KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, March 21, 2013

Ole2 Sarawak mari

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Kalau dah namanya PJJ.. tak sah kalo tak menghitung hari kan... hukhukhuk.. inilah yang dikatakan lumrah hidup berjauhan. Hahaha. Bukan semua orang boleh rasa tawww... aku antara salah seorang yang tergolong dalam kategori ini. So, bersyukurlah korang erkkk... boleh tengok suami depan mata hari2. Ahaks. *aku jeles*. 

33 hari dah berlalu. Tinggal sehari jea lagi nak jumpa my sawo. Hohohoho. Happy weehhh. Mana taknya tak hepi. Mama pun datang KL jugak. Nampak gayanya, aku tak balik kampunglaah cuti kali nih. Sori yea kawan2 yang invite aku untuk ke majlis kawin. Heeeee. Aku bercuti kat KL jea. Orang kay-el lah katakannn. Hahaha. 

2 Minggu lepas abang ada bawak budak sukan ke kapit. Kalo dari tempat abang, kena naik bot sejam baru sampai kapit. Seminggu kot abang kat sana. As jurulatih dan juruletih kot. Haha. Kesian.kesian. tapi nak buat macam mana. Dah memang itu yang abang nak. Minat sangat sukan gamaknya. Sampai aku sekali terrrminat sukan jugak. Tapi indoor jea la yang aku minat. Indoor tu maksud aku lompat2 dalam bilik. Lompat bintang. Aerobik. Dan sewaktu dengannya. Hihihi. 

Oh ya.! Walaupun umur dah meningkat, tapi abg still dapat pingat emas untuk acara 4×100m. Tahniah la yea. Siap dapat pakej *sunburn* lagi.. haha. Tulaaa. Orang suruh pakai sunblock tak nak. Kan dah bertukar warna tuu. 

Part yang paling best sekali bila abang cakap nak beli hiasan untuk rumah. Jumpa kat kapit. Murah pulak tu. Tak sampai rm150 kot. Hohoho..bulan lepas bawak balik ole2 daging rusa, bulan ni abang bawak balik ole2 tanduk rusa pulak.. haha. 2 bulan lagi ekor rusa ke kaki rusa?? 


Ok uolls. Jom tido. Esok bangun dengan semangat sekali ok! 1 day to go. Fuyyyohhhh!!!. :)

Tq for reading. K bai!!



13 comments:

Annyss Aleeya said...

sabar. sabar. haha

Asyik Izas said...

dahsyat tanduk rusa tuh..hihi

nik ros said...

wahh.mesti tak sabar kan.
tunggu en hubby . selalu mmg dia yg datang semenanjung yea.

ieda immi said...

gemuk dah sikit hubby dari awal kawin dulu kan dik ;)

❤Kamsiah❤ said...

sesekali berpisah...kemudian bertemu...setiap saat terasa manisnya..)

~batrish♥~ said...

bestla niena..nnt boleh dating dgn hubby..hee =)

jenguk la cni..hihi

http://batrisyaamylea.blogspot.com/2013/03/custom-made-casing-iphone-dan-samsung.html

Cho Zila said...

baru tauler PJJ... tapi syiok per.. dulu akak merasalah gak setengah tahun.. lebih best oooo....

FzaH@3PiXs said...

Saya dah hampir 5 tahun PJJ...

cha said...

oh u PJJ ke? i ni br sehati dh berpisah dh rendu wuuuu T_T

wah tahniah dapat gold medal lg tau

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... sempat menerai lagi kat kepala yer ...

nadia arrumaisha said...

wahhhhhhh unik betoi hadiahnya....

onie said...

teringin nak p sabah sarawakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

nea lopah said...

tak sabar nk jumpe huby yer...hehe, tanduk rusa tu pernah jugak tgk sbg perhiasan rumah.