KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

Gorgeous TRIFLE!!!

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Tatkala adik beradik aku yang lain sedang berhempas pulas membungkus nasi lemak untuk memenuhi tempahan hari ini, aku pulak berhempas pulas menyiapkan dessert yang agak gorgeous nie. Rajinnya adik aku, rajin lagi aku. hakhak. Rajin sangat-sangat =D

Hajat hati nak makan buah kiwi + strawberi, tapi bila aku merayap semalam, hanya ada buah anggur saja. Aku sedih, pilu rasa hati. Nak buat macam mana, tak de rezeki. Tu la, orang suruh cari kat TESCO, aku terbang pergi kat MYDIN. Nasib.nasib

Gorgeous trifle yang aku buat kali ni memang yang paling laris laa kat dunia sekarang ni. Sebut saja trifle, semua orang boleh bayang kelazatannya. Mana tak lazatnya, bila kastard, swiss roll, buah-buahan, jeli dan whip cream diadun bersama dalam bentuk LAYERS... PERGH! Gajah lalu depan mata pun tak sedar.

Terima kasih PETER BEARDSLEY kerana telah memperkenalkan dessert yang gorgeos ni seawal tahun 1596 dalam buku beliau yang bertajuk 'The Good Huswife's Jewell' di England.

Sebelum buat kerja, mood mesti ada. Bila lagu Ashiteru berkumandang, automatik kaki tangan terus jalan.. semangat.semangat.

GORGEOUS TRIFLE

Bahan-bahan:

Satu ketul Swiss Roll
5 sudu kastard
1 tin susu cair
1 tin air koktail (sukat guna tin susu cair)
5 sudu gula
Satu kotak jeli cap nona
Whipping cream (aku guna cap softblend )
1 tin koktail
Buah-buahan untuk hiasan (strawberi ke, oren ke, kiwi ke, durian ke..)

Cara-caranya:

1) Ambik mangkuk lutsinar, kalau tak de mangkuk lutsinar, apa-apa pun boleh laa..tapi mangkuk lutsinar lagi hot!

2) Potong swiss roll dan susun dalam mangkuk mengikut citrasa anda

3) Siram sedikit air koktail diatas kek tadi (nak bagi lembap)

4) Taburkan buah koktail di atas kek, kalau nak buah lagi banyak, letak banyak-banyak

5) Ambik periuk, masukkan 5 sudu gula+1 tin air koktail+1 tin susu cair+ 5 sudu kastard kacau sebati, letak atas api, kacau sehingga pekat dan likat + menggelegak

6) Masukkan kastard yang telah di masak kedalam mangkuk yang telah disusun kek+buah tadi

7) Susun buah anggur atau apa-apa buah di atas lapisan kastard (aku belah dua dan buang biji)

8) Masakkan jeli (ikut cara di belakang kotak, aku lebihkan 200ml air)

9) Masukkan jeli tadi di atas lapisan anggur

10) Simpan di dalam peti sejuk sehingga keras jelinya. Bila dah ok, keluarkan

11) Putar Whip cream sehingga gebu dan kental. Kalau korang nak lagi cepat, guna whip cream yang SPRAY (macam ridset tu) tak payah putar-putar, tapi TAK SEDAP. Lagi marbeles PUTAR sendiri

12) Jadikan Whip cream sebagai layer terakhir. Hiaskan mengikut kesenian anda. Kalau tak de seni, jadilah macam TRIFLE aku ni haa... MUAHAHAHA =D

SIAP! apa lagi.. Makan JOM~



GORGEOUS TRIFLE TUUU...wakluuuuu..OPS!

SELAMAT MENCUBA!!

Papai!!




4 comments:

bellefreefromlove said...

seriously i must try this....tq bgi rsepi.hehe

NinaAz said...

yeah! must try!!!

Unknown said...

byknnye makanannnnnnnn...nk try buat la ;)

NinaAz said...

hehe..try2!!!