Bab menu untuk memasak. memang aku buntu. Pusing sana, pusing sini.. menu yang sama jea hari-hari. Hari ni telur mata cicah sos tiram, esok pulak ikan bilis masak mentah. Lusa sup ayam. tulat ayam tomyam. tulin ikan rebus air asam. tuptuptup?? hah. pusing balik telur mata cicah sos tiram. hahahhaa. cenggitulah jawabnya bila CHEF NinaAz berperang didapur.
Bila tanya si suami.. "Nak masak apa ek?".. macam biasalah jawapan orang laki.. "masak jea apa-apa".. Apa-apa tu apa bang??? *maaf, soalan anda tidak dilayan*. Last2 aku jugak yang *tangan dibahu*.
Pernah sekali tu, aku tersilap masak daaa. Plan Nak buat benda lain, tapi yang jadinya benda lain. kehkehkeh. Asalnya aku plan nak buat ayam masak kicap yang kering tu, tapi sebab laki aku tak suka dan anti kicap (manis katanya), so aku ganti la kicap dengan sos tiram.
Pungpangpungpangpung masak. Siaplahh ayam masak sos tiram aku. Sekali bila try, pergh.pergh. Masin crazy kot!!! Bukan terlebih garam,yang sepatutnya tak perlu pun letak garam. Lupa yang sos tiram tu dah sedia masin. wakakakaka.
Last-last aku tukar plan, masuk air dalam ayam masin tuuu... kehkeh. kalau suami aku tahu ni maw sakan aku kena perli. "google laaa. google laaa". tu jea ayat dia. Motif sangat. Mentang2 aku selalu google bila nak masak. huh.
Last-last aku tukar plan, masuk air dalam ayam masin tuuu... kehkeh. kalau suami aku tahu ni maw sakan aku kena perli. "google laaa. google laaa". tu jea ayat dia. Motif sangat. Mentang2 aku selalu google bila nak masak. huh.
Bila dah hidang kat suami. sekali zaasszzz jea dah lesap ayam masak sos tiram tak jadi aku tuhh... Aku pun tak sempat nak try uollss!!! Bila ditanya, "sedap kea bang??". "ermm. bolehhhlaaaaa". aku dah tahu dah jawapannya. Susah bebenor bab-bab puji memuji ni. Tapi tengok ke gaya, nampak macam sedap jea ayam tak jadi aku tuuu.. licin. setitik pun tak tinggal. bahahaha. this is kembang lubang hidungggggg!!
Minggu lepas aku buat lagi ayam masak sos tiram tak jadi tu. kiki. kenkonon perasan sedap sendiri, pakai menu tu jea laa, janji husband suka. yea idokkk. Tapi kali ni dah tukar nama. Ayam Bermandikan Sos Tiram. haha. Baru umpphhh sikit bunyinya kannn..
Entri ni sebenarnya aku nak kongsikan resepi ayam ni jea. melebar pulak ceritanya. haha. Bermotifkan halia dan sos tiram kesukaan suami, makan terbitlah menu ayam bermandikan sos tiram ini. ceewaaahhh. gitu.
AYAM BERMANDIKAN SOS TIRAM |
Cara nak masak:
1) Tumis bawang putih + bawang merah + halia (halia banyak) + cili sehingga naik bau *kuantiti aku tak pasti. ikut suka hati - semua tu mayang kecuali cili*
2) Masukkan sos tiram (lebih) + sos cili (sikit) - tumis sekejap (10saat)
3) Masukkan air. perahan lemon. Garam secukup rasa
4) Bila dah rasa puas hati sedap, tuang kuah tadi dalam ayam yang telah digoreng (ayam + kunyit + garam - goreng)
5) Siap untuk dihidang
Gitulahhh kekdahnya yea puan-puan dan tuan-tuan. Kalau terasa nak cuba tuu, cubalah.. Kalau terasa nak bukukan resepi aku nii, boleh jeaa.. royalti jangan dilupa yea.. haha. perasan lebih la pulak. *paannnggggg*
TQ for reading! K bai~
9 comments:
assalamualaikum
selamat pagi
sedpanya
nampak sdap tu..:)
fav gk masak ayam sos tiram..lama tk wat
try n error dah jd satu resepi .... haaaaaaa hebat tu
kalau akak masak mcm ni...akak letak sikit tepung jagung..biar pekat sikit kuahnya..
1st time dngr masakan ayam sos tiram ni...nnt blh ar try =)
kak kamsiah: suami suka sup macam ni kak. heeee. xsuka pekat. huuu
Boleh toraiiii...tp kat umah mak mertua ni...so tggu balik umah sendiri la kite cube ye..mcm bestt je..
Salam jumaat penuh barakah. Sedap sangat nampak ayam tu! Yummy~
Post a Comment