KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Dulu masa zaman kanak-kanak, masa zaman aku masih comel lagi tu.. mama dan abah selalu cakap, kalau tak puasa tak boleh raya dan tak dapat duit raya.. hahahha.. masa tu budak hingusan lagi.. bukan tahu apa-apa pun.. apa lagi.. puasa la walaupun setengah hari, lepas tu masuk dapur bukak tudung saji, melahap..hahahahaha

Sekarang dah besar dah..besar 10x ganda lagi.. dah faham apa erti puasa.. bukan semata-mata nak duit raya..ceh! dah kerja dah sekarang, jangan mimpi dapat duit raya lagi, tahun lepas jea la last dapat duit raya. Tahun ni turn aku pulak yang kena bagi duit raya... Bangga weh!! macam tak percaya pulak... hah sudah, puasa baru nak mula dah pikir duit raya,, apa laaa aku ni =)

Puasa dari segi bahasa bererti "menahan". Semua perkara atau perlakuan yang "ditahan" (haram) semasa berpuasa hakikatnya bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Semasa berpuasa, umat Islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara-perkara haram, malah perkara halal juga. (sumber: Solusi edisi 34)

Seperti yang kita sedia maklum juga, puasa juga menahan daripada lapar dan dahaga bermula dari waktu-waktu yang telah ditetapkan. Puasa itu wajib! kecuali orang-orang yang terkecuali =)

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan... kami merinduimu...

Seronok bulan puasa ni kan.. keseronokan semasa bersahur.. Keseronokan semasa semua umat Islam sama2 tidak makan dan minum.. keseronokan semasa memasak atau membeli juadah untuk berbuka, keseronokan semasa sama2 berbuka puasa dan keseronokan meningkatkan lagi ibadah dan amalan semasa di bulan ramadhan.. SERONOK kan!! Masa nak berbuka tu, semua orang tercongok depan makanan, berkelip2 tengok makanan depan mata... Azan jea maghrib terus melahap..hahahaha..bukan aku yea..korang la tu mabe! =P jangan berlebih-lebih pulak yea, nanti tak dapat nak solat terawikh.. Alasan: "sakit perut ah, tak boleh nak sujud" yea la tu.. makan sampai tak ingat dunia... ingat yea...Ramadhan bukan "pesta makan" OK!!

Esok kita dah mula berpuasa, jangan lupa untuk niat yea.. Sabda Nabi S.A.W : "sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya" (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-Baihaqi). Niat puasa senang jea pun.. "Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita??
Adakah masih di tahap yang lama?

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.. Selamat Beramal!!! =)

Salam Ramadhan dan Selamat menjalankan Ibadah Puasa dari kami sekeluarga!! =)

Papai!!




MenyebOk di Hari Konvokesyen Tambalut SawOku

Semalam (30 Julai 2011) adalah hari terakhir Istiadat Konvokesyen kali ke-13... Kemain lagi aku pergi menyebok dengan sawoku kat sana.. Meraikan hari gembira Roomate kesayangannya.. =)

Punyalah geram aku tengok bunga2 dengan bear2 yang ada ni... Hari Jumaat tu harga bukan main mahalnya..tapi boleh la jugak aku mintak less.. tapi semalam,, lagi murah dowh.. untung betul kalau konvo last2 ni... main lelong jea.. Harga runtuh! penghabisan stok~ Cantik-cantik plak tu..


Ehem~ Tak jeles pun... =P

Sedang membelek Transkrip Akademik dan Ijazah... Suka lea tueee =)

His Lovely Roomate =D


His BFF =)

Alamak!!! Rendangnya aku!! Huwarggggghhhhhhh =(

yeay!! Ada GENG yang sama rendang..hikhik =)

Sumandak yang berbunga-bunga



With Izza...Thanks tumpangkan saya selama dua hari.. Seronok dapat tidur dengan kamoo..ops! hahaha =D

Tamat sudah Konvokesyen kali ni.. Tahniah buat graduan-graduan yang berjaya menggengam segulung ijazah..dan selamat berjaya dalam hidup...

Tanjong Malim-Hulu Langat-Klang.. JOM!!


Papai!!



Saturday, July 30, 2011

Ijazah Sarjana Muda Psikologi Sukan

Alhamdulillah...setelah 4 tahun bertungkus lumus, mengadap buku, main game, ponteng kelas, buat asement,, akhirnya berjaya jugak SAWOKu ni menamatkan pengajiannya...tak sangka kan..hakhakhak.. Bangga sia sama ko... =D

Majlis konvokesyen telah dijalankan pada petang Jumaat, jam 2.30 petang bertarikh 29 Julai 2011. Berkat hari Jumaat, Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik.. cuaca pun bagaikan mengerti dan memberikan sokongan yang padu buat para graduan Suluh Budiman =)

Perarakan para graduan masuk ke dewan bermula dari Auditorium.. Sempat lagi posing time jalan jem. nak kata ada traffic light tak de pulak kat depan tue, mabe jubah terlekat kot, besar sangat..muahahaha =D

Tahun lepas aku yang berdebar2 nak naik pentas, tahun ni, xsabar nak tengok ragam graduan2 yang naik ke pentas.. selesai jea turn budak sengih lebar tu terima ijazah, aku terus blah kuar cari menda alah ni ha..hikhik..

Haiii....nama saya koko gemuk..cantikkan saya =D

lebih kurang 3jam, barulah selesai Istiadat Konvokesyen.. Tercongok aku depan pintu dewan.. tak de lah depan sangat..lebih3 la pulak.. Dah keluar pun dia haaa... meriah nyer..senyum memanjang..suker lea tueeeeeeeeeeeeeee =) ^ Aii...sempat lagi ngorat nampak, nak kena ketuk nie..^^

Tahniah Chentry a.k.a Danish!! dah ada Ijazah yyoooo!!! hikhikhik =P

Bersama kengkawan sekepala yang tersayang...

Bersama family beliau...





His Lovely Dad..

Comeynya la budak kecik nii....Grrrrrrrrrrrrrrrr *)

Alamak! Itamnya aku..hakhakhak...

Seharian keliling UPSI, cari port tuk snap pic.. Nasib kaki aku ni kuat jugak.. walaupun high heel 3 inci, berjaya jugak aku jalan kejar diaorang ni.. nasib pakai skirt, kena sopan la sikit, kalau pakai jeans, mabe aku berlari kot..muahahaha...!!

Jom Balik!! Jumpa Lagi UPSI.. Kami akan merinduimu selalu...=)

**Shawl from Makkah-Top from Billion-Tulip Overlap Novelty Maxi Skirt From The Old Blossom Box Store **

Papai!!








Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah....


Syukur kehadrat Ilahi..di atas segala kurniaan yang telah diberikan pada kami hari ini...
Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terbuku dihati...
Dengan harapan... Walaupun hari ini suatu kepahitan, semoga esok atau lusa adalah kemanisan...I know.. GOD always help me to be strong...

Tahniah SAWOKU... selamat sudah bergraduasi.. semoga apa yang dilalui bersama dapat dijadikan kekuatan untuk masa yang akan datang...

Malam ni kami nak melilau cari makan kat Tanjung malim ni... Rindu pada semua kedai2 yang selalu kitaorang lepak..hikhik..kalau boleh mau pergi semua kedai..makan saja kerja..

Ok la.. saja maw update..sekarang masih lagi di Tanjong Malim, esok mungkin ke Klang....Selasa baru balik Hulu Langat..will update soon about the convocation day.. =D

Papai!!




Monday, July 25, 2011

Mesti bijak bermain dengan WARNA! baru Hot! =)

Tensionnya aku... Nape la susah sangat aku nak mixing warna ni?? kea aku yang jakun bab2 mixing memixing ni?? Nape aku tengok orang lain kalau dress up bermain dengan warna ok jea.. ni yang aku jeles ni..muahahaha!!!!! (gelak sambil meraung)

Aku suka tengok insan2 yang cun bermain dengan warna2 yang terang2 ni.. pandai mereka padankan warna-warna di badan mereka.. marbeles laa.. =) Tapi kalau mixing warna yang terlalu berlebihan tak boleh jugakkan.. nanti nampak macam pokok krismas pulak..hohohoho.. hadeh! susah betul.. tetiba jea rasa nak pergi kursus mari berwarna..hahaha

"Para wanita sering terbiasa memakai pakaian yang memiliki keseluruhan warna sama" Kirsty Attwood - styling manager, London. Haa..betul2, aku setuju.. aku la ni...hahaha.. hari-hari pakai baju kurung pergi kerja (dah ni jea yang boleh pakai, seluar2 cannot OK), kalau baju kurung tu warna hijau, tudung pun mesti hijau dan kalau boleh kasut dengan handbag pun nak hijau..hahahahaha... dah memang lazimnya macam tu.. Aku pun sebenarnya tak berani nak mixing warna ni.. penakut dow! Takut nampak pelik.. =P

Aku ni jenis berkulit gelap sikit..sikit jea tak banyak.. Kulit gelap yang susah ni kalau nak pakai warna2 yang terang.. bukan apa, kalau aku pakai warna terang, contohnya kuning.. Lagi la bertambah hitam legam +++ kulit aku ni.. wakluuuuu... huhuhu..sadis tol..tetiba jeles dengan orang berkulit cerah. lagi2 putih melepak... meh tukar kulit dengan aku meh!!! =) Warna yang paling sesuai dan aku rasa kulit aku cerah sikit ialah warna purple, hijau tua, biru gelap..dan semua warna2 yang jenis gelap la..ha.. tu sesuai dengan aku

Warna hitam??? haa.. yang ni warna yang aku suka jugak, sebab pertama, dapat mencerahkan kulit aku, kedua, aku yang debab ni nampak slim la sikit.. hikhik

"Jika anda ingin memakai pakaian berwarna serba hitam, maka tambahkan saja aksesoris seperti syal bermotif, perhiasan atau kenakanlah sepatu warna warni agar penampilan anda lebih hidup" Hodson... Aksesoris ni sebenarnya menyerlahkan lagi penampilan..betul tak?? setuju?

Jangan takut bermain dengan warna..OK!! Apa yang penting! kita mesti berani!! yeah!! cayok2!!~

**Mixing warna : purple, cream, peach terang..sesuai tak?? wollla!! **

All pictures credit to google!

Papai!!


Sunday, July 24, 2011

Kracker Ubi Kentang yang HOT!!

Korang nak makan biskut sedap tak?? lagi satu minggu kita nak sambut Ramadhan ni.. Apa kata korang pergi cari stok biskut ni banyak2 untukl buat sahur.. hikhikhik..

Aku jarang sangat sahur dengan nasi.. Balik rumah kat kampung jea dapat merasa bersahur dengan nasi. Kalau di perantauan ni, biskut kering dengan roti jea la.. At least sahur....(padahal pemalas) =)

Ok, entri kali ni aku nak show off kat korang biskut yang sedap ni ha.. Aku ingat aku sorang jea cakap biskut ni sedap, bila aku bawak ke tempat kerja, ada jugak yang cakap sedap macam aku cakap ni.. =)

Dua minggu lepas, family aku datang KL, mama la yang belikan biskut ni.. First time makan, kalau boleh satu kotak tu nak habiskan terus.. nafsu..nafsu... nasib aku dapat kawal.. =)

ni dia... Kraker Kentang Perisa Sayur (ada tiga jenis perisa: BBQ, Tomato, Sayur) - Tak sampai 10 ringgit pown!
Dalam kotak ni ada 30 paket benda alah ni (tengok tu..sampai terkeluar lidah..sedap sangat la ni kan)

dan dalam satu paket ada 5 keping kracker (Kracker ni sangat nipis) - kemain aku susun dalam pinggan semata2 nak show off kat hang pa semua..kalau tak, dengan plastik2 aku NGAP!

Produk ni dari Win Win Food Industries Sdn. Bhd. ( Johor)

Kalau korang nak rasa macam mana kesedapan biskut ni, apa lagi.. carilah sendiri...muahahahahaha!!! Selamat mencuba~

Papai!