KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, November 3, 2014

High Tea (Retro Theme) - Lucky Daddy :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Beriya sungguh sawo aku nih dengan dia punya tema Hi-tea sekolah dia. Retro Theme katanya. Dengan rambut ala Afronya (rambut pelesu sekadar nak rilex santai seiring dan sejalan dengan tema, tiada niat lain pun - terima kasih buat yang mengingatkan kekhilafan diri ini. hehe), dengan baju petak2 tuck in tangan lipatnya, dengan suspender putih ala-ala wak doyoknya, seluar slack, kasut hitam bagai.. haha. Susah aku nak tengok suami nak ikut tema macam ni.. 

Selalunya.. "ala..pakai jea apa-apa".. "ala... mana-mana jea".. "ala... ikut tema buat apa?".. Haaa, cenggitu laa diaa. :D. Nasib baik semua tu senang nak dapat kat AEON Balakong (kat dalam tu ada satu kedai ala-ala Wak Doyok + 70'an punya style), kalau tak, jenuh nak memenuhi kehendak dia. 

Daffa pun tak nak ketinggalan... Nak jugak bergaya ala-ala 70-an. kikiki.

OOTD Daffa: BowTie Rompers by Trudy & Teddy
Testing rambut ala-ala afro paknya.

OOTD Daddy: Suspender & Kemeja petak-petak by R20 

OOTD Ibu.. nak jugak berootd. kwang3: Sequin Tutu Dress by Calaqisya 
Sequin Shawl by Zawara.

High Tea ni diaorang buat di Sri Pacific Hotel KL (tepi PWTC). Kira makan untuk lunch laa. Tapi lunch yang jenis betul-betul berat punya lunch. wakakakaka.. Ini kali kedua aku join program sekolah abang. Seronok dengan keramahan diaorang. Memang betul-betul peramah dan happy go lucky jea semua orang. 

Tak sangka laa pulak hari tu adalah hari bertuah suami aku. kikiki. Rezeki anak laaa ni kot! haha


Kerusi yang kami posing ni memang membawa tuah kepada kami. bahahaha~ 

Baru dua tiga hari lepas duk merungut pasal perfume dia dah habis, nak kena beli baru. Tup-tup dapat pulak FREE PARFUME!! CK lagi uolss. Teeeheee~


LUCKY CHAIR!!! Terima kasih Mantan Hem SMKSBU untuk tajaan lucky chair ini. :

Lucky draw pulak abang dapat Pan Non Stick. ngehngehngeh. Macam nak suruh bini dia rajin-rajinkan lagi berasap di dapur jea nie.. *larikkkkk* dan paling tak sangka, BEST DRESS for MEN pun suami aku dapat. bahahaha. nak tergelak pula rasa. :D


Baby Daffa pun dapat gift jugak. hikhikhik. Daddy first baby at SMKSBU

Ok. Iklan 2 saat. Kalau korang tercari-cari hi-Tea buffet yang superduper awesome, boleh la datang ke Sri Pacific. Highly reccomended. Hakak bagi 9/10 bintang!!!! Kenapa bukan 10/10?? Sebab aku tak sempat nak rasa semua!! Banyak sangatttttttttttttt... Meletop perut mak jemah!!


US! Daddy, Daffa, Ibu. Daffa dah lena dah time ni. Penat. Ramai yang duk hangkut baby daffa. Peminat ramai lah kononnya. haha
      

Majlis yang cukup santai dah happening! Ahamdulillah, perut kenyang suka hati. Jumpa lagi tahun hadapan SMKSBU. ngeee. Itu pun kalau abang masih disana. Dengar-dengar abang dah kena pindah sekolah. IYA KA?? AWAT CEQ TAk TAW nih????!!!!  

TQ for reading! K bai~  





10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

toeminya

❤Kamsiah❤ said...

hehe sweet Daffa dgn rambut palsu tu....

misz sheyla said...

homeynya daffa rambut afro...kite g la mane2 pun pernah sekali je dpt cabutan bertuah..yg lain xbertuah pun..huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, wahwahhh retro sekeluarga.. alhamdullilah. murah rezeki korang sekeluarga. comel sangat daffa! ibu pula kiut gilaaaaa :)

Raihanah Ahmad said...

wah tahniah sbab menang. seronok gak sesekali ada tema dinner kan.

Raihanah Ahmad said...

wah tahniah sbab menang. seronok gak sesekali ada tema dinner kan.

cik mah said...

Wah..bestnyer...daffa sngt stylo lah...

kina pinkbubble said...

Wah...omey sgt daffa!! Btul2 lucky la u ols dpt byk hadiah...hehe...ibu kene rajin2 masak hokey!

anajingga said...

bertuah sungguh daddy dengan rambut afronya tu ye nina, tumpang tuah daffa ni hehe :)

eima said...

meriah nye event sekolah korg .. terbaik la