KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 4, 2010

Muffin Choc. Raya

Sape yang suker makan kek COklat @ Muffin Coklat..(angkat tangan)..hehehe
biasa kamu buat kek tu guna apa? serbuk koko ker?? ..hmm..
hari ni NinaAz nak ajar resepi baru utk sesape lah y minat dan suka makan kek@muffin coklat ni...hehehe...Jom tgk apa yang perlu ada nak buat kek ni..

Muffin Choc. Raya:

Bahan2:

400gm coklat masakan
140gm mentega (kalau majerin pun sodappp)
4 biji telur
100gm gula halus (kalau xsuka manis.kurangkanla gula ni yea)
120gm tepung gandum (NinaAz suka guna Tepung naik sendiri..heheheh)


ok..ni je bahan3 dia..:)
cara??..hehe..
bila dah tahu bahan..mesti nak tahu cara kan..

Langakah pertama:

1) panaskan COklat masakan tadi menggunaak kaedah "Double Boil" sampaila coklat tu cair..


2) bila coklat dah cair..masukkan pula mentega kacau sampai cair


(mentega yang sudah cair)

3) kacau telur dan gula dalam mangkuk sehingga sebati.. angkat bekas yang dicairkan coklat tadi..biarkan seketika (1min) kemudian masukkan telur dan gula yang telah dikacau tadi..

4) bila dah semuanya sebati..masukkan tepung yang telah pun diayak dan..kacau jan tak kacau...kacau jan tak kacau..hehe

5) sediakan mangkus kertas..terpulangla macam mana rupa mangkuk kertas tu td..

6) Masukkan adunan tadi kedalam mangkuk kertas..(jangan terlalu penuh)

(tabur coklat chip- kalau xmaw tabur pun xp...)

Kemudian bakar...suhu = 180 darjah celcius..lebih kurang 20 minit @sehingga masak

Ting!...
Inilah hasilnya..hehe..bolehla dihias pada y suka menghias..makan macam ni pun sodapppppppp...CUBALAH!!!!!!!



~NinaAz Cake House~

Inginkan rasa y nyata..Inilah Duniaku., NinaAz Cookies

Alhamdulillah...

Akhirnya setelah sekian lama..tercapai jugak hasratku utk menjual biskut dan juga kek di musim perayaan pada tahun ini 2010..

walaupun baru mula melangkah dan bertapak di alam perniagaan..
sambutan amat menggalakkan sehingga aku sendiri geli hati dgn pelanggan2 aku..

Alhamdulillah.rezeki bulan Ramadhan..rezeki anak2 buah aku masa bulan syawal nanti..hehehe..(gelak jahat)

Terima Kasih kepada ayahandaku..kerana byk memberi semangat..hehee..abahla yang selalu pergi beli barang..walaupun lebih 5 kali p Bandar..terima kasih juga pada family..mr. great ..dan juga kawan2 y byk support..hhehe..

Alhamdulliah..walaupun aku bekerja dr jam 8-4ptg..aku masih lagi mampu memenuhi permintaan dalam lebih kurang 144 box = 5 kotak... fuh..ini pun tidak mencukupi..customer yang dari kalangan guru-guru sekolah melebihi permintaan sebab aku xbajet pun nak ambik tempahan kat sana.. juz jual jer...hehehe..

Ada jugak peniaga dari bazar ramadhan dan juga pekan2 yang mengambil cookies ni utk dijual di kedai2 mereka..tapi.harganya paham2 la..:)
berniaga ni seronok...saat yang paling bahagia sekali bila biskut2 habis dijual..


jualan utk harga 1 box adalah RM15 dan RM20,, mengikut jenis2 cookies..
satu box mengandungi dalam linkungan 45- 60pieces cookies..

Antara cookies yang di jual adalah (12 jenis semuanya):

1) Dahlia Cookies RM15

2) Almond London RM20

3) Choclate Chips RM20

4) Nestum Cookies RM15

5) Almond Cornflakes RM15

6) Nibs Almond RM20

7) Crystal Ball RM15

8) Pineapple Tart RM20

9) Honey Great Cornflakes RM15

10) Toasted Coconut Bar RM20

11) Mazola Peanuts Cookies RM20

12) Makmur Cookies RM20



:) inilah sahaja 12 cookies y available pada tahun 2010 ini..I-ALLAH pada tahun hadapan..

cookies yang baru dan ada kelainan akan muncul..hehe..

Teruskan SETIA bersama NinaAz Cookies..

TERIMA KASIH

~Inginkan rasa yang nyata,..Inilah duniaku..NinaAz Cookies~

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Al-Quran...


Salam Nuzul Al-Quran buat semua muslimin dan muslimat...

Hari ini 27 ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431H adalah hari ulangtahun turunnya kitab suci Al-Quran ke muka bumi ini kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam Jumaat, tahun ke-41 selepas keputeraan baginda.

ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran.

Selain al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan.

AL-QURAN adalah kalam Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad, pembawa amanat yang jujur dan tanggungjawab. Al-Quran yang dibawanya mengandungi undang-undang dan petunjuk bagi umat Islam dalam mengatur tujuan hidup dan kehidupan sejagat.
Firman Allah bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan salah…” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini

INFO: just to make you smile

~SALAM NUZUL AL-QURAN~

Thursday, August 5, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Interview e2 Best...:D

Alhamdulillah...
berakhir jugak debaran dup..dap..dup...dap...seminggu ni..ekekek..:D
hari ni adalah hari penentunya..setelah 3 hari bertungkus lumus mengenali menteri2..memahami apa y terkandung dalam PIPP, NKRA dsbgnya...dan juga mendalami ttg isu2 semasa y berlaku skrg..
TQ mr Great..seseorg y byk membantu..beri semangat..bagi idea y bernas..walaupun salah..hahahhaa...xpela kan..kita sama2 belajar..:P

seawal jam 6.40am..dah bertolak ke tempat utk ditemuduga..di SM Teknik PC.. TQ abah sebab sanggup hantar dan tunggu anakandanya nie..hehehe..:D

sesi pertama..jawab soalan insak..agak pening jugak..walaupun soalan bukannya fakta..dan berkait rapat dgn sahsiah diri..tapi..ade jugak soalah y agak mengelirukan...hmm..jawab punya jawab..xsedar dah tinggal 5minit lagi..soalan ada lagi 20 y xjawab..(135soalan dlm masa 30min)..fuh..Tuhan je taw..terketar2...tp alhamdulillah..aku tak pakai M16..sempat la jugak aku berfikir logik jawapannya..

sesi kedua...sesi ditemuduga..
masa ni la time nak ketar lutut..hahaha..
tapi alhamdulillah..
aku calon y ke 6..sebelum interview bermula..
penemuduga keluar dari bilik dan bagitau kami masa temuduga hanya 10mint.. "sesiapa yang rasa nak 1/2 jam tu maaflah yea..tapi kalo rasa nak jugak..bagitau saya awal2"..kami apalagi..gelak terkekek..kihkih..10 mint tu pun dah cukup..kalau 5mint pun ok..hehe

masa turn aku utk ditemuduga...
macam biasa..tatatertib utk ditemuduga mesti dipentingkan..heheh
bila dah duduk atas kerusi..
lain macam je rasa..
aku rasa seronok..
tersenyum3..
nak gelak pun ada..
tak tau kenapa..hahhaha..
antara soalan3 y ditanya..:

1) umur berapa?
2) apa itu guru??
3) bagitau penglibatan sukan sepanjang ni..
4) berikan tiga sebab kenapa nak jadi cikgu..
5) Berikan nama cikgu y dikagumi dan cara dia mengajar mcm mana..
6) Sebutkan apa e2 NKRA dan terangkan pasal sekolah berprestasi tinggi..
7) isu kenaikan harga barang..apa pendapat??
8) kenapa kerajaan menaikkan harga barang..
9) menteri perdagangan sape??

hehhe...byk soalan woo..tapi best penemuduga ni..xd stress2
aku pun laju je jawab..biasa kalo presentation tergagap2..
hehe..
alhamdulillah..segala2nya berjalan dgn lancar..
cuma soalan y ke 9 tu la aku fail..hahahah
..Maaf Tuan, sy kurang pasti sape menteri perdagangan..kah4..kesian kat aku ni..
aku pun ckp y aku tau menteri keewangan, pelajaran, ment dalam negeri..hehhe..
hmm..
xsangka plak isu harga barang naik y diusulkan..

apa pun..syukur..semuanya dah lepas..kepala pun dah ringan..
hehehhe...
mudah-mudahan..
dapat ditempatkan dimana2 sekolah..
mana2 pun xkesah..
yang penting..
dapat mendidik anak bangsa..
heheehe...


babai...

Tuesday, August 3, 2010

Biarlah seluruh dunia membenciku....

Teringat kata-kata Al-Ghazali:

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."


Ya Allah,..
bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu...
Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu..
Seindah apapun kenikmatan dunia,..
jika Engkau tidak meredhainya,..
tentulah ia hanyalah sia-sia...
Ya Allah,..
biarlah seluruh dunia membenciku,..
tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..

Maafkan aku...
tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kalian...
tidak pernah terniat untuk merampas hak sesiapa..
tidak pernah terniat untuk membuat kalian derita atas apa y berlaku..
Tujuan hidupku hanya mencari redha Allah...
Kalian tetap adalah kawan-kawanku yang kucintai,...
Semoga kalian dibimbing oleh Allah ke jalan yang benar...
Mohon doakan untuk diri ini juga...

Saturday, July 31, 2010

Latihan praktikum guru mungkin dipanjangkan

PENGALAMAN praktikum merupakan elemen penting dalam lati han perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zeland, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan.

Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah tersebut:

• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan dari satu tahun ke satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih:

• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;

• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan

• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

Thursday, July 29, 2010

GOD..Bless Me..,,

TAHNIAH!

Anda berjaya dipanggil temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA

Berikut adalah maklumat panggilan temu duga tersebut :-


No. Kad Pengenalan:860909....

Nama:NINA...

Tempat Temu Duga:SM TEKNIK PENGKALAN CHEPA,DEPAN PUSAT SUMBER PENGKALAN CHEPA,16100 KOTA BHARU, KELANTAN

Tarikh Temu Duga :5 OGOS 2010

Masa Temu Duga :8.00 PAGI

Alhamdulillah...
Akhirnya..masa y ditunggu2 oleh semua bekas mahasiswa/i UPSI..
huhu...
dah boleh start stdy ni utk di interview..
huhuhuhu...
pa pun..
Aku harap..semuanya berjalan lancar..
mudah2an..Selamat Dunia & Akhirat..
Amin..

Kita dan Mereka...

kadangkala..
demi untuk menjaga hati mereka..
kita perlu memendam rasa...
kadangkala..
demi untuk menjaga hubungan mereka..
kita perlu lepaskan dia..
kadangkala..
jika kita diberi dua pilihan..
antara cinta mahupun keluarga.
kita pilih Agama..
Agama y pertama,
Keluarga y kedua,
Cinta..ada dimana2..
Kadangkala...
demi utk bahagiakan mereka..
kita rela dicerca dihina..
kadangkala..
demi utk masa depan mereka..
kita rela berendam air mata..
Namun..
biar siapa pun kita..
xkira apa jua bangsa kita..
xkira apa jua agama kita..
kita adalah manusia biasa..


Nukilan rasa: NinaAz Cookies...

Wednesday, July 28, 2010

Layar Keinsafan...

TUHAN...

Layarkanku kearah cintaMU,
Tuntuniku menggapai redhaMu,
Rimbunan kasihMu kuberteduh,
kepadaMu ya TUHAN..
Berikan secebis keinsafan,
Bekalan sepanjang perjalanan,
Mencari ketenangan..

Berikanlahku hidayah..
Agar dikuatkan iman yang lemah,
Moga diberkati hidup ini,
Menuju bahagia y kekal abadi..

~Danish&Nina..~

Saturday, July 24, 2010

Sedarlah...

Sedarlah....

kita tidak dilahirkan kerana kebetulan

kita memang dilahirkan atau diutuskan oleh Allah dengan situasi yang penuh tribulasi masakini

kitalah orangnya

kitalah rijalnya

Jika tidak merancang untuk menuntut ilmu

sebenarnya kita merancang untuk menjadi jahil

Kalau kita tidak merancang untuk kesyurga

kita menempah neraka

Kalau kita tak merancang untuk meningkatkan keimanan

sebenarnya kita merancang untuk meningkatkan kekufuran ...

~Danish & Nina..~

Friday, July 23, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu melimpahah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita kelak..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan kelak..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penumpang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Surgaku..


~Danish&Nina..digulu,baino..om sogigisom..~

Thursday, July 22, 2010

ResiGn...

Hmm...
Sayangnye la rasa nak resign ni...
xtaw nak tulis ape lam surat resign ni...
aku seronok dgn apa yang aku buat sekarang..
rasa boley masuk ngn keje skg..ngn kawan2 yang ada skg..
semuanya baik2..huhuhu..
tapi...
bila pikir 2,3 kali..
hatiku memberontak..
hmm..biarlah aku saja y tahu kenapa hatiku memberontak..hehe..
ianya tiada kaitan dgn kerja y ada skg..
cuma aku ni y xberapa betul sikit..
so..
dgn rasminya..hari ni aku akan naik pejabat..jumpa HR..
and bagi surat resign aku..
huhuhu..
dalam masa 14 hari..
baru aku boleh berhenti bekerja disini..
dan..
bermulalah hidup baruku..
apa yang aku idam2kan selama ini..
aku harap akan jadi kenyataan satu hari nanti..
semoga..ramadhan kali ini memberi peluang utk aku mula bertapak
di dalam dunia perniagaan.....
NinaAz Cookies Production..ComiNg sOOn...(^_^)

~Danish&Nina..digulu,baino..om sogigisom..!!~

Wednesday, July 21, 2010

Mr. Great

Dear..,,

apa yang berlaku buat masa skrg...
semuanya adalah dugaan..cabaran..,,
aku tahu kamu dapat laluinya dengan baik..
aku tahu kamu kuat..
aku yakin kamu tetap tabah...

sabar yea sayang..

ALLAH sentiasa ada bersamamu...
ALLAH sayang semua umat DIA..
ALLAH sentiasa akan melindungimu..

aku tahu kamu memang seorang lelaki yang rajin..
aku tahu kamu memang suka memerhati..mengkaji..meneliti..

sabar yea sayang..

inilah yang perlu kamu lalui..
kamu tahu tak kenapa kamu kena lalui semua ni..??
sebab...
ALLAH sayang kamu sangat2.....
kamu benar2 beruntung...
lagi beruntung dari aku yang sejak azali lagi memang dilahirkan sebegini..

sabar yea sayang..

apa pun yang berlaku..
aku akan tetap sama2 kamu..
Belajar rajin2..
aku tahu kamu boleh...
aku tahu kamu pandai cari peluang..
aku akan sentiasa menyokongmu...
ingat yea sayang..
ALLAH sentiasa ada bersama kamu..
jangan menyerah kalah..berjuanglah sehabis2nya..
hidupmu diberkati selalu...:)

Thursday, July 15, 2010

Wali band - dik..

~Like dis sOng..~

Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah

Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Back to Reff:

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh


~Danish&Nina~

Saturday, June 26, 2010

First Day....

Kehidupan yang baru..
bermula pada hari ini...(^_^)
Kini aku bukan lagi penganggur yang sedap2 duk goyang kaki..
heheheh...
aku kini adalah salah satu daripada staff MYDIN MOHAMED HOLDING BHD..,
iaitu satu nama yang tidak asing lagi di Negara kita..
aku ditempatkan di cawangan Kubang Kerian dan cawangan ini adalah merupakan cawangan yang terbesar di Kelantan
iaitu MYDIN HYPER..
Langkah pertama...
hmmm..bukan senang nak jadi warga Mydin ni rupanya,.,,
Bukan 1st day masuk kerja,..terus kerja..
1st day kat Mydin..aku mesti mengikuti set induksi..seharian aku dalam bilik kuliah..
aku juga dibawa utk melihat setiap department yang ada dalam pasaraya tersebut..
hmm..agak menyeronokkan..
apatah lagi dapat berjumpa dengan orang atasan dan diberi sedikit kata2 semangat oleh beliau..
aku menyukai suasana kerja seperti ini..
dapat bergaul dengan ramai orang..kerana dalam satu Mydin ni terdapat banyak bahagian...
aku juga suka suasana kerja sebegini kerana dapat berdepan dengan bermacam2 ragam manusia yang dinamakan sebagai pelanggan..
jawatan yang diberikan padaku adalah sebagai seorang CASHIER..Fuh~..satu tanggujawab yang amat berat,,..
Mydin amat menitikberatkan aspek AMANAH & JUJUR...
hmm..apa yang pasti..
aku akan cuba buat yang terbaik..
dan memberikan komitment yang terrrbaik...
Alhamdulillah..terima kasih TUHAN..kerana memberiku peluang untuk mencari pengalaman bekerja..
dan terima kasih MYDIN ..kerana sudi memberikanku pengalaman yang cukup berharga ini...
semoga.. langkah yang seterusnya..
akan memberikan banyak lagi pengalaman yang dapat mematangkan fikiranku..
TUHAN memberkati selalu...


~Danish&Nina~

Friday, June 25, 2010

Doaku selalu Mengiringimu...

Semalam abg tak sihat..
pergi Klinik..pergi Hospital,,
Hari ni pun abg still lg tak sihat..
kesian abg..
huhuhhu...
selang sehari aku meninggalkan Kuala Lumpur..
abg jadi macam tu..
kenapalah masa aku ada abg tak demam..
huhuhuhu...
ish..tak baik aku fikir macam tu..
macam tak nak terima ketentuan ALLAH pulak..
Apapun..
aku harap..
abg akan cepat sembuh..
abg budak baik..kena dengar cakap..
makan nasi..minum air banyak-banyak..
makan ubat..
sebelum ni abg tak suka makan ubat..
kalau abg sakit..abg akan tido..pastu abg buat tak tahu jea..
but, kali ni..
abg kena makan ubat..supaya abg cepat sembuh..
boleh kacau gewe dia..huhuhu...windunya kat abg..
Esok dah start kerja..
tak boleh bawak handphone..
adeii...huhuhu...
semoga ALLAH memberkati abang selalu..
ALLAH menyayangimu selalu..
ALLAH bersamamu selalu...
~Amin...~


"Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah..."

Wednesday, June 23, 2010

Hati yang Terusik.....

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta..??
Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia..??

Lewat musim bunga..
Menyaksikan kemesraan Danial dan Diyana menjalin rasa, menyulam cinta..
Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar, agama dan budaya..
akhirnya bertaut menjadi satu..
Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan..

Danial..Lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya dan kesungguhan untuk mendalami ilmu agama walau berbagai rintangan berada didepan mata..

Diyana..Wanita yang memiliki segalanya. Namun itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimipikanya..

Hakikatnya.. mana ada cinta yang tidak teruji..
Jika tiada ketabahan dan kekuatan..
Tentangan keluarga boleh menghancurkan mahligai cinta yang dibina...
Benar restu itu perlu..
Tapi... sanggupkan seorang ibu dan seorang bapa melihat anak mereka hidup sengsara dek kerana cinta yang terlarang..?
Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki
yang tinggi akal fikirannya..
Dayuslah Danial jika dia bertindak diluar kawalan kerana takut difitnah, kerana takut maruahnya dihina..kerana takut dirinya dicela..

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Diyana..
Cinta dan kasihnya seakan musnah bak pudar ungu Lavender di musim luruh..
Dia terpaksa membuat pilihan.
Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan..
Baginya, diam bukan bererti bersalah, bukan juga bererti mengalah..
dan..dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap,
akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan..
Dan dia tahu, yang dia berhak memilikinya kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan..Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segalanya!

~Danish&Nina~

Buat Ayahanda yang Tercinta....

~23 Jun 2010~ Bapa adalah segala2nya..
Tanpa dia..tiadalah kita di dunia..
setiap hari adalah hari bapa..
hehehe...(^_^)
setiap hari kita boleh meraikan bapa kita...
heheh..(^_^)


Khas buat bapa...


~selamat hari bapa ABAH!!~


~Mee Bandung..segar dari ladang..hehe~


~Cendol Bandung pun ada...~


~Air jambu batu dari Bandung pun sodap..ekekekk..~



ABAH!!~
kami menyayangimu..
segala apa yang telah kau berikan pada kami..
tidak terbalas sampai bila2..
semoga ALLAH memberkatimu selalu...


~SELAMAT HARI BAPA~

Tuesday, June 22, 2010

Jagalah tepi kain sendiri...

Status malam ni..: dah fed up dgn hamba ALLAH yang masih lagi suka jaga tepi kain org..
Mood malam ni....: Tenang, lebih baik dari semalam..ALLAH memberkati selalu.....

Sedikit tazkirah yg ditaip dr Prof Amalina yg xbertauliah :

fuh~....
makin hari..hidup makin penuh sesak dgn masalah...
kadang2 hidup ni amat membahagiakan..
kadg2 hidup ni sungguh tertekan..
tapi..
kita kena igt..
ini semua dugaan...dugaan dari sape??
dari yang menciptakan kita...
dari ALLAH..Maha Besar..lagi Maha Kuasa..
kawan2 sekalian...
usahlah kita suka mengambil tahu hal orang..
lebih3 lagi..
hal peribadi mereka..
biarkanlah mereka..dgn cara mereka sendiri..
cukuplah sekadar menasihati..
menasihati dgn cara yg baik..cara yg lembut..
cara yg bersederhana...
BUKAN dgn cara mengejek..menghina..menekan2..
sedar tak kawan2...
manusia berbeza2 sikapnya..
ada yg suka ditegur..
ada yang panas bila ditegur..
yaaa...
kita memang berhak utk menegur..
sekadar menegur..
memperingati..
TETAPI...
kita tiada hak utk menentukan..
kita tiada hak utk memberikan tekanan..
dan kita tiada hak utk menghina orang...
itu semua..bukan jalan penyelesaian..
biarlah insan tersebut yang menentukan hala tujunya..
biarkanlah mereka dgn cara hidup mereka..
mungkin kita tidak tahu..
apa..kenapa..mengapa..mereka buat begitu..begini..
kawan-kawan...
tak salah kita mengambil berat hal org yang kita kenali..
tak salah kalau kita menyokongnya..memperingatinya..
TETAPI...
salah kalau kita mengongkongnya..
salah kalau kita selalu menyerbunya dgn kata2 yg xsedap didengar..
sedar tak sedar..
kita telah membuat dia tertekan dengan cara kita..
kawan2ku sekalian..
hidup ini cuma sekali..
hargailah..
sayangilah...
percayalah..
walau apa pun y terjadi..
pasti indah bila tiba waktunya..
kawan-kawan...
jagalah diri sendri dengan baik..
berkata2lah dgn baik..
jangan jadikan kata2mu itu menyakitkan orang..
jangan jadikan perbuatanmu itu..
menyakitkan orang..
jagalah tepi kain sendiri..
dan..yang paling penting..

jangan suka menjaga tepi kain orang...
Sekian..heheh .. Tazkirah yang ntah hape.. :)

~Danish&Nina~..God Bless Always..Amin..

Putrajaya

21 Jun 2010...~Last day at KL sebelum balik kampung~
Hang OUT..Round2 Putrajaya...Ronda2 KL..sampai tgh malam..OUw...~ hekhek.(^_^)

~Sebelum jalan..Puchong Court One~


~Jambatan di Putrajaya..~



~Bandar Putrajaya..~



~Dataran putrajaya..~






stroling at Times Square..
Layan Karate Kid at GSC..
Balik.....

~KLCC...~


~God Bless alwayz..~

Sunday, June 20, 2010

Majlis Tamat Latihan Kor Suksis



hehhe....(^_^)
Tahniah buat adik2 ku...setelah 3 tahun bertungkus lumus..
akhirnya...
dapat la jugak pangkat Inspektor Sukarelawan Polis..
kalau tahun lepas... 21 Jun 2009 di UPM Serdang..
tahun ni pulak.. 19 Jun 2010 di UM.. hhehe... dekat2 tu tarikh.. (^_^)..

apa y nak d story mory nya kat sini...
aku pun ade sama dalam majlis tamat latihan ni...
heheheh...(^_^)
jadi penunggu yang setia plak tu...ekekeek... :)
dari jam 7 pagi.... sampai la jam 4 ptg aku menunggu..
setia x aku??
hahhahahah... :D
dari Puchong....aku drive sendiri pergi UM..
fuh~..
bawak keta macam org pro plak laluan KL ni..
padahal....main redah je jalan...tu pun sebab dah diberi petunjuk oleh org yang lebih bertauliah pasal jalan..time kasih my pakcik..hhehe... :)

perbarisan tahun ni...
xsama dgn tahun lepas..
erm...
agak cantik la dari tahun lepas..
ape org kata..
erm...
xtau nak kata apa..
heheh..

~KPN sedang mengecheck baris..~


suasana di padang kawad...
agak meriah..
walaupun aku xnampak dan xkira berapa pokok yang tumbang...
but aku dapat wase..cam ade gak ah y tumbang..
heheheh....



then..
aktiviti seterusnya...
penyampaian sijil di dewan canselori...

oleh kerana..:)
kelambatan dan trafic agak lembap..
xsempat la aku duduk dalam dewan..
hmm...kononnya..
bagi can kat ibu bapa n kaum keluarga la..
bukan anak aku pun y nak terima sijil..
hahaha...:)

duduk la aku ..setia menunggu diluar dewan..
nasib baik ader TV..
bleh tgk siaran langsung..
hmmm...
dapat tgk dgn jelas lagi tu...hehhehe...

fuh~....
hehhehe....
kalau tahun lepas..
berdebar nak naik pentas...
tahun ni...
dapat tgk macam2 gaya org naik pentas...dan terima sijil..
hehhee..
apa2pun...
terbaik wokkk...~

~Utk y tersayang...(^_^)~


~Tahniah my cayang..~


~My jurulatih & my adik2..~


~Jejak kasih..jumpa kawan masa form 5..hehe..~


~Dewan tempat terima sijil..~


Sekian...
CONGRATULATION!!!!!!!!

~...Apapun yang terjadi...berjalanlah tanpa henti...~

Friday, June 11, 2010

Muffin Kukus....

Alhamdulillah...
Hari ni rezeki datang bergolek...
boleh la tuk isi poket nak g KL minggu depan..
heheh...(^_^)
Tempahan tak banyak..
Hanya 40 biji muffin kukus sahaja..
Jarang aku buat muffin kukus ni...
sobabnya..
aku lobih suka bakar...
hehehe....
dah lama dah tak buat cupcakes..
asyik dok buat kek jer...
hmmm...
muffin ni simple jer..
juz ditaburi dengan coklat rice yang berwarna warni + manik gula + coklat chip..
hmmm..
but..
utk santapan dirumah..
biarla best skit...
aku letak whipping cream + bar coklat...
hehehe...
baru nampak meriah + terliur..
muffin ni agak rumit sikit..
bukan apa..
sebelum mengukusnya..
kena tunggu dulu satu jam atau lebih2..
baru masukkan dalam cup..
then..
kukus..
hehehe...

muffin yang telah siap dituang dan dimasukkan dalam pengukus (coklat chip ditabur)



ni lah ropanya selepas masak...



selepas ditaburi dan dihias...





santapan dirumah wif Whipping cream..yummy!~





akhirnya...siap utk dihantar..kami menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kerumah anda!!..heheh..


~Sekian,,jumpa lagi dimasa y akan dtg..:) ~

Saturday, June 5, 2010

Wedding Ceremony ~K.Ngah & Abg Joe~

fuh~....
semalam...
lebih kurang 10 jam berada dalam kereta..
dari Bachok..menuju Ke muar..
Alhamdulillah..
selamat jugak sampai di Riverview Hotel Muar tepat jam 07:30pm..,,




hari ni...
seharian aku n family berada di Muar...
Tujuan utama:... Utk menghadiri kenduri kawin sepupu ku..
hm..kawin ngn org Muar..hikhik..
aku?..hm..coming soon!~



...ni la sepupuku...bersama suaminya yang tersayang..~

menu hari ini : Nasi minyak + kerutub daging + ayam pedas + acar timun + papadom..

makan..makan..makan..best...!!~..


..ni la rombongan yang datang...


...ni pulak..adik2 beradik ku and our mom!~....


selepas semuanya selesai...bertolaklah kami ke Ulu Tiram..
dan malam ini..
bermalamlah kami di rumah mak sepupu...

...~sayasukamakan~...
*windu sidia y sedg berada di Port Dickson skg*... (T_T)

Wednesday, June 2, 2010

Panas..panas..panas..pusing..pusing..pusing...

Kepada Pelajar semester 8 dan ke atas(semester akhir pengajian) yang
telah menerima Surat Tamat Pengajian yang disahkan oleh Senat dan Slip
Keputusan Akhir SAHAJA yang dibenarkan membuat permohonan posting secara
on-line.Perlaksanaan ini tidak terpakai untuk pelajar-pelajar PKPG,
Bekas Guru (Guru dalam perkhidmatan) dan DPLI.
...
Harap Maklum.


Maklum balas dari Pihak KPM, Bahagian Sumber Manusia, Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (e-GST) akan dibuka semula sekitar bulan Ogos-September 2010, Harap Maklum.

Kepada semua bakal graduan ISMP/DPLI/Sarjana/PhD, Istiadat Konvokesyen Kedua Belas Sidang Kedua akan diadakan pada 12 hingga 16 Oktober 2010 ( Selasa hingga Sabtu) bersamaan 3 - 8 Zulkaedah 1431 H..

maklumat: facebook bahagian hal ehwal akademik upsi

Tuesday, June 1, 2010

JUNE menanti dengan penuh cabaran....

May 2010...
meninggalkan beribu2..berjuta..berbillion2 la kot..
kenangan..
utk aku..
yang bergelar..
manusia..
Suka..Duka..
Tawa..hiba..
Gelak tawa..
sedih pilu..
bila disatukan dalam satu bekas..
dan diputar dgn kelajuan maximum..
mungkin..
akan menjadi..
satu adunan yang sebati..gebu..lembut..serta...menarik..
hukhuk..
namun..
tak semestinya..
adunan tadi..
bila dibakar..
sedap dimakan..
adakalanya..
adunan tadi..
pahit utk ditelan..
terlalu manis utk dirasa..
tawar utk dimakan..
masin utk dimasukkan kemulut..
namun..
berbekalkan semangat waja..
ketabahan hati..
kesabaran..
keyakinan...
kasih sayang..
kecintaan..
serta...
kepercayaan bahawa takdir semua ditangan TUHAN..
si pemakan..
akan tetap memakannya..
walaupun
pahit..
manis..
masin..
tawar....
itu semua bukan alasan...

Semoga..
kehadiran JUNE pada hari ini..
menambahkan lagi..
memperkuatkan lagi...
hati..
si pemakan itu..
kerana...
dugaan..
cabaran...
serta...
ranjau yang berduri..
akan tiba..
akan dilalui..
tidak kira..
cepat..mahupun lambat...
yang penting...
~JANGAN TERLALU BERHARAP...~


Nukilan : NinaAz Cookies....