KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 4, 2014

Checklist Beg Hospital: Ibu dan Baby :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sambil packing barang2 untuk dibawak ke hospital, sambil dupdapdupdap. haih! haih! Excited tu memang excited, tapi dupdapdupdap tu tetap terasa menusuk jiwa. ececece. hihihi. 

Bag hospital ni, ada setengah orang, seawal kandungan 7 bulan dah start packing masuk dalam kereta siap. Tapi aku ni, masuk 36 weeks baru mood mempacking bag hospital tu datang. 

Tapi seeloknya, prepare awal2 lagi bagus kan. Tak de lah kalut tak tentu pasal. Nak harapkan suami. Hurm. entah apa yang dimasukkannya nanti tak tahu lea. Kot2 dah nak terberanak, bag hospital tak dak. pastu suruh suami pulak settlekan, aku rasa memang tak complete ah barangnya. hakhak. pepaham jea la orang laki cam mana kann :0 sorry bang! :P 

Ini dia bag hospital Ibu dan baby. hehehe. Kitaorang main bag galas jea. stylo what! *padahal beg khas untuk ke hospital nan hadooo, guna jea apa yang hadoo. sobss.sobss* hikhik.



Meh aku share pekebenda ada dalam bag nih.   


Keperluan Bayi :




1) Baju dan seluar baby 

Aku bawak 4 pasang jea kot.

sepasang baju lobang2 yang jenis panjang. 
sepasang lobang2 yang jenis pendek, 
sepasang baju nak keluar wad, 
sepasang lagi baju tidur, ala2 jumpsuit gittew.
  

2) Sarung tangan dan kaki dan topi

Melalui pengalaman tengok baby2 yang baru lahir, kuku baby panjang sedepa kan. so, untuk pastikan kulit muka baby flawless sentiasa tanpa kena dicakar kuku sendiri, better bawak lebih sikit mitten ngn booties nie. lebih2 pun, aku bawak 2 pasang jea. sebab memang beli tak banyak pun. hihi. 

Topi baby pulak bawak satu jea, untuk tutup kepala baby time nak bawak balik. Time dalam wad nanti aku dah bawak blanket yang jenis bertopi terus :)


3) Blanket 

Selain nak selimutkan baby, benda ni berguna jugak sebagai pembedung baby. kan?kan? 
So, untuk blanket ni aku packing dua helai jea. Kalau tak cukup nanti, boleh la gulung baby dengan kain lampin. 
  

4) Kain Lampin 

Aku bawak 3 helai. Prepare kot2 nak guna untuk bedung baby kea. Lap2 apa yang patut kea


5) Barut 

Pasal barut ni, ada orang cakap tak guna time kat wad, ada orang cakap guna. entahle. Aku pun tak pasti. Tapi aku bawak jea. bawak pun tak de lah banyak. 3 helai jugak.


6) Lampin pakai buang newborn 

Memula aku ingat nak angkut jea satu pek mamy poko newborn tu. Tapi bila aku tengok ada 48 keping dalam tu, aku rasa macam nak berkampung kat hospital la pulak kalau angkut semua. So, aku keluarkan jea la 10 keping untuk bawak ke hospital nanti. Agak2 cukup kea tak ea 10 keping??? 
  

7) Toiletries (travel pack) 

Ada orang cakap, baby tak mandi lagi awal2 kelahiran nanti. dalam dua tiga hari baru boleh mandikan baby. yea ke? Tapi aku bawak jea la toiletries. Bawak sebotol jea. Botol yang paling kecik, yang boleh guna dari atas sampai bawah. heeee


8) Wet tissue 

Bawak 1 pek jea. cukup la kot. Penting untuk lap2 buntut baby yang comel tu. hikhik

  
9) Minyak telon 

Prepare sedia kot2 berguna nanti


10) Sapu tangan kecik 

Bawak dua helai. Aku ada terbaca yang sapu tangan kecik ni berguna untuk lap2 mulut baby yang kiut tu selepas menyusu. :)


11) Towel 

Bawak sehelai jea. Kot2 nak guna buat lap2 badan baby nanti. kalau tak mandi kang, masam pulak anak ibu. at least lap2 macam tu jea lah kan. :)  



Keperluan ibu : 



1) Kad pengenalan 

IC ni hari2 bawak kehulukehilir kot. Tapi aku nak jugak pointkan dalam checklist nih. hehe 


2) Buku Merah 

Benda wajib. Wajib ada dalam beg 24jam. penting kot! 


3) Guarantee Letter (GL) 

Penting ni.... jangan lupa bawak. Tapi kalau uolls bersalin kat swasta, benda alah ni tak berguna pun. hikhik


4) Kain batik 

Aku bawak dua helai jea. cukup tak???


5) Kain tuala 

Bawak sehelai pun dah cukup.


6) Toiletries 

Aku bawak satu botol kecik jea, hotel size punya. Guna jea dari atas sampai bawah. Masa aku jaga arwah abah aku kat spital dulu, kalau mandi kat sana tak bersungguh sangat pun. mandi ala kadar jea. Inikan pula kita sendiri yang sakit. lagila berkadar2 mandinya. yang penting, GOSOK GIGI. yea idok? hehe. 


7) Nursing Bra 

4 helai cukup kot kan?. Nursing bra ni penting untuk memudahkan urusan menyusu baby nanti.


8) Nursing Pad 

Aku bawak yang disposable jea, senang nak handle. lepas pakai terus buang. bawak dalam 10 keping. 


9) Disposable panties

Al sedia al maklum. lepas beranak darah banyak keluar orang cakap. So, nak senang. Pakai jea panties pakai buang. senang nak handle nanti. Aku bawak 2 pack. Satu pack yang jenis cotton ada 5 helai dalam tu (beli kat watson rm9.9), satu pack lagi yang jenis polypropylene ada 7 helai dalam tu (beli kat watson jugak rm7.9). Kat guardian ada jual rasanya. hehe


10) Maternity pad 

Hari tu ada orang rekemenkan aku pad Avail yang night punya. besar sikit. Diaorang cakap pad avail boleh serap darah dengan baik, pastu lagi satu pad avail kan spesies herba2 gitu. So, luka2 lepas bersalin IAllah senang nak baik katanya. Aku sebelum ni dah pernah pakai pad avail. memang best. So, untuk maternity pad ni aku bawak dua pack pad avail yang night use (night use sebab besar dari yang day use - 1 pack ada 10 keping)


11) Stoking 

Bawak dua pasang. Stoking dan ibu bersalin memang tak dapat dipisahkan.


12) Cardigan/Sweater/Pakaian/Tudung 

Aku bawak cardigan. bawak sehelai. Senang nak sarung2, sejuk kea apa kea. Pakaian + tudung pulak pepandai la bajet diri sendiri nanti. Aku main sumbat jea. Tapi berpada2, cukup2 muat jea. hehe


13) Al-Quran kecik 

Untuk bacaan diri sendiri


14) Minyak/air selusuh 

Kalau ada buat, boleh bawak. kalau tak de buat tak payah bawak. Tapi orang cakap bila dah masuk labour room doktor tak bagi minum air selusuh. entahle. aku tak de pengalaman. Any idea?


15) Beg plastik 

Motif, letak baju kotor dan apa2 yang sewaktu dengannya


16) Handphone + charger 

Penting!!!

  
17) Makanan (yang ni minta suami yang handle, pepandai la dia nanti. tak muat beg, taruk jea dalam plastik 'rokrak/gelenya") 

(Shake herbalife+teamix + botol air herbalife 2L untuk energy booster!! :P) - makanan lain seperti biskut kea apa kea.. tengoklah mood makan cam ne nanti. kot2 tak lalu makan bila dah warded. hihihi. Tapi, mana taw kan, tetiba nak makan roti cicah tuna kea, burger bakar keaa.. aku ni bukan boleh percaya sangat. So nanti, mintak suami jealah yang belikan. kan.kan. :) 


Ada setengah orang tu, tiap2 barang diaorang packing siap2 dalam plastik. asingkan. untuk baju, packing baju, untuk tuala packing tuala dan apa2 yang lain, pastu baru masuk dalam bag. cayalah. sangat sistematik. Aku main masuk jea. selagi muat selagi tu aku sumbat. huhuhu. 

Aku rasa tu jealah kot benda2 yang penting untuk bawak ke hospital nanti. Ada apa2 tambahan tak korang rasa? cer bagi idea sikit. especially ibu2 yang dah ada pengalaman. TQ taw. 

sharing is caring *love*  


Oh ya! hehe. tadi aku pergi check up 36 weeks. Alhamdulillah ibu dan baby dua2 sihat. Next week baby dah cukup 9 bulan. Doktor suruh aku pastikan hospital mana yang terdekat supaya tak menggelabah kot2 tetiba baby nak keluar kan. sobs.sobs. 

Doc cakap paling dekat dengan aku sekarang ni Hospital Serdang & HUKM. Erm. kena survey2 jalan dalam google maps la pasni sebab tak biasa dengan hospital serdang, kalau HUKM tu kenal sangat.... Tapi harap2 baby tunggula ibu sampai KELANTAN dulu. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. *pepatah yang tiada kaitan*. 

Apapun, Doa2 yang terbaik buat kami yea. yang penting, SELAMAT :) 

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim, bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin" - Ya Allah, Permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan. Amin~ 


TQ for reading! k bai~    



Monday, February 3, 2014

Testimoni Kaylena Beaute' by Our Founder: LEUNIEY NATASHA

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


UPDATE: KAYLENA BEAUTE' 





"Sebelum menggunakan Kaylena Beaute' Leuniey, Skin leuniey mmg dah okay, tapi bila preggy hormon tak stabil, kulit jadi kering, kusam, pimples kecik2 kat dahi, tapi leuniey tak pakai apa2 pun skincare disebabkan atas nasihat yg pakar pada awal preggy tak elok pakai skincare. 

Alhamdulillah takdelah terok sgt perubahan hormon tu, selepas 5bulan preggy leuniey try sample skincare dari production memandangkan dah lama nak buat beauty product sendiri, so leuniey cuba tanya kepada yg pakar adalah elok atau boleh pakai skincare pada kandungan 5bulan, dah boleh pakai tapi secara nipis2, so leuniey try pakai lah, alhamdulillah dengan izinNYA kulit leuniey lebih elok dari sebelum ni. 

Now dah ramai yg telah mencuba dan ramai testimoni kami telah membuktikan yang Kaylena Beaute' salah satu skincare yg boleh menyelesaikan semua masalah kulit muka. Alhamdulillah." -credit to Instagram Leuniey Natasha 


**Jom order Natural Skincare Kaylena Beaute'**



Uolls boleh PM terus ke 0193190117 

Facebook:

TQ for reading!! k bai~





Sunday, February 2, 2014

Home Unifi Package & Hotlink

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Ingat tak entri aku pasal Pakej internet mana yang power yang aku post tahun lepas? 

Pusing kepala buat pilihan, siap buat perbandingan baik buruk, last2 home pakej ni jugak yang aku ambik. Sebenarnya, setiap pilihan ada baik buruknya, banyak jea review yang aku baca yang keji + kutuk kaw2 home pakej yang aku ambik ni, tak kurang jugak yang puji melambung2 tinggi kebagusan home pakej ni. So, nak tak nak, aku terima dengan redha jea lah apa yang akan berlaku depan hari nanti. *statement orang pasrah*

Terima kasih banyak2 kat kawan2 yang sudi drop komen dan bagi pandangan dan pengalaman pasal pakej internet yang korang guna. Mekasih banyak2 taw!!! hehe. Ni sayang uolls banyak2 nie. hikhik.






Ekceli, aku dah tak sabar nak terminate ASTRO kat rumah aku ni. menggelupur nak terminate dari taun lepas lagi. Tapi disebabkan aku punya kontrak sampai bulan depan. So, sabar jea lah. Lagi sebulan jea lagi. Dua kali bayar jea lagi. Pasni BABAI lah ASTRO jawabnya. 

Taun lepas, aku ngan abang konon2 saje jea masuk branch astro kat Midvalley. Nak tanya pasal pakej Sukan. Sekarang pakej yang aku ambik RM53 hengget jea. So dia cakap kalau nak tambah SUKAN jea, kena masukkan pakej lain gak, pakej apa kebenda aku tak pasti, yang aku nak tahu berapa total aku kena bayar. Bila dia cakap lebih kurang 100++ aku kena bayar, maw tak terbeliak mata aku. Dari RM53, nak tambah SUKAN jea kena bayar dekat 150 kottt.. Sah.sah. memang aku terminate la astro pasni. haha 

Dari aku tambah sukan dekat astro, better aku tambah Sukan dalam channel HyppTv untuk pakej unifi. berbaloi2 pun berbaloi bagi aku. dah ler dapat internet unlimited best giler punya laju, pastu dapat pulak hypptv punya program. Sekarang ni pun aku dah jarang sangat bukak TV, tak tengok sangat dah apa yang best kat TV, yea lah. sebelum ni duk sorang2, TV jea lah peneman aku, sekarang ni hari2 tengok muka laki. hakhak. Kenkadang terasa jugak macam maw jual jea TV tu. boleh? 

Untuk Home unifi Package, aku ambik pakej unifi VIP 5 jea, kira yang paling basic la dalam unifi punya pakej. (pemasangan PERCUMA)

Kontrak 24 bulan. huwaaaa :(


Dalam pakej tu, kelengkapan free yang dia bagi termasuklah :

Modem, Wifi Gateway, Cordless phone, Hypptv set 


Lepastu dapat la jugak free hypptv pakej. Buat masa sekarang ni rumah aku still under kontrak astro lagi. tunggu next month lepas terminate astro, baru boleh try pasang hypptv ni.



Buat masa sekarang ni (sebulan lebih pakai unifi), Alhamdulillah laah. tak de masalah yang havoc macam yang aku baca review2 dari blogger lain. Kelajuan internet memang laju berdesup lebih dasyat dari F1, layan youtube tak de dah tersekat2 macam sebelum ni, kenkadang suami aku siap layan movie cina zaman tok kadok lagi dalam youtube, punyalah puas hati dia layan movie. hehe. 

So far, recomended lah. Tapi cerita depan hari aku tak tahu lagi. Doakan jea lah tenet ni tak buat hal. kalo tak jenuh nak tunggu kontrak 2 tahun. HAHAHAH *pitam* 

Hari tu aku duk bebel pasal celcom kan? So sekarang puas hati aku. kitaorang dah terminate dah postpaid celcom tu. Now sudah bertukar kepada pakej hotlink. Pakai prepaid lagi tenang jiwa raga. 

Setakat ni rasa macam berbaloi jugak la tukar kepada line hotlink (nombor phone still lagi sama). Kitaorang dapat jimat lebih kurang dalam 200 hengget taw lepas dah terminate postpaid ritu. berbaloi2 tak?? 200 hengget tuu besar kot bagi aku. hahaha. internet dapat, rate call/sms pun tak de lah mahal sangat. (walaupun line internet tak berdesup sangat, tapi takat nak whatsap, banking on9, check blog, instag, FB. boleh jeaa. no hal. Internet free ok. FREE - So kalo lembap macam siput sedut pun, tak dea lah mengamuk sakan, dah namanya free kan. *sedar diri*) 

Pasal cerita PAKEJ HOTLINK tue, korang boleh KLIK SINI yea, ada aku cerita dalam tu. 

Okeh, tue jelah REVIEW picisan dari aku. hikhik. HAPPY SUNDAY UOLLS!!! :)


IKLAN JAP:

  

TQ for reading! K bai~       



Friday, January 31, 2014

Packaging Baru Kaylena Beaute' 5 in 1 set by Leuniey Natasha

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam sebelum tidur, godek2 instag Leuniey. Biasala, sebelum tido haruslah cuci2 mata tengok perempuan2 cantik. lepas stalk instag leuniey, stalk instag Rnadia pulaks. Aku peminat setia dua wanita cantik itu. hikhikhik. 

Tengah2 godek instag leuniey, akuu tertengok dia post pasal kaylena beaute 5 in 1 set punya gambar. Teruja aku nengoknyaa!!!! cantik sangat! siap dalam kotak lagi uolsss!!! Kalau nak buat hantaran kawin/tunang pun boleh. Just letak jea atas dulang. confirm Havoc punyalah! :) 

Aku pulak yang tak nyabor nak order pakai untuk diri sendiri. Tapi bila tengok stok aku yang baru sebulan lebih pakai tak habis2 lagi, so. niat tu terpadam gitu jea. Lama jugak yea produk ni boleh tahan. dah sebulan lebih aku pakai banyak lagi balancenya. *suka2, jimat sangat* 

Ni packaging yang lama, zaman kayla beaute' sebelum dibrandkan dengan nama kaylena beaute'. Time ni ada 4in1 set jea. yang dalam beg plastik kiut tu. product yang kat luar tu aku add on. eye zone booster. tak termasuk dalam set.



Yeah! ini packaging baru!! new name! new packaging! Kaylena beaute' 5in1 set :) cantik kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!! omel sangat!



Kalau kakak2 cantik nak tahu lebih lanjut pasal produk ni, aku ada buat entri khas, sila KLIK SINI yea. 

Lagi satu, semalam leuniey ada post dalam instag dia yang produk akan dipost kepada stokis/agent/reseller selewat2nya 6/7 Februari. So that means, minggu kedua dalam bulan Februari korang dah boleh try pakai produk kaylena yang super duper best ni! 

Aku dahulukan orang yang dah buat order dan PAYMENT. hehe. sori yea kakak2 cantik. Aku dropship agent jea, so sape yang dah buat payment, dia yang dapat barang dulu. So, cepat2 confirm order dan buat payment yeaa kakak2 cantik! Kang nanti sold out pulak. Bila dah sold out, lama pulak nunggu untuk 2nd batch, sedih pulak korang nanti :) 


Order boleh dibuat melalu talian: 
0193190117

emel: 
amalina_se@yahoo.com.my 

TQ for reading! K bai~    



Thursday, January 30, 2014

Persiapan Sambut Baby (Part 5) - Sesi Dobi Mendobi pakaian baby :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Mood mendobi sudah mali. lai.lai.lai. 

Cuti panjang punya pasal, tak tahu nak buat apa punya pasal, soo. cuti 6 hari ni aku manfaatkan dengan membuat persiapan untuk dobi baju baby, lepastu siap2kan barang2 yang nak disumbat dalam beg hospital. Esok lusa kandungan dah masuk 36 weeks. So, aku rasa, dah boleh la kot ready2 beg hospital. kan. kan??? 

Kalau diikutkan petua2 yang aku dengar, baju baby ni kena basuh dengan air suam. lepastu kena basuh dengan detergent khas untuk baby, tak boleh rendam dengan softener yang kita selalu pakai tu (e.g: softlan, downy. bla.bla.bla), lepastu pulak, nak jemur baju baby kalau boleh jemur dalam rumah, takut kang habuk hinggap kat baju baby. Lepastu, lepas jemur, kena pastikan kering betul2. lepas dah kering, iron baju baby sebab nak pastikan betul2 kering takut kang nanti ada bakteria kea kulat ke. erk? iron??... haih! banyak gak petuanya yea~


Stok pakaian baby yang tak berapa nak banyak. 


Actually, hari ni aku kononnya nak basuh la jugak baju baby dengan air suam. Pakai air tapis uollsss. kalau boleh, nak rendam baju baby pakai air tapis 100%. haha. Tapi tak de maknanya. aku rendam pakai air paip jea. Memula aku dah masak air siap2, masak pakai heater, tetiba pulak suami aku request nak milo + oat.... So, air yang aku masak tadi tu aku terus laa buat milo untuk dia. Isteri yang baik memang terus otomatik buat kan bila suami dah mintak. hikhik. Tup2, aku lupa dah pasal nak rendam baju baby dengan air suam. pakai air paip jeaa lahh gamaknya. :) 

Untuk basuh baju baby ni, aku guna detergent brand pureen. Wangi sangatt baunya!. Aku Beli tahun lepas lagi. masa expo dekat midvalley. Aku tengok mak2 ramai gak guna yang ni, kawan aku pun cakap dia guna yang ni jea. so aku pun belilah yang sama. senang cerita. tak payah pikir2 nak pakai detergent apa.



Hari tu aku tengok ada jugak detergent pureen yang jenis serbuk tuuu, tapi aku pilih yang jenis cecair jea sebab aku rasa senang bagi aku nak campur dengan air. Aku kalau sabun jenis serbuk2 ni memang fail. Pernah sekali tu basuh baju pakai sabun debu/serbuk.. bertompok2 baju aku dengan sabun. sebabnya sabun tu tak betul2 hancusss :)

Baju newborn aku beli 3,4 pasang jea kott. yang lain tu suma 3 months and above
sadis tengok mitten ngn booties. tak sampai pun 5 pasang. hakhak. 
Sambil ready nak basuh, sambil peluk cium, eeeeee.. sumpah geram dengan baju2 kecik niiii...!!!!


Aku rendam baju baby sekejap jea. tak de la sampai dua tiga jam. Lepas rendam tu terus bilas dua tiga kali.  

Nak dijadikan cerita syahdu hari ni.. 

Aku letak la baldi yang aku rendam baju baby atas kolah. Ada satu bilik air kat rumah aku ni ada kolah kecik, tepi kolah tu tempat membuang *ihiks* yang jenis cangkung *ahaks*. Aku sental dan basuh baju baby sambil berdiri jea. sebab aku malas nak duduk atas kerusi. Kang duduk kang payah pulak aku nak bangun. Lepas sental bagai, aku bilas la dengan air biasa.., lepastu buang air yang kotor tuu, aku buang jea air sabun tu masuk lubang tempat membuang tut, kononnya sambil menyelam minum air laaa niii. kerja 2 in 1.  sambil basuh baju, sambil bersihkan lubang tandas. haha. 

Bilas kali kedua.. terdetik lam hati aku. *Haish! kang jatuh jugak baju baby dalam lubang tandas ni

Bilas kali ketiga.... Gedebuk! memang betul2 jatuh koooo. sebelah mitten baby jatuh dalam lubang tandas. waaaaa. sadis aku sadis. Dah la mitten ngan booties baby aku beli tak banyak sangat pun. berapa pasang jea aku beli. dah la yang jatuh tu mitten yang aku suka. warna putih bersih. Sobss..sobss.. *lap air mata*. Tak pe lah. tak de rezeki gamaknya. Haaa. tu laaa. lain kali beringat. sarung tangan baby kecik sangat laa. ibu tak perasan tadi.*monolog dalaman* sobss.sobbss.. adoi.. memang gelabah ah aku ni. (T_T) 

Apapun, aku rasa lega sikit! dah setel bab mendobi!! yeeehaaaa!!! so lepasni dah boleh start packing kelengkapan ke hospital pulak!! *lupakan kesedihan yang melanda* 

Lepas baju semua kering, aku terus lipat cantik2, susun betul2 pastu masukkan dalam beg travel (box petak hijau cam gambo kat atas tu). malas nak iron2 *opss, ibu yang pemalas. hukhuk*. Masuk dalam beg travel tu sebab aku nak berpantang kat Kelantan, senang nak angkut. InsyaAllah...  

Oh ya! Selamat bercuti yea kawan2. Gong Xi Fa Cai juga pada yang menyambutnya. Makan besar laa korang malam ni yea. hikhik  

TQ for reading! k bai~     




Wednesday, January 29, 2014

Tuesday, January 28, 2014

35 Weeks - Diari Kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Check up kali ni aku excited giler. guess what?? berat aku maintainnn ok! maintain. bukan takat maintain! tapi turun 0.2kg. hihihii. Kira sejarah sepanjang pregnant la ni.. kalau sebelum ni tiap kali check up, confirm berat naik 2 kilo. pernah tu, dekat 4kilo naik. pffffftttttt... Tapi semalam, doktor pun pelik. Siap tanya aku lagi. Awak buat macam mana ni berat turun sikit??. hikhik. Ekceli, tak de buat macam mana pun. Ntah. doa aku termakbul kot. haha. siap berdoa wehh. supaya turun berat. adeii~ 

Baby: 

Berat: 2.3 kg (last check up 1.9kg) 
Ukuran kaki/tangan/kepala: Normal 
Degupan Jantung: Normal
Air ketuban: Normal
Fetal Movement: Good. Masa tengah scan, baby tengah eksaited hisap jari. sampai muncung2 mulut dia. comel sangat! :)


Ibu: 

Berat: 66.5 kg (turun o.2kg dari hari tu, kira ok la kan. hikhik) 
Tekanan darah: Normal 
HB: Normal 
Urine: Nil/Blue 
Placenta: Kedudukan uri atas, kepala baby dibawah. 


Alhamdulillah. Kalau diikutkan, sekarang ni kandungan dah 8 bulan. Tinggal lagi sebulan nak jumpa anak ibu. :) 

Sekarang ni aku dah mula rasa tak selesa bila bangun pagi2. Segala benda aku rasa bengkak. Kaki, tangan, jari kaki, jari tangan. Aku rasa dah macam belon. Lepas tu bila lama2 sikit baru OK balik. Sekarang ni pun aku macam dah kembali ke tabiat lama masa awal2 trimester hari tu. Suka tidur. hehe. Lepas babai suami kat depan rumah pergi kerja, aku terus masuk bilik tarik selimut tidur sampai pukul 9.30 pagi. Dia macam otomatik taw. jam 9.30 jea confirm aku sedar. haha. Lepas tu, bangun jea tidur memang akan rasa balik ahh. segala benda rasa macam bengkak. uhuks!! 

Kalau sebelum ni, aku suka tidur terlentang macam tu jeaa. Tapi sekarang dah tak boleh dahh. memang rasa berat sangat. nak bangun pun dah jadi susah triple kali ganda. So, aku kena tidur mengiring. Alhamdulillah, sekarang ni dah biasakan diri tidur mengiring. hikhik. 

Bab lenguh pulak, dah mula rasa lenguh2 dah. Lenguh kalau over jalan. Yea la, baby dalam perut dah 2 kilo lebih, nak bawak baby lagi, nak bawak lemak2 lagi. sebab tu la jadi lenguh kot. haha. dia lenguh tang kaki. tang betis tak de rasa lagi takat ni. 

Erm. apa lagi yea? hehe. ntah. Aku kadang2 tak perasan sangat pun perubahan yang berlaku pada aku. cuma certain2 part jea yang aku perasan. Tapi takat ni, i'm really enjoy my pregnancy moments. ecece. omputih la pulaks. entah betul ke idokkk grammarnya. haha 

Semalam doktor bagitahu yang 9hb Februari baby dah matang. So, kiranya nanti lepas 9hb tu aku tunggu masa jeaala. bila2 masa jea boleh bersalin. Tapi biasalah, kita tak boleh nak agak kan. Ada baby yang kuar 2minggu awal, ada yang 3 minggu awal, ada yang overdue. kan?kan?. Gulp. Debor weh debor. Apapun, aku harap segala urusan nanti dpermudahkan olehNYA, uolls, doakan aku yeaa. sobs.sobss. tacing tak tentu pasal la pulakk... lepas ni aku dah kena check up seminggu sekali. hehe. keraplah berdating dengan doktor pasni. adei~ 

Lama tak berpoyo tempek gambar sendiri dalam belog nih. nah sebijik :)

Tumbesaran ibu yang agak menakutkan. dah macam Giant dah. haha. Muka pun dah sama besar dengan kartun tepi tu haaa. (^_*) 
Amabelle swing dress yang best dari ModishModeHouse
Wide shawl yang selesa dari SgHouse 
Skirt murah2 beli di Pengkalan Kubor Kelantan 
Sandal yang hari2 aku pakai selagi tak jahanam dari modernmum. serius selesa. 


TQ for reading! K bai~