KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 31, 2011

Open House - Majlis Isi Perut =)

Assalamualaikum... Salam 2 Syawal!!!

Hari ni dah 2 Syawal... Juga Hari Merdeka!! Selamat Hari merdeka jugak yea kengkawan..

Lagi 3 hari aku mengular di kampung ni sebelum balik semula bertapa di Kota.. waduh3x.,, perasaan kemalasan membuak2.. sesungguhnya aku sangat malas.

Untuk balik pada hari raya ke-6 ke kota, yang semestinya jalan akan penuh sesak dan akan mengalami jem yang sangat teruk. Sudah pastinya kesesakan lalulintas akan berlaku di Raub, bentong, tol gombak. SABAR3x =)

Memandangkan raya kali ini banyak sangat jemputan kenduri kendara, maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya ke-2. Nak buat kenduri, tak de sapa yang nak kawin, so, buat rumah terbuka jea laaa, makan apa yang ada, tak dea lembu yang tumbang, cuma ayam jea yang patah sayap =)

Dalam banyak2 kawan yang aku ada, hanya dua orang jea yang menghadirkan diri. Terima kasih yea cik Asmad dan juga cik Fatanah. hekhekhek

Menu utama Majlis isi perut kali ni, Nasi Beriyani + ayam pedas + dalca. menu samping, mihun& kue tiow sup, nasi air, kuih muih dan tidak ketinggalan, satay ayam. ..

Tu diaa... tetamu terawal kita.. aiii wak! SORANG jea kea??? mana bini dengan anak-anak?? kih4x

Tu diiiiaaaaaaaaa.... kebulur kaaa yang tengah tu?? kea baru first time jumpa ayam cucuk-cucuk?? hahahaha~

Bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, memang seronok. Siap traffic jam lagi dalam rumah aku ni, walaupun hari ni panas terik sampai berpeluh-peluh, kipas dalam rumah aku ni macam tak cukup angin jea, kena pasang air-cond dah kot, tapi keseronokan melayan tetamu tidak terkata-kata..lagi-lagi bila ramai yang cakap kuih yang aku buat sedappppp.......adeh~ kembangkempiskembangkempis =P

Bersama family Mok Nik ( adik Abah yang no. 2)
Nenek kesayangan hamba =)

Mak su dan suami.. ada baby dalam perut. dah 3 bulan..hehehe..tak sabar nak tunggu baby keluar =D

Antara sahabat yang datang- Asmad. bakal bergelar isteri orang pada hari raya ke-5. Tahniah sahabat


Tetamu-tetamu yang hadir =)

Ni tetamu dari jauh ni,.. juga tetamu yang kena buli, hekhek... Terima kasih yea, sudi menyepahkan dapur dan juga menolong apa yang patut. tahun depan jangan tak maw datang plak yea =)

Sakan betul aku mamam hari ni. Sah-sah kembung ni esok lusa. Paling kurang pun, UP 3 KG.. hahaha..

Terima kasih kepada semua yang hadir. Tahun depan datang lagi yea!!

Juga buat readers sekalian! Salam Aidilfitri dan Salam kemerdekaan =)

Papai!!!




Tuesday, August 30, 2011

Rayeeeee!!!Rayyyaaaaaa!!! Selamat Hari Raya!!~

Assalamualaikum..Salam 1 Syawal!!

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasaaaaaa,..lalalalalalalalala....~

Hai readers!!!

Selamat Hari Raya... Korang buat apa tu? isi perut ek? aiiyoookkk!!! makan biar berpada-pada yea.. jangan sampai up +++ berkilo-kilo OK!

Dikesempatan ini, aku nak nak ucapkan selamat hari raya. Ampun dan maaf dipinta sepanjang aku berbelog, kalau setiap patah perkataan yang aku taip selama ini menusuk jantung hati korang.,, aku minta maaf yea.. hikhik..kira 0-0 taw!

Buat yang mengenali diriku, kenal secara jauh mahupun secara dekat, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu aku banyak buat salah,sangat-sangat banyak. Mana taw termengumpat kea, termengata kea.. terambik pakwe orang kea..OPSSS!!!.. Maaf banyak-banyak...hukhukhuk....

Buat SAWO KALANGADANKU, selamat hari raya... Seribu kemaafan jugak yea... terima kasih kerana sudi menyambut kehadiran Syawal yang penuh keberkatan ini bersama dengan keluargaku yang tercinta =)

Sob..Sob.. Tahun ni aku tak dapat duit raya lagi dah.. Abah jea yang bagi. pakcik-pakcik semua dah tak bagi dah..sedih..sedih.. hehehe..

Tapi, tahun ni, aku sangat-sangat gembira kerana dapat menghulurkan duit raya kepada mama,abah, adik beradik, atok,nenek dan budak-budak comel + hensem yang datang beraya kat rumah aku. Satu perasaan yang sukar digambarkan.. aku rasa PUAS HATI! =)

My adik beradik..cuba teka yang mana yang paling bongsu??

Nak duit raya kena cium tangan aku dulu, kalau nak lebih cium tapak kaki..muauauahahahaah..kakak yang kejam ++

Abah,mama, kami minta maaf..selamat hari raya..NAK DUIT!! hehehe


Rutin setiap kali raya... ziarah menziarahi sanak saudara. Bila lagi kan.. time-time nie laa kalau nak jumpa semua sanak saudara..



"fuh..penuh suda ni perut aku, tak larat lagi maw isi ni..maw pengsan suda" =P

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN


p/s: jemput datang ke rumah esok yea.. Ada majlis sikit kat rumah. majlis isi perut.muahahaha!!

papai!!



Sunday, August 28, 2011

Home Sweet Home!!!

Assalamualaikum...hai my lovely readers!!

Alhamdulillah... walaupun semalam pada awalnya jalan agak lengang, di suku pertengahan jalan, aku stuck di kuala lipis, pelbagai rintangan dan cabaran akhirnya sampai jua di kampung halaman..hekhekhek

Seronoknya bila dapat cium pipi mama dan abah! Muaaaaahhhhxxx!!!

Seronoknya bila dapat peluk kucing-kucing yang sudah beranak pinak..mak aiii...sapa nak kucing?? meh la datang rumah. Aku bagi free jea.. tak terlarat dah nak pelihara banyak2.. Asyik terberanak jea kucing-kucing nie..

Esok sehari lagi kita berpuasa kan.. kejapnya masa berlalu!!

Hari ni aku akan mulakan operasi menyiapkan cookies-cookies untuk lebaran nanti. kalau berkesempatan, nanti aku kongsi resepi yea! Resepi turun temurun., sebelum aku ada kat dunia ni lagik taw!

Ok.. Jom terjah dapur mama!! weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

p/s: doakan tanakwaguku selamat sampai esok pagi.. Bas akan bertolak malam ni dari Hentian Putra..Amin!! Terima kasih =)

picture credit to mr.Google

Papai!!!!




Friday, August 26, 2011

Balik Kampung!!!!

Assalamualaikum..Hai readers!!

Jom balik kampung!! Wink!Wink!

Doakan aku selamat sampai.. InsyaAllah.. Dalam jam 3 pagi esok, aku akan bertolak pulang ke Kelantan!!

Jumpa lagi!!

Papai!!




Saturday, August 20, 2011

NAK BALIK! NAK BALIK! [guling2,hentak2 kaki,tepuk tangan]

Assalamualaikum... Ramadhan ke-20

Cepatnya masa berlalu.. Sedar-sedar dah 20 hari kita berpuasa yok!!

MOOD untuk pulang ke kampung halaman sudah menggila. Tak sabar nak balik!!! Rindu dengan suasana kampungku yang nyaman, dengan kicauan burung yang berlagu merdu, dengan sawah padi yang terbentang luas di hadapan rumah aku, dengan desiran air dalam tali air belakang rumah aku..wahhhhhhhh!!! semua itu aku rindu..

Macam mana agaknya keadaan Bucit, Adik pok,?? mungkin beranak lagi kot. Berapa ekor laa kucing kat rumah aku sekarang ni.

Tahun ni lewat betul aku balik raya. Hari Jumaat (26/8) adalah hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya, dah la sekolah petang, kalau sekolah pagi sempat jugak aku rempit balik kampung. kalau jam 5.30 baru habis sekolah, seram sejuk jugak aku nak balik kampung malam-malam buta.

SO, hari sabtu (27/8) laaa gamaknya baru sempat aku balik,wawawawa.lambat! lambat! lambat!

Aku tengok belog2, FB semua, kecoh pasal baju raya laa..kasut raya laa..handbag raya laa.. jelesnya! Aku tak berkesempatan lagi nak pergi mencari. harap-harap esok sempat laa... Habis laa bergegar LRT Bandar Tasik Selatan dengan kehadiran aku esok. Naik LRT cukup! tak payah pikir nak parking mana.. yea idok?

Macam mana pulak dengan biskut raya? kek raya?? waduh3.. apa nak jadi dengan NinaAz Cookies ni... dah 20 ramadhan, Satu cookies pun tak buat lagi.. hehee..

Aku pikir, raya tahun ni aku nak lebihkan buat KEK dari Cookies. cukuplah ambik masa sehari untuk aku buat Cookies. Sehari untuk aku buat kek. pastu RAYA! =)

Pikir punya pikir, agak-agak sehari berapa jenis cookies aku dapat buat ek??

hadooiii... tiga jenis cukup la kot...


Tapi kalau kek, dalam sehari, 10 biji boleh dapat kot? yeeehhhaaa...

Tahun ni aku nak buat lebih kurang 6 jenis kek!!!


DARK MOIST CAKE <- ini wajib tiap tahun

BLACKFOREST CAKE <- ini pun wajib jugak tipa-tiap tahun. Kalau aku tak buat, tak pasal-pasal ramai yang meraung

KEK SARANG SEMUT <- yang ni untuk rumah atuk.. rumah aku kek ni tak laku, siap berkulat lagi tak de orang nak makan.


Haaa..yang ni wajib ada bila tiba hari raya. lagi-lagi time mama buat Open House!



Mama cakap Apam aku buat cuti hari tu sedap. hekhek..ada jugak request apam yea? baiklah tambah lagi satu


Bahan-bahan semua abah dah belikan. mama pulak dah beli Oven yang baru.. lagi besar dari yang sedia ada...WARRRRGGHHHH.. tak sabarnya nak balik..

NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK! NAK BALIK!

p/s: Jemput ke rumah raya ni yyooooo!!

Papai!!




Friday, August 19, 2011

Smile, Breathe & Go Slowly

LIFE BRINGS TEARS,
SMILE & MEMORIES...

THE TEARS DRY,
THE SMILES FADE,

BUT...

THE MEMORIES,
LAST FOREVER....




Thursday, August 18, 2011

STOP comparing yourself to others - Enjoy your LIFE

Assalamualaikum. Ramadhan ke-18

Ramai antara kita yang tidak tahu bahawasanya kaedah terapi 'suka membanding-bandingkan' adalah satu kaedah terapi yang sangat tidak bagus dan tidak dapat membantu kita agar tampak lebih muda dan bergaya.

Menurut kajian yang telah dijalankan secara peribadi, tanpa menggunakan alat-alat canggih masa kini, Membuat perbandingan antara satu sama lain akan membantu diri kita sendiri jika kita melihatnya secara positif dan bermoral serta bersivik<-- Tapi? adakah anda begitu? adakah saya pun begitu?? Tepuk dada tanya hati, biar otak ligat berfikir.. yea ke tak yea.. =)

"Biasalah, dia budak genius, bijak, pandai..bla..blaa.. Tapi aku apa ada? dah la bodoh, bengap, belajar hari ni, hari ni jugak lupa" <-- tentu korang pernah dengar Statement power macam ni kan? Aku punya telinga ni dah lali dah dengan ayat yang macam ni.

"Weh, cuba ko tengok kedai si Kayu tu, bukan main sesak orang berduyun-duyun. Kedai kita ni kosong jea, lalat jea selalu datang. Ini tak boleh jadi ni, Kena jumpa TOK DUKUN ni.. kasi jampi baik punya" <-- Hadeh, ni lagi satu statement yang tak masuk akal, kesian.. Bukan setakat hidup tak hepi, dosa lagi tuu...

"Abang, Ayam (ayang) nak sofa besar berkilat dari jauh nampak bersinar macam Kak Bunga tu. Belilah..belilah..Murah jea pun... 18 Juta jea..huhu..belilah" <-- Ha, yang ni memang jenis yang tak sedar diri. Kalau yea pun nak banding-bandingkan dengan orang, cermin dulu. Jiran sebelah tu Dato' kelas High class.. hang? apo ado?? tak dok gapo weh... hekhekhek

"Kenapa muka dia licin gebu gila tahap cipan, muka aku berkerutu macam kulit nangka? sob..sob..sedih" <-- See?? tak kea tetiba tak de mood nak hang out, tak de motivasi diri untuk berhadapan dengan orang? come on man, come on girl.

tuan-tuan dan puan-puan,

Sebenarnya sikap yang suka membanding-bandingkan atau membeza-bezakan banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Setuju? Yeah! Aku setuju 100%

Selalunya, banyak perbezaan yang salah yang selalu kita buat. Perbandingan yang kita buat tu kadang-kadang melemahkan lagi diri kita. Sampai ke sudah tak akan ada penamat kalau kita selalu dok tengok kehebatan orang dan kelemahan kita, kenapa dia, mengapa dia, kenapa aku, mengapa aku...bla..bla.. SO? mana FULLSTOPnya?

Apa yang TERBAIK?? [ Untuk diri sendiri dan my Silent readers dan bloggers sekalian alam]

Bisikkan dalam hati, tak pun Jerit kuat-kuat - STOP THAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cuba fikirkan apa yang kita ada, apa yang kita sayang, sape yang sayang kita dan yang terbaik, ALLAH selalu bersama kita. Baik buruk kita.. INILAH kita. terima seadanya.

RAIKAN DIRI KITA SENDIRI. tak semestinya nak raikan diri kena beli kek secret recipe, tiup lilin, phiuuuuhhhh. tak..tak.. Apabila kita dah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, berjaya atau tidak, silalah lompat atau tepuk tangan atau ketawa sendiri atau senyum sendiri lagi bagus bila kita menyebut, Alhamdulillah. Senyum sendiri tidak bermakna syok sendiri, tapi untuk memotivasikan diri! =) (senyum! tak perlu kata apa-apa)

HIDUP bukan SATU PERTANDINGAN!. Tak payah laa,,bila jiran sebelah tukar BMW, hang pun nak BMW, Bila nampak orang pakai gelang sampai siku, ko pun nak pakai sampai ke bahu, bila orang buat majlis perkahwinan besar-besaran sampai berjuta-juta, kita pun nak lebih dari tu.. isk..isk..tak payah..tak payah.. Bersyukurlah apa yang ada.

Belajar untuk menghargai dan menyayangi!. "To love is to stop comparing" - Bernard Grasset

Kalau kita selalu nak apa yang orang lain ada, kita akan selalu rasa kita tak punya apa-apa. Tak cukup untuk diri kita. Kita akan rasa nak lagi..nak lagi..nak lagi.. Nak lagi boleh? Ketuk kepala sendiri.. Cara yang terbaik, belajar untuk menghargai, menyayangi dan cukuplah apa yang kita ada. [ Ayam, abang nak kawin lagi satu boleh - kita bakooo...kita bakooooooo]

Kita adalah kita, hanya kita yang berhak menjadi kita..hehehehe


ENJOY YOUR LIFE!!! YESSSSSSSSSSSSS.... WE CAN..

Papai!!









Wednesday, August 17, 2011

HANDBAG LV tuuuuuuuuuuuuuuuuuu...........

Haaallooooooo.... Assalamualaikum, Salam Ramadhan ke-17, **Nuzul Al-Quran**


Setelah sekian lama daku menanti, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan nasib baik tak sampai bulan berganti bulan..

Dengan begitu tabah sekali, aku menanti, saat-saat terindah bila dapat menatap doodle yang dicipta dengan penuh ikhlas oleh cik Wanie..

Tanpa segan dan silunya, aku telah pun meminta belas ehsan dari beliau agar meluangkan sedikit masa untuk membuatkan aku doodle sempena Aidilfitri yang bakal menjelma..

ceeewaahhh...kemain ayat bodeknya.. hahahahaha..

Nah! hambek!! Nak sangat pakai HANDBAG LV kan?? Doodle pakai udahler.. aku nak pakai? tak mampu lagi mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....AHAKS!!!

Comel bebenor doodle yang cik wanie buat nie.. suker2..woohh..wooohh...

Aku dah ada doodle. Kome suma jangan la jeles yea.. =)

Terima kasih bebanyak cik wanie... Kekreatifanmu memukau pandangan mata hatiku..hekhekhek..

Papai!!


Wordless Wednesday: NinaAz Cookies Edisi 'Just Remeber'





Monday, August 15, 2011

Segmen Khas Alif Ismail: Saya pun nak doodle Alif!!!



Alif! Nak dodol satu.. =) Kreatif betul blogger Alif ni buat doodle.. teruja + terpengsan seketika melihat doodle-doodle yang telah dicipta khas dari tangan blogger Alif ni.. Suker2!!

Kalau dapat free.. sapa yang tak nak kan? Nak minta mata yang bolat besar + hitam pekat..wohh..woohh...suker3 =)

Klik SINI kalo awak-awak nak doodle dari en. Alif ni

Papai!!



Sunday, August 14, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ABAH

Assalamualaikum... Ramadhan ke-14

Dah dua minggu kita semua berpuasa!!.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam...

Dalam bulan yang penuh keberkatan ni, Alhamdulillah, insan kesayangan dan insan yang paling aku hormati sudah pun genap berumur 50 tahun... Terima kasih Ya Rabb kerana memberikan kesihatan yang baik untuk Abahku dalam menjalani kehidupan sebagai hambaMU...

Sannah Helwah Abah!!!... angkat 4 sudah bertukar 5.. hekhek..Semalam gayut dengan abah, usik abah.."Abah, dah umur 50 dah..Abah dah TUA..hekhekhek".. Abah gelak jea terkekekeke.. hehehe.. Nakal betul anak dia ni.

Dear Abah, Semoga hidup abah diberkati Allah, dimurahkan rezeki untuk abah, diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang hamba Allah...

Kami semua bangga berada didalam pelukan eratmu sebagai seorang pemimpin keluarga. Terima Kasih Abah!

I also ask to ALLAH to make you happy, make you smile, guide you safely, though every mile, grant you wealth, give you health AND most of all grant you paradise!! <-- Pandai jugak aku speakok ni..muahahaha XD. Aminnnnnn....


Lastly, Semoga Abah cepat dapat MENANTU!! ohh yeaahhhh~ ABah kan tak sabar nak timang cucu.hekhekhekhek

Selamat ulangtahun kelahiran ABAH! WE LOVE YOU!!!

Papai!!