Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Alhamdulillah... syukur padaMu Tuhan diatas nikmat rezeki yang Kau berikan kepada kami. Sungguh, rezeki ini cukup2 berharga dan bermakna buat kami. *nangis*
Seperti yang sedia maklum, usia perkahwinan kami baru seawal 7 bulan 2 minggu 2 hari. Kata orang, masih lagi dalam mood honeymoon. hikhik. honeymoon gittew. Selama 7 bulan kami kawin. tak sampai 3 bulan kot kami hidup sebumbung seperti pasangan yang lain. sungguh, perit hidup berjauhan. ya. orang yang tak rasa mungkin takkan tahu bagaimana perasaan kami. Demi mencari sesuap nasi, rezeki yang halal buat keluarga, kami tabah harungi hidup berjauhan bersama-sama. (T_T)
Selama aku kawin. aku sangat obses dengan pregnancy test. hahaha. sengal kan. Asal lewat jea cik P datang, terus excited. sampai tak tido malam. asyik duk google pasal tanda2 kehamilan. lepastu compare dengan diri aku tika tu. *eh.eh. tanda ni sama lah macam sekarang*.. *eh.eh. rahim aku rasa macam mencucuk2 lah. ahaaa. ada baby ni- lepas tu gelak sorang2.* adoiiiii.
Tapi, bila buat test. negatif. frust tertonggeng maks. frust aku kejap jeaa. mengalir air mata 12 saat, pastu lompat2 workout kat depan TV, habis dah lah frust aku. haha. . hehee.
Pada suatu hari yang indah. ececeece. Time tu aku yakin gila CIK P on the way nak datang. seperti biasa. tanda2 jerawat dan nafsu makan yang membuak2 itu menunjukkan aku akan datang bulan. Aku yakin aku akan frust lagi bulan ni. seperti biasa, aku akan buat pregnancy test, walaupun aku tak missed period lagi. saje gatal nak buat kan. dan seperti biasa lah, jawapannya mestilah negatif. hahaha.
19 June 2013 |
Kali ni aku tak nangis dah. aku dah jadi tabah tetiba. seperti biasa. Abang merangkap penasihat terbaik ku, ayat yang sama diulang-ulang. sabar.sabar. nanti ada la tu rezeki. hikhik.
Minggu lepas mama ada datang KL. lepak kat rumah aku dua tiga hari. Satu hari tu, terdetik dalam hati aku. Ya ALLAH! aku lupa nak suruh mama aku doakan aku supaya cepat dapat anak. patutla upt asyik negatif jea. haha. sungguh aku lupa plus aku malu. entah apa yang nak dimalukan pun aku tak tahu. Sebelum ni, tiap kali apa aku nak buat, pilih jodoh, nak exam, nak dapat kerja, nak dapat rumah sewa..ahhhh segala benda lah. mesti aku suruh mama doakan yang terbaik untuk aku. Tapi kali ni aku lupa.
Hari kedua mama kat rumah aku. aku menyuarakan suara hati aku pada dia
Aku: Ma, kenapa long tak pregnant lagi ehh. ma tak de doakan long erkkkkk???
Ma: *senyap*.. tak dok aihhh. sengoti heh ma tak dok pun doa pasal anak tu. Cuma ma doa supaya murah rezeki.. bla..bla..bla..
Aku: Aloohhh... ma doa ko long deh. long nak anak cepat2 nih.
Ma: Ho laa. Biar settle pasal kereta tu dulu. pahtu adolah anak tuu..
.................................................................................................................................................................
Nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi Cameron. ada rombongan geng bas sekolah. haha. driver bas lalu jalan tapah. Actually, aku dah biasa dengan jalan Tapah, jalan macam ular kena palu tu biasa bagi aku. sebab sebelum ni aku ulang alik Tanjong Malim- kelantan pun lalu jalan tu kadang2. tak de pun perasaan pening bagai. Siap drift lagi tu.
Tapi semalam. Aku rasa loya semacam. tak de lah sampai muntah bluek2. Bila bas berenti isi minyak. aku cepat2 turun cari asam. dua plastik asam aku telan. baru lega. serius. lega gila. Terdetik dalam hati. *eh. apasal ni. tak kan pregnant kot.* haha. aku ni cepat perasan taw.
Kami pergi cameron balik hari jea. dekat jam 10 malam baru sampai KL. sampai sekolah cepat2 aku drift balik rumah semata-mata nak tengok TRW VS JDT. korang tahu kan semalam ada perlawanan final piala FA? tak tahu duk diam sudoh. Memang excited kot aku Kelantan menang 1-0. hehehe. lepastu wassap kat abang. Johor kalah. booo abang boo. haha
Lepas game habis, baru aku ingat nak mandi. Tetiba teringat nak buat pregnancy test lagi. sebab aku rasa macam pelik jea perut aku. Dengan tiada perasaan, *tak berharap pun* aku terus buat test. sekali celup... sungguh tak sampai sesaat pun......
ada dua jalurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! |
Ya ALLAH... biar betul? betul kea ni? betul kea bohong? huhuhuhuhuu. Laju jea air mata aku mengalir. Aku tak tahu nak buat apa. Aku bangun ke hulu ke hilir. tengok depan ada dinding. tengok belakang pun dinding. kiri kanan dinding. dan2 aku rasa macam nak peluk dinding. huhuhuhuhuhu.. *aku sedar, dalam rumah ni, hanya ada aku seorang*
Aku terus wassap abang.. tunjuk gambar UPT tuu... abang terus call aku...
Abang: Apa maksud dua jalur tu?
Aku: Ada baby dalam
Abang: Yea keeeee???? wahhhh. Alhamdulillah...
*tetiba aku rasa sebak*
Aku: Abang jauhh sekarang...
Abang: Sabar yeaa...
Aku: ermmm... sabar. Esok pagi nak buat test lagi. Kalau positif jugak, nak pergi kliniklah check.
Abang: Okkk... yeaay!. nak jadi ayah dahh. patutlah abang rasa lapar jea selalu. loya2 pun ada. Hari tu beli asam sampai 4 pek. hahaha
Aku: wah222.. dasyat tu. tapi, baguslah kalau abang yang loya dan muntah. baru fair and square. kihkihkih.
.......................................................................................................................................................
Pagi tadi, aku check lagi sekali. Alhamdulillah. result masih lagi sama. UPTku dah positif!!!
Petang tadi aku terus pergi klinik. excited nak jumpa doktor.
Doktor: Iya, kenapa yea *lembut jea doktor nih*
Aku: saya nak check doktor, sebab saya dah missed period. (*actually aku selalu jea missed period, kadang2 sampai seminggu. kitaran tak berapa nak betul). Saya dah buat dua kali test.
Doktor: Positif la yea.
Aku: yea saya.
Doktor: Bila hari pertama last period?
Aku: 24 Mei
Doktor: *tengah berkira2* Kalau ikutkan perkiraan saya ni, awak punya due date 5 mac 2014
Aku: eh? dah confirm pregnant kea doktor
Doktor: Mari kita check. scan dulu.
Alhamdulillahhh.... syukur padaMu Tuhan |
Doktor: Apa yang boleh saya cakap sekarang ni, awak sudah pregnant 4 minggu 4 hari, kantung berada di dalam rahim. yang hitam tu ketuban. nanti baby akan ada dalam tu.. Bulan depan 30 Julai datang lagi. time tu baru kita boleh tahu situasi baby macam mana.
Aku: Terima kasih doktor *hati berbunga2*
Syukur sangat2. Akhirnya. Apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Allah makbulkan hasrat hati kami selama ni. Doakan kandungan ini sihat dan membesar dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami. Kesedihan kami beberapa hari yang lalu bila dapat tahu permohonan pertukaran abang untuk balik semenanjung tidak berjaya akhirnya Allah gantikan dengan kegembiran berita yang kami dapat hari ini. Sungguh rezeki Allah sangat luas. Dia sudah merancang yang terbaik untuk hambaNya................. Doakan kami tawww!!!
**Sometimes, when you want something, slow down and be PATIENT! and they might come to you**
TQ for reading. k bai!