KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 26, 2010

Interactive Dakwah Training (IDT)

Salam semua...(^_^)

Pernahkah kawan2 terdengar tentang program ini sebelum ini?
Saya di sini bukanlah cuba untuk mempromosikan apa-apa, kerana saya tidak diupah atau dibayar untuk melakukannya...saya hanyalah ingin berkongsi ilmu yang amat bermakna yg telah saya pelajari daripada program ini...

Interactive Dakwah Training adalah satu program anjuran PERKIM dengan kerjasama beberapa penceramah yg bagi pengamatan saya sgt mengagumkan seperti :

Brother Lim Jooi Soon
http://www.youtube.com/watch?v=O-Jiu-yrvrs

Brother Amin Yakob yg telah lebih 10 tahun mengkaji agama Kristian.

Brother Zussuf Kan yg kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master dan beberapa org lagi seperti Brother Shah Kirit, Sister G dan lain2....

Mengapa kita perlu join program ini...??

Syukur alhamdulillah.. kita telah di lahirkan dalam agama yang benar.. dan telah diberi petunjuk dan hidayah untuk terus berada dalam agama yang suci ini.. kita ini adalah HAMBANYA YG TERPILIH? Masya Allah, kata-kata ini dtg nya drpd Allah Azzawajal sendiri!...

Kita sering mendengar bahawa manusia ini adalah Khalifah di muka bumi Allah SWT ini...namun, benarkah kita ini telah menyampaikan syiar Islam selama kita bernafas di muka bumi ini? Nauzubillah, saya sendiri mengaku sebagai seorang muslimah yg telah dilahirkan beragama Islam, amat jarang saya ini menegakkan syiar Islam walaupun kita dituntut melakukannya...

saya tidak bermaksud.. dengan joinnya program ini.. kita akan menjadi khalifah yang hakiki.. tp, dgn joinnya group ini..,telah berjaya membuka mata saya dan ramai brothers and sisters di luar sana tentang keindahan Islam yg syumul ini...

Dlm program ini, kita bukan sahaja belajar tentang Islam, kita juga mengkaji tentang agama2 lain di seluruh dunia, dan juga kita belajar perbandingan antara agama mengikut logik fikiran manusia dan terpulanglah kepada kita untuk menilaikan kebenaran...
Kita juga akan diberi beberapa buah buku (saya dapat 6 buah) yg semuanya adalah penjelasan tentang persoalan dan jawapan di dalam Islam dan agama2 lain..

dlm program ini, memang ada sesi BIBLE STUDY yg akan mengkaji tentang kekhilafan BIBLE yg org Kristian sendiri tak mempunyai jawapan untuknya.

disini.. saya sertakan maklumat2 yang penting pasal program ini..:


“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”
ANJURAN PERKIM AMPANG
-Di bawah pengurusan Humayra IDT Enterprise


OBJEKTIF PROGRAM
MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH
KEWAJIPAN BERDAKWAH
SEJARAH AGAMA KRISTIAN
ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
KEPERCAYAAN ORANG CINA
KEPERCAYAAN ORANG HINDU
SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
QURAN, BIBLE DAN SAINS
PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIAN
MEMAHAMI MUALLAF


Program 2010 (IDT):
Fasa Satu
9-10 Jan 20-21 Feb 13-14 Mac 10-11 Apr 12-13 Jun 10-11 July 18-19 Sept 9-10 Okt 11-12 Dec
Fasa Dua
8-9 May 13-14 Nov
Fasa Tiga
27-28 Mac

Tempat:
Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor

Masa:
8.30 pagi
hingga 5.30 petang

Yuran:
RM150/ *RM90 (Pelajar RM120/*RM60)
*tanpa buku

Hubungi:
Nazihah
0126979182
Lim Jooi Soon
0123661121


mungkin yuran yang diberikan terlalu mahal bg kita sbg student.. tp bg saya... amat2 berbaloi sekali dan ilmu yang kita dapat ni lebih bernilai dari yuran sebanyak itu...
cuba lihat ni...:

1 . Anda dibekalkan dengan buku2 karya tokoh2 terkenal termasuk Holy Quran dan Holy Bible yg kalau kat luar satu buku je dah cecah RM 50-60...kat sini anda dapat semua, dalam 5-6-7 buah...kadang2 ada yg dpat VCD Almarhum Ahmad Deedat...
2. Ilmu yg diturunkan bukan calang2 ilmu...semua penceramah adalah pengkaji bidang masing-masing...semua ilmu adalah ilmu nak debat dengan non muslim tentang persoalan dan keraguan mereka tentang Islam...perhatian! jgn sesekali debat jika anda takde ilmu debat! nnti masuk jail!
3. Program ini ada 3-4 Fasa...lain2 bulan...anda akan dibawa melawat GEREJA2 dan TEMPLE2 di KL atau Selangor (tpi aritu diorg melawat kat Melaka punye!)...mana nak dapat masuk tempat2 camni suka-suka hati anda aje betul tak?
4. Makan dan minum memang tip-top! Jgn risau bagi mereka yg kuat makan seperti saya!
5. Berdakwah ke jalan Allah SWT, Allah janjikan 70,000 % keuntungan....


ok kawan2... saya harap.. kamu semua dapat join program ni...bukan byk pun.. ade 3 fasa je... memg rugi kalau kamu semua tak join... betulllllll....!!!!!
ok.. time kasih kawan2..
jumpa lagi di lain entri..
SALAM...(^_^)

No comments: