KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 27, 2014

Makanan Pejal untuk Daffa: Great Combo - Banana | Blueberries | Apple | Potato | Sweet Potato | Carrot | Cauliflower | Butternut Squash

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Since Daffa dah masuk 8 bulan, ada beberapa makanan baru yang aku perkenalkan pada dia : Epal, Pisang, Kobis Bunga, Blueberry dan Butternut Squash. heee. Kira banyak jugaklahkan. 

Epal dan pisang bagi aku ianya tergolong dalam kategori buah yang manis. Daffa memang tak suka makan yang manis-manis. Dulu aku ada buat puri betik untuk bagi dia makan, sudahnya... puri betik tu berjaya diperam dalam perutku jua. haha. 

So kali ni, aku cuba campur pisang dan epal dengan buah dan sayur yang lain dengan harapan anak aku dapat makan dengan jayanya. heee. Bukan nak ajar dia supaya suka dengan 'manis', cuma aku nak train dia supaya suka dan tak memilih bila diberi makanan. 'Manis' buah katanya. Tapi ingat yea ibu2, untuk stage umur baby2 sekarang, NO SALT, NO SUGAR, NO Perisa tambahan. heeee. 

Semalam aku ajak sawo singgah GIANT dekat rumah. Semata nak beli stok makanan untuk Daffa. Asalnya aku just nak beli BEET ROOT, tapi betul2 aku terkejut bila jumpa BUTTERNUT SQUASH dalam Giant tu. Warghhh... Dah lama aku cari bendalah squash ni! akhirnya jumpa jugakk... Bila dah tersengih2 jumpa Butternut, terus hilang ingatan untuk beli beet root. hahaa. last2, benda lain yang aku beli!.. Tapi aku rasa tak de kot beet root dalam giant yang kecik secoet tu..



Sebelum ni aku dah pernah cuba bagi daffa puri pumpkin biasa tu. So aku rasa dia suka la jugak dengan butternut squash ni sebab tekstur dan rasanya lebih kurang sama jea (adik beradik pumpkin juga). Cuma yang bezanya, dulu aku buat LABU BAKAR, sekarang aku hanya KUKUS sahaja. YES! beza rasanya. Bagi aku, yang BAKAR lagi sedap!!!! hehe dan lagi satu, aku ada baca yang butternut squash ni lebih tinggi kandungan nutrisinya kalau nak dibandingkan dengan labu biasa :D 

Makanan pejal untuk Daffa kali ni aku rasa lebih meletop dari yang aku pernah buat sebelum ni. hehehe. memang betul2 GREAT COMBO! Memang sedap uolss! Aku pun rasa macam nak makan jea. Sambil2 buat untuk Daffa, sambil2 aku cuba sesudu dua tiga. haha. Cepat2 simpan dalam freezer takut habis masuk dalam perut mak dia :P 

Stok makanan yang WAJIB aku buat untuk daffa sekarang ni adalah bubur nasi. hee. Makanan rutin dan rugi :) 

Untuk semua buah dan sayur tu aku guna kaedah KUKUS. kecuali blueberry & Pisang (NO COOK)




BUBUR NASI / White Rice Puree 

Aku guna 'beras wangi' untuk buat bubur Daffa. Hanya ambik dua genggam beras dan masak dalam periuk atas dapur macam biasa. Bubuh air sampai nasi tu jadi bubur (beras ni senang untuk nasi menjadi bubur. hee). Blend dan masukkan dalam bekas untuk disimpan 

Puri Pisang




Puri pisang ni benda paling senang nak buat. Basuh pisang, buang kulit. potong2 pisang lepastu masukkan dalam freezer bag. Ziplock dan tekan2kan sikit pisang. Pisang kan lembut, so senang nak purikan. :) 

Combo Set - Puri Pisang + Puri Blueberry + Puri Epal 




Basuh Pisang, Blueberry dan Epal. Kukus Epal sahaja. Kisar Epal + blueberry + pisang (purikan) 

Combo Set - Puri Epal + Puri Butternut Squash + Puri Kobis Bunga (Cauliflower)




Basuh epal (buang kulit), kobis dan butternut (tak buang kulit). potong epal dan kubis. kukus semua. Butternut tu aku ambik isi pakai sudu, blend semua dan simpan  

Combo Set - Puri Kobis Bunga + Puri Epal + Puri Ubi manis 



Basuh Kobis, Epal (buang kulit) dan Ubi manis (buang kulit). Potong2, kukus. Blend dan simpan. 

Combo Set - Puri Lobak Merah + Puri Epal + Puri Ubi Kentang 



Basuh Epal (buang kulit), Kentang (buang kulit) dan Lobak merah (buang kulit). Potong2 kemudian kukus. Blend. Simpan  

Stok makanan Daffa kali ni aku simpan dalam freezer bag sahaja. Kaedah cuba jaya. Saja nak cuba adakah ianya praktikal ataupun tidak. heee. Selalunya aku KIUB kan sahaja dan simpan. So kali ni Aku guna Food Storage Bag (freezer & storage) brand GLAD. Ada jual di giant. murah jea. hee




Ekceli, ini adalah kerja orang malas. haha. Kalau orang yang rajin, boleh le purikan satu2, simpan. Bila nak makan, baru campur puri tu. Kerja aku sekali harung. haha. Rajin kan aku ? *mata keatas*.  

Hari ni aku dah start bagi daffa Great Combo (white rice + apple + bunga kobis + butternut)! wink2. Memang praktikal guna Storage bag ni (bagi aku laaa. hahaha). Senang jea nak guna, Patahkan jea banyak mana yang kita nak dan cairkan macam biasa. heee..


See! Sikit dah patah. bagi daffa breakfast hari ni. heee. senang jer!



Alhamdulillah. Daffa love it! like it!! Ibu Win! hehe


OK uolss! Hari ni dah bukan hari holiday. Mohle kita bersiap pergi kerja.Anak pun dah kenyang. Ibu pun senang. haha. kwang3.   

TQ for reading! K bai~   




8 comments:

Anum said...

bagus nie ibu yg sgt rajin

Aimi Muhamad said...

baru je plan nak ke giant membeli storage bag itu untuk buat simpan puree.rupanya nina dulu sudah mencuba.good2.boleh la ibu thaqif cuba dengan senang hati.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, wahhh dah combo set sekarang daffa. sedapnya ibu buat... umi sheila nak sikit boleh? hihiii memang wajib bookmark entri ibu nina ni.. tak lama lagi boleh sediakan solid food untuk Adam ~~~

mizayusof said...

Sedapnya walaupun ia makanan baby :)

maszull said...

assalamualaikum nina...sedapnya die mkn mesti masakan ibu sedapkn...:)

@moi said...

rajinnnnnya....

saya cuma bagi anak saya cerelac aje...rasanya anak saya & anak niza sebaya tp next week baru cukup 8 bulan...

cik mah said...

Yummy...sedaplah tu kan..azwa pun suka yg combo..

Syaidatul Alwa said...

Salam nina...wahh bestnya..baby alwa esok bru nk masuk 6 bulan..xsabarrrr..nak tmya kalau bubur awk bekukan jugak ke cane?