KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

JOM HEBOH datang KELATE terrrr.....

Assalamualaikum..haloo readers!!!

Sedut nafas dalam-dalam..hembus.. tarik nafas..hembus...tarik.hembus.tarik.hembus. OK, dah.

Amacam? korang ada rasa lega tak? itu namanya terapi STRESS. Kalau rasa tertekan, bagus tarik nafas dalam-dalam, akan rasa ada ketenangan disitu =D

Aku masih lagi berada dalam zon kekejutan. Masih lagi tidak percaya. kenapa? percaya? ya.. aku percaya. Ya..betul. memang tepat dan memang benar sekali. tadi aku ketemu dia. Walaupun tidak sempat untuk beramah mesra kerana 'kegelewatan' manusia-manusia yang menghujani dirinya, tapi aku cukup gembira. CEWAHH...AYAT. KEMAIN JIWANGNYA

Baru semalam masa aku duk pulun buat TIRAMISU aku duk teringat kat dia. Hari ni macam mimpi pulak jumpa dia.. Hahahahaa... Melalut dah aku ni.

Tadi aku membuang masa untuk melilau di sekitar stadium Kota Bharu sempena Karnival Jom Heboh. Berlegar-legar di kawasan karnival dekat setengah jam untuk mencari parking. Jenuh. Parking penuh. Sesak. memang menyesakkan. Owh! ramai sungguh rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Melangkah masuk ke pintu gerbang karnival. Manusia memenuhi kepadatan ruang yang ada. Nak bernafas pun kena pikir dua kali. boleh ke aku bernafas ni? Boleh ke aku jejak tanah ni..

Tiba-tiba..nun jauh disana aku nampak! ha! itu..itu...ABANG BOTAK!! euwwwww... SUKA_SUKA (tepuk-tepuk tangan). Aku pun apa lagi, langkah 1000 aku bukak. kalau boleh semua orang aku nak tolak.. Kemain ramai manusia yang serbu ABANG BOTAK.

Bergambar sambil beramal. bak kata abang botak : 'Menderma ni biar ikhlas ekkk.. jangan sebab nak bergambar jea taw - terngiang-ngiang di benakku (hehehhee >tersipu-sipu malu<)

EHEM! Tetiba aku jeles =\

Aku nak snap jugak! tepi-tepi~ Walaupun cuaca HOT.. tapi aku still giler cool.

Dan..akhirnya.. OHH yeah!!! sempat jugak sekali shoot.. yeah! tengok ibu jari tu.. TERBAIKKKKK..
>Pengsan sekejap<

Jalan sesak. Tak de mood nak jalan =''=


Antara artis-artis yang hadir untuk karnival kali ni. Aku tercari-cari Fasha Sandha. Tak jumpa pulak. Dah balik kowt. =D

Memula Aku tak cam sapa ni ha. Aku cam suara dia jea. Sweet berhijab. Kelas kau Maria =D




Kuasa 36X zoom. Cayalah! SEYES tak menyesal .


Model CHIPSMORE 2020

Dah banyak kalori aku bakar hari ni. Cukup dengan berjalan tawaf kawasan stadium ni. berpeluh-peluh sakan. Dengan harapan, dapat loose 2kg sebelum HERBALIFE Customer Day Ahad ni. kalo tak, tak dapatla aku merasa FREE GIFT. hakhakhak..

Sebelum tido. Meh aku nak habaq kat hangpa semua. Sesapa yang suka pakai MAXI SKIRT yang tengah hot sekarang ni., Moh ke Karnival Jom Heboh kat kelate ni. Tadi aku jumpa barang baikkkk punyaaa.... MENYESAL giler aku tak rembat semua. wawawa... SEYES lawa. Balik rumah aku try pakai, guling-guling depan cermin. Tetiba terasa diri macam CINDERELLA.

Dengan hanya RM45, korang boleh dapat 3 Maxi Skirt! kalau bijak MATEMATIK, ce kira berapa korang boleh beli dengan hanya 1 Maxi Skirt. TERBAIK tak?? Pattern lawa, kain pun puas hati. Bukan Secondhand punyer yer..no..no..no.. ORI gitu.

Warna yang hot tak restock lagi. Warna yang tak hot jea ade. LAKU giler...

Ok. Selamat malam. Esok kena bangun awal. Nak gerak ke KL. >malam ni nak mimpi berebut abang botak dengan kak Fasha<

Papai!!



5 comments:

Noorsha Muhamad said...

hehe..cm best je..xujan ek time 2?

NinaAz said...

hujan kejap.pastu tak dah..hekhek.. bolehlah tahan bestnya..hehe

soniacamili said...

xsempat nak pi sana...merantau jauh dr kelate..;(

Anonymous said...

pakai kamera ape ek nina? cun rr gmbr nya....

NinaAz said...

hehe..terima kasih.. nikon p500.. .. 36x zoom.. =D