KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, June 5, 2019

AIDILFITRI 2019: RAYA DI PERANTAUAN...

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah. Setelah sebulan berpuasa, hari ni semua umat Islam meraikan hari yang sungguh bermakna. Hehehe. Seronok tengok gambar-gambar raya kawan-kawan semua. Tak kiralah di FB ke, status wassap ke, story insta ke... semuaa nampak happy, meriah dan in love. Sungguh indah ikatan tali persaudaraan kita semua . 



Alhamdulillah. Kali pertama beraya di Kuala Lumpur. Harini sepupu dari Puchong aje yang datang ziarah kami di rumah. Kami tak de nak jalan mana2 lagi. Niat hati nak ke rumah pak sedara di Bentong. Baru sampai Ampang, pusing balik rumah, jalan jemmm. Jem nya sampai ke Genting Sempah. Hahahaha. Hujung minggu ni aje lah keluar beraya.



Menu pagi raya kami... 
Biskut raya. kek lapis. brownies. ketupat serunding + manis, 
lemang + rendang ayam pencen, Ketupat nasi + rendang dendeng

Gambar raya appa nana dan dedi

Anak-anak ibu. Daffa dan Dafna

Bersama mokteh nana. Adik aku yang juga tak balik beraya kat kampung. hehe

Keluarga kecilku...


Buat semua yang mengenali diriku secara langsung atau pun tidak... 

Selamat hari raya, Maaf zahir dan Batin..


.

 TQ for reading. K bai~   





1 comment: