KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 10, 2014

Persediaan Solid Food untuk Bayi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tinggal lagi lebih kurang 2 minggu my baby nak masuk 6 bulan. Ya Allah!!!! kejap betul masa berlalu. pejam celik pejam celik dah nak 6 bulan rupanya anak ibu ni. Hehehe.

Haiii!!! mera naaammm hey DAFFA EZRA. Just call me Daffa kay!!! :)

Benda yang paling eksaited yang aku tertunggu2 adalahh.... ketidaksabaran seorang ibu untuk bagi makan (solid food) kepada anaknya. haha. tak sabar tollll!!! Macam manalahhh rupa baby nanti bila disuap makanan yea. happy ke dia? reti ke dia makan? pandai ke dia telan makanan tu? mimik muka pulak macam mana? waaahhhh. macam2 aku pikir tahu... 

Alhamdulillah.. sepanjang 5 bulan lebih umur daffa sekarang ni, dia masih lagi sepenuhnya menyusu ( fully breastfeeding). Murah betul rezeki si anak. syukur tak terkata. Alhamdulillah.. Allah berikan rezeki yang cukup untuk anak aku membesar dengan sihat...... Berkat doa aku sepanjang kehamilan agar mampu menyusu daffa sepenuhnya selama mana yang mungkin, Alhamdulillah Allah tunaikan setakat ini. Mudah2an berterusan sehinggu umur daffa 2 tahun hendaknya. amin. amin. amin. 

Memandangkan lagi 2 minggu daffa dah boleh makan. dan memandang eksaited dan ketidaksabaran aku diluar kotak dan jangkaan, hari ni aku merayap keluar semata2 nak buat persediaan, cari apa yang patut.. kenkononnya barang2 keperluan untuk memulakan solid food baby laahhh lebih kurang.. Ahaks. 

For the first time! (sejak ada anak), aku keluar shopping tanpa suami dan anak. hehehehe. keluar berdua dengan adik jea. Daffa sape jaga????? haaaaa... mestilah suami aku yang jaga... Hari ahad babysitter offday. so, babybrother yang kena jaga. hahahahaha

Ibu yang Blurss sedang syok cari barang. OOTD yang out. totally reject. hahahaa

Actually, aku masih blur2 lagi apa benda yang perlu aku guna untuk buat solid food nih. Yang mana satu KEPERLUAN. yang mana satu KEHENDAK pun aku tak tahu. Selalunya aku main rembat jeaaa. biasanya.. lebih banyak yang kehendak dari keperluan. haha. So kali ni, aku dah insaf *matakeatas*, aku akan buat persediaan yang betul2 perlu sahaja. *ok.kita tengok. ye ke idok??* 

1) TERMOS

Ini benda first yang aku cari masa mula2 sampai kat shopping mall tadi.... Dekat setengah jom kot aku mentelaah termos2 yang ada dalam mall ni. macam2 pesen aku jumpa... apa yang penting bagi aku, termos tu haruslah kecik tak besar gedabak, tahan panas, harga berpatutan, berkualiti. 

Lama punya lama memilih. Inilah pilihan hati aku. Harap2 bergunalah nanti.



Termos ni jenis yang tahan karat. tahan panas lebih kurang 6 jam. kalau benda sejuk pun boleh, lebih kurang 12jam. kuantiti yang boleh muat dalam termos ni dalam 480ml. yang paling best, termos ni ada warranti oit. 5 tahun kot. lama gills. hehehe. 

Motif aku beli termos ni. Makanan untuk anak aku nanti, aku nak panaskan siap2, bubuh dalam termos ni untuk hantar pada babysitter. Waktu baby nak makan nanti, senang kerja dia.. ambik termos, bukak, boleh terus bagi anak aku makan. semudah ABC. hehehehe. 

2) BLENDER 

Pasal blender ni, bagi aku benda yang penting kot. Paham2 laa kan. baby ni usus dia bukan macam usus kita yang tua ni. hihihi. So, apa jea makanan yang nak bagi makan mestilah lembut, cair. hancur dan sewaktu dengannya. 

Memula aku teragak2 gak nak pakai food processor ke?.. perlu ke?. Pikir punya pikir, google punya google.. last2 aku buat pilihan nak pakai blender jea. HANDBLENDER, my choice!. hehehe. 

Kebetulan pulakkkk, aku ternampak dalam instagram chef Zam pasal PHILIPS ada buat sale! So, aku ni yang pantang dengar sale, apalagi. menggelupur laaa dari minggu lepas lagi nak cari handblender ni. hehe. jimat 60 hengget ko. :)



Teruja pulak aku tengok benda alah ni. nanti boleh blend herbalife sekali. AHAKS!!



3) STEAMER 

Benda alah ni aku tak pasti penting ke tak. Tapi yang aku tengok, review. untuk buat puri, sebelum blend kena rebus @ kukus dulu buah/sayur tu. Kalau macam pisang, avocado tu tak payah steam tak pe. juga tak payah blend. lenyek2 terus boleh bagi makan. heeeee *yeke? tak de pengalaman. baca orang punya jerk* 

Steamer ni aku tak beli pun. Ini hadiah kawin aku bulan 11 2012 yang lalu. mak aiii. lama giler kan. tersimpan rapi lagi. Secara rasminya akan digunakan 2minggu lagi. hehehe. Mudah2an murah rezeki si pemberi tu :)



4) PENAPIS 

Motif sangat penapis pun nak masuk list jugak. hahaha. memandangkan rumah aku tak de penapis, so aku beli jea la tadi. ni paling besar yang aku jumpa. ada yang besar lain, tapi jenis plastik. reject. heeee. Penapis ni untuk tapis bendalah lepas blend. kot2 nak bagi lagi betul2 smoothhh and steady. hehe



5) FOOD STORAGE




Aku teruja sangat tengok diaorang simpan puri dalam ice tray, lepastu kuarkan simpan dalam plastik/bekas. comel giler warna warni kiub kecik2. So tadi terhegeh2 laa aku singgah kat GIANT cari icecube tray yang jenis tertutup. sebab majoriti cakap kat giant ada jual. Tapi malang sungguh nasib aku. satu pun tak dak. semua yang jenis tak de penutup. hahaa. Nak tak nak beli jealah tak de penutup punnn. nanti boleh tutup dengan plastik. hehehe. 

Bekas kecik tu aku beli yang jenis boleh masuk freezer, boleh rendam dalam air panas. Aku bajet nanti, puri tu aku bekukan dalam ice tray dulu, pastu bila dah beku, keluarkan masuk dalam bekas2 kecik ni. nanti nak guna boleh panaskan terus. kemudian masuk dalam termos. hahaha. wah3. hebat tak aku punya imaginasi. :P Tak tahu laaa praktikal ke idokkkkkkk! ok. kita tengok. kita tengok. 

6) FEEDING SET



Untuk feeding set ni aku beli 2 set. Satu untuk letak rumah babysitter, satu untuk letak dirumahku syurgaku. hehehe. 

Hurmm... apa lagi ek.ek.ek. Ni jealah kot yang aku rasa perlu. ada tertinggal tak?? Uollsss, nanti boleh laa tolong2 share dan tambah apa yang patut ekk. saya mak budak baru nak belajar. hehehe. 

Barang2 dah beyeh boh! lepas ni sakan gugel resepi puri pulak. 

Dalam otak sekarang ni tengah set, makanan pertama yang akan ibu bagi pada daffa ialahhh..... PURI AVOCADO!!! yeay!!!! I'm Happy Mom!!!! woooahhhhaaaa. 

Thanks for reading! k bai!!          

     




9 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum ibu daffa. wahhh boleh jadi rujukan sheila lagi 3 bulan lebih... weeee kita pun tak sabar tgu masa Adam makan solid food ~~~

Cik Nor said...

alolo..comelnya daffa...dah besar pn dia..:)

Annyss Aleeya said...

hye Daffa comeyyy. byknye mommy awak shopping. hihi.

Aty Fared said...

coml nya daffa...mata hitam besar bolat.. :) nak buat solid food anak ni teruja kan.. :)

Anonymous said...

Sudu tu beso k nina. Cari yg jenis kecik sket sbb mulut bby kecik. Sy pon beli sme cm k.nina tu tp jenuh nk sumbat masuk mulut asiyah. Pesengan taknak bkk mulut besa2 retek. Tommee tippee salu ade yg kecik pnye for 6m.

Fieza azmi

Unknown said...

lps ni bereksperimen la...try resepi2 untuk baby food...ce tgk kat blog Dr. Halina..tgk mcm best ja makanan2 si bella

cik mah said...

Seronokkan..azwa dah 6 bulan...tp cik mh xbg lagi..esok br plan nk lengkap brng2..tq nina share...

sumysya said...

singgah sini...jemput r jenguk http://sumysya.blogspot.com

Unknown said...

haii ibu daffa..bagus entry ni..haliamh boleh jd rujukan nanti..good idea..baru nampak apa yang patut beli..hehe.

singgah sini , jemput jenguk iniblogkesihatan.blogspot.com