KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, November 5, 2014

Restoran Korea : Gangnam Station Shah Alam

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 

Annyeonghaseyo!! 


Kalau bukan sebab adik aku punya teringin nak makan kalah orang pregnant 5bulan, memang idokkk ler teman nak makan makanan korea running man bagai ni. kikikikiki.. 

Hantu korea? hah! ini tok sah nak kata paa laa. Memang sah! sah hantu korea. Kalau aku balik kampung, maw aku baling TV tu, *bunyi macam ganas*.. Pasai pa?? Pasai dari pagi sampai ke malam, tok leh nak kata paa. duk tayanggg ja cerita korea depa tuh. Meluat!! 

Dari mama aku, adiq ipaq aku, adik-beradik aku.. semuaa lah. terpengaruh dengan cerita korea. Running man tu tok sah duk kata ah. Gelak sakan bergegar satu rumah, naik heran aku. pasai pa gelak? Lawak kaaa?.. eh. aku ni dah kenapa.. cakap macam che ta pulak ni? hurm. ni mesti kes fenomena anak che ta. loghat pun nak sakan loghat macam che ta. ok fine. 

Masa adik aku datang KL hari tu, terkedek-kedek la aku bawak dia datang Shah Alam semata-mata gangnam station ni. Aku ni dikira kakak yang prihatin la kan? *matakeatas*. Gigih dia gugel mencari restoran korea yang HALAL dan pemiliknya MELAYU. gigih sebab dia dah lama terliur tengok artis-artis korea duk makan dalam cerita-cerita korea yang dia tengok 24jam tuh. Siap hafal tu nama-nama makanan korea. bulgogi la, kakaki lah *ada ker*. ntah. aku pun tak tahu. 

Gangnam Station Restoran ni adalah salah satu restoran Korea yang Halal yang dimiliki oleh En. Samsuddin. Kalau korang masuk dalam restoran ni, ada gambar besar pemilik restoran ni bersama isteri beliau. Nak cari restoran ni senang jea, korang boleh set waze Gangnam Station, Confirm jumpa punya - Laman Seri Business Park, seksyen 13 Shah Alam (kawasan rumah orang kaya-kaya, macam nak terkeluar biji mata aku tengok rumah-rumah diaorang. pergh.pergh). 

Ini pintu masuk Gangnam Station. Restorannya sederhana kecik jea, tak adalah besar sangat, tapi mak ai. Restoran belum bukak lagi dah ramai orang duk nunggu, termasuklah kami. Terawal sampai pula hari tu. kikiki

Ibu, BULGOGI ke BUDU yang lagi sedappp???

Bab-bab menu, Daffa yang settlekan. hehe. Eh. tak delah.. adik aku semua yang order. Nasib baik ada gambar makanan, at least bolehla aku tunjuk-tunjuk yang mana berkenan dimata.., kalau nama menu jea memang jakun lah aku.




Ini makan diaaaa!!~


side dishes - yang slice2 purple tu rasa dia macam jambu batu kena jeruk, tepi dia tu kimchi. dalam side dish ni pun ada bagi sup. tapi sedap lagi sup yang aku buat kot. harharhar

Bibimbap - NOT MY TEKAK TASTE. ngeeeee~

Tteokbokki rice cake - INI SEDAP! kena dengan selera aku. pedas2. nyum3. 

BBQ chicken ni hakak bagi 10 * - sedappppppp sangat!

pencuci mulut


Tetiba pulak aku tersuka dan terpengaruh dengan makanan korea ni. Rasa macam nak makan lagi di Gangnam Station ni. Teringin nak cuba BULGOGI pula. nampak macam sedap jea, nampak macam mengiurkan jea... hihihi.. Lagipun, aku tengok dalam restoran tu ada slogan: BULGOGI ADALAH KEPAKARAN KAMI. wow. so mesti cuba lepas ni.  

So far, bagi aku.. kalau sesapa nak cuba makanan korea ni, boleh ler ke gangnam station. Highly reccomended. SEDAP!!! Ayam tu sedap ok. sedap giler. hehehe. nasi kek tu pun sedap! uolss must try!! 


SELAMAT MENCUBA!   

TQ for reading! K bai~     




12 comments:

❤Kamsiah❤ said...

Nina..nampak mcm ada yg sedap...ada jugak yg tak berapa berkenan dek tekak hehe

Normi Nieza said...

sdap tu..:)

Kakzakie said...

Memula suka cerita-ceritanya lama-lama suka ke makanannya pula. Siapa yg mengusahakan restoran ini Nina? Or g M'sia ke origin dari Korea.

Nurzakiah Hanum said...

kena cuba nie

Mila Ahmad said...

Harga oke tak? boleh cuba ni kalau dtg shah Alam

Cik Jelita said...

bila la nak jejak shah alam ni.nge...

Syazwani Mazlan said...

macam best je kedai ni hehe

Lieya Von Jay said...

Selalu kalau makanan Korea ni saya masak ja kat umah ikut resipi dari utube. adjust sikit ikut lidah melayu... selalu nya memang menjadi dan sangat sedap.. ^_^

Raihanah Ahmad said...

sedap tu.. huhuh

zeera lily said...

daffa... sedap ker? mintak sikit...
nina, ramyun ado ke idak? nk try..

:: Cik Viva :: said...

tak penah mkn bulgogi...kimchi selalu lah..hihi

eima said...

harga tak cerita ... nk tau jg .... tp aku klu mknan pelik2 ni ssh sikit hihih