KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 9, 2014

Stroller Review: Quinny Buzz 3 & Babyzen Yoyo 6+

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Memilih dan membeli stroller adalah satu masalah besar bagi aku. Dalam banyak-banyak keperluan baby, strollerlah benda yang paling susah bagi aku untuk buat keputusan yang mana satu idaman hati dan betul-betul keperluan untuk anak aku. Sebab tu aku tak beli stroller sebelum baby aku keluar, sebab aku blur dan pening duk survey pasal stroller nih. Bagi aku, secara peribadi dan sudut pandangan aku sendiri, Stroller adalah satu Keperluan yang perlu aku ada dan ianya bukan satu Kehendak yang hendak aku ada. haha. paham? Pemilihan stoller pulak bergantung kepada setiap pilihan individu itu sendiri, bukan sebab atas dasar pilihan orang lain. teeehee~ 

Alhamdulillah, sepanjang usia anak aku 8bulan ni, STROLLER dan BABYWEARING (Hipseater) memang 100% kami guna. 100% guna tu bukannya bermaksud 24jam aku guna, maksud aku, setiap kali keluar memang kami akan guna salah satu daripadanya, even stoller mahupun babywearing. Pernah sekali tu masa pergi EXPO dekat MIDValley, masa masuk dalam expo kami guna babywearing, bila dah keluar dari EXPO dan nak jalan2 melilau dalam MID, kami tukar guna stroller. hehehhe. Gitulah kami. :P. 

So, berbaloilah jugak investment kami untuk stroller dan babywearing ni sebab dua2 ni memainkan peranan yang tersendiri dan sangat22222!!!! berguna untuk kami. kikikiki. ada tanda seru kau! hint disitu. 

Cakap pasal survey stroller, Bagi aku, stroller itu mestilah: 

1) Ringan 
2) Senang nak fold & unfold 
3) Bewarna terang supaya dari jauh sudah kelihatan. kikiki. 
4) Senang nak tolak. Bila tolak tak rasa berat. 
5) Seat yang selesa untuk anak aku duduk dan seat itu mestilah boleh recline. Fully recline pun bagus jugak 
6) Forward and rear facing. 

Lain yang disurvey, lain yang dilistkan (features & benefits), lain yang aku beli. huwaaaa... *sengal*. 


Daffa first car

QUINNY BUZZ 3

Stroller ni aku beli di Fabulous Mom Cheras Outlet. Hari pertama sampai KL lepas habis pantang kat Kelantan, hari tu jugaklah kami laki bini pergi cari stroller. Kesahnya sebab esoknya aku dan abang kena hadir kursus di UCSI. So, anak time tu adik laki aku yang rela hati nak jadi Mr. Mama. Sebab tu lah kami terus cari stroller supaya senang adik aku nak handle daffa masa kami tengah kursus. 

Nasib tak berapa nak baik, pilihan stroller kat FM tak banyak, yang aku nak tak ada. Nak tak nak, Buzz 3 ni lah yang berkenan dihati. Tanpa pikir panjang 20 jam, jadilah Quinny Buzz 3 ni daffa punya 1st car.


Daffa second Car (Lepas PreLove Quinny, terus grab yang ni)


Babyzen Yoyo 6+!! Stoller idaman ibu Daffa! Daffa pulak tak kesah jea memana. Muka pun nak tak nak macam kena paksa jea. ibu dia jea yang meroyan lebih. kakaka.

Babyzen ni aku beli online dengan babycakcak (instagram shop). So, stroller ni aku dapat by pos, alhamdulillah selamat sampai dan tak ada cacat cela. Kalau korang nak beli babyzen, aku rekemenkan instagram shop ni lah yea. BABYCAKCAK :) Aku dapat beli Babyzen ni pun lepas ada orang beli PreLove Buzz tu, kalau takk, memang tak lah suami aku nak kasi beli. hihiihi. 

Kelebihan & Kelemahan : Quinny Buzz 3 & Babyzen Yoyo 6+ 

1) Saiz & Berat: 

Buzz: Kalau korang tengok secara real, buzz ni memang agaklah besar. tayarnya pun besar. So, kalau dah besar ni, pepaham sendiri lah kan. tempat-tempat yang sempit atau ruang yang tak berapa nak luas tak boleh lah buzz ni nak lalu. tersekat dek tayarnya. kikiki. Dari segi berat, pergh. off course buzz win!. Buzz berat lebih kurang 11kg! Time tolak rileks jea best, tapi time nak mengangkat? hehe 

Babyzen: Saiz babyzen ni memanglah kecik, tapi senang nak menyelit. Kecik-kecik jangan disangka senang kena buli tahu. kecik-kecik cili padi berapi ni tawww. hehe. Dari segi berat pulak.. babyzen lebih kurang 6kg jer! sangat2 ringan. bukti ringan? korang tengok gambar dibawah. Kalau korang nak buat Buzz cenggini, memang patah tulang rusuk ah kot. :P  

 



Bukti ringan. Sebelah pegang daffa, sebelah sangkut stroller. Pun boleh!

2) Fold & Unfold: 


Buzz: Buzz ni guna sistem hidraulik. Untuk unfold (bukak) buzz, sangat2 senang, sekali tolak kunci dia jea terus terbukak. Tapi yang tak senangnya, bila nak lipat buzz ni. Seat + frame kena asingkan baru boleh lipat. So, kita kena cabut seat dulu, baru dapat foldkan buzz. Dari segi compact pulak, bagi aku, buzz still gedabak bila nak masuk dalam bonet keta. huwaaaa. 


Ini baru dia punya frame. Belum masuk seat lagi ni. Gambar ehsan google. Klik pada gambar untuk ke webnya.

Babyzen: Sangat-sangat senang untuk lipat dan bukak babyzen ni. Guna satu tangan pun boleh. Kalau buzz, memang tak dapat lah, mesti dua-dua belah tangan. Dari segi compact, babyzen sangat2lahhh compact! jimat ruang 100 kali ganda dari buzz. huahuahua. Kat link ni korang boleh tengok betapa senangnya nak lipat dan bukak babyzen yoyo!!  VIDEO fold & unfold



  
4) Seat (padded & reclining) 


Buzz: Dari segi seat, Buzz memang terbaikkk jika nak dibandingkan dengan babyzen. Seatnya fully padded. Sangat2 comfort untuk baby. 



Buzz memang sesuai untuk newborn sebab seatnya boleh recline melintang habis. Baby kan suka tido, so kalau seat boleh recline sampai melintang memang sesuai untuk keselesaan baby.   


Sebelah kanan: Fully recline. Thumbs up!

Babyzen: Seat babyzen bagi aku so far sangat ok. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Buzz, buzz lah yang menang. ngeee~ Walaupun tak fully padded, seat babyzen agak lembut dan comfort. Babyzen ni hanya boleh recline sampai 140 degree jea, tak sampai habis melintangnya. Sebab itulah babyzen yoyo ni ada dua jenis, satu yang newborn, satu lagi yang 6+ . Tapi aku pernah tengok ada jea yang baby2 guna yoyo 6+ punya, diaorang letak alas yang lembut tu, pekenama dia aku lupa daa. boleh check ig shop, banyak jual. teehe~


My baby lena jea dalam babyzen ni walaupun tak fully recline. :)

5) Reversible Handle (forward & rear facing): 

Buzz: Kalau bab forward & rear facing ni, Buzz tak ada masalah. Baby pandang depan jalan pun boleh, baby pandang ibu pun boleh. good!! Cuma yang masalah bagi aku, time nak tukar facing tu. Seat buzz kena tarik keluar dari frame dulu, lepastu pasang balik ikut yang kita nak facing depan ke belakang. Heee. Kalau adjust handlebar lagi senang kot aku rasa :D 

Babyzen: Babyzen yoyo 6+ hanya boleh pandang jalan jea (tak boleh pandang ibu). heee, Tapi bagi aku tak ada masalah kot, sebab kanopi babyzen ada jendela lutsinar (peek-a-boo), so aku masih lagi boleh intai-intai baby duk buat apa. 

6) Kanopi

Buzz: Kanopi Buzz ni memanglah besar, tapi malangnya, masa aku letak anak aku dalam buzz, dan tarik dia punya kanopi, muka anak aku tak terlindung langsung dari sinar lampu/matahari. Adeh. besar sajjjo bak kata ore kelate. 

Babyzen: Kanopi babyzen memang thorrbaikk!! Baby betul-betul terlindung dengan kanopi babyzen! muahh ciked!


See! cover sepenuhnya my baby face! :)


7) Roda/Tayar: 

Buzz: Tayar buzz ada 3. Dua yang besar gabak di belakang, satu didepan. memang nampak stylo sangat tayar buzz. Tapi, tayar belakang tu just tayar semata jea, yang betul2 memainkan peranan, satu tayar didepan tu sahaja.. So, kadang2 susah aku nak handle pergerakan buzz ni. Tayar buzz ni dia pakai angin, bukan jenis tayar plastik. So kalau rasa berat, tu tanda tak cukup angin, kalau rasa melantun tu, tu tandanya terlebih angin. kikiki. Pergerakan tayar buzz ni memang smooth, dan memang sesuai untuk jalan tar, pasir apatah lagi yang berjubin. 

Babyzen: Babyzen ada 4 tayar. Dua tayar didepan memainkan peranan. So bagi aku, babyzen lagi senang nak handle dia punya pergerakan. senang nak Drift bak kata omputih. Tayar babyzen jugak sesuai untuk jalan tar, pasir, berjubin. semua aku dah try. pergerakan smooth. LULUS! 

8) Ruang barang/ bakul bawah stroller: 

Buzz: Sempit. Nak letak beg diapers pun tak ngam :( 

Babyzen: Luas. Boleh masuk beg, boleh muat barang-barang shopping lagi. Walaupun tak seluas bonet kereta, tapi bagi aku dah cukup luas as a stroller. kikiki. 

9) Kukuh 

Kedua-dua stroller kukuh dan stabil. Walaupun babyzen yoyo kecik dan ringan.,, ciri-ciri kekukuhan dan kestabilan masih lagi ditangga yang teratas. ngeee~ Memula aku ingat stroller ringan ni mudah melayang, tapi aku silap. Ringan jangan disangka tiada buaya. eh? 

10) Travel 

So, aku nak korang buat conclusion korang yang tersendiri. Yang mana satu pilihan korang untuk dibuat travel? yoyo atau Buzz? tepuk dada tanya selera *tetiba*


BABYZEN YOYO, MY CHOICE! - I pay for my happiness. 






That's all. Kepuasan membeli & memilih itu SUBJEKTIF. SO.. Selamat memilih UOLSS!! hehe                     

TQ for reading! K bai~    



10 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum nina. wahhh fully review terbaikkkkk ibu nina.. heheeee nasib la sheila stroller sweet cherry adam paklong dia sponsor. pastu main pilih je jenisnya. padahal besar dan berat. susah nak handle sendiri. ni pun dah babywearing pula. kuikuiiii

Nastyna said...

good info for mothers yang cari tips beli stroller. kat sana takder kan brand abc design.. ha nama vodo jer tapi kat sini femes sangat.. rata2 I nampak orang pakai yang ni, kami pun rembat jugak sebijik. Kat sini kalau u tengok memang orang tolak stroller kiri kanan.. sebab kebanyakkanny pejalan kaki, bukan macam kat malaysia dalam shopping mall jer la mostly kan hehehe.

Scha Nazri said...

Hai ninaa.

boleh jadi panduan nnti niieee. hehe

Thanks for sharing and comparing nina :)

eima said...

perrrghhh cara cikgu ekplen ...mmg paham la .. syok nye jd anak murid cikgu ... hiihi satu persatu xplain ...


bg aku .... aku xnk beli sbb stroller kat rumah pun tak terguna ..sbb anak dedua tak mo dok .. wlupun ajar dr kecik ... asal dpt kaki je ... diorg nk bejln je .. tersadai dlm stor tgu nk prelove je tu

AinulMalik said...

saya vote for babyzen yoyo! memang dah pakai, best sebab ringan, naik flight masuk atas terus :)

Bunda_nora said...

wah! bukan main posing lagi sikecik dengan stroller nyer...memang stroller sekarang macam2 bentuk dan canggih belaka...

Raihanah Ahmad said...

Thanks for the review. Memang bagus sangat info camni.

MizzTina said...

mmg tgh aim babyzen yoyo ni, tp nk beli yg yuyu je la..hehehe

Unknown said...

Mcm stroller sy mamas papas armadillo best lipat kecik n ringan

Lovee said...

This is very nice information. because our child safty is very important to us hence you may like baby care Strollers canopy/hood from http://www.lovee.com
They have many varieties like babyzen yoyo