KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 3, 2011

Wedding Ceremony ~ ila & Amir~

Assalamualaikum.. Salam 5 Syawal!!!!

hai readers! Dah lama rasanya aku tak buat entri pasal kawin-kawin ni kan?..

Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak kat kawan-kawan aku yang telah pun selamat diijabkabulkan. maaf sebab aku tak dapat menghadirkan diri. kekangan masa yang menyebabkan hal sedemikian berlaku.. maaf yea kawan-kawan.. jangan pulak merajuk sampai turn aku korang tak nak datang yea..hekhekhek (gelak nakal)

Mak aiiiii.... Hari ni aku tak berapa sehat. kesakitan perut yang melampau. Sakit tak de la sampai terguling-guling macam tenggiling, tapi agak penat jugaklah aku ulang alik ke tandas. Sampai terhidrasi. kekurangan air yang boleh menyebabkan kulit aku yang gebu ni menjadi kering kontang... Ahaks! Elok sangatla kalau time-time raya macam ni, pil chikitteaaun(entah betul kea aku eja) sentiasa ada sebagai stok!

Kalau dah macam-macam masuk dalam perut, bercampur aduk tak tentu hala, kesannya sangat membahagiakan.. betul tak? =D

Alhamdulillah.. hari ni, sempurna sudah majlis perkahwinan sedaraku. Seronok,seronok,seronok! seharian aku di rumahnya, tolong apa yang patut, sambil-sambil berposing sakan. Jarang dapat peluang berlama-lama di majlis perkahwinan.

Yea la, kalau setakat rumah kawan tu, tak pasal-pasal jadi tukang sibuk pulak, orang tengok pun tak senang..bila laa budak ni nak balik..hahahaha.. kalau rumah sedara sendiri tak pea. nak tunggang terbalik kea, hape kea.. line clear... Aku tak kesah hape pun~ kalau diorang nak kesah, ada aku kesah? hahahahaha (gelak jahat)

Dari baju warna ungu, warna merah, warna pink, aku jadik tukang photo yang tak bertauliah dan tak ditempah khas dengan hanya menggunakan kamera capuk sahaja. Time pengantin potong kek aku tak sempat nak snap. masa tu aku balik rumah serbu tandas. perut dah tak boleh tahan.. kacau betul!

Memandangkan dah tengah malam buta ni, mata pun dah ngantuk, otak pun dah blur, bagus aku bagi korang review gambar-gambar yang ada ni, segar sikit kan...

Debaran seorang pengantin yang sedang menanti pengantin lelakinya =D

Pelamin yang indah permai lagi mengasyikkan

Hiasan dalaman bilik pengantin~ Hijau itu harmoni

Barang-barang hantaran dari pihak perempuan

Makanan untuk makan beradap. Santapan yang cukup menyelerakan
Sebelum rombongan lelaki sampai, bagus bergambar dulu.. lepas ni, mekap pun dah cair, bulu mata pun tertanggal, gigi pelesu pun mungkin akan tercabut.. Gegar!!!!! =D

baby Zahirah... Anak kakak pengantin.. comel budak ni, dengan semua orang dia layan., tak macam setengah baby tu, kalau bertukar tangan, confirm melalak..uwaaa...uwaaa..

My Cousin, kalau cakap pakwe pun boleh gak ni. walaupun umur beza 6 tahun muda dari aku. Biasalah, aku kan awet muda..haiiiikkkk~

Ini kebulur kea apa ni?

With my younger Sister.. Esok aku ke KL dia ke Perak... hukhukhuk

Baru siap mekap terus snap. Cun betul sedara aku ni..

My MOM!! mama layan stail Dato' CT.. lawa kan tudung tu..aku yang beli.. yes!


Kumpulan boria dari Sri Permai

With hajar

With Rosniza~ Geng sekolah rendah =P - Alamak, selipar jepun tu..kacau betol
Cuba teka ni sape? Alone~ kasiaaannnn ni sumandak, tak dea teman!

Rombongan lelaki sudah sampai. Tiada dalam aturcara yang aku kena pegang payung masa pengantin jalan naik ke rumah.. hehe., orang cakap, kalau dah iring pengantin pegang payung tu.. dah tak lama dah tuuu..hurm..apa yang tak lama?? aku pun tak tahu! hahaha

Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Ayahandaku

Makan beradap/beradat? entah, aku pun tak tahu

Raja sehari~
Alamak! macam hero hindustan laa pulaaaakk..,


Kenangan bersama pengantin =)

Aku suka dress yang warna merah hitam... cun sesangat... pengantin lelaki pun tak kurang segaknya dengan suit uniform PDRM... Tabik springggg =)

Ok lah kengkawan.. Esok aku dah nak pulang ke KL yang tak best tu... dalam jam 8pg aku bertolak. Dengar-dengar, hari ni ada yang bertolak ke KL lepas subuh, sampai sana jam 8mlm. Aku pulak bertolak esok jam 8pg entah jam berapa sampai. Yang penting!! Selamat sampai!! doakan aku yea kengkawan..

Tahniah buat Ila dan Suami. SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA DIBERKATI YANG MAHA ESA... AMIN~

p/s: mood kerja masih lagi 0%

Papai!!



1 comment:

Sarah Khan said...

nice lah! ;)

btw selamat hari raya.