Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, Allah telah memberi peluang untuk bertemu dan berdialog dengan dua orang melayu yang nak murtad (masalah aqidah). Seorang wanita sudah berkahwin (2 tahun lepas) dan lelaki sudah berkahwin jumpa 27 Disember lepas melalui seorang bro yang memang terlibat dalam kaunseling kes aqidah, akhirnya lelaki tersebut tumpang tinggal di rumah saya.
Apa yang menarik dari kes lelaki yang mahu murtad tersebut, dia mempunyai asas agama yang boleh lah, dia dibesarkan oleh seorang Islam. Tetapi layanan yang kurang baik semenjak kecil menyebabkan dia tawar hati terhadap Islam. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai masalah dan rujuk kepada Jabatan Agama tapi yang dia dapat adalah maki hamun dan cercaan. Alhamdulillah dia suka berdialog dengan siapa2 sahaja, sehingga tidak jadi masalah untuk sama bawa dia berjumpa dengan Bro Shah Kirit.
Daripada apa yang saya saksikan maka saya sungguh kagum cara bro shah layan dia.
Jumpa pertama di IIS pada 2 januari adalah membuat saya agak terkejut dan kagum. Bro Shah ucapkan tahniah kepada dia sebab membuat pilihan atas hasil kajian. Masa itu dia hanya jumpa dengan bro shah sekejap sahaja sebab bro shah ada program di Kuantan.
Dia pun seronok berjumpa dengan bro shah, kata sepakat untuk buat perjumpaan seterusnya. Akhirnya temu janji yang kedua pada 5 jan di SABA Islamic media Maju Juntion pada 3.30 petang. Perbincangan tersebut tamat pada pukul 6.45 malam.
Berdasarkan perbincangan dengan bro shah tersebut ada beberapa perkara yang saya dapat simpulkan :
1. Bagi orang yang mahu masuk kristian konsep ketuhanan bukan perkara yang penting tetapi ketenangan dan kemesraan dalam kristian yang menjadi daya tarikan kuat untuk berhijrah ke agama kristian sungguhpun dia telah membuat kajian tentang agama-agama lain juga.
2. Ayat dalam Bible yang mengatakan The Son of GOd (Matthew 5;9) telah menyebabkan dia begitu gembira untuk menjadi seorang kristian sedangkan dalam Islam sekuat manapun beribadat maka tetap akan digelarkan sebagai Hamba Allah sedangkan kristian The Son of GOD.
Sungguhpun dia tidak dapat berhujah tapi keputusan untuk meninggalkan Islam begitu kuat, Apapun kita hanya usaha dan do'a semata-mata pintu hidayah daripada Allah.
Perjumpaan seterusnya pada Jumat 8 jan 2010 jam 3.30.
Manakala daripada hasil perbincangan saya dengan dia satu cadangan yang saya rasa perlu perhatian kita semua. Kita telah banyak NGO yang membela atau membantu Saudara Baru dengan menyediakan rumah dan keperluan lain tetapi kenapa tidak ada NGO yang membantu Saudara Lama yang mahu meninggalkan Islam seperti layanan kepada saudara baru???????? ??????
Cuba kita fikirkan bersama-sama
No comments:
Post a Comment