KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Roti Telur Sri Permai

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Pernah makan roti telur yang sedap tak? Kalau tak pernah, aku ada nak share dengan korang resepi roti telur yang biasa mama aku buat. ahaha. tak de lah resepi sangat punnnn. main hentam jea. Janji sedap haaa. tak gitu? 

Senang jea ni nak buat. 5 minit pun tak sampai. kalau korang nak cepat2 pergi kerja, tak sempat nak goreng nasi untuk sarapan, bolehlah cuba roti telur nih. nak lagi cepat. minum SHAKE Herbalife jea. laaaagi cepat siap. kenyang pun kenyang. muehehehe. 

OK. hari ni Cik Ta nak ajaq uolls goreng roti teluq naaaa. Bahan2 nya mudah saja. Kedai runcit mak cik bedah nun haaa boleh pergi beli, tak payah nak pergi cari dekat TESCO ke hapa ka. 

Meh kita tengok naaa bahan apa yang kita perlu ada.

4 biji telur tu cukup untuk satu plastik roti putih 400g


Cara dia mudah saja. campuq ja semua bahan tu (telur+planta+susu pekat manis) - kacau guna garfu. Susu tu korang letak ja banyak mana yang korang nak. nak manis ka? nak sederhana manis ka? nak tawar ka? terpulang. Ada paham? kuikuikui. 

Next, celup roti dalam bancuhan telur tadi, lepas tu goreng dalam kuali yang tak ada minyak. *masa celup tu, kalau planta banyak sangat melekat pada roti, pandai2 la korang buang eh!* 



Dah siap! sedia dimakan. nak sapu Nutella pun bolleeehhh~



Senang kan? hohohho. 

Apalahhhh aku nih. entah2 korang punya roti telur lagi power dari aku dak? ada apa2 tips tak untuk roti telur yang lagi sedap? meh kongsi meh! 

TQ for reading. k bai!



Thursday, May 30, 2013

Kek Coklat Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Actually, Cream Cheese berkurun dah ada dalam peti ais, aku rasa yang tahun lepas punya, masa arwah abah aku silap beli. Mabe IKBN order yang brand lain, tapi terbeli yang brand lain. So, tak terguna lah cream cheese tuh, 1kg jugak kot. banyak. tu pun dah berkulat sikit. tapi aku guna yang tak berkulat, yang ada kulat tu aku buang. haha. nampak tak berjimat cermat disitu? sayang ooo nak buang2. 

Aku tak minat sangat cheese2 nih, bajet takut gemuk la konon makan cheese banyak2. sangat pendek pemikiran disitu. padahal.. hahahaa. makan tak hengat. acaner tak gemuk? Cheese pulak nak dipersalahkan. 

Serbuk koko pulak ada dalam sekilo. masih suci murni dalam plastik. secoet jea guna. expired pulak 31 Mei 2013. hadoi.. membazir sungguh. tu la. beli banyak2. gunanya tidak. Grrrrrrrrr... 

Nak tak nak, hari ni aku tolong laa guna cream cheese dan serbuk koko tu. memandangkan esok lusa dah nak kena buang kannn (expired). Cer teka aku buat apa? haha. Aku ni bukannya pro sangat. kek coklat jea la yang aku retinya. Tapi kali ni first time aku buat lapis cream cheese, sebelum ni kek coklat kukus biasa jea. 

Nak dijadikan cerita kek tak berapa nak naik dan gebu sangat. sebab? ceritanya begini. aku guna resepi kek coklat kukus, tapi aku bakar guna oven. pengukus ntah kemana. oven jea yang ada. ahaks! Layan jea lahhh. adik beradik aku jea pun yang nak makan. kalau mak mertua yang nak try, rela pergi pinjam pengukus jiran sebelah kottt. muahahahaa!!

Hiasan buah ceri dan coklat beryls semata2. Tak reti nak berbunga bagai. hahaha


Nak resepi tak??? 

Untuk kek coklat kukus tu, korang boleh KLIK GAMBAR bawah ni eh. aku dah pernah buat entri pasal cara2 nak buat kek coklat kukus tu. 


Untuk Cream Cheese pulak, aku ambik resepi dalam blog YATIE MEMORIES

Bahan2 yang diperlukan hanyalah: 

250 gm cream cheese 
60 gm gula halus 
1 biji telur 
1 sudu besar air 
1 sudu besar tepung gandum 

Cara-caranya: 

Pukul cream cheese+gula hingga sebati, lepas masukkan telur+air+tepung gandum. gaul sebati. 

Cara nak kukus kek: 

Memula korang kukus dulu separuh kek coklat tu sampai masak, kemudian masukkan adunan cream cheese, kukus sekejap. Akhir sekali baru korang lapiskan bahagian atas dengan lebihan adunan kek coklat tadi. Ada paham? hihihi. 

**Aku rasa, better aku buat dua adunan untuk cream cheese nih, satu adunan sikit bebenor**




Untuk topping yang meleleh2 tuuu... aku ambik resepi dalam blog Dapur Mas 

Bahan-bahan: 

200gm coklat masakan 
100ml susu cair @ whipping cream (aku suka whip cream) 
1 sudu teh butter 

Cara-caranya: 

Guna kaedah double boil, masak coklat+whip cream/susu cair sampai larut semua. tutup api, masukkan butter, kacau sebati 

Senangkan? Untuk Coklat masakan tuu. aku suka guna Coklat Collata. Why? sebab aku pernah jadi model coklat Collata. muahahaha. Sila jangan percaya ok

Kalau korang nak tahu pasal cerita coklat collata nih, cer Klik gambar dibawah. :) 

KLIK SINI

Adik aku cakap kek ni sedap. muahahaha. gila perasan. kembang lubang hidung sejam. kahkah. Dah baca entri nih, jangan lupa try buat eh!. kalau jadi tu, roger2 ah kat aku der.




TQ for reading. K bai!      



Wednesday, May 29, 2013

Tolong blog sayaaaaa.. tolong!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tadikan masa aku duk menunggu kereta siap di service, saja je mintak pinjam handphone abang untuk godek2 internet. Biasanya hp dia laju sikit berbanding hp aku. 

Korangkan, kalau guna internet selalunya guna apa? Mozilla ke google chrome?? Hp aku, aku guna google chrome. Tapi hp abang dia guna internet biasa yang ada gambar dunia bulat tu haaa. Tahu? 

So, aku try laa buka aku punya blog ni guna hp abang. Saje2 jea nak check aku punya shoutbox. Kot2 laa ada orang nak bagi topup free kat situ. Haha. 

Tapi kan. Iolls sentap sangat bila bukak blog iolls tahuuu. Rasa nak cekik2 jea tuan punya hp nih. Rasa nak baling jea kat tingkap hp abang ni. Wawawa. Tahu kenapa?



Asal jadi cenggitu ahhhh? Tak suka. Tak suka. Buruk bebenor rupanya wehhhh. Aku try bukak blog geng2 blogger yang lain. Ok jeaaa aku tengok. Tak de masalah pun. 

Selalunya.. gini lah rupa blog aku yang aku tengok by google chrome. Tulisan besar, background putih. Senang nak baca tulisan.



Banding dengan gambar yang first tuuu. 

Pfffftttttttt. 

Aku try mengadu kat blogger zura lee. Ganggu time dia kerja. Tanya dia acaner nak buat.



Tapikan zura. Aku tak paham sangat ah. Web tuu dalam bahasa omputihhh. Berbulu mata aku nak baca. Grrrrrr. 

Uollsss. Ada cadangan tak?? Ada tak web2 yang boleh tolong aku. Upah tukar template kea hape kea. Boleh? Pening aku nak gubah2... tolong aku eh! 

Tq for reading. K bai!!    




Tribal Shawl yang selesa, murah dan cantik yo!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Orang lain dah lama dah berfesyen dengan tribal mebel nih. Aku pulak baru jea terjerumus dalam dunia tribal nih. 

Muehehehe.

Actually, hari tu aku pergi Oldblossom semata2 nak beli dia punya crinckle shawl. Tapi terbeli pulak tribal shawl sebab dia punya kain jenis yang cotton lembut, selesa gila bila pakai, corak pun cantik menarik dan aku rasa sesuai sangat dengan aku. Hahaha. 

Ni first time aku pakai tribal shawl tahu. Aku rasa macam awesome ssangat!!! *matakeatas*


 Ada gaya muslimah tribal tak? Hahaha. Shawl ni senang dibentuk dan selesa dipakai.


Kali kedua aku beli shawl tribal, beli online jeaa. Hari tu aku ternampak kak Jue update pasal syabana tribal shawl di FB dia.

So? Aku apa lagi. Terus terjah dia punya web. Bila aku tengok kak jue pakai shawl tu sangat cantik dan kemas, harga pulak murah gila bagi aku.. shawl pulak lebar, aku terus jatuh cinta. Hohoho.

Me in syabanal shawl wide tribal by modish mode house!! 
Shawl yang senang terletak kat muka aku yang agak membesar selepas seminggu berada dikampung. Nak cukup 2 minggu ni aku rasa habis tak muat baju kurung moden. Hahaha

Me in syabana shawl wide tribal and Amabelle blouse by Modish  Mode House


Korang, kalau terasa nak bertribal dan nak rasa awesome macam aku *hahaha* bolehla ke web oldblossombox dan modish mode house

Shopping online jeaaa. Senang dan cepat. Jamu mata tengok model2 pakai lawa, so korong pun mesti teringin nak lawa macam mereka. Hahaaaaa. Aku lettew yang macam tu. Kahkah. 

Tq for reading. K bai!       




Monday, May 27, 2013

Sunblock review: MK Formulations

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kalau korang keluar rumah nak pergi jalan2 ke, kerja kea, lepak2 ke, hangout dengan kawan2 kea, dating kea, isi minyak kat Petronas ke, korang pakai apa-apa tak kat muka? BB cream? bedak Compact? Lipstick? lipbalm? bedak tabur?. 

Ermmm.. Korang ada pakai SUNBLOCK tak? 

Apa? tak pakai? Ish! bahaya taw. 

Memandangkan kat Malaysia ni panas, dari korang tampal bedak tebal2. Bagus pakai sunblock jea taw. Ok jea kalau nak pakai bedak semua tu, tapi mesti pakai sunblock. Haaaaa.percaya cakap aku,  mesti.mesti. 

Dulu, aku tak heran pun pasal sunblock ni, bagi aku benda tu tak penting untuk aku, even bedak dan krim muka bagai pun aku tak reti nak pakai. aku rasa melekit jea kat muka. grrrrrr...

Tapi, semenjak dua menjak ni... makin lama aku tengok muka kat cermin, makin kusam gila kulit muka aku, bukan setakat kusam.. memang penuh dengan mak gat tahu. pffffftttt... sangat terharu bila jeragat memenuhi ruang pipi tembam dan bawah mata serta kawasan hidung. tetiba rasa umor dah 50-an. hahahaha. 

Barulah aku sedar, aku perlukan sesuatu untuk kulit muka aku. phiuw~ Dengan itu, aku mula berjinak2 dengan sunblock bila nak keluar dari rumah. 

Korang tahu tak yang sunblock tu penting untuk kulit kita? haa, kalau tak tahu, aku boleh listkan beberapa kepentingan sunblock yang perlu korang tahu untuk pedoman di masa hadapan

Kepentingan SUNBLOCK: 

1) Pencegahan dari kanser kulit 
2) Melindungi protein di bawah permukaan kulit 
3) Melindungi dari penyakit lain 

Kesan tidak pakai SUNBLOCK:

1) Proses penuaan berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya 
2) Penghasilan melanin yang banyak dan akan mengakibatkan kulit kelihatan lebih gelap
3) Penyebab bintik hitam atau jeragat dikulit
4) Kulit akan lebih kusam

So, hari ni aku nak review sikit pasal sunblock yang terbaik yang setiap hari aku pakai. Even nak keluar rumah beli ikan kat pasar pun aku mesti pakai sunblock taw!! aku dah insaf sekarang ni. iolss sayang kat kulit iolls tahu!
First time try, aku beli yang botol kecik jea dulu. 40ml satu botol = RM75


Yang ni botol yang kedua. 90ml = RM150, tapi dia bagi RM120 kalau tak silap, regular customer only kot. muehehehe..




Kenapa aku konsisten pakai sunblock MK FORMULATIONS?: 

1) Teksturnya yang sangat soft dan ringan - senang meresap bila kita sapu kat kulit
2) Teksturnya yang mengandungi air. sekali picit jea keluar krim bersama air. hahaha - dats why kena shake dulu baru picit. dats why jugak sunblock ni senang nak meresap bila diusap ke kulit muka kita
3) SPF 50 yang sangat sesuai dengan cuaca kat Malaysia ni
4) Mengandungi UVA (Aging)/UVB (Burning) defenses
5) Dermatology Tested
6) Presciption by doctor's only - aku rasa sunblock ni tak de kat Watson bagai, sebab aku beli ni di Poliklinik MediKulit, dat's why aku lebih yakin nak pakai brand ni :)


TIPS menggunakan SUNBLOCK:

1) Bagi aku, better guna sunblock yang SPF 50 sebab, kepanasan kat Malaysia ni sangatlah tinggi UVnya (tapi kalau outdoor heavy sangat like berjemur kat pantai, aku akan cari sunblock yang SPF 130++, kasi power sikit. hohohoho)

2) Kalau korang pakai yang SPF 15, korang kena topup balik sunblock tu kat muka selepas 2-3 jam. Tapi, kalau yang SPF 50, kalau korang pakai pagi, lepas solat zohor baru kena topup balik kat muka - ceh, pandai2 jea aku kan. ilmu ni aku dapat masa aku pergi buat treatment dekat Poliklinik MediKulit

3) Setiap kali korang basuh muka atau berpeluh sakan, kena sapu balik sunblock tu. especially ketika outdoor

4) Pilih sunblock yang sesuai dengan kulit muka kita, jangan terlalu berminyak dan berat. Sebab tu aku suka MK Formulation. TAK BERMINYAK dan mudah meresap! 

SO, Jangan lupa pakai sunblock yea!! pakai jeaa. lama2 biasa laa tu.. mihmihmih

Tq for reading, k bai!  



Wedding review: Barang Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Yang aku perasan laa kan, ramai sangat yang duk google cari pasal barang hantaran. macam2 keyword ada. ada yang google: barang hantaran untuk lelaki 2013, barang hantaran coklat yang comel, dan..macam2 lagilah. hehe. serius korang sangat comel sebab tak pasal2 sampai kat blog aku ni gara2 mencari idea barang hantaran untuk bertunang mahupun berkahwin. 

So, untuk tidak mengecewakan korang, entri kali ni aku nak kongsikan barang hantaran perkahwinan adik aku tempoh hari. 

Barang hantaran untuk pihak lelaki (11 barang):

- Jam tangan 
- Tshirt 
- Kain Tuala
- Sandal
- Nutrisi sihat HERBALIFE
- Kain Pelikat
- Sejadah+Tasbih
- Perfume
- Tali pinggang+purse
- Kek
- Pulut+Bunga Telur

Tshirt + Sejadah, tasbih + Tuala + Kain pelikat


Sandal + purse, tali pinggang + perfume + set herbalife


Jam Tangan

Kek + pulut
  

Barang hantaran untuk pihak perempuan ( 9 barang):

- Jam tangan
- kain pasang
- High heels+purse
- handbag
- Tafsir Al-Quran
- Perfume
- Set Body Shop
- Pulut
- Kek (kek sama seperti diatas, lupa nak ambik gambar kek)

Kain pasang + tafsir + perfume + set bodyshop


Jam tangan + pulut + purse, high heels + handbag


Semua gubahan diatas adalah hasil yang tak berapa seni oleh adikku sendiri. Ahaks! jangan mare yeaaaa ning!.pffftttt....

Apapun.. boleh laah kan. Free of charge jea. tak payah nak tempah dengan orang bagai. buat simple2 jea. cantik jugakkan.. Bak kata orang, hasil tangan sendiri menunjukkan kasih sayang yang sebenar. hahaha. yea laaaa~  

Tq for reading. k bai!    



Sunday, May 26, 2013

Wedding Review: Kek Kahwin Aini & Amir

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Malam2 buta ni, motif sangat aku nak review pasal kek kan? haaa. saje jea, nak kasi korang terliur dan mimpikan kek malam ni. kejam tak aku?

Malam ni aku nak review tentang kek kahwin adik aku semalam. kot2 laahh ada sesapa yang tercari2 kek kahwin yang sedap lagi mabeles dan harga pulak berpatutan. 

Tukang kek kali ni, sama jugak dengan tukang kek aku yang tahun lepas. Buat apa nak cari orang lain kan... order dengan sedara sendiri lagi best. lagipun, kek sedap, kalau tak sedap. memang tak lah kan. hohoho. 

Sebelum tuh, meh kita tengok tempat ala2 mini pelamin kek gittuuuu. cer tanya sapa yang deko.. hah! mestilah akuuu... sapa lagi nak deko kalau bukan aku..*mata keatas* hahaha. deko lah sangat kannn. padahal aku just gantungkan jea benda alah bunga yang comel2 tuu...
Comel tak? kreatif kan aku? haha. gila perasan.


As usual, kami tak suka kek fondant mahupun kek icing. walaupun cantik, for sure benda alah tu kami buang dan tak makan. cuma kikis2 makan kek jea. hahaha. agak kesian disitu.

so, adik aku tempah kek yang kami boleh telan semua, tolak pisau, bekas dan kotak kek.
Yang tengah susun2 kek tulah sedara aku. a.k.a tukang kek. 


Sesi pemotongan kek bersama pengantin

Sedap gila whipping cream nih. sampai jilat2 jari. ahaks!

cer tengok sape sebelah aku tu.. haaaa! tu lah BLOGGER ANNYSS. Tak sangka dapat jumpa didunia yang nyata. sebelum ni jumpa dalam blog jea. hahaha. TQ banyak2 taw! sudi datang majlis adik ni, siap bawak hadiah lagi. oh! terharu sungguh!.


Nasib aku tak mengidam. gara2 tak sempat nak ngap cupcakes yang disusun tepi base kek ni.

Mana taknya, rakyat jelata ramai sangat. hihhihi. budak2 kan. memang tak boleh tengok benda2 comel macam ni. hahaha. Maap yea annyss, aku ingat nak bagi la kat ko seketul dua. alih2, dah selamat semuanya. hohoho


Bukan nak puji sedara sendiri ahh... tapi, kek yang sedara aku buat ni memang sedap dan lazat. hohoho. Apa lagi... boleh lah ambik order sekarang. kalau bukan untuk kawin, makan2 saja2 pun boleh. tak pun, order untuk raya. haaa.. barulah meriah hari raya anda. hikhik.. 

Untuk pertanyaan lanjut, korang boleh KLIK sini -> ROSMA REDZA  

Tq for reading. k bai! 


Adik aku dah kawin yeay!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Baru aku rasa betapa penatnya kenduri kawin. hambek kau!. Tahun lepas bukan main bersenang lenang aku atas pelamin. Raja sehari lah katakan. Siap tanya arwah abah lagi tuu tak tahan. Abah! tak ada sangat eh orang datang?.. hahaha. Soalan tak boleh blah. padahal. berduyun2 orang sampai. sampai adik bongsu aku cakap tak sempat nak pergi buang air besar. hohoho. pengotor disitu. 

Manalah aku tahu ramai ke tak ramai yang datang. Sakan berposing depan kamera bagai. Petang sikit baru aku sedar diri. Tapi, time aku sedar diri tu, tetamu dah tak ramai sangat dah. Kami kat sini, sampai ke malam tetamu datang. lepas isyak pun ada orang lagi. hikhik. biasalaahhhh~ 

Alhamdulillah. Adik aku dah selamat jadi bini orang. hohoho. Best giler. umor baru 24 tahun dah ada laki. aku jeles ok. aku umor 26 tahun nak masuk 27 baru dapat laki. hahaha. tak pe. tak pe. kita dah selamat dahhh.. Syukur Alhamdulillah.

This is our family!!!! family kita dah ada 10 orang... we miss you Abah... Alfatihah buat ayahanda yang sangat kami sayangi. Tahniah adikku!!!! heheheehe.. 


Korang pun mesti busy dengan kenduri kendara kan. aku hari ni dah mula ada jemputan kawin kawan-kawan. esok, lusa, tulat, .. haha. minggu ni hari rabu jea perut aku free tanpa diisi makanan kenduri. Let's enjoy our food okkey! 

Tq for reading. k bai! 

  



Thursday, May 23, 2013

Sehari Dua jea lagi.....

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Morning!!!! Nikmat sungguh hari ni dapat hirup udara segar kat kampung. rumah depan belakang bendang. tepi kiri kanan parit besar. haha. udara kat sini mahal taw! tak serupa dengan udara di kota sibuk nunnnn :) 

Balik kampung kita bawak balik coklat jea, percaya tak?
OOTD
Kemeja: F-Block
Maxi dress: Booth KB Mall
Shawl: Qala Qisya


Hari ni aku tak kerja. kepada sesapa yang jelous aku tak kerja tu, senyum lebar2 sikit, lepastu minum air suam banyak2. confirm korang tak jelous dah. hahaha. Rezeki aku kot, dapat cuti. Bajet macam aku pulak nak kenduri kan. hahaha. 

Pening aku tengok rumah mama sekarang. tunggang langgang. Kat dapur masih lagi berselerak. Mama tambah dapur basah dengan dua bilik untuk anak teruna bujang dia tuh. so, boleh bayang tak. esok lusa dah nak kenduri. dengan batu batuannya, habuknya. argghhh. Aku tak tahu nak mula kemas dari mana. hohoho. last2 aku bukak blog dulu sesaat dua, lepas ni baru boleh mula buat kerja. 

Abang pulak, semalam kami bawak pergi jumpa dengan Pak SOh (pak cik separuh abad yang terer bab2 tulang patah, terseliuh, dan segala bagai), seksa sungguh aku tengok bila abang kena urut dengan pakcik tu. So, hari ni dengan kaki berbalut, jalan pun tak berapa nak stabil lagi. Hanya mampu melihat aku jadi Superwomen kejap lagi. Biasanya, abang tukang sapu, tukang buang sampah, tukang lap kipas. hohhoo. sangat rajin dan cermat disitu.*mata keatas*. haha

TEASER... 


Esok cuti umum kan. Selamat bercuti Uolls!!! :)

Tq for reading. K bai!