Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Awal2 pembabitan anak aku ke rumah pengasuh dulu, memang susah sangat nak handle dia punya mood. Totally reject botol. Langsung tak mau minum. melalak2 habis satu taman dengar suara dia.
Aku ingat lagi masa first time hantar dia di rumah kak nor (babysitter), akak tu call aku cakap daffa menangis, tak mau minum susu. Aku pulak blur. tak tahu nak jawap apa. yang aku reti jawap, hah? yeke kakk... macam mana ekkk.. last2 akak tu cakap, nanti akak try guna sudu bagi dia minum. Aku pun iakan jealah. asal anak aku minum, kenyang sudah.
Hari pertama aku bagi fresh EBM, 3 botol. total dalam 12oz kalau tak silap. ko bayangkan? satu botol jea daffa minum. tu pun aku tak pasti adakah satu botol tu semua masuk dalam perut dia, atau banyak yang meleleh2 keluar. ye la, budak reject botol paham2 jealah. Punyalah sadis hati aku. Nasib baik aku hantar fresh ebm, boleh la masuk freezer. Kalau tak. buang saja la jawapnya.
Kesian daffa time tu. mesti kelaparan jea dia. Tapi nak buat macam mana. aku tawakkal jealah. Dia memang menunggu aku balik. benda pertama yang aku buat bila balik dari kerja, direct BF anak aku. punyalah rakus, memang lapar la tu.
Next day, aku letak jea 2 botol fresh EBM. seperti biasa, 1 botol jea dia minum. 1 botol lagi aku bekukan. Last2, aku bagi jea 1 botol fresh ebm x 4/50z. Aku bagi semua yang fresh sebab anak aku time tu masih lagi reject botol. Kalau bagi yang frozen kang.. bazir pulaks!
Dah kalau bagi jea yang fresh/chiller. bila nak bagi yang frozen heh?
Aku dapat idea dari kawan satu tempat kerja, dia hantar ebm ke pengasuh untuk anak dia semua yang frozen. So, aku rasa idea dia bernas. Aku pun cedok lahh dia punya idea tu. hantar semua yang frozen.
Alhamdulillah. sekarang anak aku dah nak masuk 6 bulan. Dia dah tak reject botol masa umur 5 bulan. sekarang ni nampak botol jea berebut nak. Dah tak maw orang pegang2 botol tu, dia yang nak pegang sendiri time minum. hikhik. Good Boy daffa.!
Sekarang ni pun aku dah paham sangat dah anak aku punya timer. time minum dan tidur.
Kebiasaannya pukul 5/6 pagi dia akan bangun dari tidur.
Jam 8 pagi tidur.
9 pagi bangun.
11 pagi tidur.
11.30 aku kejutkan dia untuk last direct bf sebelum pergi kerja.
12pm hantar rumah pengasuh.
12 lebih dia akan sambung tidur balik.
Jam 2 baru bangun. bottle feeding. Pastu tidur balik.
Jam 5 bottle feeding.
5.30 suami dah ambik baby. bottle feeding on demand. kalau daffa nak, suami akan cairkan sendiri. kalau tak, tunggu jea aku sampai rumah jam 7.15malam.
Biasa dalam 6 lebih daffa akan tidur. bunyi jea kereta masuk parking. otomatik dia akan sedar. nunggu ibu lettew. nak susu yea nakkk... bijak anak ibu nih! hihi
So, setakat hari ni sehari aku akan tinggalkan paling banyak 10oz , paling sikit 80z frozen ebm untuk daffa di rumah pengasuh. Alhamdulillah. walaupun ramai yang cakap anak aku minum sikit jea, tapi tumbesaran baby daffa baik, bam3 lagi uolls. hehe. Tak pe. ON DEMAND ok. :)
Daffa Ezra. 22hb ogos, genap 6 bulan. bam3 kan saye!!!! |
Back to the main topic. hehe
Cara aku handle EBM (Express Breast Milk) ke rumah pengasuh simple jea.
Pagi2 lepas subuh aku akan keluarkan frozen EBM untuk dicairkan.
Masukkan frozen EBM dalam bekas, bubuh air siap2 (memudahkan proses pencairan), lepas tu masuk balik dalam peti ais (chiller). Supaya suhu susu tu tak berubah. Means aku cairkan susu dalam peti. bukan luar peti (suhu bilik). :)
Next, masukkan ebm yang cair tadi dalam botol. Lepastu simpan dalam peti balik. Aku tak de tanda2 yang mana patut minum dulu, yang mana minum kemudian. sebab dua2 botol tu frozen EBM. Lepas dicairkan, kena guna dalam masa 24jam. TAK BOLEH dibekukan semula.
Jam 12 tengah hari sebelum kerumah pengasuh baru aku keluarkan ebm, masukkan dalam cooler bag + 2 ketul ice pack
Aku ada bagi pengasuh daffa tu warmer. supaya senang dia nak panaskan EBM. Aku bagitau dia siap2, lepas panaskan susu, susu tu kena habiskan dalam masa 1-2jam. oh ya! bottle feeding pulak dah sedia ada di rumah pengasuh. nanti sebelum panaskan susu, pengasuh akan transfer dulu susu dalam storage bottle ni kedalam bottle feeding. :) hehehe.
Alhamdulillah. Kak Nor sangat memberikan kerjasama yang AWESOME! :)
Ok uollss.. Selamat mengendalikan EBM yeah!
TQ for reading! K bai!!
6 comments:
nice info...amat berguna tuk ibu2 baru yg baru2 belajar nak bagi ebm kat anak mase kerja....
sedap name baby awak...
Assalamualaikum nina. alhamdullilah mula2 refuse botol, pastu pandai nak pegang sendiri ye daffa. Adam pula mula2 dulu 5 botol frozen (20oz) habis minum. tu yang bambam gila adam, siap obesiti lagi. ahhahah skrg dah kurang ke 15oz je sejak dia selsema + batuk 2 minggu lepas. malam df je.. tak sempat nak pam mlm skrg. tapi kat ofis pula pam boleh 4 sesi. dulu 3 je. alhamdullilah.
daffa dah bambam..:)
*daffa
sama mcm anak kakak cik mah...kena bg pkai sudu je dulu..lama2 baru okey...pndai dah daffa sekarang...amboi,,ensemnyer...
Daffa Ezra. Sy Ezra Meza. Sama pulak nama kita. Hehehe
Post a Comment