KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 24, 2011

Fall in Love - GARNIER

Suka la guna dua produk mask dari Garnier nie!! Serius best!! Sebelum ni dah macam2 jenis mask yang aku cuba..semuanya ok.. tak ada efek yang negatif, cuma aku ni jenis yang suka mencuba.. kalau dulu macam2 jenis produk muka ( 1 set) aku guna, last2 setia dengan De Wajah.. Agak lama jugak la, dan nak masuk 2 tahun guna...lama la ni bagi aku, sebab selalunya cukup 3 bulan aku cari produk muka lain..

Tapi untuk masker dan juga topeng muka, aku suka tukar2.. seronok cuba yang baru nih.. dan sekarang aku tengah pakai produk mask dari Garnier!... Entah kenapa pulak bertukar selera pada garnier, sebelum ni aku tak pandang pown..muahahahaha...

Aku pakai dua produk ni iaitu

GARNIER LIGHTENING PEEL OFF MASK

yang ni dalam satu pack ni boleh kerat dua..kiranya dua pack la..hikhik.. harga dia kalau tak silap aku lebih kurang RM6. berbal0oi2.. satu pack tu aku guna sampai tiga kali..hahahaha... jimat giler.,, kedekut betul aku ni..

masa pakai benda alah ni, bau lemon tu semerbak, lena di buatnya. time nak buka tu yang best.. macam buka topeng yang melekat kat muka tu..rasa macam aku koyak kulit sendiri jea.. masa bukak mask ni, selalu bayangkan.... tetiba muka jadi flawless giler tahap cipan... tak pun macam ni haaa..
fungsi mask ini: anti kulit kusam, membuang kotoran dan sel kulit mati serta menjadikan tekstur kulit halus dan cerah..

GARNIER LIGHT WHITENING TISSUE MASK

yang ni dalam satu pack ada satu jea...ikutkan hati aku, maw jea kerat dua..hahahahaha... harga dalam RM9.90.. Muka aku sekarang ni banyak jeragat. dah tua kot.. tisu mask ni dapat pudarkan jeragat..harap2 menjadi la.. ni la perempuan.. ada jeragat sikit riuh satu kampung.. tengok lelaki..rilek jea..jerawat batu besar lesung kat pipi pun rilek jea.. =)

Buat masa sekarang, masih lagi guna produk ni.. Sangat berpuas hati!!! korang pulak macam mana?? ada tips tak??

Papai!






1 comment:

mommyqalesya said...

Saya pun pakai garnier tissue mask tu..untuk emergency event lusa haha tapi memang serius best..ntah malas pula nak bancuh esp n yogurt buat masker..pakai ready made aje kali ni c: