KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 27, 2011

Cara Sihat Makan Aiskrim

Assalamualaikum..Halo readers!!

Dengar jea orang menyebut nama AISKRIM, tentu korang boleh bayangkan? kesedapan menikmati aiskrim.. Belum lagi tengok pic Aiskrim.. SAH-sah meleleh..

Bagi insan-insan yang sedang berDIET macam aku ni, macam mana pulak? hah? macam aku?? >confius< Aiskrim menggemukkan!! Owhh.. tidakkk..euuuwww..

Jom ikuti cara yang betul untuk menjadikan makan aiskrim sebagai aktiviti yang sihat!

1) Suap perlahan-lahan

- Jangan terlalu gelojoh. Nampak sangat buruk bebenor gayenya. Aiskrim ni merupakan makanan yang sejuk, maka apabila ia mengenai lelangit anda, akan berlaku sedikit kejutan disitu. Saraf yang ada pada mulut akan terus berhubung dengan saraf di bahagian kepala. Bila saraf ini terganggu ketika anda makan aiskrim terlalu cepat, kemungkinan mendapat sakit kepala adalah tinggi risikonya.

2) Satu Skop Sahaja

- Ikutkan hati, satu skop memang laa tak cukup oiii... kalau boleh ni haaa.. 4 skop sekali bedal.. No..no..no..ingat..jangan sampai terlebih kalori OK. Teliti terlebih dahulu perisa aiskrim yang anda inginkan. Pilih kandungan yang menyihatkan, kalau tersilap pilih, kalori dalam badan akan berlebihan.

3) Bekas aiskrim

- Untuk diet seimbang, LUPAKAN aiskrim yang dimakan dengan waffle, biskut, kon wafer, roti ataupun madu. Walaupun rasanya memang mengiurkan, tapi kesannya sangat memudaratkan =D. sebolehnya, pilihlah bekas yang diperbuat daripada gelas mahupun cawan.

4) Perisa Tambahan

- Semua perisa tambahan seperti marshmallow, jeli, aneka cairan coklat, kekacang, strawberi, caramel dan whip cream yang ditabur di atas aiskrim sememangnya melazatkan lagi kesedapan aiskrim itu. TETAPI, kandungan kalori di dalamnya adalah tinggi kecuali jika diletakkan pelbagai jenis potongan buah-buahan segar.

5) Minum Air Putih

- Aiskrim juga mempunyai unsur karbohidrat yang tinggi. Sebaik sahaja selesai menikmati aiskrim, anda disarankan untuk memperbanyakkan minum air kosong dan juga menggosok gigi (takut mengundang kerosakan pada gigi).

-Untuk kesihatan yang terbaik, minumlah TEA MIX dari HERBALIFE yang mampu membakar kalori yang ada dalam badan anda. CUBALAH! Aku dah cuba, korang? bila lagi.. (tetiba teriklan disini)

Sumber: DARA.com edisi 113

Papai!!




2 comments:

Faz Abas said...

kalau diet makan sayur je...jgn marah :)

jemput singgah blog www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

NinaAz said...

hehehehhee...makan sayur jea xd nikmat..hihik.. thanx singgah =D