KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, November 8, 2014

Pisang Goreng Cheese Coklat

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Sejak hakak-hakak cantik bukak gerai pisang goreng cheese cokelat depan taman rumah aku ni, macam gaya tiap-tiap hari suami aku hangkut bawak balik rumah pisang cheese ni. hadoi. penat perut nak proses makanan-makanan berat ni taw.. ececece 

Fenomena pisang goreng cheese cokelat ni sebenarnya dah lama dahh. Cuma aku jea yang baru rasa. Kalau tak silap aku, AHAD lepas. ahaa. ahad lepaslahh first time aku makan bendalah ni. erm. memang sedap oiiiii.. memang sedap!! patutlaaahhh ramai yang duk tergila2kan pisang goreng cheese nih. sodap rupanya!! Suami aku yang jenis tak suka benda2 goreng macam ni pun kata sedap.



Sebelum ni aku dah perasan dah gerai hakak goreng pisang ni, cuma bukan tiap-tiap hari dia bukak. Tapi sekarangggg! pukul 12 tengah hari dah terpacak payung gerai dia! sampai lah ke petang. permintaan tinggi kott. cayalah hakak! majulah bisness untuk ekonomi rumah tangga. kikiki. 

Minggu ni saja dah 3 kali aku makan pisang cheese ni. hihihi. Sekali beli RM5 (satu polistrin). sekali hadap tak sempat nak jeling anak duk buat apa terus lesap pisang tu masuk dalam perut. siap berebut lagi dengan laki. hah. sapa suruh beli 5 hengget? lain kali beli la 5 belas hinggit! teeeheee~! 

Kalau korang berada di sekitar Alam Damai, @ Balakong, boleh la cuba goreng pisang cheese cokelat ni. Gerai hakak tu sederet dengan Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras

Selamat Mencuba!~ 

TQ for reading! K bai~ 





No comments: