KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

KENYANG dan BERKHASIAT..

Assalamualaikum... Halo readers!!

Entry untuk menayangkan sarapan pagi aku pada hari ini... :D

Alhamdulillah.. kenyang dan berkhasiat..

Papai!! :)




Monday, November 28, 2011

Nak Bakar KALORI???

Assalamualaikum... Halo readers!! :)

Nak bakar KALORI???.. senang sahaja!

Jom lakukan aktiviti harian yang korang semua suka.. lakukannnya setiap hari OK!

BERMAIN BOLA SEPAK :)
Jika anda bermain dalam masa 15minit, sedar tak sedar anda telah pun membakar kalori dalam badan anda sebanyak 87kcal! wah!! anda hebat :)


AEROBIK :)
Dalam masa 15minit anda beraerobik, anda telah pun membakar kalori sebanyak 76kcal. wah! hebatnya anda!! :)


BOWLING :)
38kcal dapat dibakar jika anda berbowling bersama2 sahabat handai selama 15minit.. hebatnya anda!! :)


ANGKAT BERAT :)
15minit anda mengangkat berat, anda dapat membakar kalori sebanyak 43kcal. hebatkan anda?


JOGGING :)
Berpeluh-peluh bila berjogging selama 15minit anda dapat membakar kalori sebanyak 87kcal (sama dengan main bola sepak).. wah! hebatnya!! tepuk.tepuk.


BERBASIKAL :)
Anda gemar berbasikal?? yeah! aku pun suka berbasikal ni.. sedar tak sedar, 15minit anda kayuh basikal, anda telah pun hilang 50kcal! hebatnya!!


MENAIKI TANGGA :)
Kalau ada lif, cuba jangan guna lif tu.. cuba anda naik tangga pulak.. ubah laa selera tu kadang-kadang.. bila anda naik tangga.. selama 15minit, anda mampu hilang 101kcal!! cayalaaaa... HEBATNYA!!


BERJALAN :)

ketika anda berjalan kaki selama 15minit, anda akan hilang 54kcal.. hebatkan?


BEKERJA SAMBIL BERDIRI :)
bekerja sambil berdiri, anda akan dapat membakar 2 kali ganda kalori berbanding dengan duduk goyang-goyang kaki.. :)


Macam-macam kerja yang korang boleh buat untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan tu.. Tak elok simpan kalori lebih-lebih ni.. sangat-sangat tak elok untuk kesihatan, mahupun yang muda ataupun yang tua.

Setiap hari, aku akan pastikan kalori aku terbakar dengan jayanya.. sebab aku sedar, metabolisme dalam badan aku ni berada di tahap yang rendah.

Bila aku makan, aku akan pastikan tiap kalori yang masuk dalam badan.. tak de la sampai ambik KALKULATOR kira jumlah kalori tu.. tapi sendiri2 paham laa.. kalau makanan tu berminyak sampai boleh perah balik minyak tu.. SAH2LAH BERLEMON2 JUTA KALORI YANG ADA.. iye idok? :)

Untuk memantapkan lagi pembakaran kalori dalam badan aku ni.. Aku mengambil langkah yang BIJAK.. dengan menggunakan TEA MIX yang luar biasa hebat ni!! bukan setakat kalori terbakar, metabolisme pun akan meningkat, aku pun makin bertenaga, toksin dalam badan pun akan terNYAH begitu sahaja.. HEBAT KAN? yaaa... LUAR BIASA HEBAT!

Tengok gambar bawah ni.. botol besar sebelah kanan ni boleh isi 2liter air tau.. so, sehari aku akan habiskan 2 botol utk tea mix dan juga 1 botol untuk air putih..

Bila umur dah meningkat, kita memerlukan sesuatu untuk badan kita bagi memastikan kita sentiasa cergas, bertenaga dan HEBAT!!..

JOM SAMA2 AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT!!

Papai!! :)




Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H

Assalamualaikum.. Halo readers!!


Selamat menyambut Awal Muharram 1433H.. Satu hari yang penting bagi semua umat ISLAM di dunia. Awal Muharram atau dikenali Maal Hijrah satu peristiwa bersejarah, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi.

Ianya berlaku pada 1 Muharram dimana merupakan hari pertama takwim Hijrah :)

Semoga kita semua berada dalam keberkataan ALLAH hendaknya.. Amin~

Papai!!




Friday, November 25, 2011

Wedding Ceremony ~Izaty & Rujhan~

Assalamualaikum... Halo readers!!!

Jemputan kawin menghujani di awal musim cuti persekolahan ini. Rata-rata penduduk Malaysia memilih musim cuti sekolah sebagai musim membina masjid. KENAPA ya?? yaaa.. sebab cuti laaa... kalau hari kerja, susah agaknya maw kenduri kendara. ye idok? :P

Pembuka bicara.. Pemula majlis perkahwinan seawal musim cuti persekolahan..

Tahniah my friend.. Akhirnya CINTA BERSATU ke jinjang pelamin.. happy for you! :)

Jom layan pic kawin. hekhek. Nak tunggu pic kawin sendiri lambat lagi, so, layan jea kawan punya dulu..Zaaazzss! :)

Sama cantik, sama padan.. Bagai Pinang di belah dua :)

Kawan aku ni seorang yang sangat10x RILEKS... walaupun kelam kabut nak tukar persalinan dia, dia masih lagi cool dan slumber. Kalau aku, jenuh KALUT RIBUT! MUAHAHAA :D

Kami dan Pengantin :)

Kek yang mengancam..

Barang-barang hantaran, pelamin & kecantikan kamar beradu :)


Model HERBALIFE yang tetiba sesat

Peneman a.k.a DRIVER :) [Baru berjinak2 dengan HERBALIFE, doakan dia berjaya dalam dunia DIET yang seimbang dan baik untuk kesihatan, amin.amin.amin]

SELAMAT PENGANTIN BARU TIEY!! semoga kekal selamanya. Barakallah :)

Papai!!


I LOVE KURSUS INDUKSI......

Assalamualaikum... Halo readers!!!!

Yeay! kakiku sudah menapak di kampung halaman.. SUKE>SUKE>

Selesai jea kursus induksi semalam, terus FLY dengan BUDAYA BUS =) ... Alhamdulillah, ALLAH permudahkan aku sampai di kampung halaman. HOME SWEET HOME.. kelantan tercinta...

Macam-macam aku dengan kabar berita dari orang yang telah pun pergi kursus induksi ni. Ada yang cakap, OTAK JEM, STREESS TAHAP CIPAN BERANAK LAPAN, tak de masa nak rehat, tension nak jawab exam, nak baca banyak2 giler.. BLA.BLA.BLA.

Tapi, bagi aku.. kursus ni rileks sangat, tak de bagi tekanan yang melampau. dapat makan yang best2, dapat tido dengan best..nyenyak siap dengkur sampai GROUND FLOOR lagi tu... dapat menikmati keindahan pantai dari tingkat 15..SUBHANALLAH... sangat indah ciptaannya...

dan yang paling best sekali, dapat kenal dengan ramai orang di sana.... =)

Banyak jugak input2 yang menarik mengenai seorang penjawat awam. Banyak benda yang aku tak tahu.. aku jadi tahu.. :)

Kursus induksi dijalankan selama tiga hari. dan hari last adalah hari untuk menguji minda dengan menjawab kertas soalan satu dan dua. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan aku. Harap2 kami semua yang BATCH TERAKHIR kursus induksi abad ini, harap2 LULUS dengan jayanya.. Amin.Amin.Amin

Menurut urusetia kami yang sangat-sangat setia membimbing kami, kursus induksi KALI ini adalah yang terakhir, dan mungkin tahun depan akan ditukarkan kepada program yang lain, dan hari berprogram itu dalam 5 hari kot.. begitulah gamaknya. aku pun tak pasti. wait and see next year OK! =)

Babai kursus induksi.. babai THE EMPEROR HOTEL OF MALACCA.. babai melaka. Negeri yang sangat cantik dan bersih persekitarannya.

SAYA SUKA MELAKA.. SAYA SAYANG DAN CINTA KELANTAN DAN SAYA ANAK MALAYSIA!

Papai!!





Sunday, November 20, 2011

ZERO to HERO . . . Alhamdulillah! rezeki dari ALLAH

Assalamualaikum... Halo readers!!

Alhamdulillah... rezeki dari ALLAH!!

yeay!! gembira lompat.lompat.lompat!! Tak sangka dapat beli DUA tiket EARLY BIRD! jimat 100 hengget.. hehehehe...

Sebenarnya, aku dalam dua lagi, nak pergi ke tak nak? pergi ke tak. pergi ke tak. macam nak. tapi.. hurm.. tak nak la..nak laa... hadei!!.. dah la time tu awal persekolahan. nak arrange budak lagi. itu lagi. ini lagi. AH! ALASAN..hehehe..

tapi, bila last HOM yang aku pergi dekat hentian kajang rabu lepas, perasaan nak ke tak nak tu tetiba jadi NAK!! kenapa??

First: aku teruja giler kottt tengok video yang diorang pergi Zero to hero yang lepas. tak pernah aku join event yang besar macam tu..

second: terpana macam kena panah petir dek kata-kata MAK YANG : "kalau anda rasa tiket tu mahal, sebenarnya IMPIAN ANDA MURAH " - lebih kurang macam ni la ayat dia

ha! aku apa lagi.. nak tak,nak tak terus jadi NAK!NAK!NAK!....

biarlah aku makan nasik dengan budu pun, apa peduli.. yang penting dapat pergi event tu! heeeeeee.....

Tak sabarnya nak masuk tahun 2012. Banyak benda yang aku nak buat ni.. sabar-sabar..

Ok. tu jea.

Papai!





BERIBU SESALAN





**Sia-siaku, mencintaimu...
Setia padamu...
percayakanmu...
Sebak dadaku
retak hatiku,
luka jiwaku,
dihiris piluuuu....**

SARAPAN yang sihat dan LUAR BIASA HEBAT!

Assalamualaikum.. Halo readers!!

Yuuuuuhhhhuuuuu!!! dah mamam belum? apa yang korang masukkan dalam badan pepagi buta ni? kalau yang tengah tido lagi tu.. ISH.ISH.ISH! gaya hidup yang tak sihat! ops! jangan marah =)

Apa? korang dah kuar pergi beli NASI LEMAK? Ya ALLAH!.. seram sejuk Aku dengar kalau korang masukkan nasi lemak pepagi buta ni dalam perut korang. ISH.ISH.ISH.! gaya hidup yang tak sihat! ops! jangan marah =)

Alhamdulillah.. hari ni aku dah mulakan hari dengan sarapan yang sangat-sangat sihat. Memasukkan nutrisi yang seimbang dalam badan adalah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan.

Sabda Nabi dalam hadisnya : " Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya".

Apa yang aku mamam pepagi buta ni? kena kuar cari kedai nasi bungkus mak paeh kea? kena susah-susah drive-thru kat FASTFOOD KEA? . tak payah. tak payah.

Senang dan simple saja. FASTFOOD di rumah saja. FASTFOOD yang sangat-sangat SMART!. tiga langkah mudah, dan tiga langkah inilah yang akan menentukan bagaimana kehidupan anda 10, 20 tahun yang akan datang!

Pertama: segelas Air putih [kalau korang ada ALOE, masukkan aloe kedalam air putih tadi]

Kedua: segelas TEA MIX yang sangat-sangat memberikan tenaga DAN membuang segala toksin dalam badan

ketiga: SHAKE [F 1] yang mempunyai 5 perisa. sekarang aku tengah minum tropical fruit shake, YUMMY!. KALAU RAJIN lagi, boleh blend F1 dengan OREO, JUS dan apa2 saja yang korang ngidam! =)

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SARAPAN YANG SIHAT! =)

Papai!




Saturday, November 19, 2011

Tugasan Individu Kursus Induksi

Assalamualaikum.. Halo readers!!

Sekarang ni aku sedang gigih mencari nota-nota, google search dan sedang gigih memerah otak untuk mencipta ayat-ayat yang superpower bagi meyiapkan tugasaan aku sebelum 22 November ni...tik..tok..tik..tok.. 3 hari lagi wei!

Agak tension + kesunyian. Rumah ni dah tinggal aku sorang jea yang tak balik kampung lagi. Housemate kesayangan telah selamat sampai di kampung halaman (puncak alam).

Lama giler dah aku tinggal kerja menaip + perah otak ni. Lagi-lagi bila kena study balik, banyak fakta-fakta yang perlu aku ambik tahu. WARGH! .sabar2.. Nak berjaya kena usaha. ye idok?

Tajuk yang agak panjang lebar ni lah yang aku kena karang tidak melebihi 5000 patah perkataan. Memula bukak soalan agak terbeliak jugaklah tengok 5000 patah perkataan tu. bila baca balik..owwhhh "tidak melebihi".. so 100 patah perkataan pun boleh la kan? haha..ping! *PELEMPANG*

**gambar yang tiada kaitan dengan tajuk entri**

Tajuk tugasan yang agak mencabar otak. orang kata senang jea, "ala, ko google jea".. Haa... banyak la ko google.. tak cekak doh kawe nak google. tok tahu hok mana so nak ambik. ken silap ambik fakta tak pasal kena reject..**ha, kan dah cakap kelate tu**

Tajuk : MALAYSIA MENSASARKAN UNTUK MENJADI SEBUAH NEGARA MAJU MENJELANG TAHUN 2020. PELAN PERINDUSTRIAN NEGARA TELAH MENCADANGKAN BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT. NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIGARISKAN DI DALAM PERANCANGAN TERSEBUT.

cayok2!!! capat siapkan tugasan, cepat aku buleh melilau, midvalley,bukitbintang,times square..semua duk tunggu aku..huuuuu.. kalo tak, duk depan laptop kesayangan la jawabnya.

22 nov -24 nov .. MELAKA, i'm coming !! =)

Doakan aku rajin buat assigment OK!

Papai!!





Thursday, November 17, 2011

Teringin PAVLOVA

Assalamualaikun...Halo readers!

Aiii...tetiba aku rasa macam seram sejuk seram sejuk jea!!.. Orang lain ramai yang dah cuba buat PAVLOVA ni..aku belum lagi!...wawawa..nak balik kampung sekarang jugak! rindu kat dapur MAMA. tempat aku menyelerakkan segala bagai bahan-bahan pastry aku yang pastinya tak akan kering di dapur mama. =)

Meleleh bila aku google gambar2 PAVLOVA ni. menarik ! hanya guna putih telur, cuka, tepung jagung, gula dan whipping cream pastu hias ikut citarasa. SIMPLE KAN??? kek simple macam ni la yang aku cari. . . SIMPLE, NICE & DELICIOUS! yummy!!

Betul2 aku teringin nak buat PAVLOVA malam ni jugak!..[sila pergi beli OVEN sekarang] bukan teringin nak makan pun.. hehhe..teringin nak buat jea..huuuuuuuuuuuuuuu....

JIKA anda LAPAR sekarang, sila JANGAN scroll ke bawah =)











TQ Mr. Google!!

Papai! =)