Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Kami, memang hantu kerang. Cakap jea kerang apa, kerang bakar? kerang rebus? kerang stim? kerang kukus? semua kitaorang makan. Kalau kat kedai makan tu, kalau sepinggan memang tak cukup, dua pinggan baru sedang2, nak order tiga pinggan malu la pulak. hahaha. Tapi selalunya aku dan abang order 2 pinggan jea. Kalau kat KL ni, kami selalu ke kedai WAN MAD dekat area Batu 9 Hulu Langat. Kat situ jea yang kami tahu ada kerang bakar setakat ni. kat mana lagi yea yang ada kerang bakar kat area CHERAS ni. tau tak?
Sabtu lepas, abang mendarat di LCCT dekat jam 9 malam, lepas tu terus kami drift ke kedai wan mad, semata2 nak makan kerang bakar. hohoho. dekat SONG tak de kerang kot. kesian abang, dah lama teringin.
Hari ni pulak, tengah syok2 aku jaga budak exam, abang wassap kat aku bagitahu yang dia ada beli kerang. Hah? apakah. macam mana nak masak kerang. Kalau kari kepala ikan aku tahu la. Ahaks! nak masak kerang? ermm.. yang aku ingat, kat kedai makan, dalam kerang ada serai. So, aku suruh abang beli serai seketul dua.
Selalu makan kat kedai sepinggan dekat 4 hengget. Kali ni masak kat rumah dua kilo 4 hengget setengah jer bai!. fuyohhh! sangat berjimat cermat disitu. Boleh simpan duit untuk ke Korea suatu hari nanti. hahaha
Memang Puas Hati Makan banyak macam nih |
Lepas Magrib, aku masuk dapur,.. tetiba kena warning.
Abang: Awak duduk diam2 eh. tak payah cakap apa2. saya yang akan masak kerang nih
Aku: waaahhhhh... awak nak masak yea. yeay!
Apalagi, aku terus bersila depan TV....
Tetiba...
Abang: Bawang putih manaaaaaaaaaaaaa.... Halia manaaaaaaaaa
Aku: Alamak, dah habis. tadi last guna buat sup. hahahaha.
Abang: Ala, tadi cakap suruh beli serai jea. Kalau tahu tak de, tadi beli dah. Tak pe lah. kita ambik bawang yang ada dalam sup ni jea lah.
Aku: A'aah... boleh jea... hehehe
Hadoiiii. ginilah gamaknya rumah yang ala-ala bujang ni. time berdua baru berasap dapur. kalau aku sorang, memang tak de maknanya aku nak main masak2. hahaa
Nampak tak bawang yang lunyai tuu.. hehe. |
Penuh periuk... Dua orang makan. memang mabeles. |
Memang puas hati makan kerang malam ni. Lepas ni, confirm masak sendiri lagi best. boleh makan banyak2.
Resepi Kerang rebus Sawoku:
1) Halia
2) Bawang Putih
3) Bawang Besar
4) Asam Jawa
5) Cili
6) Serai
7) Garam secukupnya
8) Air secukupnya
Cara-caranya:
Masukkan semua dalam periuk. tunggu sampai masak!!! :)
Amacam? Ada rasa nak makan kerang tak sekarang? Ahaks! |
Tq for reading. K bai!
17 comments:
i pun hantu kerang tp husband i tak suka. so i beli banyak2 i sorg je makan muahaha kalau beli kt kedai kn bakul kecik je dh rm5 tak puas
Nak sikit... sedapnya nampak kerang tu manggil2.. huhuhuh
terus rasa nak beli kerang esok sebab saya pun gila makan kerang jugak macam sis..hehe :)
beli sendiri dapat makan banyak2.puas hati
uwaaaa!!!bestnye!!kat lundu ni susah nak mencarik kerang...jarang2 ada, tu pun mahaaaaal giler..blik kmpung nnti soheh nk kena cari gak ^^
banyaknya nina oiiiiiiiii!
sedapnya..lama tak makan kerang rebuss....
Waaa..
urmm..waaa je ak mampu,hahaha
Beli n masak sendiri, mmg salu menguntungkan, :)
Sedapnya! nia pun suka kerang especially kerang rebus cicah dgn air asam.heaven je rasa..
sdapnya..nak skit..:)
Nina, try kukus ja kerang..lg manisssss..
Kukus sedap eh? Nanti nina try kukus pulak. Heheh
nak2 dapat cicah sambal kicap ke.. dappnya..
ada tips nak bagi kulit kerang senang terbuka..
masa rebus masukkan sedikit minyak masak.. in shaa ALLAH :)
wah..byknyer kerang.sis tak suka.tapi sis ada kwn yg hantu kerang jugak..kikiki
hehe..hantu kerang rupanya. kalau bakar sedap tu
cik siti tak makan kerang..huhu
salam..
wah..kerang bnyknyer..nsibla yaya bukn antu kerang..ngeee ;p
Post a Comment