KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, November 11, 2011

CELOTEH 11.11.11

Assalamualaikum.. Halo Readers!!!

Lalalala...Selamat pagi korang. Readers2 ku yang tersayang.. silent readers ku yang tercinta. Terima kasih kerana sudi menerjah belog TAK HOT tapi GILER COOL.. hehehe..

Entri pepagi ni adalah entri aku tanpa motif. kosong dalam kepala, dan memang aku tak tahu apa yang aku nak taip, cerita dan ulas sebenarnya.

Oleh kerana yang demikian =) tarikh hari ini sangat cantik, aku pun mengepost la entri ni, supaya ada jugak dalam belog aku entri yang aku buat pada 11.11.11

WOW!! cantikkan??? BAJET nak kena merisik 10.10.10, nak kena bertunang 11.11.11 dan nak kena berkahwin 12.12.12 , tapi tak sampai seru lagi kaaannn.. nak wat cam mana..tak terbuat la gamaknya..HAHAHAHA.. tapi masa 09.09.09 tu memang tarikh cantik giler la kan. lagi2 terkena pada tarikh kelahiran aku. MUAHAHAHAHA XD

Selamat hari JUMAAT kengkawan. semoga hari ni kita diberi rahmat dan keberkatan oleh DIA YANG MAHA ESA. amin.amin.aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!.

Apa aktiviti korang hari ni? aktiviti aku hari ni agak gempaq sikit la. walaupun korang tak nak tahu apa yang aku nak bagitau. aku nak bagitau jugak..ha.ha.ha.

Apa yang paling best hari ni, pepagi lagi aku dah masukkan nutrisi yang secukupnya dalam badan aku, dengan harapan, badan aku akan LEBIH sihat dan bertenaga INSYAALLAH. apa yang paling best jugak, hari ni FIRST time aku cuba campurkan SHAKE dengan JUS EPAL. sebelum ni SHAKE + AIR KOSONG SAJA (air kosong paling rendah kalori), PERGH!! memang sedap gegila. meremang bulu roma aku minum shake ni. 2 saat lesap. dan aku rasa lebih sihat dan bertenaga!! ha.ha.ha

Apa yang paling best hari ni jugak, tengah hari kang aku ada ANNUAL LUNCH bersama2 dengan sifu2 SMKTC. Annual lunch yang pertama sepanjang aku berkerjaya. yeay! tepuk.tepuk.tepuk.

Ada yang lagi BEST.. mestilah best sebab dapat makan sedap2!! wowowowo.. tapi mesti ingat.. bila makan terlebih, banyak benda yang tak best masuk dalam badan, lelemak, kalori yang banyak dan segala bagai bendasing. Tapi, aku tak perlu risau semua tu.. sebab aku ada......
.
.
tadddaaaaaaa.......
[Tea mix yang luar biasa hebat. dapat membantu membakar kalori yang tidak berguna yang ada dalam badan kita, juga memberi tenaga yang LUAR BIASA HEBAT!!]

sehari aku kena habiskan 4 liter air ni. satu botol tu bersamaan 2 liter, so sehari dua botol laa.. tapi aku bedal 3 botol. sebab tea ni BESSSSTTTTTT SANGAT2!! bukan calang2 TEA taw!!

Ok. tu je la kot CELOTEH 11.11.11. AHAKS!! korang pulak apa aktiviti gempaq hari ni?? CE CITE CE CITE..

OK! papai!!!




1 comment:

budak penjara said...

cari tarikh 13 13 13 plak lps ni er