KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, April 15, 2012

Konsert Malam KEBUDAYAAN SMKTC

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have you had your SHAKE today???

Adakan anda SARAPAN hari ni??? MAKAN apa tu? hah? tak suka sarapan?.. tak boleh.tak boleh.. korang kena sarapan.. sarapan tu penting taw.. banyak kebaikan sarapan yang korang boleh dapat.. ce google apa kepentingan berSARAPAN.. heeee.. Aku? aku dah sarapan. pagi2 lagi dah sarapan dengan shake tropical fruit + soya., sarapan sihat lagi tu.. kaya dengan NUTRISI, RENDAH KALORI.. hebatkan? heeee..

Semalam ada Konsert Malam Kebudayaan kat sekolah aku.. Alang2 duk rumah sesaje.. aku pun join sekali untuk menyaksikan kemeriahan dan bakat2 terpendam pelajar2 kesayangan SMKTC.. heeee... memang berbakat sungguh diaorang ni!.. tak sangka pulak aku, dalam kelas senyap pasif kemain, rupa2nya.. PANDAI MENARI YOU! :D

Perarakan Masuk sebelum konsert bermula :)
Konsert dimulakan dengan persembahan ORKESTRA oleh pelajar2 SMKTC.. awesome~ :) Sejak aku berkhidmat kat sekolah ni, selalu jea tengok diaorang main orkestra.. sebelum ni, jakun sungguh.. tak pernah tengok OK!
PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN YANG OHSEMMM!

Persembahan yang lemah gemalai.... nak pengsan aku tengok kelembutan diaorang membuat persembahan ni... ewaaahhh..ewaahhhh

Tarian kebudayaan India, oleh artis jemputan yang sama.. Tadi lemah gemalai.. sekarang dah tak berapa gemalai dah..kikiki

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN CINA OLEH PELAJAR SMKTC

Macam tengok cerita cina yang dulu-dulu plak, yang ada maharani, maharaj tuuu...yang selalu main kat TV jam 6ptg tu.. hee.. comel jea bebudak nie :P

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN INDIA OLEH PELAJAR SMKTC

Tarian India Utara, Selatan.. semua ada.. rugi korang tak datang tengok :)



PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU OLEH PELAJAR SMKTC

Ewah..ewahh...

Ramai pulak student2 kelas aku ni.. berbakat rupanya.. Mereka ni jea lelaki yang buat persembahan.. mana yang lain?? yang lain2 mana??? :)

Dipenghujung konsert.. Jom nyanyi sama2...

....KITA SATU BANGSA KITA SATU NEGARA,,
KITA SATU MATLAMAT..OOOOOO..
KITA SATU BANGSA..
SATU NEGARA...
KITA, SATU MALAYSIA..
** Semangat jap aku** :)

Me and my coacheeee... wish GOOD LUCK untuk kamu berdua.. :)

Adei~ sah-sah aku tak de bakat.. tangan keras semacam jeaa... tak pe,takpe.. tanakwaguku dah ada bakat menari, nanti .. tunjuk ajarku sifu.

StudentS yang ohsemm! :) PINJAM baju bley? =^^=

Ok, dah..dah.. Jum balik.. si tanakwagu dah kebulur.. orang yang nak gainweight memang selalu macam ni,, makan Pau 3 ketul, apam polkadot dua ketul pun still tak kenyang.. kena carik nasik jugak.. lepas makan nasik, balik rumah, buat SHAKE lagi.. hurm~ jeles tul aku.. =.=!

Shawl : Jalan TAR
Maxi Dress : RNR Collection
Inner: Bazaar
Everbest High Heels: Parkson

Terima kasih Photographer : Chentry Danish Dumpong

Papai!! :)


1 comment:

Edy Zaidi said...

Please vote for Www.danielzaidi.com in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog

Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year

Thanks guys for your helps...really appreciate it! LOVE U lah..:p