Assalamualaikum...halo readers!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalankan Ibadah Qurban. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T
Kesesakan lalulintas semalam agak teruk. Tak sangka, ramai jugak rakyat jelata Negeri Kelantan pulang ke kampung halaman. bajet jalan lengang, aku silap percaturan. =) . Alhamdulillah, aku selamat sampai setelah 11 jam perjalanan =).. oh! HOME SWEET HOME!!
Semalam tolong mama buat kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit. nasi impit yang mama buat memang terbaik! padat, cepat, lazat dan segala2nya OK! HEHEHE..
Dalam kemalas-malasan selepas tolong mama semalam, aku buatla jugak sebiji kek untuk santapan pagi raya ni. Disebabkan kerja tak ikhlas, kek tak berapa nak gebu sebab aku terlupa masukkan gula sebelum tepung gandum! AHAKS! -> PADAN MUKA AKU. [tapi still sedap, giler cool]
Sebab tak puas hati, hari ni aku buat lagi. kalau semalam tiga warna [kuning, purple, biru], hari ni aku buat tiga warna jugak iaitu merah, kuning, hijau [traffic light gitu!] - Buat dengan penuh keikhlasan, kasih sayang serta kejujuran =D
Terima kasih pada kak AZLITA sebab berkongsi cara bagaimana nak buat kek yang sedap ini. kalau korang pun nak rasa jugak, meh datang rumah aku sekarang, atau cuba try test resepi ni.
KEK KARAMEL AIDIL ADHA
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus - 2 sudu besar gula
Untuk karamel:
200g susu cair
70g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
Untuk kek 1 :
70g gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak [aku guna minyak mazola]
Untuk kek 2:
140g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Untuk merique:
6biji putih telur
70g gula kastor
1 sud teh krim of tartar [aku tak letak sebab malas nak keluar beli =) ]
Cara-caranya:
1) mula-mula goreng gula sampai hangus dalam loyang yang korang nak buat kek - biarkan sejuk [gula tadi akan jadi keras]
2) untuk karamel pula, kacau kesemua bahan karamel tadi sampai sebati, [guna garfu je] kemudian masukkan kedalam bekas gula yang hangus tadi - ok, siap langkah pertama, jangan usik, duk diam-diam
3) Untuk kek 1 - Pukul kesemua bahan kecuali gula. pukul sampai putih, lepas putih baru masukkan gula. lepas masukkan gula, putar lagi sampai naik 1x ganda
4) Masukkan bahan kek 2 tadi kedalam adunan kek satu. kacau dengan kaedah kaup balik. jangan putar yea. JUST kaup,balik,kaup,balik sahaja =) - ok siap langkah kedua. duk diam-diam kejap
5) Untuk merique, pukul semua bahan hingga kental, sampai gebu. bila korang terbalikkan, tak jatuh pun. LUAR BIASA HEBAT =) - bila dah kental, masukkan dalam adunan kek tadi, guna kaedah kaup balik sampat semuanya sebati. buat dengan tertib =)
6)Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian mengikut warna kesukaan anda
7) Sudukan setiap bahagian sebanyak 3 sudu besar dan masukkan kedalam loyang yang ada karamel tadi. [ memula aku buat 3 sudu, pastu bila dah separuh aku buat 2 sudu dan last sekali satu sudu].
8) bila dah selesai, masukkan dalam loyang/bekas yang lagi besar, masukkan air dalam loyang yang besar tu [bukan dalam loyang yang ade kek yea] dan kita akan bakar dengan kaedah STEAM BATH.
9) Bakar dalam oven hanya menggunakan api bawah, 160 darjah selama sejam [aku bakar sampai tertidur. lebih sejam. nasib jaga, kalau tak hangus]
10) bila dah masak, sejukkan dulu dalam oven, biar betul-betul sejuk ok!
11) bila dah betul2 sejuk, aku ulang lagi BETUL-BETUL SEJUK, terus terbalikkan dalam pinggan yang korang nak letak kek tu [aku lap-lap sikit karamel yang cair tu, jan bagi kena kek =) ]
PAHAM TAK? hehehe..
Bila semua dah settle! inilah rupanya..YEAY! [letak lam peti sejuk sedap gak!]
JOM MAKAN!! RAMAI DUK NUNGGU NI
SELAMAT MENCUBA =)
[lose weight,Gain weight and RESHAPE. ASK ME HOW!!]
Papai!!
4 comments:
salam NinaAz..
salam kenal dari akak baru first time jengah sini.. disajikan pula dengan kek karemel..
Tahniah Nina kerana first time buat dah jadi..
adoiii,.. akak banyak kali juga mencuba.. :D baru lah jadi.. hihi
hehehe... tq kak.. tapi, lapisan warna dia tak berapa betul sikit..hehe.. lain kali cuba wat lagi.. tq kak =D
sedapppnya....
ada lagi x,..hehe..teringin lak nak mencuba...ehheh
nampak sgt sedap..yummy...
Post a Comment