KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha...

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada
pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha
adalah perayaan yang istimewa kerana
ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah
dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t

"Labaikallah humma labaik. Labaikallah syarikala kalabaik. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla syarikala
."

Laungan ini seringkali kita dengar, memuji kebesaran Allah
pada setiap kali tibanya musim Haji iaitu pada bulan Zulhijjah.
10 Zulhijjah adalah hari di mana seluruh umat Islam
menyambut hari kebesaran Aidiladha atau Hari Raya Qurban.
Amati dan hayatilah supaya kita benar-benar dapat menyingkap
maksud Aidiladha itu sendiri..
hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna...
Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja..
Oleh itu setiap pengorbanan yg kita lakukan demi kerana Allah Taala pasti mendapat ganjaran..
Semoga kita semua menjadi hambaNya yg soleh dan beriman..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya pertama amalan yang kita lakukan pada hari ini (Aidiladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barang siapa yang mengerjakan sedemikian ia sudah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya saja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SALAM AIDILADHA..
Semoga hidup kita semua diberkati dan di lindungi selalu..
Amin..

No comments: