KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 25, 2011

Mamah CILI untuk KURUS!! NGAP! NGAP!

Pedas! WOW~ Terangkat!! Makan pedas, barulah sedap.. kalau tak sedap, makan pun tak nikmat!! betul tak???

Aku kalau bab pedas-pedas ni berhantu, memang suka giler tahan cipan beranak lapan lah!! Apa yang di masak, mesti taruk cili.. kalau rasa tak pedas lagi tu, nah! potong lagi cili, taruk kicap sotong, makan dengan nasik..fuh~ sedap2.. macam dunia ni ana yang punya.. Masak sambal bilis nasi lemak pun mesin cili padi doe!! aku paling geram kalau dah dekat sekilo letak, tak pedas2 lagi.. ni aku tak suka ni kalau cili yang jenis tak pedas,, kalau kat kampung, aku suka ambik cili yang nenek aku tanam.. kecik2 gitu cilinya.. nama apa ntah aku tak taw.. yang penting bukan Lada Benggala.. =D Memang pedas la cili yang nenek aku tanam tu.. terangkat! tak payah taruk berkilo2, 100gm pun dah cukup..muahahahaha =D

Tapi..kenapa aku still juga GEMUK??? padahal aku dan cili memang tak boleh dipisahkan.. hurm.. pelik-pelik. ni yang aku tak puas hati ni. Ni yang aku tak percaya dengan saintis ni...hurmm


Korang tahu tak, selain daripada sedap dan lazat, (^_^), cili mempunyai khasiat dan kebaikan yang tersendiri.. Nak tahu apa?? Teruskan membaca.. Penat aku geledah cari info ni , 10 library kat Malaysia ni aku survey taw!..penat jugak aku taip taw.. tak main ah copy and paste.. hahahahhaa

Bagi mereka yang nak kurus, (nak kurus macam aku?), bagi mereka yang sedang berdiet ( diet macam aku?).. OK, ni aku ada info sikit pasal KURUS DENGAN CILI...

Jom kita kenali jenis-jenis Cili!

1) CILI MERAH
- Bersifat stimulan: merangsang selera makan
-Membantu sistem penghadaman

2) CILI PADI
-Lebih pedas dari cili merah
-Mempunyai rangsangan yang kuat untuk fungsi jantung dan aliran darah
- Melancarkan semua sistem tubuh seperti pengeluaran air liur, dan aktiviti perkumuhan
- Dengan mengambil cili ini dalam menu diet, ianya dapat mengekalkan kecergasan tubuh
- Mengurangkan risiko pengumpulan darah dan membantu penurunan berat badan serta mengurangkan kadar kolestrol dalm tubuh seseorang
- Membantu mengatasi masalah kesuburan
- Melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah | tapi jangan lebih2 pulak makan yea, mentang-mentang tak mau tua, sekali kena buasir baru taw! ahahahahahahahaha

3) Lada Benggala
- Tidak terlalu pedas, tetapi boleh mengatasi masalah berkaitan kegemukan

Info sihat: Pengambilan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan ianya satu proses tubuh untuk membakar lemak. Walaupun begitu, tanpa kaedah lain seperti senaman, cili tidak dapat membantu anda 100% untuk menurunkan berat badan. Mesti diingat, cili tidak dapat menunjukkan keberkesanan dalam diet seseorang sekiranya dicampurkan bersama makanan berlemak. Bagusnya cili ini adalah ia mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel darah dari bergumpal dan sekaligus mengelakkan masalah darah beku yang dikenali sebagai trombosis

Sekian, terima kasih.

Majulah Cili untuk petani-petani

Sumber: RAPI JUN 2011

Papai!


No comments: