KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 24, 2011

Fall in Love - GARNIER

Suka la guna dua produk mask dari Garnier nie!! Serius best!! Sebelum ni dah macam2 jenis mask yang aku cuba..semuanya ok.. tak ada efek yang negatif, cuma aku ni jenis yang suka mencuba.. kalau dulu macam2 jenis produk muka ( 1 set) aku guna, last2 setia dengan De Wajah.. Agak lama jugak la, dan nak masuk 2 tahun guna...lama la ni bagi aku, sebab selalunya cukup 3 bulan aku cari produk muka lain..

Tapi untuk masker dan juga topeng muka, aku suka tukar2.. seronok cuba yang baru nih.. dan sekarang aku tengah pakai produk mask dari Garnier!... Entah kenapa pulak bertukar selera pada garnier, sebelum ni aku tak pandang pown..muahahahaha...

Aku pakai dua produk ni iaitu

GARNIER LIGHTENING PEEL OFF MASK

yang ni dalam satu pack ni boleh kerat dua..kiranya dua pack la..hikhik.. harga dia kalau tak silap aku lebih kurang RM6. berbal0oi2.. satu pack tu aku guna sampai tiga kali..hahahaha... jimat giler.,, kedekut betul aku ni..

masa pakai benda alah ni, bau lemon tu semerbak, lena di buatnya. time nak buka tu yang best.. macam buka topeng yang melekat kat muka tu..rasa macam aku koyak kulit sendiri jea.. masa bukak mask ni, selalu bayangkan.... tetiba muka jadi flawless giler tahap cipan... tak pun macam ni haaa..
fungsi mask ini: anti kulit kusam, membuang kotoran dan sel kulit mati serta menjadikan tekstur kulit halus dan cerah..

GARNIER LIGHT WHITENING TISSUE MASK

yang ni dalam satu pack ada satu jea...ikutkan hati aku, maw jea kerat dua..hahahahaha... harga dalam RM9.90.. Muka aku sekarang ni banyak jeragat. dah tua kot.. tisu mask ni dapat pudarkan jeragat..harap2 menjadi la.. ni la perempuan.. ada jeragat sikit riuh satu kampung.. tengok lelaki..rilek jea..jerawat batu besar lesung kat pipi pun rilek jea.. =)

Buat masa sekarang, masih lagi guna produk ni.. Sangat berpuas hati!!! korang pulak macam mana?? ada tips tak??

Papai!






Saturday, July 23, 2011

5 days to go =)

Hari ni genap seminggu Sawoku tak sehat, 4 kali ambik darah, last2 masuk wad. Nasib baik 2 hari satu malam jea. kalau berhari2, jenuh aku nak seludup masuk dalam wad tu. hahahaha..

Kata dia, kalau orang kuat, kejap jea masuk wad.. hahah.. aku gelak jea, perasan kuat betul pak cik tu. kalau kuat, tak kan kena sakit kot! Ops! sabar jea la, iakan jea apa yang dia cakap, nanti tak de mood pulak kan. hehehe..

Rabu lepas, habis jea sekolah aku terus terbang ke sana, terus pergi hospital. sampai dalam jam 9, faham-faham la kan, kalau malam2 buta bukannya time melawat. Aku apa lagi, buat muka kalut aku la, aku bab2 kalut ni no satu. CHAMPION! dengan beg galas lagi, beg pegang lagi, air botol besar lagi..

Mak guard yang CUN : ' dik, ni nak g mana ni, sekarang ni bukan waktu melawat, malam suda ni'


AKU: dengan muka bimbang ' Puan (tetiba guard tu berpangkat puan), tadi sedara saya masuk wad, kena *****, saya tak sempat hantar dia ke sini, saya kerja tadi, so sekarang ni saya mau hantar barang2 dia ni (padahal beg tu penuh ngn alat mekap aku..muahaha)'

Mak guard yang CUN : ' Adik ni mahu melawat kea menjaga?'

AKU: 'Kalau boleh nak menjaga'

Mak guard yang CUN: ' oh.. suda minta kebenaran nurse kad wad tu?'

AKU: 'Belum (buat muka sedih nak nangis)'

Mak guard yang CUN: 'Hurm, macam ni lah, saya lepas kan adik masuk wad, nanti minta kebenaran nurse'

AKU: 'Terima kasih puan (senyum)'

wah3..gembira betul aku time tu.. Guard punyalah ramai, setiap jalan ada meja guard sampailah ke pintu besi untuk ke lif wad tu.. Dengan bangganya aku masuk jea sebab guard tu dah tahu melalui wokitoki Guard di pintu utama tai..hikhik

Sampai jea di wad **, kemain sunyi jea tempat, tetiba aku yang penakut ni boleh jadi berani.. dalam wad tu semua lelaki..hikhik..tetiba jea aku tercongok perempuan. dah la semua pesakit tak de yang jaga. adeh~ sabor jea la..

Kesian aku tengok sawo aku ni.. wayar sana sini..kesian... sabar jea lah yea. Aku nampak dua orang nurse sedang rancak berbual. kacau daun kejap. dengan sopan dan ayunya aku tanya

Aku: 'Cik, tumpang tanya, boleh tak kalau saya nak jaga pesakit malam ni?'

Nurse: ' Awak ni sape? pesakit katil no berapa?

Aku: 'saya ni tunang dia (muahahaha,,,geli hati aku ), katil no **'

Nurse: 'Hurm, maaf cik, kalau tunang kami tak benarkan jaga dalam wad ni'

Aku: 'Ala...(muka sedih gila, sikit jea lagi nak nangis) macam mana yea,, rumah saya jauh ni..sorang2 pulak tu..malam2 ni..huhuhu..macam mana yea'

Nurse: 'Hurm.. (sedang berfikir), macam ni lah, Cik duduk jea tunggu kat luar sana, ada bilik TV sana'

Aku: ' Hurm..ok lah cik, terima kasih (dalam hati: adeh, matilah aku kali ni)'


Alhamdulillah..dengan selamatnya dan jayanya aku lepak dalam tu untuk satu malam.. hahahaha...

Hari ni dah hari sabtu.. lagi 5 hari dia nak konvo! harap2 cepat sembuh!!!!!!!!!!!!!!!!


papai!



Monday, July 11, 2011

I'm not looking for someone who has EVERYTHING, but someone who has TIME to spend with me MORE than ANYTHING




Pagi-pagi buta ni, best jugak layan jiwang ni.. Muahahahaha!! Mata terkebil2 macam kucing dah ni ha.. sikit lagi nak jadi mata panda... Tapi, Mata panda lawa apa??...

Karoks dalam mimpi...

Mat Malam

Papai!




Friday, July 8, 2011

Ok ke Tak? Tak ke OK?


DARI MANA PUNAI MELAYANG
DARI SAWAH TURUN KE PADI
DARI MANA DATANGNYA SAYANG
DARI MATA TURUN KE HATI



~gud nite!! zzzzz~




Wednesday, June 29, 2011

NIKON! At the heart of the Image~

Salam Israk Mikraj =)

Ahad lepas kami melilau dalam LOWYAT.. For what??? ngeh3.. Survey Laptop da... Tapi bukan untuk aku..hukhukhuk.. tapi untuk adik aku yang belajar kat Matrik sekarang ni..

Kalau sebut jea lowyat, tentu korang boleh bayangkan betapa bersesak2nya orang kat situ. pening kepala otak aku ni

Sawo aku pulak survey Kamera. Tak biasa jalan2 tanpa kamera..huhu..sekarang ni hanya tinggal kamera handset yang capuk ni jea. gambar pun macam hampeh! hadeiii~ SO, try la survey, mana tahu ada yang berkenan.. survey2 dulu, grab kemudian..heheheh,, can't wait for it!!! Nasib ada sawo yang sekepala.. =)

Ni gambar dari kamera handset capuk! nasib baik orang dalam gambar ni comel.. so, nampak la comel jugak pic ni..hahaha

Bosan melilau kat Lowyat, kami naik Times Square plak.. Baru rasa lega,, Rasa luas sikit pemandangan kat sini.. tak de la sesak2 macam kat lowyat tu... hehehe

Rendek punyer rendek, tetiba laju jea masuk kedai ni... macam ada tarikan magnet pulak, padahal nak balik dah ha...

What a wonderful rendek time!! Muahahahaahahh!! parking here about 1 hour!! dua kali masuk lagi tu..muahahaha!! NIKON CENTRE MALAYSIA!! =)


Pergh! Syok giler lepak dalam ni... First time masuk ni.. Sebelum ni memang langsung tak berminat untuk survey2 kamera, apatah lagi nak beli kamera. Guna jea kamera yang dah sedia ada, dah 4 tahun pakai, tapi dah hilang..wawawa.. so, terpaksalah cari yang baru.. First time survey kamera, kamera sebelum ni Abah cayunk yang carikan,, Olympus brand. Tapi kali ni nak cuba brand yang ni pulak..

Masuk dalam Nikon centre ni, mata berpinar2 kejap.. mana tak nya.. Kamera cantik2, kelas2 gitu.. di tengah2 nikon centre ni ada landskap yang dikelilingi dengan kamera!! So, kita boleh cuba try test kamera tu haa... hehehehe.. macam2 jenis kamera boleh try weh! Walaupun kami tak mampu nak grab yang tu, at least, dapat gak try.. hahahahahaha!!! Poyo2 la kejap,, Snap, snap.. macam photographer la pulak aku nengok sawo aku tu.. teruja kemain nampak.. pic dari kamera ni jan cakap ah, kemain lawanya..lawa giler. Aku yang lawa dah ni pun, bila snap guna kamera ni, lagi1000x lawa...hahahahahahaa =)



Wuhuhuhhu,,,, Balik rumah termimpi2... Sabar2... InsyaAllah.. ada rezeki, before his GRADUATION, we will grab it! Amin~

Papai!!~



Sunday, June 26, 2011

Jumpsuit?? Orang rendang sesuai taK??

Sejak akhir-akhir ni, merata tempat aku pergi mesti ramai yang dress up dengan fesyen ni. Korang pulak? macam mana? pernah cuba tak?? ce cuba ce cuba

Teringin jugak aku tengok. berkenan, dan suka tengok dengan gaya tu. Nampak simple, tapi kalau kena dengan gaya, melatop habis!! Tapi bila aku tanya pendapat SAWO aku, dia cakap : 'macam baju tido jea'.. Hurm.. ni la lelaki.. tak de perkembangan langsung dengan dunia fesyen.. lain kali kalau bab fesyen mashion ni, jangan tanya lelaki ek, bikin panas jea..hahahahahahahah

Jumpsuit!! kegilaan dunia fesyen masa kini.. Siap dari atas sampai bawah.. tak payah pikir panjang.. tap payah risau nak padankan skirt warna apa, baju warna apa, seluar warna apa, top warna apa.. ambik jumpsuit, sarung kat badan anda yang comel tu, nah! siap!! hehehe,, cuma kena ambik masa untuk lilit shawl jea. tapi kalau nak lagi glamer pakai laa rantai-rantai yang cun-cun tu...pandai2 la korang.

Tapi kan, setakat ni, yang aku jumpa semua nya yang jenis-jenis tinggi.. hadeh~ ni yang tak boleh belah ni. Jenis yang RENDANG macam aku ni agak-agak sesuai tak?? hurm.. mana taw, bila aku pakai nanti, jalan-jalan keliling kedai dekat MID orang cakap aku ni teletubbies mana pulak.. hadeh!

jom layan beberapa pic yang aku rembat dari google:

~ Nah, cantik kan?? simple but nice!! aku suka bunga2 macam ni...~

~ hah! hambek ko, macam-macam gaya hade.. aku suka warna 4 dan 10..wawawa..hari ni jugak rasa nak g beli weh!!!- tapi kalau aku yang pakai, macam dalam gambar ni ke tak?? kalau tak, CANCEL la!~

~ warna biru to comel kan? agak2 kalau aku pakai nampak macam lisa surihani kea tak?? hahaha~

~ Nak warna kelabu tu satu!!~

~Tu dia...kemain no... lawa2..pandai padankan dengan shawl, belt, inner.. mak suka NYAH!! tu dia.. wedges dia..cantik weh!! kalau pakai macam ni untuk ke majlis konvokesyen agak-agak boleh tak?? aku pergi sebagai tetamu jea.. hurm,.sekali kena halau dek pak gard..muahahahahahah!!~


Ok! dah la..nak bersiap untuk merendek.. JOM?? jumpa disana...sana..sanaaaaa!!!

Papai!!

Saturday, June 25, 2011

Mamah CILI untuk KURUS!! NGAP! NGAP!

Pedas! WOW~ Terangkat!! Makan pedas, barulah sedap.. kalau tak sedap, makan pun tak nikmat!! betul tak???

Aku kalau bab pedas-pedas ni berhantu, memang suka giler tahan cipan beranak lapan lah!! Apa yang di masak, mesti taruk cili.. kalau rasa tak pedas lagi tu, nah! potong lagi cili, taruk kicap sotong, makan dengan nasik..fuh~ sedap2.. macam dunia ni ana yang punya.. Masak sambal bilis nasi lemak pun mesin cili padi doe!! aku paling geram kalau dah dekat sekilo letak, tak pedas2 lagi.. ni aku tak suka ni kalau cili yang jenis tak pedas,, kalau kat kampung, aku suka ambik cili yang nenek aku tanam.. kecik2 gitu cilinya.. nama apa ntah aku tak taw.. yang penting bukan Lada Benggala.. =D Memang pedas la cili yang nenek aku tanam tu.. terangkat! tak payah taruk berkilo2, 100gm pun dah cukup..muahahahaha =D

Tapi..kenapa aku still juga GEMUK??? padahal aku dan cili memang tak boleh dipisahkan.. hurm.. pelik-pelik. ni yang aku tak puas hati ni. Ni yang aku tak percaya dengan saintis ni...hurmm


Korang tahu tak, selain daripada sedap dan lazat, (^_^), cili mempunyai khasiat dan kebaikan yang tersendiri.. Nak tahu apa?? Teruskan membaca.. Penat aku geledah cari info ni , 10 library kat Malaysia ni aku survey taw!..penat jugak aku taip taw.. tak main ah copy and paste.. hahahahhaa

Bagi mereka yang nak kurus, (nak kurus macam aku?), bagi mereka yang sedang berdiet ( diet macam aku?).. OK, ni aku ada info sikit pasal KURUS DENGAN CILI...

Jom kita kenali jenis-jenis Cili!

1) CILI MERAH
- Bersifat stimulan: merangsang selera makan
-Membantu sistem penghadaman

2) CILI PADI
-Lebih pedas dari cili merah
-Mempunyai rangsangan yang kuat untuk fungsi jantung dan aliran darah
- Melancarkan semua sistem tubuh seperti pengeluaran air liur, dan aktiviti perkumuhan
- Dengan mengambil cili ini dalam menu diet, ianya dapat mengekalkan kecergasan tubuh
- Mengurangkan risiko pengumpulan darah dan membantu penurunan berat badan serta mengurangkan kadar kolestrol dalm tubuh seseorang
- Membantu mengatasi masalah kesuburan
- Melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah | tapi jangan lebih2 pulak makan yea, mentang-mentang tak mau tua, sekali kena buasir baru taw! ahahahahahahahaha

3) Lada Benggala
- Tidak terlalu pedas, tetapi boleh mengatasi masalah berkaitan kegemukan

Info sihat: Pengambilan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan ianya satu proses tubuh untuk membakar lemak. Walaupun begitu, tanpa kaedah lain seperti senaman, cili tidak dapat membantu anda 100% untuk menurunkan berat badan. Mesti diingat, cili tidak dapat menunjukkan keberkesanan dalam diet seseorang sekiranya dicampurkan bersama makanan berlemak. Bagusnya cili ini adalah ia mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel darah dari bergumpal dan sekaligus mengelakkan masalah darah beku yang dikenali sebagai trombosis

Sekian, terima kasih.

Majulah Cili untuk petani-petani

Sumber: RAPI JUN 2011

Papai!


Block This Person! =)

Hari ni aku repair kereta.., tukar breakpad, tukar minyak gear! saye cayunk keta caye! muaaahhhhhhhxxxx!!! <-- Tiada kaitan dengan tajuk

Block this person!! Ape tuh??? korang pernah tak block orang?? means, block manusia2 yang ada dalam list friends dekat Facebook (FB) atau pun yang memang bukan friends korang dalam FB.. kihkihkihkih... Nape tetiba pulak suka-suka hati korang block mereka?? mesti korang cakap, suka hati aku la, aku punya FB, buat hape ko nak kesah??? betol tak?? =D

Awal-awal masa aku ada FB dulu dalam tahun 2009. time tu tak ramai lagi friend dalam aku punya list, semua orang aku add, semua orang aku approve.. FB tengah menggila time tu kan, main redah jea semua.. nah, sekarang ni, bila dah belambak + macam muak sikit dengan FB ni, mula la aku tak ada kerja,, tengok balik manusia2 yang ada list dalam aku punya FB ni,,, yang aku tak kenal, aku UNFRIEND kan balik, yang menyemak + sakit mata + menyampah aku tengok, aku BLOCK jea..senang! hahahahaha.. Percaya atau tidak, kadang2 orang yang suka BLOCK kita tu sebab dia jeles dengan kita kan.. ada la sebab musabab dia jeles tu.. dia jea yang tahu..kan..?kan..? nah, ko nak block aku?? block ah, hade aku kesah?? Paling kurang pun aku gelak jea..kahkahkahkah1000x~ =)


korang pulak macam mana?? pernah kea block manusia2 yang ada dalam FB tu?? hehhehe.. Ala, kalau tak block pun tak apa la kan, bukan ganggu hidup pun, cuma aku ni haa.. gatal tangan. tak boleh tengok dekat list block tu kosong,, mesti ada punya manusia2 yang aku block.. sebab aku ni memang suka block orang.. hahaha,,, BAJET orang suka bukak profile aku selalu la ni konon.. BAJET orang suka cari pasal dengan FB aku la ni kan.. hehehe... Tapi yang paling tepat sekali, sebab aku tak suka dot..dot..dot..dot..hehehe,, depan2 baik macam kuih apam, belakang2,, huh,, lebih lagi dari monyet yang duk atas pokok tu, walaupun suka gigit orang, anak sendiri dia tak gigit..dia sayang! haih! apa aku cakap ni..


Kadang2 orang yang jenis perasan macam aku ni susah jugak kan..hahaha.. nasib aku perasan sorang-sorang.. kalau aku ajak korang berperasan sama dengan aku macam mana?? kan naya tu.. cukup la aku perasan dengan dunia maya aku sendiri..adeh~ melalut dah

~ Merenung masa depan -> tenung saje tak de guna jugak, sambil tenung, otak mesti jalan!

Papai!!


Wednesday, June 22, 2011

Bilik Untuk di Sewa - Selangor

Hai readers!! Mencari rumah atau bilik untuk di sewa??? Susah maw cari yea.. kesian.. jangan risau.. ni haa... aku nak buat iklan sikit pasal sewa menyewa ni...

Rumah ini terletak di Taman Bukit Raya, Hulu Langat Selangor. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Hanya ada satu bilik kosong dan seorang Muslimah diperlukan.

Suasana di sekitar rumah ini jugak sangat tenang.. mana tak nya.. kawasan ni berdekatan dengan sungai, air terjun, kolam air panas... =) jiran2 pulak peramah.. satu taman ni 100% Muslim.

Kawasan Taman ini berdekatan dengan kedai2 makan, klinik, sekolah, pekan batu 9, masterskill.

Berminat??? kalau berminat apa lagi.. contact la di nombor ni : 0193190117 (jangan malu2 yea...hehehe...MAX RENT :RM150)




Tuesday, June 21, 2011

Fynn Jamal - 150 Juta



Untuk kali keseratus lima puluh juta

Mereka tanyakan engkau soalan yang sama

"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"

"Apa kau buta, apa kau pura-pura suka"


Di seratus lima puluh juta kali itu

Di depan semua engkau tarik tangan aku

Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu

Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


"Dia mungkin bengis seperti singa"

"Tapi dia nangis tonton cerita korea"

"Dia mungkin keras bila bersuara"

"Tapi dia jelas jujur apa adanya"


"Aku lagi kenal dia"


Dah lebih seratus lima puluh juta kali

Aku pesan padamu apa yang bakal jadi

Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi

Engkau sangat manis aku ni pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya

Aku pun dalam hati semacam tak percaya

Apa kau lihat pada aku jujurkan saja

Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


"Sayang mungkin baran tak kira masa

Tapi sayang tahan kalau yang salah saya

Sayang mungkin saja keras kepala

Tapi sayang manja bila kita berdua-


Saya kenal sayang saya"


Buat apa dicerita

bahagia kita rasa

Biar tak dipercaya

Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa

Asal pakai selesa

Berkilau tak bermakna

kalau hati tak ada


Aku lebih bengis dari sang naga

Tapi bisa nangis semata demi cinta

Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta

Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua...


wooot woott....!!!! Awesome!! Best la suara Fynn Jamal nie.. kan?kan?? First time aku dengar suara dia.. live di MHI tadi... suara dia live lagi best dari dalam youtube ni.. hikhikhik..

Hopefully, Fynn akan terus maju!! ada suara, ada rupa.. bukan apa pun tak ade!! hikhik


papai!

Sunday, June 19, 2011

Cayunk Abah!!!

ABAH!!!! I Love You So MUCH!!!! mwwwuuuaaaaaaaahhhhhh!!!!!! hehehe

Haji Azahar Abdullah.. That's my DAD!!! my lovely dad... =) Seorang Abah yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga tercinta! Seorang Abah yang sanggup bekerja siang dan malam... demi kebahagiaan keluarga tercinta! kadang2 pernah dalam sehari aku tak jumpa Abah kat rumah sebab dia sibuk kerja.. TAPI! sesibuk mana pun Abah, Tanggungjawabnya sebagai seorang Ayah tak pernah dilupa..

Aku bangga dengan Abah.. Walaupun tak memegang segulung Ijazah, Abah sangat aktif dan produktif! Aku pun tak mampu nak pikir sampai ke tahap apa yang Abah pikir.. Dan aku rasa aku tak mampu nak menjadi sehebat Abah, mampu bekerja 3 perkara dalam sesuatu masa.. Alhamdulillah.. kerana mu Abah.. Kami dapat hidup dalam kehidupan yang baik.. Aku bersyukur padaMu Tuhan, kerana memberikan kami rezeki dan keluarga yang penyayang..

Hari ini, genap 4 hari Abah dan Ma berada di GuangZhou,, Semoga Abah dan Mama selamat pulang ke Malaysia pada hari esok... Selamat menyambut hari bapa disana...hehehe...

Ya Allah, berkatilah hidup kedua orang tuaku..lindungilah mereka dari segala bala bencana. baikkanlah kesihatan mereka...semoga hidup mereka bahagia di dunia mahupun di akhirat.. AMIN~




Friday, June 17, 2011

Oh! My Darling Laptop HP ku!

Warghh!!! Sabar-sabar.. Ini semua dugaan...dugaan....huhuhu... laptop aku dah jahanam. Sadis betul, semalam seharian aku tak online, mati kutu aku dibuatnya.. Aku ni jenis ngadap laptop, online jea keje, so bila laptop dah jahanam.. mula la gundah gulana,, tak tahu nak buat apa..

Aku pun tak tahu apa masalah laptop aku ni. tadi dah pergi bawak kedai. tanya apa ke hal la laptop aku ni.. boleh jea on, sound pun ok, yang tak OK, skrin ni ha.. putih melepak, kalah kulit mat salleh.. rambut yang hitam jadi putih, baju warna biru jadi kuning. hadoi.. dia bilang mabe motherboard atau skrin yang rosak. Jadik, aku tanya la berapa ongkos nya?? dia cakap : " kalau motherboard yang rosak, lebih kurang RM380, kalau skrin yang jahanam dalam RM450"

Mak aiiiiiiihhhh!!! time tu jugak aku nak termuntah +pengsan.. nasib depan aku ni apek yang hensem.. cover2.. huhuhuhu... Baik aku beli laptop baru la kalau macam ni.. nampak gaya dah sampai ajal dah kot laptop aku ni.. yea la kan .. dah 5 tahun.. ni first time buat hal yang teruk2 ni.. nak jual sayang la pulak,, hadiah dari Abah ni.. hurm, kalau tak jual, mana nak cekau duit nak beli laptop on time??~lain la kalau Abah aku ade kilang emas.. pening=2.. any idea?? biul2 dah kejap..

Dalam kebiulan ni.. aku terjumpa satu web untuk edit gambar..heheheh.. terjah kejap.. try la aku test cuba untuk edit gambar dalam site ni..hehehe.. cun jugak! save gambar dari FB jea.. ni laptop pinjam (TQ Timah, selaku Housemate ku..kasi pinjam ni laptop), laptop aku dah jahanam. semua pic dalam tu..warghhh!!! tension balik..huhuhuhu...

Cantik tak pic aku ni??? hehehe... pujila sikit.. =P

Jenguk2 la PHOTOVISI ni kalau korang tak de kerja macam aku ni ha.. hehehe..

Doa2kan aku murah rezeki yea.. nak ganti laptop lain.. hari tu Camera hilang, sekarang Laptop rosak..DUGAAN~~~

Laptop dan kamera, mana lagi penting yea?? Laptop kot.. huhuhu.. sabar la dulu.. laptop first OK! (T_T)

papai!




Wednesday, June 15, 2011

Hidup takkan diganggu kalau kita tak ganggu orang.. Jangan cakap perangai orang macam binatang kalau kita pun lebih dari binatang =)

Ganggu??? korang pernah kena ganggu tak?? tak kira la gangguan dari segi apa, gangguan makhluk halus ke, gangguan manusia yang tak reti bahasa kea. eeiii... seram la kalau cakap pasal ganggu2 ni.. sebab tahun lepas aku pernah terkena..wawawawa.. sampai muntah2 doe.. sampai tak boleh tido.. asal malam jea panas, asal panas jea malam. Tuhan jea tahu seksanya aku time tu.. tapi Alhamdulillah..selamat..

Macam mana pulak gangguan dari ssegi diganggu oleh manusia?? adeh~ macam berbelit je ayat aku ni... Betul kea kalau aku cakap "Hidup kita takkan diganggu kalau kita tak ganggu orang?? setuju?? aku setuju sangat2!!! aku cakap aku sokong..aihh.. mestilah aku sokong, kalau bukan aku yang sokong, sapa lagi yang nak sokong aku.. =)

Tapi, kalau jenis orang yang baik hati tu.. dia biarkan saja orang ganggu hidup dia, sebab bagi dia lama2 orang tu akan bosan..dan tak ganggu dia lagi.. Tapi kalau aku?? hah! sekali dua boleh lagi aku sabar, boleh lagi aku bertahan.. tapi kalau sampai tiga empat kali?? berlarutan sampai setahun??? mampuih aku dah tak boleh bersabar.. So? aku ganggu la dia balik! bukan niat jahat pun., cuma sekadar nak bagi nasihat.. jangan ganggu hidup aku.. tapi?? yang peliknya? Aku pulak yang kena marah, yang kena tengking supaya tak ganggu hidup dia.. adei~ pening2.. biul sekejap aku.. nasib tak pengsan! ada jugak manusia jenis ni atas dunia ni.. Aku pulak dipersalahkan... sapa yang ganggu sapa dulu ni sebenarnya?? hahahahahaha... lawak2.. guling2 sampai menangis aku ketawa.. =D

Ok, dah habis bab ganggu menggangu.. aku nak cakap pulak pasal bab binatang.. =) Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang korang suka?? kucing? anjing? arnab? beruk? atau apa jea lah?? Aku paling suka kucing.. meoww!! comel! walaupun kucing ni pemalas dan kuat makan, aku suka jea layan, lagi2 kalau yang jenis bulu lebat..hehe..sedap peluk!

Selama korang hidup ni.. korang pernah jumpa tak perangai manusia yang sama macam perangai binatang?? Aku pun tak reti nak describe macam mana.. Aku pun tak paham apa yang perlu aku paham..dan aku pun tak tahu apa yang aku nak cakap.. dan aku rasa sekarang ni aku tengah melalut entah pe benda dah ni ha.. hahahaha...

Ni aku nak nasihat.. nasihat untuk diri sendiri la.. kalau korang nak dengar nasihat aku ni pun bagus jugak, aku rasa dunia akan aman kot.. ni ha... Apa pun tindakan, percakapan atau pun perlakuan yang kita nak buat., mesti kita fikir dengan waras.. jangan suka hati kita jea nak cakap kat orang.. be professional OK.. =) jangan samakan manusia dengan binatang.. manusia ada akal taw! Lagi satu yang aku nak boldkan.. Jangan cakap perangai orang tu macam binatang kalau kita pun lebih dari binatang... muauaahahahahahaahah!!! peace yoo!!Sabor jea la Mail Lambong oiii!!!

Papai!



Tuesday, June 14, 2011

Saya tetap Sayang DAUDSU!

Titile gedik...uweeekkk... =P

Dah memang adat permainan. Ada yang menang, ada yang kalah.. kalau dua2 pihak lawan menang, bukan perlawanan la namanya tu..kih3..

Sabtu lepas (11 Jun 2011), Aku bertolak dari Kelantan ke KL. Jalan lengang giler. seronok rasanya drive pada hari tu.. rilek jea, smooth jea perjalanan. Minyak keta pun tak berapa nak turun..hehehe.. Kerete aku time tu pun dihiasi dengan warna2 merah.. ada bendera The Red Warrior (TRW) hehehe... Semangat kan?kan?kan?..

Tiap kali ade kereta yang nak ke Bukit Jalil Overtake, mesti diorong hon, siap angkat tangan lagi.. penyokong TRW katakan..kih3.. inilah semangat anak2 kelantan yang aku nampak.. Syabas! Bas2 yang membawa muatan penyokong pun banyak la jugak. Bendera merah berkibar2 dekat cermin bas. Yang paling kesian, ada bas yang tersadai tepi jalan. bas rosak..huahuahua.. ENtah lah diorang sempat sampai bukit jalil ke tak.. nampak frust je muka. Siap tahan aku lagi tu, bajet nak tumpang, ..hahaha.. Sori la.. Bukan aku tak nampak korang tahan, tapi aku pura2 tak nampak..muahahahah!!

Mesti satu Malaysia dah tahu pasal kekalahan Kelantan kan?? hurm.. yang memang anti kelantan tu, mesti korang gelak sampai guling2 kan sebab Kelantan kalah? hehe.. Ala, gelak la sampai muntah pun, ada aku kesah?? muahahahahahaha!!! Biasalah tu, bagi can kat Negeri lain la pulak.. Orang lain pun nak rasa jugak menang, Tak gitu????? =P
Mesti Satu Malaysia tahu kan pasal Daudsu? Siapa Daudsu? dan apa yang telah Daudsu terbuat dalam Game tempoh hari kan? kan? kan? yang tak minat bola tu, mesti lah korang tak tahu.. Bola tu pun mabe korang ingat tiga segi kot..muahahah!!

Daudsu ni salah seorang dari pemain2 Kelantan. kecik2, macam aku dan comel2 gitu., comel pun macam aku jugak... hehehe.. malas ah nak cakap apa yang dia dah buat dalam game tempoh hari.. Bukan aku geram atau tak suka atau apa, cuma aku tak nak kaitkan dengan Daudsu.. harap korang paham (bajet giler ayat) nak buat cam mana.. Tak ada rezeki.. Yang Penting.. Bukan Salah Daudsu.. Kesian dia.. Sampai tak dapat tidur gara2 tertekan dengan silap yang dilakukan..
Aku bangga dengan Daudsu.. kalau aku la kan, tentu gabra giler, silap2 aku keluar padang.. kaki menggeletar tak dapat sepak bola. Tapi Daudsu? Sampai ke wisel penamat dia berjuang!!! kata orang, Berjuang ke titisan darah yang terakhir.. fuyoooh!

Aku, selaku rakyat Kelantan dan Anak Jati Negeri Kelantan, Tidak Salahkan Daudsu atas kekalahan Kelantan untuk mencium Piala FA musim ni, malah aku berbangga dengan adanya pemain2 Kelantan yang masih setia dengan TRW, dan adanya penyokong2 kelantan yang Tetap setia menyokong TRW.. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Penyokong Kelantan yang sesat dari Borneo =P
Daulat Tuanku..Turun ke padang..Tok Guru pun datang sokong kelantan.. =)
Metro hari ini : 'Maafkan saya' - Daudsu

Semoga TRW terus maju kehadapaan... Go! Go! Go!
Pictures credit to : 100,000 rakyak Kelantan tak salahkan Daudsu atas kekalahan!

Pictures credit to : Kami bangga dengan Daudsu kerana sanggup berjuang sehingga wisel penamat!


Sunday, June 12, 2011

Melilau di Central Market

Kalau sampai Pasar Seni, jangan lupa singgah di Central Market!! Ada apa dengan Central Market?? Macam2 ada! Tapi kalau korang nak layan wayang kat sana memang tak de lah.. =D

Hari ni seharian aku melilau cuci mata kat Central Market ni. Kalau sebelum ni, Central market ni aku jadikan tempat parking kereta dan tempat persinggahan untuk membuang hajat..hehehe.. Tandas sana memang terbaik ah! Klasik! Menarik! Cantik~

Tapi hari ni! kat central market ni aku jadikan tempat untuk Lunch dan jugak tawaf lebih kurang 3 kali.. muahahahaha!!! Aku suka tengok barang2 yang ada kat sana. UNIK!!!

Food Court Central Market ni terletak di bahagian atas, tingkat satu.
Macam2 pilihan makanan ada! Laksa ada, masakan thai ada, nasi ayam ada..dan aku?? semestinya memilih makanan selera pantai timur! hehehe.. dah lama tak pekena nasi Kerabu! First time aku jumpa nasi kerabu yang sudah sedia digaul dengan ulam, kelapa parut.. heheh..boleh tahan. =). Dah lama tak pekena air yang best2! Selalunya aku minum air suam jea.. Bukan nak jimat. Tapi jaga badan..hahaahaha..Bajet doe~
Sebelum makan, kena ambik gambar dulu, orang kata.. nak ambik mood makan..hehehe.. Lepas tu Baru baca doa makan.. AMin!~

Menikmati kesedapan nasi kerabu yang sungguh enak dengan pemandangan kedai2 yang ada kat bawah..hehhe..Port Meja makan tepi jendela...Macam duk kat rumah la pulak....


Selesai je memiara lunok, kami terus melilau kat semua kedai yang ada dalam central market ni.. Tetiba aku terpandang sesuatu! Ehem~ Macam tau2 jak ni..hehehehe... Kebetulan doe! kenapa bukan Perak di tepi Kelantan? kenapa bukan Terengganu?? kenapa bukan Sarawak?? kenapa? kenapa? kenapa? Korang nak taw apa?? hehehe.. tengok ni...

Tada!!!~ Dalam banyak2 Negeri.. Negeri Sabah dan Kelantan jugak yang bersebelahan.,. hahahaha~


Waaaahhh! Cantik kan?? kalau dijadikan latar untuk shooting, lawa jugak ni! =)


Ramai betul pelancong kat dalam nie.. dah la lawa2..tak puas hati aku tengok..hehe.. apesal pulak aku yang tak puas hati.. adeh~ tolong bawak beg saye jap,, kejap jea..5 saat

Sesuai la.. mak suka nyah! =D


Jalan punya jalan..AHA!! Dr. Fish~ Apa lagi!! Serbu!!! Murah2.. 15min - RM5,,

Besar gedabak Dr. Fish ni. Agak gelojoh+ganas jugak la..Lapor bebenor gamoknye.. kesian.. =(

Kenapala time kita sorang2, masa berlalu sangat lambat??? time kita ngn kengkawan atau insan2 yang tersayang, masa berlalu sangat cepat?? hurm.. (T_T)

Kenapa esok dah mula kerja? kejapnya cuti..hehehe.. Huwargh!! semangat2..semangat.. hidup mesti ada semangat!!!

Cantik tak pic kat bawah ni?? dah nak dekat setahun aku grad, baru berkesempatan untuk memframekan gambar konvo..hehe..tu pun makan masa seminggu untuk siap. nasib baik pak cik tu bertauliah dalam bab2 frame gambar.. cantikkan?? Puas hati!!

Sempat lagi pose kan..Cepat2!! KTM ke Rawang sedang menanti awak!! huhuhuhu
Jumpa lagi..Muhang Oku Dika..SOGIGISOM!!

Papai!