KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 15, 2018

Cameron Highlands (Part 2) : Tempat - tempat menarik di Cameron Highlands

Assalamualaikum... 

Tiga hari duk Cameron tak sempat nak menyinggah semua tempat. haha. Kena duk seminggu dua baru puas hati kot. Walaupun tempat yang kami pegi ni dekat-dekat je.. Tapi kemain duk lama kat situ.Menghayati keindahan alam kononnya. haha. 

Pasar Kea Farm 

Tempat pertama kami singgah.




Dalam 9 pagi dah keluar dari Nova terus ke pasar ni memandangkan jalan masih clear. lagipun jarak 700m je. dekat benor. Tu yang aku cakap puas hati duk Nova. semua tempat yang nak pegi dekat nak oi. haha. Tapi kalau dari arah bertentangan, memang kereta tak bergerak. Mungkin sebab sesak di area Kea Farm. Ok. nasib kami baik. kihkihkih. 

Sekarang dah senang sikit nak parking kereta kat sini. depan kea farm dah ada tempat baru. Luas dan banyak pula tu parking. Masa aku sampai, masih kosong lagi lot parking. Sekali masuk RM3. Ramai yang lebih suka parking di bahu jalan dari masuk parking kat tempat yang ada parking. 

Abang polis apa lagi. Suka haje diaorang kasi surat kenduri. hekhekhek. Ralit aku tengok polis duk sain surat saman. 

Apa yang menarik kat pasar ni?







Macam-macam jenis sayur bunga buah ada. bunga hidup, bunga mati semua ada. jagung bakar jagung rebus. aihhh. jenuh nak kira semua. Bak kata hati aku. Kea farm ni kena singgah lagi bila nak balik nanti. haha. gitu. 

Butterfly Farm 

Hak ni lagi dekat dengan Nova hotel. 180 meter je. naik kereta 1 minit hahah. Tepi jalan jugak ni. Nampak dari luar biasa ja. ingat ada rama-rama ja dalam ni. Tapi bila masuk haiwan lain pun ada. RM7/entry untuk dewasa.



Ada jual kaktus comel2. Satu RM2


Kami teruja tengok ni.. lawo sangat. RARE


Kemain nana posing yaaa

Dedi tunjuk kat appa. ini Rama-rama. 


Nana cakap ni KUCING. hahaha

Haiwan apakah ini?

Chipmunks


Ladang Daisy

Kebetulan abang bangla tengah "retuh" Daisy. cantikkann

Arghhh. bencinya tengok pic sendiri. #70kg. hahaha
  
Mossy Forest (Gunung Irau) 

Lorong nak masuk ke sini betul-betul disimpang tiga Nova hotel. Laluan agak sempit. Kalau aku yang drive gamaknya 20 jam baru sampai mossy forest. kahkahkah. Seriau wehhh.




Ini tempat yang dirindui... Banyak kenangan kat sini. ececece. Keindahan alam yang mendamaikan...





Tahun 2015 

Kali pertama datang sini dan hiking! 

Hiking yang sangat-sangat mencabar. Dengan keadaan tanah yang berselut. Habis kasut dengan selut. 6jam hiking tak rasa apa. Ralit duk tengok lumut-lumut kat pokok. Penat yang berbaloi. Tapi serius weh. tempat ni memang cantik.



 
Daffa setahun lebih. sudah naik gunung irau


Cantikkannnnnn. 


First time tengok periuk kera. haha


Tengok kasut dan seluar. Kejadian selepas mendaki gunung irau 

Tahun 2018 

Datang lagi untuk menikmati udara segar disini. Nak hiking jauh sekali. Fizikal dan mental dah tak kuat. InshaAllah, ada rezeki mahu repeat lagi daki Gunung Irau.


Starting point





Port baru. 2015 tak ada lagi tangga jaring-jaring ni

Indahnya. mesti banyak petai dalam hutan tu. hahahaa


Sengetkan sikit kepala. Supaya dagu berlapis tak nampak. haha

Snap dari atas


Laluan jalan turun dari Mossy forest
   

Mountain Strawberry Farm 



OTW turun dari mossy forest. Singgah Strawberry farm. Tenang ja tempat ni. Tak ada orang. Masa sampai tu ada tiga buah kereta ja. tu pun diaorang dah nak keluar. hehe.


Laluan masuk ke Mountain Strawberry Farm

Kami

Tengah sakan anak-anak gunting strawberi, abang bangla suruh posing nak untuk snap pic pulak. haha. Apalagi kann. maw aja ahkak


Pengalaman baru anak-anak. 


Pandai pulak dia ambik gambar yea.Siap ada strawberry bagai. Pandai pulak mengajar kami posing. haha. Layan jela~





TQ uncle tolong kami ambik gambar. hahaha

Tea Boh Sungai Palas 

Singgah bergambar je. hehe





  

Holidays Park 

Bersebelahan Cameron Square. Betul-betul tepi Nova hotel. Hoooo. tempat ni memang fevret budak-budak ni. Tapi harga untuk satu-satu mainan tu boleh tahan.....GULP!


Bukan takat mainan budak ja ada dalam ni. Makanan, baju macam-macam ada




Pandai pulak tengok kamera

Apa nama ni. Jengkaut kot

Kereta api. 

Hmmmm. budak-budak. Seronoklah kan. kita yang tua ni. tengok je laa~
   
Highlands Steamboat Cheese and Grill 

Puas hati masuk jem 2 jam semata-mata nak makan kat kedai ni. hahaha. Padahal banyak je kedai makan lain dekat dengan Nova hotel. Tapi nak jugak layan 2 jam jem kan. Kalau ikutkan dari Noval hotel ke Highlands Steamboat ni dalam 16 minit je. Tapi sesak punya pasal jadi 2 jam. Merasa jugaklah jem kat cameron malam tu. Kereta dah stuck depan hotel lagi. tapi kami redah jugak. kahkah. 

Banyak sangat pilihan kat sini. Daging, ayam kambing macam-macam jenis perapan ada. Dia punya sos tuuu perghhh boleh tahan nak pilih  you olss! Seafood pun macam-macam. Udang, ketam sotong lala. haihhh. jenuh nak list semua. Air? haaa nak air apa? bandung? sirap? jagung? air hijau? Air macam A&W pun hadooo weh. Strawberry cicah coklat. buah-buahan. hishhh berbaloi sangat dengan harga RM35 satu orang. fuh!










Pic ehsan Facebook Highland Steamboat and grill
  
Bee Farm 

Niat hati singgah nak tengok tempat lebah tuu... Sekali kena turun macam jauh pula. terus malas. hahaa. So bergambar jelah. 



Bila tengok dari atas jauh nak kena turun dan jalan. terus malas hehe



Sarang Madu. Rasa dia kenyal-kenyal gitu. Sedap? emmm macam biasalah. Madu. Tapi aku lagi suka Madu Tualang yang mertua cari dalam hutan. hihihi


Madu Stick. Macam-macam perisa ada tuu. Beli 10 percuma satu. satu RM1. hehe


Lata Iskandar 

Kalau balik ikut tapah, memang akan lalu la tempat ni. Boleh la singgah rendam kaki. Pekena Nasi goreng ikan masin yang sedap. cempedak goreng pun sedap juga. haha.



Kat sini ada cempedak goreng. sedapppp weh



Nana sebenarnya dia frust tu. Sebab kena paksa naik atas. Tak puas berendam. 
Lagi2 bila tengok appa dengan dedi masih ada dalam air. Lagi frust muka dia. 


Itulah kisah dia. Banyak sungguh gambar noo. Macam tak dak hari esok dah. Semua nak upload dalam ni. Ehh. suka hati lahh... 

Ikutkan plan kami, ada lagi tiga tempat yang tak sempat nak pegi, Avant Choc & Ice Cream, Lavender Farm dan Ladang Anggur. haaa. Bila pulak nak datang Cameron tu?? hehehe.. 

3 tahun lagi.... 

TQ for reading! K bai~     




No comments: