KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

Selamat Hari Kidal Sedunia!!!!

Assalamualaikum...

Hari ini aku hanya berbuka puasa dengan pulut dicicah serunding daging! Pergh!!! Sedap tak terkata dan sangat-sangat mengenyangkan, lebih kenyang dari aku makan nasik. Entah kenapa mimpi nak makan pulut hari ni.

Aku lebih selesa makan dengan tangan. tengok keadaan la, kalau makan mihun sup, tak kan nak cekau dengan tangan jugak. iye dok? Walaupun aku seorang yang KIDAL, aku makan guna tangan kanan taw! Agak-agak laa.. tak kan makan pun dengan tangan kiri..muahahhaXD

Tapi, Kalau guna SUDU sahaja, aku akan guna tangan kiri.. TETAPI kalau aku guna SUDU dan GARFU secara otomatiknya aku boleh suap makanan ke mulut dengan tangan kanan. Hadeh! aku pun tak taw kenapa sebegitu rupa.

Sempena Hari Kidal sedunia hari ini.. Tetiba aku ada berperasaan bangga.. hehehe.. bangga kita!! sebab? dalam Buletin Utama TV3 tadi ada bilang: "Hanya 10% penduduk dunia KIDAL" . wah3 bangga sekejap wooohhh!!! kembangkempiskembangkempiskembangkempis

orang kata, kidal ni tak sopan..sob..sob..sob.. Aku sopan ok! walaupun kadang-kadang aku gelak macam petir, tak bermakna aku tak sopan..hahahahhaa

orang jugak kata, kidal ni banyak kelebihan dan keuntungannya..Contohnya:Akal yang cerdik terutamanya dalam subjek Matematik.. Haaa. tang ni aku setuju... kembangkempiskembangkempiskembangkempis....

Dolu-dolu, kalau awok-awok belajar subjek sains, mesti ada belajar pasal otak kanan, otak kiri kan?? Orang yang kidal lebih menguasai otak kanan, Sebab?? Otak berfungsi secara menyongsang. Kalau otak kiri cenderung bahagian tubuh sebelah kanan dan kalau otak kanan sebaliknya.

Dalam ilmu sains jugak ada menyatakan bahawa, otak sebelah kanan lebih menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Hurm, macam tak sama jea dengan aku. kalau tang kebijaksanaan tu sama laa...hekhekhek (gelak jahat)

Kalau ada kelebihan,tentu ada kekurangan kan?? AKu ingat dulu time aku berada di zaman mahasiswi, kalau masuk jea dewan kuliah, memang aku tension. tension dengan kerusi meja dalam dewan kuliah tu. yea la, kerusi tu memangla nampak biasa, tapi luar biasa bagi aku. Meja yang direka khas itu seolah2 tidak mahu memberikan keselesaan kepada insan-insan yang kidal.

See?? memang tak selesa la kan. Tergantung jea lengan aku time nak salin nota yang berjela-jela tu.. Kesabaranku adalah kejayaanku =)

Pernah tak awok-awok guna/tengok pisau ni..


sangatla pelik bila aku yang kidal ni guna benda alah ni. Kalau orang yang tak pernah tengok, mesti diorang akan tegur.."kenapa buat macam tu, kekok la tengok".. Hadoiii..yea laa.. mana tak peliknya.. orang lain guna, kulit buah terus kebawah, time aku yang guna, kulit buah naik ke atas..hahahhaa... sabor jea laa...Alhamdulillah, bersyukur apa yang ada. =)

Another Facts:
Credit to: Wowberita.com

Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah ini.. Cer teka.. Apa persamaan mereka dengan aku?? (ini sebahagian sahaja)







tentulah.................................... Kami si insan KIDAL..Yeah!!

Selamat Malam semua dan selamat bersahur dan... SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA!!!

Source: alkiram.net

Papai!!






2 comments:

tika said...

sama...!!!!
kidal jugak...
heheh

kaizen said...

bersyukurlah dgn apa yg ade...