KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 12, 2013

Burger bakar dan Meatball Abang Burn

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak aku baca dalam belog Sepet dan Irene pasal Abang Burn, teringin sangat nak makan burger bakar Abang Burn. Aku sangat pantang bila tengok makanan yang melazatkan. mesti teringin nak makan. Mengidam mengalahkan orang pegnent taw!. sampai terbawa2 dalam mimpi. dasyat kan? 

Hari Ahad hari tu baru aku menyempat nak merasa kelazatan burger bakar Abang Burn. Dalam banyak2 tanah jajahan Abang Burn, yang paling dekat dengan aku, Jajahan Cheras Perdana. tak sampai 15 minit dah sampai. mihmihmih. kalau cenggini dekatnya, makin kerap ler aku ternak lemak kat abang burn ni. muahahahaha. 

kalau korang nak tahu mana lagi tanah Jajahan Abang Burn, boleh klik sini eh --> LOKASI ABANG BURN  

Lokasi di Cheras Perdana ni betul2 dekat Food Court Cheras Perdana. So, senang la nak cari. kalau korang pengguna waze. set jea Medan Selera Cheras perdana. confirm jumpa.

Burger bakar Abg Burn Cheras Perdana


Kami bungkus Burger Bakar daging Blackpaper DOUBLE plus cheese seketul. Haaa. double kau. seketul untuk aku, seketul untuk abang. cheese tu kerat dua. *tapi cheese tu cair daaa* hahaha.



Lepastu, kami bungkus jugak meatball abang burn. Terliur tengok mushroom brown source meatball tu. fuh! serius meleleh kau. 


Mushroom source ni aku hirup sampai licin kau. Nampak tak kesedapannya disitu?


Aku suka sangat hirup mushroom brown source meatball. sedap sangat weh. rasa mushroom tu pure gila. Abang makan seketul jea meatball. Balance lagi 9 ketul, aku yang sapu. hahaha. teruk sangat nafsu makan.  

Sos Blackpaper burger pun sedap. dah la meleleh sosnya. Rasa blackpaper memang aku suka. letak banyak2 pun tak pe. Lagi satu, daging burger tu padat sangat. tak macam burger2 yang selalu aku makan.


Mantapkan daging dia. Fuh. Aku suka daging ni


Next time, nak cuba Burger Bakar Kaw-Kaw pulak. ramai yang cakap sedap. Tapi tak tahan aku bila orang cakap kena beratur panjang dan tunggu lama-lama. Tapi.. nak jugak cuba. bila? tak tahu bila. haha  

TQ for reading. k bai!   



Tuesday, June 11, 2013

Orang lelaki lari rupanya!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Pernah tak tengok orang terbahak2 gelak guling2 depan laptop? Situasi tu selalu berlaku kat aku. Heran sungguh aku. Apa yang lucu pun aku tak tahu. 

Pernah satu masa. adik aku tengah ngadap laptop dia dalam bilik, then, aku dengar kuat gila dia gelak. sampai menitis air mata. Aku pun dengan rasa bertanggungjawab dan sopannya sergah adik aku. Woi! ko apahal gelak tak ingat dunia? sampai menangis pulak tu. Lucu kea sedih sebenarnya ni? Dengan selamba dia jawab. Ni haaa. tengok cito goni. 

Aku pun intai laa setarang dua kat laptop dia. Kot2 la tengah layan Maharaja Lawak Mega kea, cerita winter sonata kea. Alih2 aku tengok. cerita yang ntah hapa2. aku pun tak paham apa motif cerita itu. lucu kea? sedih kea? apakah? 

Minggu lepas pulak. Aku balik kampung bercuti 2 minggu kan. Dalam masa 2 minggu tu. aku banyak lepak kat rumah. 

Pernah satu masa, Sedang syok2 aku layan Candy Crush dan tengah stress gila dengan level berapa entah. berapa kali aku main tak lepas2 jugak. tetiba kestressan aku kaku kejap sebab dengar adik aku sedang bahagia gila gelak dalam bilik. memandangkan bilik adik aku depan aku jea. So, off course la aku dengar. Hamboihhh. Chill la kejap. konon nak layan gelak sama la kan. Aku masuk la bilik adik aku. 

Aku: Weh, mu tengok cito gapo tu? 
Adik: Nihhh.. cito gonih... 
Aku: ???!@#$^ Pffffttttt. kejadahnya? 

entah la wei. makin stress pulak aku rasa. better aku blah dari bilik dia. 

Ada satu hari tu. Aku tengah lepak depan TV, tetiba adik aku tukar channel. Channel apa ntah. Aku pun layan la sama. Aku ingat drama korea ke apa. Sekali. eh! 

Aku: Weh, cito gapo ni? hungga2 (lari). main hungga gapo? Bakpo mu suko? lucu ko? Dok pun aku sero. pffftttttt 
Adik: Running man. cito running man.. 
Aku: Running man? ek? 

Adoiii. ni la cerita running man rupanya??? Macam ni kea? kejar sana. kejar sini. laaaaahhhaaaiii!!!! Aku mati2 ingat RUNNING MAN ni cerita macam IRON MAN. adoiii. Aku pernah la jugak tengok tajuk blogger2 pasal Running Man. Aku ingat diaorang buat review pasal cerita tu. dan cerita tu lebih kurang macam Iron Man. Damn! silap gua! 

Aku rasa ramai jugakkan yang layan running man ni kan? Korang pun mesti salah seorang kan? kan? kan? baik ngaku!. mihmihmih.

Adik beradik aku pun tergila2kan running man ni. Macam mana tak gila. korang tengok laaaaa ni haaa.
Paham? Aku paham perkataan Running Man jer..


Yang ni, ko nak main kejar2 kat Pasar ke. wakakakakaa



Dengar2 Running Man ni nak datang Malaysia. Betul ke Bohong? erm. ada aku kesah. kahkahkah.

TQ for reading! K bai!     




Sunday, June 9, 2013

Katering Kelantan : Az Amnie Katering

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku nak promote pasal katering kelantan. Memandangkan aku tengok ramai yang duk google pasal katering kelantan, so.. aku pun nak mengexposekan diriku. mihmihmih.. 

Dulu NUR AIM KATERING. Sekarang dah tukar nama AZ AMNIE KATERING. Aku ada pernah buat entry pasal Nur Aim katering. korang boleh jejak kat sini eh! NUR AIM KATERING KELANTAN.



Arwah abah aku yang usahakan bisness ni. Walaupun katering ni tak termasyur seperti ketering2 orang lain, tapi tempahan still tak menang tangan. Kalau dah sedap dan lazat, orang mesti cari kan. gittew. Alhamdulillah. rezeki. 

Sekarang ni adik aku yang ambik alih bisness ni. Umor baru 24 tahun. muda bergetah lagi. Tapi memasak mengalahkan orang tua oit. Kalau setakat ayam masak merah untuk 100 orang, dia buat sorang2 jea weh. Kalau aku, maw pengsan dulu. Setakat blend bawang untuk makan 500 orang, aku boleh lahhh. lalalalaa~

Pengusaha Az Amnie Katering
Ros Aini Azahar
24 Tahun
Kelulusan Diploma Diagnostic in Radiograpghy KIST


Sekarang ni adik aku tengah ambik tender kantin untuk staf-staf Hotel Grand Riverview Kelantan. Start bulan 12 hari tu, sampai la hari ni Hari2 masak weh. mampu? hohohoho. aku memang tak ah. 

Sekarang ni pun, staf-staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pun suka tempah makanan dengan Az Amnie. Dari arwah abah aku ada lagi, diaorang dah suka dengan masakan kami. Alhamdulillah. Berkat masakan mama aku yang sedap, rezeki pun melimpah ruah. ilmu masakan tu turun pada adik aku. Aku? hehehe. hehehe...  

Ada sapa2 nak bagi tender kantin sekolah tak? adik aku tengah usha-usha ni sekarang. kalau ada gtaw eh! :). 

Kat bawah ni, aku ada listkan beberapa perkhidmatan yang boleh Az Amnie berikan   

Az Aminie Enterprise ada menyediakan khidmat katering untuk: 

Majlis Perkahwinan  ( FULL PACKAGE : Khemah, Pinggan gelas, menu makanan (kira ikut kepala), pekerja, *nak pakej pelamin pun boleh*) 

Majlis luaran ( BBQ dan sebagainya) 

Majlis Karporat (Menu untuk mesyuarat, minum pagi, minum petang, makan tengah hari - Biasanya untuk program-program yang dijalankan.) 

Majlis Akikah, cukur jambul, Tahlil dan sewaktu dengannya 

Selain khidmat katering, kami juga menyediakan khidmat sewa barang buffet, pinggan, gelas dan segala benda yang boleh di sewa. :) 

UNTUK TEMPAHAN dan PERTANYAAN LANJUT boleh la menghubungi:





TQ for reading. K bai!  



Menu kegemaran Sawoku : Ikan bilis masak mentah. Acaner tu?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Pernah makan ikan bilis mentah tak? Sedapkan? rasa masin2 lepastu rasa kesedapan ikan tu. tu yang penting. 

Tapi, tak syok lahhh makan nasik dengan ikan bilis mentah macam tu jea. Daif sangat la pulakkk. wakakaka. 

Meh aku nak share dengan korang resepi ikan bilis mentah yang sedap gila. makan nasi dengan menda alah ni jea pun dah berselera tahap tak terkata. sungguh nih. bukan main-main. haha 

Macam biasa. resepi aku simple jea. eh! Bukan aku punya resepi. Tapi abang yang ajar aku cara nak buat. sebab ni adalah makanan kegemaran dia. sekilo ikan bilis kejap jea dia makan. Tak payah nak beria buat ikan bilis masak merah kea, ikan bilis goreng kea. abang tak makan sangat pun. confirm kena tolak tepi. pffftttt. 

So, better aku buat apa yang dia suka. kan. muehehehe. Baru suami sayang. ececece *kembanghidung*

Ni jea bahan yang diperlukan. Limau nipis, ikan bilis, cili. aummmm!


Cara nak buat senang jea. tak sampai pun 10 minit. korang just tumbuk cili tu ikut suka hati, kalau nak pedas, letak lah banyak. Limau tu just ambik air jea. perah dalam mangkuk siap2. Ikan bilis tu korang kena basuhlah dulu. kalau rajin, buang la kepala ikan bilis tu. Kalau malas macam aku, tak payah buang tak pe. hahaha. 

Gaul jea semua (ikan bilis+air limau+cili). sampai betul2 sebati. kalau ikan bilis yang korang beli tu jenis yang tak de rasa dan perasaan, boleh la letak garam sikit. Tapi kalau yang dah sememangnya masin. tak payah nak bubuh garam lagi.

Ikan bilis banyak ni, kami makan berdua jea. Abang paling banyak makan. sedap kan. tengok la sapa yang buat. Ahaks!!!!


Ikan bilis orang pemalas. tak rajin nak buang kepala ikan. tskkkkk...tttssssskkkk...


Simple kan? hahaha. 

Selamat mencuba. Kalau sedap, bagitau aku eh! 

TQ for reading. k bai!  



Saturday, June 8, 2013

Seronok tengok orang kawin

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ohoiiiiii.... waktu untuk berpoyo2 sudah habis lorrrrr.  Aku suDah kembali ke bumi nyata. 

Baru jea sampai KL ni haaaa. Macam tak caya jea esok hari last cuti. Macam tak cukup jea cuti 2 minggu ni. Tambah seminggu lagi boleh? Hahaha. Nak over2 cuti, kerja sendiri la wei. :P 

Korang holiday kat mana cuti nih? Aku holiday dan dating kat kampung jea. Duk rumah ma ternak lemak. Best woooo. Time2 ni lah aku makan kaw2 punya. Bukannya selalu dapat jumpa makanan yang sedap2 nih. Kat KL ni haa tak de selera aku nak makan. Ntah. Tak tahu kenapa. Tssskkk...Tsskkkk .. 

Selain dari makan. Satu lagi benda yang aku buat kat kampung, pergi tengok orang naik pelamin. Hikhikhik... 

Seronok tengok kawan2 kawin. Suka tengok kawan2 yang gojes gila di hari bahagia mereka. Alaaa. Macam aku hari tu laaa. Gojes jugak kan. Pffftttttttt.

First wedding kawan aku yang aku attend. Pengantin perempuan ni kawan aku. Kawan masa zaman sekolah menengah. muehehehe. Sweet kan diaorang. hikhik

Hahhaaa. yang ni paling kesian. Aku tak sempat nak tunggu pengantin datang. Awal gila kot aku sampai. Ni majlis rumet aku masa kat matrik, Dah jadi Doktor dah kawan aku nih. Dulu time sebilik, aku ingat lagi, Dr. Nabilah ni jenis study atas katil, boleh bilang dengan jari berapa kali jea dia study kat meja. Kalau aku. studi kat katil, buku yang baca muka aku. wakakakaka.

Pengantin tengah bersiap, aku rasmi dulu pelamin nih. muehehe...
OOTD:
Jubah : Mekah
Tribal Shawl : Modish Mode House

Ni kawan aku masa zaman sekolah menengah. Pengantin lelaki belum sampai lagi waktu ni. Baru aku tahu, aku dengan kawan aku ni, tinggi lebih kurang sama. muahahaha...

Haaaa. pengantin lelaki ni Senior masa zaman sekolah menengah, merangkap coachee herbalife aku, Dia turun lebih kurang 10kg taw!!!! sentap aku. Aku turun 5kg jea. dia pulak lebih dari aku. hahaha...

Snap diri sendiri. motif? hahaha. Saja jea, nak tunjuk baju aku sama dot.dot dengan pembalut hadiah tu haaa. wakakakaa..
OOTD:
Maxi dress: RNR concept
Blouse : Modish Mode House
Crinckle Shawl : Old Blossom


Si gojes Balqis dan suami :)

Pengantin perempuan ni kawan masa belajar kat UPSI. pemenang hidung yang termancung antara kami. hahaha. Aku rasa nak lempang diri sendiri bila tengok gambar nih. lebih kurang macam orang pregnant 9 bulan. pfffttttttttt...

Pengantin perempuan ni kawan aku masa zaman sekolah menengah sampai la kat Universiti. Memula tengok pengantin ni, aku macam tak percaya ni wanis. wwawawa. kurus gila weh! reshape over sangat. nak nangis aku tengok. Dia pun makan herbalife weh! wanis ni coachee kepada coache aku. hikhikhik. tak kesahlah coachee sapa kan. yang penting herbalife buat dia kurus. boleh?


Hari ni pun, OTW balik KL, kami sempat lagi singgah majlis kawin kawan abang di Kuala Terengganu.

Ada nampak wajah keibuan tak? hahahaha.
OOTD:
Maxi dress : Booth KB Mall
Kaftan : Prelove Modish Mode House
Shawl : Ma beli kat Mekah

Kedua-dua pengantin ni kawan abang. Kawan sport masa kat UPSI. :)


Actually, ada lagi majlis yang tak sempat aku nak pergi. Maaf yea kawan2. hihihi. Apapun, aku doakan semoga perkahwinan korang semua diberkati hokkey! Barakallah untuk semua pengantin :) 

Pssssttttt: Ni haa. sebukkk jea abang suruh aku taip dalam blog nih. suruh aku cakap dia makin cerah...*mata ke atas* adoiyainye. motif? aku pun tak tahu daaaaa..... layan jea la. 

TQ for reading, k bai!  


    




Tuesday, June 4, 2013

Aiskrim campur 2 riyal jah boh!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dulu, masa zaman cinta cintun, time abang buat praktikal dekat SMK Seksyen 11, kami selalu jugak la pergi dating dekat seksyen 2 Shah Alam kalau tak silap. Kat situ ada ABC sedap wooo. serius sedap sangat. dah la tinggi ABCnya, isi kat dalam pulak tu banyak. sedap 'sengoti' bak kata oghe kelate. hikhikhik. 

Actually, aku bukan nak cerita pasal ABC, tapi aku nak cerita pasal Aiskrim campur lapis-lapis yang aku makan tadi. wakakaka. Aku ingat ABC jea yang campur. Aiskrim pun ada jugak yang campur. 'daghat' la aku nih. Tahu tak 'daghat' tu apa?  

Aku main letak jea nama ais krim campur lapis-lapis tu, sebab? aiskrim tu dia letak dua lapis. campur2 dengan benda lain. meh aku tunjuk meh. 

LOKASI: RANTAU PANJANG 
HARGA SEBEKAS: RM2

Basikal bergerak yang jual Aiskrim. kerlasss gitu


Memula aku tengok dia bubuh kacang hitam, pulut, biji selasih, agar-agar hitam dan jelley merah tu, yang macam dalam gambar kat atas.. Lepas tu dia taruk aiskrim beberapa skop, lepastu dia tabur roti (potong dadu siap2), lepas tu dia taruk aiskrim lagi. last sekali baru dia tabur kacang tanah, jagung, agar2 campur warna dan hias dengan coklat.

Nampak tak yang ketul2 empatsegi tu? haa. Tula roti. 



Lepas tu aku bayar 2 hengget, terus boleh makan. Murah kan? Kat KL boleh dapat tak 2 hengget? ahaks!



Kalau datang Kelantan, boleh la singgah Rantau Panjang. Cari aiskrim campur ni eh! 

Ok la, tu jea yang aku nak cerita. pasal aiskrim semata. mohon terliur yea. kahkah. 

TQ for reading. K Bai!   



Pusing kepala

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalamkan, aku, mama, abang, dan adik aku adala pergi Mahkamah Syariah, nak settle masalah geran kereta. Kereta tu atas nama arwah Abah aku. Minggu lepas dah pergi bank, nak minta geran kereta. pergi bawak diri jea, tak bawak apa2 pun, bajet terus dapat ha. Ingat senang jea boleh dapat, bila dah bayar semua payment boleh terus dapat. 

Tapi, alih2 kena ada surat dari Amanah raya baru boleh dapat geran. Dia cakap, kalau dah dapat surat tu, tak payah cakap banyak, terus boleh dapat geran. Hamboih! sentap! aku bukan nak cakap banyak punnn. pftttttt. 

Terkedek2 la pulak kami ke Amanah raya. Bila sampai sana, tengok orang tak ramai sangat, so tak de masalah laa kami nak tunggu turn. Aku bab2 menunggu memang tak boleh blah. punggung cepat panas. kahkahkah.  Bila dah sampai turn, cakap itu ini, dia pun bagilah borang bagai. siap ada checklist apa barang yang dia nak. nak salinan itu, salinan ini,, kena pergi mahkamah syariah dululah, kena pergi angkat sumpah la, kena pergi matikan setem lah.. pergh.. sampai ke lubang cacing kena korek. ok fine. 

So, semalam baru kami sempat ke Mahkamah Syariah, just nak ambik dokumen yang diperlukan jea. Sampai2 sana, dia bagi pulak satu borang... Tssskkk.tskkkkk. Ingat pergi boleh siap terus. Dokumen yang diminta Amanah Raya semua kami dah bawak. Sekali, tahu apa yang dia nak? Salinan surat beranak. adeh. nak nangis ada, nak gelak pun ada. 

Kalau surat beranak kami adik beradik jea tak pe, fine. tapi, surat beranak nenek kami pun nak jugak. adoiii. seingat akulah kan, nenek aku tak de surat beranak, sebab dia lahir zaman Jepun berperang lagi, JPN pun tak sempat nak ada. wakakakakak. Jadilah pulak satu kerja nanti kena pergi pulak JPN kang? Aku pulak, surat beranak ada kat KL. tak de kerja aku nak angkut bawak balik Kampung. surat beranak jea pun. grrrrrrr. 

Satu lagi yang aku nak tergelak, dokumen moyang aku pun dia nak. hukhukhuk. moyang aku pun aku tak kenal. hahaha 

Banyak betul prosedur2 yang aku tak tahu. korang pun mesti tak tahu jugak kan. hurmm. 

Baru aku sedar yang kat dunia nih banyak ssangat prosedur2 dan benda2 yang peningkan kepala untuk kita dapat sesuatu. Apa yang penting. Berusaha. Hahaha. 

TQ for reading. K Bai!       




Friday, May 31, 2013

Roti Telur Sri Permai

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Pernah makan roti telur yang sedap tak? Kalau tak pernah, aku ada nak share dengan korang resepi roti telur yang biasa mama aku buat. ahaha. tak de lah resepi sangat punnnn. main hentam jea. Janji sedap haaa. tak gitu? 

Senang jea ni nak buat. 5 minit pun tak sampai. kalau korang nak cepat2 pergi kerja, tak sempat nak goreng nasi untuk sarapan, bolehlah cuba roti telur nih. nak lagi cepat. minum SHAKE Herbalife jea. laaaagi cepat siap. kenyang pun kenyang. muehehehe. 

OK. hari ni Cik Ta nak ajaq uolls goreng roti teluq naaaa. Bahan2 nya mudah saja. Kedai runcit mak cik bedah nun haaa boleh pergi beli, tak payah nak pergi cari dekat TESCO ke hapa ka. 

Meh kita tengok naaa bahan apa yang kita perlu ada.

4 biji telur tu cukup untuk satu plastik roti putih 400g


Cara dia mudah saja. campuq ja semua bahan tu (telur+planta+susu pekat manis) - kacau guna garfu. Susu tu korang letak ja banyak mana yang korang nak. nak manis ka? nak sederhana manis ka? nak tawar ka? terpulang. Ada paham? kuikuikui. 

Next, celup roti dalam bancuhan telur tadi, lepas tu goreng dalam kuali yang tak ada minyak. *masa celup tu, kalau planta banyak sangat melekat pada roti, pandai2 la korang buang eh!* 



Dah siap! sedia dimakan. nak sapu Nutella pun bolleeehhh~



Senang kan? hohohho. 

Apalahhhh aku nih. entah2 korang punya roti telur lagi power dari aku dak? ada apa2 tips tak untuk roti telur yang lagi sedap? meh kongsi meh! 

TQ for reading. k bai!



Thursday, May 30, 2013

Kek Coklat Lapis Cream Cheese

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Actually, Cream Cheese berkurun dah ada dalam peti ais, aku rasa yang tahun lepas punya, masa arwah abah aku silap beli. Mabe IKBN order yang brand lain, tapi terbeli yang brand lain. So, tak terguna lah cream cheese tuh, 1kg jugak kot. banyak. tu pun dah berkulat sikit. tapi aku guna yang tak berkulat, yang ada kulat tu aku buang. haha. nampak tak berjimat cermat disitu? sayang ooo nak buang2. 

Aku tak minat sangat cheese2 nih, bajet takut gemuk la konon makan cheese banyak2. sangat pendek pemikiran disitu. padahal.. hahahaa. makan tak hengat. acaner tak gemuk? Cheese pulak nak dipersalahkan. 

Serbuk koko pulak ada dalam sekilo. masih suci murni dalam plastik. secoet jea guna. expired pulak 31 Mei 2013. hadoi.. membazir sungguh. tu la. beli banyak2. gunanya tidak. Grrrrrrrrr... 

Nak tak nak, hari ni aku tolong laa guna cream cheese dan serbuk koko tu. memandangkan esok lusa dah nak kena buang kannn (expired). Cer teka aku buat apa? haha. Aku ni bukannya pro sangat. kek coklat jea la yang aku retinya. Tapi kali ni first time aku buat lapis cream cheese, sebelum ni kek coklat kukus biasa jea. 

Nak dijadikan cerita kek tak berapa nak naik dan gebu sangat. sebab? ceritanya begini. aku guna resepi kek coklat kukus, tapi aku bakar guna oven. pengukus ntah kemana. oven jea yang ada. ahaks! Layan jea lahhh. adik beradik aku jea pun yang nak makan. kalau mak mertua yang nak try, rela pergi pinjam pengukus jiran sebelah kottt. muahahahaa!!

Hiasan buah ceri dan coklat beryls semata2. Tak reti nak berbunga bagai. hahaha


Nak resepi tak??? 

Untuk kek coklat kukus tu, korang boleh KLIK GAMBAR bawah ni eh. aku dah pernah buat entri pasal cara2 nak buat kek coklat kukus tu. 


Untuk Cream Cheese pulak, aku ambik resepi dalam blog YATIE MEMORIES. 

Bahan2 yang diperlukan hanyalah: 

250 gm cream cheese 
60 gm gula halus 
1 biji telur 
1 sudu besar air 
1 sudu besar tepung gandum 

Cara-caranya: 

Pukul cream cheese+gula hingga sebati, lepas masukkan telur+air+tepung gandum. gaul sebati. 

Cara nak kukus kek: 

Memula korang kukus dulu separuh kek coklat tu sampai masak, kemudian masukkan adunan cream cheese, kukus sekejap. Akhir sekali baru korang lapiskan bahagian atas dengan lebihan adunan kek coklat tadi. Ada paham? hihihi. 

**Aku rasa, better aku buat dua adunan untuk cream cheese nih, satu adunan sikit bebenor**




Untuk topping yang meleleh2 tuuu... aku ambik resepi dalam blog Dapur Mas 

Bahan-bahan: 

200gm coklat masakan 
100ml susu cair @ whipping cream (aku suka whip cream) 
1 sudu teh butter 

Cara-caranya: 

Guna kaedah double boil, masak coklat+whip cream/susu cair sampai larut semua. tutup api, masukkan butter, kacau sebati 

Senangkan? Untuk Coklat masakan tuu. aku suka guna Coklat Collata. Why? sebab aku pernah jadi model coklat Collata. muahahaha. Sila jangan percaya ok. 

Kalau korang nak tahu pasal cerita coklat collata nih, cer Klik gambar dibawah. :) 

KLIK SINI

Adik aku cakap kek ni sedap. muahahaha. gila perasan. kembang lubang hidung sejam. kahkah. Dah baca entri nih, jangan lupa try buat eh!. kalau jadi tu, roger2 ah kat aku der.




TQ for reading. K bai!