KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, April 10, 2012

Budu yang tiada tandingannya :)

Assalamualaikum.. Halo readers!!! Have you had your SHAKE today???

Sape orang Kelantan, mesti korang pernah jejak kaki di restoran Nasi Ulam Cikgu kat area Kota Bharu ni kan??.. Aku sangat2 suka makan tengah hari kat sini. Sebab?? Sebab banyak sangat ulam-ulaman, BUDU tempoyak yang sangat2 kena dengan selera aku.. Orang Sabah pun dah jatuh cinta kat Nasi Ulam cikgu ni.. setiap kali datang Kelantan, mesti kitaorang akan jejak isi perut kat sini :)



Kami makan berdua, kos cuma RM10 sahaja.. Ikan keli memang fevret aku sejak azali lagi.. Menu utama : BUDU + ulam-ulaman. Aku tercari2 buah kerdas, tapi mungkin bukan musim kerdas kot time tu.. kalau korang nak tahu sesedap mana rasa buah kerdas tu.. korang cubalah sendiri.. PASTI NAK LAGI!!

Hamboih.. kemain nak ngap kat dia jea KELI ni :P
heeee...Sengih dulu sebelum baca doa makan :)


Pernah tak, tengah syok2 korang makan, tetiba diganggu oleh orang yang tak dikenali dengan menggunakan dialog yang sama dan bunyinya lebih kurang macam ni : "cik, saya nak minta sedekah untuk anak2 yatim @ cik saya nak minta sedekah sebab tak ada duit nak makan @ cik, saya nak minta sedekah, ini ada surat,buku,..bla..blaa...blaa ".. pernah tak? pernah tak??

Aku, first time kena.. ok lagi, fine aku tak kisah.. Tapi kalau dah selalu kena.. ORANG YANG SAMA.. ADEH~ tak tahu apa yang boleh aku cakap.. tak kan diaorang jadikan 'peminta sedekah' sebagai kerjaya diaorang kottttt...

Kadang2, aku heran.. budak2 kecik yang tak cukup umor berkeliaran tak tentu pasal, kehulu kehilir meminta simpati.. apa, family diorang tak marah kea?? family diaorang tak kesah kea?? hurm.. yang aku musykil, orang yang sama, dialog yang sama, barang yang dijual sama.. hurm.. adakah ini satu sindiket?? entah. no komen. kesian budak2 tu kalau diaorang dipaksa untuk buat semua tu..

Nasib time kitaorang sedang enak menjamu selera, tak de sapa yang menggangu.. Tapi, time jalan2 menjelajah bandar Kota Bharu, ada jugak jumpa dengan budak2 bawah umur ni.. hurmm,. sadis tol! (T_T)


Aku doakan, semoga adik2 ni diberkati dunia dan akhirat...... Semoga masa depan mereka cerah!!!

Tak sangka.. Cantik jugak pemandangan Negeri aku ni yea... :)



Papai!!