KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 27, 2013

First Trimester of pregnancy

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat bilamana diri ini diberi peluang untuk merasai saat-saat manis sepanjang kehamilan anak pertama ini. Suka duka sepanjang tempoh awal kehamilan, bercakap sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, nangis sorang-sorang, semua tu akan menjadi kenangan terindah di depan hari nanti. hikhik. betul tak?. 

Wahai anak! bila dah besar nanti, sila baca diari kehamilan yang ibu/mama/mami/umi mu taip dalam blog ni yea! hahaha. 

Sepanjang tempoh trimester pertama, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan aku. Aku tak ada alahan sangat. Muntah, pening, loya, mual pun tak. cuma kadang2 tu ada rasa loya sikit2. hikhikhik. Kadang-kadang aku confius sendiri. Betul kea yang aku ni mengandung? kenapa aku macam tak de simptom2 macam ibu hamil yang lain?. 

Sepanjang ramadhan pun, Allah permudahkan urusan aku. Alhamdulillah. Cuma, yang aku perasan, semasa berbuka, aku suka makan berselang selikan dengan air asam. haha. Lagi satu, masa bulan ramadhan, angin banyak sangat dalam badan. sampai rasa pedih ulu hati. orang kata sebab perut kosong, so, memang rasa tak selesa kalau angin tu datang menghantui diri. hukhuk. 

Biasanya, aku jenis yang hanya tidur malam. lepas subuh confirm mata segar bugar, macam-macam aktiviti yang aku buat sebelum aku pergi kerja tengah hari tu. Tapi, 9 minggu pertama kehamilan, tilam empuklah menjadi rakan karib aku. Ya Allah.... tahap kemalasan aku memang tahap yang paling maksimum. Aku suka tidur! yeah! suka sangat. hahaha. Pukul 10 pagi baru aku bangun kau!. Sungguh aku rasa hidup aku tak terurus time tu. Rumah pun tunggang langgang. dengan kain bajunya yang malas nak basuh. nak pegang penyapu pun tak de perasaan. apatah lagi nak mengemop lantai. hahaha. Bayangkan? sebulan aku tak basuh baju. Abanglah yang tolong aku buat semua tu. basuh baju, sapu rumah, basuh rumah, kemas rumah. tu pun masa abang balik seminggu nak raya. huhhuhu. 

Aku ingat lagi muka terkejut abang bila bukak pintu rumah. Aku dah cakap sedia dengan abang. siap minta maaf lagi sebab abang balik kali ni rumah bersepah. Cadar aku tak tukar. kain baju bertaburan. macam-macam lagilah. Abang cakap tak pe, tak pe. nanti abang buat semua tu, katanya. Tapi, bila abang masuk jea dalam rumah. Aku tengok muka terkejut abang. "Ya Allah!!! abang ingat sikit jea bersepah. ini memang terukkk sangat ni sepahnya, ini rumah kea apa ni.." haha. Kami sama-sama gelak. haa kann. maaf yea bang. :( 

Semasa trimester pertama juga, Allah bagi sedikit ujian untuk aku. 6 kali aku spotting bleeding. Ya Allah, hanya Tuhan jea yang tahu perasaan aku time tu. Walaupun darah tu keluar light-light jea, kadang-kadang brown sikit-sikit, dan pernah sekali betul2 merah setitik dua.., hati mana yang nak tenang kan. Bila aku google untuk dapatkan maklumat, lagilah menggeletar badan aku. so, better aku tak payah baca cerita negatif orang lain. Baik aku positifkan minda aku, walaupun kadang-kadang aku tak mampu. hehe. 

Kali pertama keluar light spotting bleeding masa usia kandungan 5 minggu. Aku terus ke klinik sebab nerves kan. Tapi, doktor cakap itu normal. Normal implantation katanya. So, dia suruh aku balik. Kalau keluar lagi dan lagi teruk, dia suruh aku datang balik klinik. Lega sikit bila dengar penjelasan doktor.  

Masa kandungan 6 minggu pula, dua kali keluar brown spotting bleeding. waktu petang dan tengah-tengah malam. Masa tu aku tak tahu nak buat apa. macam nak nangis pun ada. aku sedih sangat-sangat time tu. nak pergi klinik, malam-malam buta klinik mana yang buka. lagipun aku takut nak keluar rumah malam-malam. Aku hanya mampu berserah, dan tunggu jea pagi esok. 

Esok tu, pagi-pagi aku terus ke klinik alam damai. Bila aku bagitau masalah dan tunjuk gambar bleeding tu kat doktor, doktor terus scan perut aku.
Nampak kantung semakin membesar dari yang sebelum ni

Aku tanya doktor, normal kea kalau ada bleeding? Doktor cakap, sepatutnya time pregnant tak ada bleeding yang keluar. Aku terus risau. Doktor bagi aku ubat untuk hentikan darah a.k.a kuatkan rahim. DUPHASTON namanya, dan Doktor refer aku pergi HUKM untuk buat detail check up kat sana. 

Sampai jea HUKM, aku terus kea emergency O&G room. Bila aku tunjuk surat refer dari doktor dekat nurse tu, dia terus mintak nak tengok gambar scan baby tadi. Konfius aku tengok muka nurse tu. tak semena dia cakap. " macam kosong jea kantung ni". Aku terus. hah? blurrr.. macam nak tumbuk jea muka dia. hahahaha. sampai hati dia cakap macam tu depan aku taw! dan2 jea rasa mata aku macam nak berair. aku terus cover. dia tanya lagi. "Ada nampak tak kantung ni bergerak2 tadi?". aku cakap entah. tak tahu. dia tanya lagi. "Sepatutnya, kalau dah 6 minggu, janin dah boleh nampak tau". aku diam jea. malas nak layan. terus completekan borang pendaftaran aku. padahal dalam hati. Allah jea tahu. 

Semasa di ruang menunggu, sebelum nama aku dipanggil. aku tak putus-putus berdoa agar kandungan aku sihat dan selamat. aku menangis kau. hilang rock kejap. haha. Bila dah masuk jumpa doktor, aku cerita apa masalah aku. lepas tu doktor cakap nak buat scan. Aku ingat scan biasa kat perut tu. sekaliiiiiii. scan kat bawah woooo. hohoho. malu mak jemah! nasib baik doktor perempuan. tapi serius. aku malu giler kot. Dia cakap nak tengok rahim dan check ada darah lagi kea tak. Sakit wooo scan kot bawah. alat tu dah la besar. macam besi kot. ntah. aku tak tengok pun. huwaaa. 

Alhamdulillah. doktor cakap rahim aku OK. darah pun tak de. bagus dan baik katanya. hurm. 

Next, doc scan perut aku.
Time ni aku nampak kantung berayun dari hujung (sebelah kanan)

aku nampak kantung macam tadi. aku tanya doc, nampak tak janin anak saya? doc cakap kecik lagi ni, tak nampak sangat. tapi, doc tunjuk dekat aku yang kantung tu bergerak dari hujung. berayun-ayun. doktor cakap itu denyutan jantung dia. Alhamdulillah. kandungan sihat, dan denyutan jantung dah nampak. syukur sangat-sangat. 

Masa kandungan 7 minggu. light spotting bleeding keluar lagi. Aku buat rileks jea. positifkan minda dan hati. Tapi keesokan harinya. betul-betul waktu aku nak berbuka puasa, spotting bleeding yang betul2 merah punya. setitik dua keluar. Ya Allah. hidup aku terus huru-hara. Malam tu jugak aku pergi klinik pakar wanita, tunggu punya tunggu rupanya2 klinik tu tak bukak. dan2 menangis teresak-esak dalam kereta. tak malu sungguh. hahaha. lepastu aku pergi klinik alam damai, tapi malam tu doktor lelaki, dia tak buat check up pregnancy. next aku pergi klinik mediviron, jugak tak buat check up pregnancy. last sekali aku pergi klinik kita dekat Bandar Tun Hussein Onn. 

Bila doktor scan dan tengok kandungan aku. first time aku nampak janin aku. Ya Allah. sungguh terharu. akhirnya. si anak menampakkan dirinya.
Janin dah mula nampak! kecikkkk sangatttt... 15mm

Doktor tunjuk denyutan jantung yang berkelip-kelip. laju sungguh jantung baby berdegup yea. Alhamdulillah, doktor cakap kandungan aku baik, jantung pun berdegup dengan baik. Bila aku tanya doktor kenapa ada bleeding. Doktor cakap itu normal. Orang pregnant ni macam-macam hal. Aku tanya doktor berkaitan dengan suntikan untuk kuatkan rahim. Doktor cakap dekat klinik dia tak ada suntikan tu. doktor cakap lagi. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. selagi baby itu kuat, baby akan membesar dengan baik. huhu. terharu. Aku pegang kata-kata doktor tu. setiap hari aku cakap anak mama ni kuat! yea! mesti kuat! :) 

Masa kandungan 8 minggu. light spotting bleeding keluar lagi. dan aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar kandungan aku selamat dan anak aku kuat! Alhamdulillah. sampai sekarang aku dah tak bleeding lagi. syukur padaMu Tuhan :) 

Check up 9 minggu.
Alhamdulillah. semakin membesar anakku. Masa ni ukuran 2.33cm. Kalau diikutkan tarikh due date pada scan tu, 28 feb 2014. Tapi doc letak tarikh 3 Mac 2014 :)

Aku sangat teruja bila first time tengok kaki baby menendang! hohohoho. aktif yeaa walaupun kecik lagi. comel sungguh! rugi abang tak de. kalau tak boleh tengok sama. hihihi. Aku tanya doktor Suriati yang sangat soft spoken. sebab dia memang doktor pakar di Hospital Pantai dan ada klinik sendiri di Alam Damai, "Doktor, normal kea kalau orang macam saya, selalu keluar spotting bleeding, doktor pernah jumpa tak orang macam saya?". Doktor tu jawab dengan lembutnya. "Jangan risau, normal jea tu. ramai juga yang macam tu. awak jangan risau yea. yang penting heartbeat baby ok". Aku tersenyum puas. ececece :) 

Check up 3 bulan.
Baby tengah tidur. CRL baby tika ni 5.17cm. How sweet you are. my heart. my soul. my love. ever :)

Alhamdulillah. baby semakin membesar dalam perutku. hehe. First time abang ada sama time check up. Abang sangat2 teruja. Abang cakap, bila dia tengok heartbeat baby yang laju tu, rasa macam jantung dia pulak yang berdegup laju macam tu. hehe. Tapi sayang, baby tak tunjuk kehebatan dia menendang time abang ada, baby tengah tidur. hehehe. 

Alhamdulillah. Sekarang ni kandungan dah nak masuk 14 minggu. terasa cepat masa berlalu. hehe. semakin hari semakin aku tak sabar dan teruja nak tunggu perut memboyot kedepan. hahaha. gitu. 

Abang pulak buat surprise semalam. Actually, kalau diikutkan. 5 November baru abang balik KL semula. lebih kurang 3 bulan jugak la kot kami tak jumpa. Tanjat gegirl taw bila abang wassap yang dia dah beli tiket flight untuk balik. hohoho. Bulan 9 abang balik, bulan 10 abang balik, bulan 11 pun abang balik. Dia cakap, perasaan dia nak balik jea selalu. rindu nak cakap dengan baby katanya. hukhuk. iolss is sedih ok. ingat rindu dekat mak baby. (T_T). 

Next month ada lagi permohonan pertukaran ke semenanjung. Doakan, semoga ada rezeki kami untuk hidup sebumbung. Normal macam pasangan yang lain. hikhik. Amin!

Baby bump 3 months. hahaha. Abang terconfius. selalu aku kena usik. ini baby bump kea lunok (lemak) ni katanya. Sabau jea lah abang oiii. haha

Kami berdua di hari raya. hikhik. Dah 10 syawal dah pun time ni. 1 syawal tak de gambar pun. mogok baju raya abang tak siap. huh!


"Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah kedalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu."

Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan untuk kami. 

TQ for reading! k bai!                    



47 comments:

Chic Na said...

semua dugaan tu menguatkan nina tau.. huhu.. tp serius neves gak baca.. Alhamdulillah semua selamat. cepat je dah 3 bulan. comel je baby bumps.. ;)

Unknown said...

tahniah.... :-)

dear anies said...

Jg diri / kesihatan lek lok ye nina...

P/s bj raya xsiap ke? Tailor mogok lapo ke? Sabo je la...

cik mah said...

Nina...br tau nina pregnant..tahniah...smlah weeks bby kita...due pun dekat2 tu...hhehe..cik mah due 22.2....

Mizz Aiza said...

semoga dilindungi oleh Allah selalu.. jaga diri elok2 nina..

Anum said...

salam dan selamat pagi...

Cik Nor said...

tahniah nina..

NinaAz said...

Chic na; tq. Semoga semuanya selamat

NinaAz said...

Bada ariff: tq. Hehe. Nape nina xleh buka blog sis eh.

NinaAz said...

Anies: tq. Haaa. Entahlah tailor tu. Nak pergi ambik. Satu baju melayu pun tak siap. Baru siap potong kain. Dia ckp xsempat buat. Sentap sungguh

NinaAz said...

Cik ma: tq. Tahniaj buat cik mah juga yea. Hehe

NinaAz said...

Mizz aiza: aminnn. Tq yea

NinaAz said...

Nurzakiah: wslm. Selamat pagi juga :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

alhamdulillah, betullah kalaua da heartbeat jgn risau sgt takut nanti stress effect baby pulak. err, tapi kalau setiap minggu bleeding sape tak nebes kan. Yana doa awak n baby selamat menempuh perjalanan ni sampai waktu nya ye. jangan lasak2

AyongAtikah Zaid said...

wah!!panjang kisah 1st trimester nina...nebes lak ayong yg baru nak menjalani 1st trimester ni...semoga semua baik2 je tuk kite semua...aamiin...=)

:sour n sweet: said...

waaa...bestnye!!jaga diri & kandungan leklok nina..jangan lasak2 sangat taw =)

Yaya Ayarus said...

Tahniah Nina :) happynyaa lahai
nak nangis rasanyaa dapat tumpang bahagia orang ngeeeeee :)

cha said...

Insyaallah takde pape tu u. Doctor pun kata normal kn klau spotting tu. jaga diri k. Jgn buat keje berat sgt.

PUAN PIA said...

cepat aje masa berlalu...... 3 bulan dah u..... comey2

Cikrosecute said...

tahniah...akhirnya baby tue selamat...akak pernah bleeading jugak anak pertama...gugur...

Juliet_iRa~" said...

Hi nina..salam kenal..cikgu juga ye?hehe wahh dh pregnant..tahniah :)

Boleh je kalo nak dtg kenduri sy..nt pm add kat email sy k.. :)

Vee said...

semoga ibu n baby sihat ... aaamin

Nina Mads said...

tahniah nina ! :)

Unknown said...

bestnye baca pengalaman nina.. nk gak rasa mcm ni..huhu.. comei dah perot dia.. cantik pic raya..

lieyalatif said...

COMEY SGT!!! moga semua dipermudahkan dan bb membesar dgn sihat sempurna yeak...

anamizu said...

Hai Nina ! cikgu nina la ye ? hehe. wahhhh comelnye babybumps dah 3bulan.. jage kesihatan bebaik ye.. smoga semuanya baik2 aje :)







slm kenal,
anamizu :)

Unknown said...

Nina..
wah tahniah welcome to the club..
nanti boleh shopping barangan baby dan ibu kat kedai ayeen ye.. hhehehe

Jadi bussiness women kecil - kecilan..hehehehhe

https://www.facebook.com/babylola89

Nastyna said...

Suka duka for the moment, nnt jadi kenangan terindah. I dulu pun sama macma u dear, tak rasa alahan apa langsung, tak rasa macam pregnant pun cuma perut jer membesar dengan jayanya. And masa 4th month pun I ada bleeding agak teruk, sebab penat sangat kot masa tu banyak travel and I tak reti duk diam (thats why JJ pun lasak tak reti duk diam). Hope baby and u always always fine :D

wawa syaida said...

tahniah nina...jaga diri tau...suka sangat baca entry ni...untung nya ada blog kan...boleh save semua pengalaman

Asyik Izas said...

Tahniah Nina..jaga diri baik2..berseri-seri tgk muka nina..:)

Unknown said...

ok, aku sedih.
hati2 tau..
dah besar perut tu =)
doakan utk aku merasa ape yg ko rasa..

Nik said...

comel jea mama to be ni
jaga kesihatan yea dear. sis Doakan semuanya baik2 jea.moga Allah permudahkan urusan Nina.

Unknown said...

wah..tahniah NinaAz..mengusik si abang ye..

lama tak masuk sini..masuk2 je baca berita gembira..tahniah utk korang berdua ya..jaga diri baik-baik tau..

Unknown said...

aamiin
moga dipermudahkan segala urusan kehamilan sis
beznye..berita gembira..alhamdulillah

Unknown said...

haha, lama giler tak masuk blog akak ni,masuk2 dah mengandung, kk gud luck kak ~

Anonymous said...

scan kt klinik Alam damai di mana ye? tqvm

Cik Cici Eryna said...

hhehe , comey je perot. semoga dimudahkan. hehe . =D

kurus said...

alhamdulillah
dikkkk
tahniah ..
sorry dah lama x singgah huhuhu
kesibukan yg terlampau huhu

anywahy tahniah .. here comes bb herbalife ye ! ... a big hug to uu ..
teruskan consume Herbalife for u & bb good health ! ...

congrats again dear ..

Kamsiah yusoff said...

semoga Nina dalam keadaan yg selamat sellau..

Annyss Aleeya said...

makin comels kak nina nie bila pregnant. kekal maintain deh? hehe.

mamaRIFQY said...

tahniah ye !! 0h 1st time pregnant ye? mesti sgt2 excited.Macam mase akak mula2 dapat rifqy dulu...take care ye..moga semuanya selamat. AMin

Nina Mads said...

semoga ibu dan baby sihat2 saja :)

Masya said...

Comel jer perut, baby mesti comel nnt

Unknown said...

Nina...apasal lama xupdate cete...

Eh, blog akk dh login x? Akk ada jual barut & bedung bercorak...murah2 aje...nnt dtg blog akk ye :-)

Cik Rose said...

Assalamualaikum.. selamat pagi.. suka baca cerita awak ni.. moga diberikan kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan :)

Nastyna said...

All fine there? MAna pergi? Apa pun hope u and the little one always in good shape ;)

Tinta Farah D said...

boy ka girl ? fara dapat girl :)