Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Sejak beli Obuse lip Tint bajet korean hari tu, rasa sangat semua benda nak yang ala-ala korea. kahkah.
Tadi aku teman adik aku beli barang kat Body Shop Aeon Cheras Selatan. Oleh kerana SALE sampai 70% kat Body shop tuu, aku pun terkedek2 ikut sama. orang perempuan ni pantang dengar sale. memang sangat pantang. pantang beli pun yea jugak. ahahaa. Cepat2 weh, SALE ni sampai esok jea kalau tak silap aku, so.. rugi besar kalau tak beli time sale. :)
Hari ni aku nak review pasal facial mask. Mask ni baru jea tadi aku beli. dekat WATSON Jusco cheras selatan. Asalnya, aku nak cari mask yang biasa aku pakai jea, jenama watson, tak pun jenama guardian. Tapi, tak tahu kenapa, aku macam akur jea dengan apa yang salesgirl tu promote kat aku. ke aku kena pukau eh? tiga kotak sekaligus pulak tu aku angkut. hahaha, kau! tak baik tau fitnah macam tu. dosa!
Facial mask yang aku nak review ni adalah dari brand PURE BEAUTY. ada dua jenis mask dari brand ni, yang pertama
POMEGRANATE ANTIOXIDANT FACIAL MASK (Harga Sale: RM20.90 - harga asal tak dapat dikenalpasti) |
Kenapa aku jatuh cinta dengan mask ni?
1) Kotak dia warna merah. nampak macam mak datin sangat. bersinar2 lagi, kalau tak tengok harga, memang macam bajet seratus hengget. nampak mahal kot, warna hot dia sesuai untuk orang2 high class, tapi, bila tengok price, excited! aku mampu beli! aku mampu beli!, kahkah.
2) Nampak tak gambar kat kotak tu? Itu buah delima namanya. Buah delima ni banyak kebaikan dan berguna dalam dunia kecantikan dan kesihatan. hehe. kalau tak tahu apa kebaikan delima, mintak tolong pak cik google eh!
3) Contain 25ml essence - Aku memang tak boleh tengok perkataan tu, nampak jea 'essence', aku duk bayang SK-II essence. Nak pakai SK-II, bukan aku laahhh tu. Pure Beauty pun jadi lahhh. ada essence jugak kan? dekat2 laa tu dengan SK-II. hahaha
4) Detoks - Nuetral - Energise - Brighten: Aku suka part detoks dan brighten. nak bajet kulit secerah korea. auwwwwww.
5) 3D Stretchable - senang nak melekap kat kulit muka, mudah diserap. dia punya mask, sangat beza dengan yang pernah aku pakai sebelum nih. yeah. bukan iklan semata. :)
Satu kotak ada 5 keping. ok laa kan? |
Mask yang kedua pula
Super Brightening Facial Mask (Harga sale: RM14.95. Harga asal RM20++) |
Kenapa aku rasa nak cuba mask ni?
1) Nampak jea brightening, aku apa lagi.. memang nak laa kan. tambah pulak perkataan SUPER kat situ, memang tak dapat tido laa malam ni kalau aku tak beli
2) Kontrol Pigmentasi - Haa! yang ni memang aku suka gila. sekarang memang aku tengah buat treatment pigmentation. So, sesuai sangat laah mask ni dengan situasi aku sekarang. Selain memutihkan muka, Mask ni jugak dapat kontrol pigmentasi kat muka taw! korang ada pigmentasi tak? kalau ada, cepat2 pergi Watson, cari mask ni yea.
Satu kotak ada 5 keping. Aku beli dua kotak. Sebab? seperti yang korang baca diatas. Pigmentasi.. warghhhh!! aku stress. |
Nak cantik, mestilah konsisten. haha.!!
Tq for reading. k bai!
44 comments:
Sentap la kak ton pasni sbb da ada org take over drpd dia :-)
uishh sampai 3 beli..mesti best klu pkai kan..sejuk dan segar..:)
Mula2 baca td ingatkan beli mask kt The Body Shop.hehe. nanti feeling2 korean la pakai product ni ek :)
ah rajin pakai mask i adik i dtg rumah dia la rajin pakaikan mask kt i sebab i malas. tp best kan sejuk je hee
eh muka u ok apa. flawless jugak i tgk
dah lama tak pakai mask.. nak kena cuba beli juga la..
kus semangat !
terperanjat tgk yg adik guna mask tuu ekeke ;)
cantik mak jemah..:)
Best jer pakai mask ni..rasa sejuk jer time pakai tu..lepas pakai muka terasa segar... :)
p/s : Akak dah terima FM tu...Cantik..TQ so much..suka2..sori lambat bgtau koz baru dapat online ni komp rosak.. :)
ahahaha.. tak sampai hati nk tampo nina. apa pun nmpak la nur disitu :)
waaa...lepas ni wajah shinning like a diamond.
wahhh lepah ni makin comey la cikgu nina ni yer....hehehheeee....
p/s : cikgu nina dah natural beauty tauuu..cantik!
Nia: hehehe. Kt bodysho beli paper muka serap minyak.jea. hihik
Mizz aiza:pergi beli cepat. Sekali sekala manja2 kan muka. Auwww
Normi: mak jemah memang sentiasa awwww gitu. Hihi
Kak lily. Dah terima eh. Alhamdulillah. ♥
Eeiii.... akutnyer tengok muka dia yang pakai topeng tu.. nak lari...
Tapi bila tengok yang selepas tu, amboi, sungguh ayu dan manis ;)
kalah la kecomelan kak ton
sure kak ton jeles dgr nih
aah..murah..mmg berbaloi bershopping time sale nih
terkezut! jap..ingatkan insan tak berwajah...last nampak keayuannya..
Hohoho bermasking.. best kan sejuk jer muka rasanya. Brand ni saya tak pernah try, tapi ok la tu harga mampu milik.. cehhh gitu. memnag serius lawa packaging dia, mmg nampak mahal, tak menyesal rembat banyak2.. boleh wat present kalau tak nak pakai (amboi panjang lak komen ha)
Haha. Jeles kak ton
Aah kak nastyna. Sunguh xnyesal rembat byk2. Hihi.
bersihnya muka nina...ada petua x nak hilangkan blackheads...banyak tambah2 tang hidung
Best kan pakai mask gini...rase fresh je bile bukak ....
pewwitt pewwittt makin cun ler pasni
mmg bagus ni ... check this out
http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/05/terima-kasih-to-mizz-nina.html
Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog ni :) best blog nih :D
dh comel tu hehe...
lubang kawah memang payoh untuk ditutupi
mask ni nampak menarik..ala sale bodyshop tu dah habis ek? ruginye saya tak pergi... :(
mmg best laa ber mask di cuaca nan panas sekarang nih
hari tu ada beli starter pack. pencuci, toner dan essence . bajet korea pulak bila guna. muka rasa licin je
akk pakai la mask herbalife..best sangat2 :)
dulu rajin la pakai mask. sekarang dah mls. hihi. bile pakai mask memang muka akan rase lain. lebih segar gitew. btw, anys ade send email kat kak Nina. :D
Tulah cik ji. Sob.sob
Annyys. Akak da bukak emel. Da save ur number ♥
Shazika: Mask herbalife pun akak pakai. Hihihi.
wahh kak Nina mcam best jeh .
murahnya!!
1 kotak ade 5 pieces plk..
mmg untung klu beli...
Akak ni dah kategori malas nak jaga muka tapi sebenarnya makin bertambah umo makin kena jaga...
wah... sambar sampai 3 kotak sekali... dasat.... moga cantik kulit muka tu ya... ^_^
wah..mcm best je ni
nampak ok jer . saya lak pantang ada benda baru ... haish , mmg susah nak buang perangai nih ... heheheee
Salam.
Mesti feeling korea sangat kan pakai mask2 ni,hehehe.
Sekarang ni lana duk pakai mask dari jepun, lepas dah guna tu..rasa muka makin kiut mcm org jepun.. *cam nak muntah je ayt aku,hahahah
Waahhh.. jepun pun ada eh. Nk carik jugak ahhh. Jepun memg kiut mcm kita pun hahaaha
best pakai mask ni. sejuk jea rasa kat muka.hehe
Post a Comment