KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 7, 2013

Ayam Masak Stim Rendah Kalori

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Ayam Stim low calories. haha. Adakah tajuk entri resepi kalori aku kali ni over? yea la. sikit2 kalori, sikit2 kalori. sampai resepi pun letak jugak nama kalori. Motif sangat kan. Maklumlah... "coach" herbalife lah katakan. tapi time over obsess makanan, tak hengat pun pasal kalori bagai. NGeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ 

Resepi ni actually untuk Ikan sebenarnya. tapi, ikan dengan ayam lebih kurang jea kan. Ini resepi mama aku. Bagi aku, resepi sempoi macam ni sangat sedap dan berkhasiat sebab ada banyak halia. so, aku nak share lah dengan uolls yea. sharing is caring kannnnn... 

RESEPI AYAM MASAK STIM RENDAH KALORI: 

1) Ayam

2) Halia + bawang putih + garam - semua benda ni aku tumbuk lumat dan gaul pada ayam


3) Sos Tiram - juga digaul pada ayam secukup rasa -----> perap ayam sekejap
4) Serai (diketuk), Halia dan bawang besar [aku guna bawang merah sebab bawang besar tak de (T_T) ] di mayang 


5) Sebiji Limau nipis (ambik airnya) + beberapa ketul asam masin (terpulang)

6) Semua bahan pada no.4 dan no.5 tadi ditabur atas ayam yang diperap. kemudian KUKUS sampai masak.

7) SIAP! 


Selamat mencuba! 

TQ for reading! k Bai



Travel Bajet -KRABI ♥

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Actually, kami tak plan pun nak jalan2 musim cuti sekolah bulan 3 hari tu. Semua last minit. Aku risau nak plan apa2 dan kemana2 selagi tak PRU13. Nak plan balik kampung pun pikir 2, 3 kali. Tapi sekarang, rasa lega sikit lepas parlimen dibubarkan. Maknanya.. dah tak lama lagi laa tu PRU13. Boleh laaa aku balik kampung dengan tenang cuti sekolah MEI ni.. Hahaha. 

Last minit plan ni pepaham jea la kan dia punya bajet. Kalau long term planning, bajet nak ke krabi naik Air Asia boleh dapat rm200 taw untuk dua orang pergi balik. Pergh. Seyes jimat gila. Jimat masa dan duit pun off kos jimat. Boleh buat benda lain yang lebih2 tu. Like Shopping! Oh. Heaven. ♥ Haha. 

Masa booking untuk ke Krabi hari tu, kami bayar deposit untuk sewa van pergi balik. Van tu jugak yang bawak kami kemana saja kami nak pergi. So. Deposit untuk 2 orang RM400. Duit minyak dan Tol pergi balik dari KL ke Kuala Perlis  hanya RM230

Duit Thailand agak mahal berbanding duit kita. Hari tu kami tukar MYR1512 (Asalnya nak tukar 1,500 jea tapi dia suruh tambah lagi 12 hengget untuk cukupkan duit.agaga), so kami dapat balik 14, 000 Thai Baht. Kat bawah ni aku listkan (dalam matawang baht sebab kami bayar guna duit sana. Hehe) secara tak terperinci untuk pedoman anda semua yang plan untuk kesana.

1) Hotel - 1600baht untuk  3 hari dua malam 
2) Elephant Trekking - 1000baht untuk dua orang + Tips untuk driver gajah 100baht. Haha. 
3) Phi Phi Island tour - 2400baht untuk 2 orang  + Tips 20baht. 
4) Makan dan shopping - lebih kurang 6040baht 

Jangan tak tahu, bila sampai kat rumah, aku rasa macam nyesal giler tak habiskan duit yang kami dah tukar ni kat sana. bila check2 purse abang, adeh.. ada lagi balance 2840baht. adooii. kalau aku yang pegang semua duit tu, sah2 licin habis kann. bahahaha. 

So, dari 14,000baht dah tinggal banyak ni (2840baht)

kami tukar balik MYR, so kami dapat balik duit kami RM295. duit syiling diaorang tak nak. ohh.sentap. tak pe lah, buat kenang-kenangan. haha. 

Abang belanja Dominos, sebab berjaya tak habiskan duit disana. Apakah???

SO, cer teka berapa total bajet kami kesana? hehe. 

TOTAL BAJET kami kesana lebih kurang RM1,847 hengget untuk dua orang. Kalau nak bajet lagi rendah dari ni, sila jangan shopping disana. ngehngehngeh.~ 

Jangan lupa join Giveaway #1 yea. mana taw ada rezeki kan. hihi 

Kalau nak tengok review kami di sana, boleh Klik link2 dibawah ni yea.


TQ for reading. k bai!






Saturday, April 6, 2013

♥ Honeymoon Trip Day 3 ♥:Awesome Hat Yai Trip

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Last aku jejak kaki kat Hat Yai, masa aku Tingkatan 1 kot! sekitar tahun 2001 kalau tak silap. Aihh! lama aihhh. masa tu time bebudak hingusan lagi. kali ni pergi as a wife. ececece. nak jugak highlight wife tu. motiff sangat. haha 

Semangat abang pakai baju I Love Krabi, dengan harapan dapat jejak kaki lagi kat sini suatu hari nanti.

Krabi bestt taw korang. Walaupun nak cari tempat makan yang HALAL tu agak susah, Krabi mempunyai laut dan pulau2 yang ssaangat cantik! Subhanallah!. Penduduk kat sini pun agak peramahlah.. tapi yang langsung tak tahu english or bahasa, sah2lah macam ayam dengan itik bercakap kan. haha. Ingat lagi time aku call receptionist hotel untuk tanya password WIFI

aku: Hallo, can i get the password for WIFI please (ceceh. hancur speaking aku.. kerlass!! Oh my English!) 
dia: A'aa.. kaw tuuuu 
aku: Hah?? kaw tu??? how to spell?? 
dia: haaaa.. kaw tuu.. 
aku: how to spell r?? C.O.W 2? or C.O.W TWO? K.A.W tu? 
dia: haaa..kaw tuu.. 
aku:(dalam hati.. hah! sah..sah.. dia ni tak paham apa aku cakap). ok. TQ 

Bila aku try taip password tu.. sah2 salahhhkannn. hahaha. rupa2nya, cow 2 tu adalah 999999999 ( 9x 9) hadoiiiii.. kemain panjang passwordnya. dalam bahasa dia, kemain pendeknya.. kau tu, kau tu, kau tu.. 10x ulang pun aku tak paham.haha. 

Sebelum meninggalkan Diamond Cave hari tu, sempat jugaklah kami bergambar kenangan. Hotel ni selesa taw. tapi tak de lah tip top macam hotel 4,5 bintang. Harga pun ok (800THB lebih kurang MYR80), berdekatan dengan Aonang. Tapi kalau korang nak hotel yang kerrlas2 tu, memang tak ah. haha. 


Inilah van yang kami naik. dari Kuala Perlis - Wang Kelian - Krabi - Hat Yai - Padang Besar - Kuala Perlis. Terima kasih pak cik Van (walaupun dia tak baca blog aku..pfffft) bawak kami kehulu kehilir, Terima kasih jugak pak cik kepada wan (pak sedara kawan abang), sebab jadi juru bahasa kami yang awesome! hahaa. senang taw kalau ado orang yang boleh translit apa yang kita nak cakap. btw, pak cik dia memang orang Thailand, no wonder lah dia boleh cakap bahasa Thai kan.

OTW ke Hat Yai, kami singgah lunch kat sini.  Pekena nasik terusss. untuk menambahkan lagi kalori dalam badan, aku order lagi ROTI CANAI PISANG. vavavava. sedap sangat ok!






Tempat pertama yang kami singgah. Kota Hat Yai.. Pusing2 cuci mata. 

Jumpa kucing yang comel. muka penyek. kiut sangat! Teringin nak beli. Tapi, hurm. KUCING? memang tak ah abang bagi pelihara kat rumah. haruu.haruu..

Jumpa kedai sport. off course kena singgah. tempat fevret dia.

tak pasal2 aku paw baju aerobik! hahaha. Made in Thailand. 650THB jea ok!

Jalan2 cari ikan bilis rangup untuk di jadikan kudapan sambil menonton APBH 2012 ahad nih. hehe




Destinasi terakhir sebelum balik.  

KHLONG HAE FLOATING MARKET, HATYAI 

Walaupun air dia tak secantik laut kat Krabi, tapi disebabkan makanan kat sini sangat comel! air kelapa pun comel! so, tempat ni sangat awesome bagi aku! ahaks.

Makanan pertama yang kami beli. Serius! asalnya teruja tengok rupa bentuk yang kiut miut, warna pulak gojes giler.. sekali bila telan! fuh! sedap giler. benda alah ni macam agar2. tapi agar2 ada inti. aku rasala kan, inti dia tu inti kacang hijau yang diblend sampai lumat. serius sedap weh!. 25THB (dalam daun pisang), lebih kurang MYR2.50 



ni pulak Air kelapa.Actually, aku teruja tengok bekas dia. cute weh! satu bekas 40THB





Ok. yang ni aku tak pasti apa. lupa. tapi sedap. rangup2 lagi.


Mangkuk kue tiow tomyam ni pun comel jugak. hahaha



Telur puyuh goreng pun ada uolls. gigih mak cik ni goreng comel2.
  
macam2 lagi ada. disamping mengenyangkan, dapat menambahkan lemak di dalam badan! ahaks!





Souvenier kat sini murah2. Kalau kat krabi aku beli seketul Fridge Magnet 60THB, kat sini 100THB untuk 3 ketul.

Bagi aku la kan... apa yang menarik kat floating market ni, makanan dia la kotttt... ada yang sedap, ada yang tak. but. yang tak boleh aku lupa.... agar2 kacang hijau. ohh...sedapnya! kalau korang datang HatYai, jangan lupa singgah sini cari agar2 comel tu ok! 

Ok guys. nie jea lah yang dapat aku share dengan korang. sharing is caring right! nanti kalau korang buat trip ke Krabi or Hat Yai, mesti korang teringat kat aku kan.. haha. 

Tq for reading. K bai!