KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, August 11, 2014

Kawe dapat barang PERCUMA yang berharga RM7000. Ko mampu????

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Punyalahhh rasa macam... eh! akhirnya aku terkena. hahaha. guess what?? 

Kes lawak ni berlaku sabtu lepas. Lokasi pasaraya. 

Lepas settle buat pembayaran beli ikan lauk pauk bagai, adalah sorang mamat ni, tetiba datang (promoter lah lebih kurang) cakap nak bagi free gift kat kami. Sebab kami beli barang, ada resit. so kami akan dapat free gift. Aku pun tak kesah lahh kan. orang nak bagi free gift. haha. Ikut jea lah. sebab betul2 tepi cashier tu jea pun. Abang pulak bagi greenlight. lagipun hujung minggu kan. masa tu free sangat. hehe 

Sebelum dapat 'freegift' tu, dia suruh aku tunjuk resit beli barang tadi, lepas tu dia suruh isi nama. then baru la dapat giftnya. gift tu pulak pen je. haha. pen? sapa nak bagi free kann. bersyukurlah kata abang. :P 

Sebab dah dapat gift, aku layankan hajelah promoter tu promote barang dia. aku memang dah agak dah nak promote barang. takkan sesaja ajak aku nak bagi free gift... Aku pun tak paham sangat apa yang dibebelkannya. dengar je 5 saat. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Part yang tak boleh blah. Dia ada bagi aku kupon, *tetiba bagi aku kupon*.. dia suruh aku bukak, sebab kupon tu akan menunjukkan berapa diskaun yang akan aku dapat kot2laaa nak beli produk diaorang nanti (produk elektrik) -diskaun pilihan yang ada 15%, 20%, 10%. Aku pun dengan selambe badak jea, terus koyak kupon tu dengan beradab sopan. haha. 

Bukak2 je kupon tu, terus aku buat muka blur *kira tak eksaited langsung*. bukan diskaun yang aku dapat. TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.... dapat 2 barang percuma uollsssssss.... Dapur elektrik dan air purifier. wooohhaaaaa... sewel kejap aku 15 saat. hahahaha. Total 2 barang tu RM7000 kot!!! hahahaaha. 

Mamat tadi buat muka terkejut. "hah! apa ni akak. percuma dua barang? aik. pelik ni kak. kupon ni. nanti saya tanya kawan". Datang laaaa pulakkk mamat sorang lagi nak buat drama kat depan aku ni. mamat yang kedua ni pulak. buat muka terkejut beghuk. haha, "haish. pelik kupon akak ni. nanti saya call manager tanya" . Terus call depan2 aku uollsss. hahah. *aku dalam hati nak tergelak pun ada. xpe2, kita layan je* 

Mamat no.2 :"Halo manager. akak ini dapat kupon yang ada free barang laaa. macam mana ni? oowww.. kena bagi dia dua barang ni lahhh. apa? ada syarat ekk. apa syaratnya?" *pura2 tulis kat kertas*.. 

Sambil cakap dalam phone, sambil dia explain kat aku syarat2nya. Syarat yang pertama, dua barang tadi angkut balik rumah. Syarat yang kedua, barang yang percuma tadi tidak boleh dijual. Tak sempat dia cakap syarat yang ketiga. Aku terus cakap tak maw. hahaha... lepas tu dia terus matikan phone dengan 'manager' dia tuh. Jenuh dia pujuk laki aku. 

Diaorang siap explain lagi, kupon yang aku bukak tadi sebenarnya masa promosi hari raya di MELAKA. diaorang silap masuk kat sini. so kiranya aku ni sangat2 LUCKY laa dapat kupon ni. haha. 

Korang tahu tak, apa yang lagi lawak? 

Tadi kan 'manager' tu explain kat dia sampai syarat yang no 2 jea kan. TETIBA pulakkkk dia cakap kat aku syarat no, 3 & 4. Syarat no.3, aku kena ambik gambar dengan diaorang bersama barang yang aku dapat, nanti nak masuk majalah apa ntah. dan syarat last, nanti aku boleh laa share2 produk dia dekat kawan2 yang lain. bagitaw kebaikan. 

Aku ni macam *eh? bukanke tadi manager sempat ckp 2 syarat jea? lagi dua syarat ni tahu pulak ko ekkk??? tadi buat muka blurrr sangat*.. haha. Sah.sah. ni memang ada udang disebalik mee ni. 

Penat aku dan abang layan diaorang, kami blah gitu jeaaa. Tapi blah dengan beradab laaa. Ucap dulu terima kasih dan say guddd bye!. hehehe. Sorilahh. buang masa korang umpan kami. AHAKS! 

TAPI? kalau betul tu barang free RUGI la idokkk tak ambik. free kotttt. FREE KE??? Suami aku cakap, ntah2 dua tiga bulan lepas tu ada orang datang ketuk pintu, suruh bayar. MANA NAK CEKAU 7K? PENGSANNNNNNNNNNNNNNNN~~~ 

Moral of the story: kalau korang ada masa, layankan jelah promoter2 ni. Dengar jea, nak percaya kena fikir doplohjuta kali. Lepastu blah laa kalo tak nak. bahahhaa~ 

TQ for reading! k bai!      



8 comments:

Normi Nieza said...

la igtkan tbl tadi..haha

Tihara said...

pernah terlayan orang macam ni
ade kena gores2 dapat mug tapi tak beli pun barang dia..dia nak suruh beli barang tu pastu bayar bulan2 nanti

Annyss Aleeya said...

kite pon penah kena. banyak pulak la syarat dia kalau nak dpt freegift. lepastu terus ckp taknak.

Nieda ramly said...

pengalaman yg sama dgn akak dik.
kat mana2 pun peel itu saja ....call manager blaa,bla,bla....yg betul2 free mug saja (akak dpt mug)

Aty_Fared said...

haaaiihh.. macam2 kan promoter ni.. dulu2 pernah gak lah..lepas2 tu. malas nak layan.. tak kisah lah die cakap hapa pon..memamng tak kose nak percaya.. ngeee...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yanggg.. hahaha lawak betul siap tambah2 syarat. hikhikk kitorang paling malas nak layan promoter ;p

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pun pernah terkena...dua tahun lepas dekat nak posa...kononnya promosi untuk raya..

Cabut tiket tiba2 kena pulak hadiah lumayan...microwave ...tapi macam2 syarat pulak...ingatkan free....tiba2 ada pula bayaran tersembunyi..

Akhirnya bunda buat alasan banyak hutang nak bayar...tak nak lah...takot tak mampu bayar...bunda belaahh camtu je...

cik mah said...

Rajin juga nina melayan..hehhe,..kdng tu merapu kan promoter ni...pelik2...sampai rasa xlogi pun ad juga...