. hahaha. tak reti2 penat. berlari sana. berlari sini. dah namanya budak kan :) 

First time buat detail scan ni. Rasa sangat2 teruja. Alhamdulillah. diberi peluang sekali lagi untuk merasa nikmat menjadi seorang ibu yang 9 bulan membawa kemana sahaja anak didalam perut ni. hehehe. Bila dapat melihat perkembangan bayi dalam kandungan, dan dapat melihat satu persatu perkembangan bayi dari sudut organ dalaman, kaki dan tangan, muka, jantina, tulang belakang dan otak.. subhanallah..Maha suci Allah..sebaik-baik pencipta. Indahnya ciptaanMu. Semoga anak ibu sentiasa sihat dan membesar dengan baik hendaknya. InshaAllah :) 

Baby kali ni sangat2 berbeza dengan abang dia. Kalau daffa dulu asyik show off jea muka dia, adik daffa ni pemalu sungguh. asyik letak tangan je kat muka. malu laaa ibu tengok kite. gitu lah kekdahnya. haha. sampaikan aku kena buat senaman dalam bilik doktor, nak bagi dia gerak2 sikit. kalau boleh dengan kaki2 nak tutup muka tu, mana taknya, dia punya kaki tu terangkat nak sampai ke muka. haha. adoi. comel sungguh baby ni :)


My baby inside: 23 weeks. 
Mulut tu mulut daddy + abang daffa sangat taw!!! 
hahaha

Thanks a lot Miss Ada. Melayan kerenah aku yang banyak bertanya ni. soalan sama pun diulang2. nasib miss Ada tak pening. hehe. Tq juga atas kesabaran melayan kerenah baby yang pemalu ni. hehehe. 

Oke uols. Doakan kami anak beranak diberi kesihatan yang baik yea. (^_^)

   


Aminnnn. aminnnn.. ya rabbal alamin..

TQ for reading. K bai~!



Friday, March 4, 2016

Guilin (6H5M): Elephant Trunk Hill & Twin Pagodas (Day 5)

Assalamualaikum... 

LAST part cerita kat Guilin. hehe. 

Lama bebenor nak update entri last yea :). Hari ni baru nak settlekan entri travel taun lepas. bercinta nak menaip. 

Hari ke lima kami di Guilin adalah hari yang terakhir untuk kami jalan2 sekitar bandar Guilin. esoknya tu awal2 pagi dah kena check out hotel. so memang tak de masa lah nak jalan2 lagi. Habiskan masa dalam airport je lah jawabnya :) 

Kitaorang keluar breakfast merangkap lunch terus sebelum mulakan perjalanan. mula2 ingat nak isi perut dengan roti je, tapi bila fikir kami just nak jalan kaki merayap je, elok lah kiranya makan nasi terus. energy untuk berjalan.


Sayur yang sangat FRESH. SEDAP LAZAT. 
Belah kiri tu daging telur kot kalau tak silap. Sedap sangat!!! serius~

Aktiviti hari last, kami ke Elephant Trunk Hill (landmark & tourist attraction in Guilin). Elephant trunk hill ni jugak merupakan simbol kepada bandar Guilin. So, kalau datang Guilin wajib singgah Elephant trunk hill. 

Dari restoran kami jalan kaki je ke sana. sebab tak jauh sangat pun. tak jauh dan tak dekat. Kira macam mampu lagi lah nak berjalan. hehe. Berjalan sambil melilau kiri dan kanan.




Tiket untuk masuk ke Elephant trunk hill ni kalau tak silap dalam 70 Yuan sahaja. lagi murah dari masuk gua batu kapur. ratus2 yuan. haha. Aku rasa masuk ke sini lagi berbaloi kot :0


Simbolik! GAJAH :)



Inilah Elephant trunk hill!! bentuknya seakan2 seekor gajah yang tengah minum air :)

Aktiviti yang ditunggu2, mendaki bukit gajah (>_<). Nampak macam senang kan nak panjat tangga ni. Tapi! hanya kaki je yang tahu betapa penatnyaaaaaa nak naik sampai puncak. nasib baik tak krem. dah la suhu sejuk bebenor!



Kat atas bukit ni tak ada apa pun. dah nama pun bukit kan. cumanya, kita boleh tengok view seluruh bandar Guilin!. Subhanallah! cantik sangatttttt!!!!!~





Elephant Eye Rock yang sangat unik. Dalam gua mata gajah ni air sentiasa menitik.





Turun bukit dengan selamatnya :)





Turun je bukit, jumpa dengan booth kecil tempat bergambar untuk pakaian tradisi diaorang. SO, kami pun layan sekali. hehe



Macam apek jual sayur. haha


Seberang bukit, ada kampung misteri yang dinamakan dengan MYSTERIUOS VILLAGE. Apa yang misterinya? aku pun tak pasti. yang pasti, dekat pulau tu dipenuhi dengan patung2 klasik, jambatan yang unik. Pulau tu jugak kalau tak silap aku diaorang panggil LOVE ISLAND. auww. sooo sweet!!



Simbolik. IBU & ANAK. hehe





Mintak tolong amoi Gulin ambikkan pic. 
background belakang hanya nampak ELEPHANT je. kwang2. sadis. 
Tapi boleh laaa dari tak de kan. pic weols bertiga :)

Lewat petang kami terus balik ke hotel. Selesaikan mana yang patut. terus keluar utk dinner & last merayap di bandar Guilin :)


Menu last: Telur dadar, sup sayur & daging lada benggala. hehe. DAGING MASAK LADA BENGGALA serius sedap. rasa blackpapper lagi.

Gambar kenangan katanya. 
Waiter yang hari2 layan kami 'speaking' kat sana. 
ambik menu, describe jenis makanan and bla bla bla :)

Malam terakhir kami just ambik angin malam sekitar bandar Guilin. Singgah makan durian area2 pasar malam ala2 Uptown kalau kat sini. Seronok! Kalau pandai tawar menawar dapat le beli barang murah-murah. hehe.. 

Jejak kaki kat tempat wajib di bandar Guilin. TWIN PAGODAS (sun & moon pagodas).




Pasal pagodas ni ada sejarahnya. Tapi aku tak berapa nak pasti. mohon gugel. hahaha


OTW balik hotel, jumpa bendalah ni tengah jalan. 
Limau barli kot namanya. aku pun tak pasti. 
hadap la pulak buah ni malam2. 
sedap oit





Ok uols. otak tepu tak taw nak taip apa dah. hehe. Next travel InshaAllah lagi dua minggu. Doakan kami selamat pergi dan balik yea. !!! Ahaks~ jumpa lagi!!

TQ for reading!! kbai~