KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, May 1, 2019

CUTI SEKOLAH MAC 2019

Assalamualaikum... 

Last minit plan untuk jalan-jalan. Dari tahun lepas lagi rangka program untuk cuti sekolah bulan tiga. Tapi yang dirancang tak menjadik. Cancel plan asal. last-last kami bawak anak-anak menikmati air kolam di Negeri Sembilan dan Melaka aje. 

Empat hari tiga malam dah cukup menggembirakan hati anak-anak. Masing-masing exsaited ya amat! Bebudak lah katakan. 

GRAND LEXIS PORT DICKSON 

Hari pertama kami stay di Grand Lexis. Aku pilih untuk stay di Garden Pool Villa. Memang bebetul umpan anak-anak le kalo duduk sini. Pool dalam bilik. Sampai-sampai tu terus nak terjun kolam budak dua orang tu. Tak menyabar betul. hahaha. Nasib baik pak dia melayan. Kalau nak harapkan mak nya, nak belunjur kaki atas katil le duluan. kihkihkih

Bukak pintu bilik, terus nampak pintu nak ke kolam. 
wahhhh. dua beradik tu punyaaa tempikannn.. 
ohoiiiii. gembira-gembira





Pelampung baru beli sebelum masuk grand lexis. hmmm.. Tiap kali nak mandi kolam, mesti beli pelampung baru. Sesungguhnya, sejenis tak reti nak simpan barang. hahaha


Nampak bahagia kannnnn???.... 
Nana tu.. nana tuuu... feeling lebih



IMPERIAL HERITAGE HOTEL MELAKA 

Hari kedua kami ke Melaka. Terus check in Imperial Heritage. Aku pilih sini sebab betul-betul dalam bandar hilir. Tak payah nak fikir pasal tempat parking ke apa kalau nak merayap dalam bandar hilir. Al maklumlah, Melaka tak pernah tak sibuk kalau cuti kan.

Time memula sampai ni. Nana kawad satu rumah. Cari kolam lettewww~

Lewat petang lepas rehat kat bilik, kami turun merayap dalam bandar hilir. Jalan kaki aje dari hotel. Singgah Afamosa, Melaka river park, Muzium Samudera (Kapal Flor De La Mar), ehhhh macam-macam laaa yang nampak menarik tu... situlah kami berenti. haha.

Sebab dinding ni rare. 

Nana cuba over exposed




Menara taming sari
Dedua tak gayat naik bendalah ni

Last last sampai lah dekat taming sari tu. Balik naik beca. Adalah alasan nak naik beca sebab anak-anak nak naik kannn. Ahaks!

Kesian aku tengok yang tukang kayuh ni. Aku sorang aje dah 100 kilo, tambah lagi tiga orang ni. hahahahaha. 


AMVERTON HERITAGE RESORT AYER KEROH 

Hari ketiga masih lagi di Melaka. Tak sah kalau tak singgah Pantai Klebang bila datang Melaka. 

Si Dafna tu dari Bandar Hilir lagi nak naik Kuda. hahaaha. Bila sampai je Pantai Klebang, nampak lagi kuda.. apa lagi... Selagi tak dilayan.. hmmm. 

Anak no.2 katanya. memang perangai tak boleh nak hadam. hahaha.

Sempat posing depan Afamosa sebelum ke Ayer keroh

Kebetulan mak sedara dan sepupu ada di bandar Hilir

Nana tak habis-habis dengan kuda



 



Aku tahu pasal Amverton ni melalui kawan tempat kerja. Dia cakap best amverton punya pool. Slide berlambak tak payah nak berebut. Memula masa nak booking, hotel ni dah penuh. Tapi rezeki dua tiga hari sebelum datang, ada pulak kosong dua bilik. Rezeki anak-anak. Main lahhh air puas-puas nak oi. Nanti tunggu hujung tahun pula lah baru berjalan. Mak nak pantang betul-betul kalini. hahhaaha. YEKE??

Dua katil Queen Size dan bilik yang selesa. hekhekhek

Splash Park. Kolam untuk kids. Outdoor activities. 
Anak-anak memang suka tak hengat!.. 
Slide ada di mana-mana. 

Indoor activities pun hadooo siss!!










Dah puas mandi kolam. Main pasir pulok. Time ni sebenarnya tengah memujuk nak naik bilik dah. Nampak pulak pasir, KEJAP YEA IBU, NANA MAIN PASIR DULU. 
amboi kau~




Naik dengan hati yang KECEWA. hahaha

Pasal Amverton ni kan.. ehhh rasa nak repeat lagi lahh!!! hehe. Cuma, bab breakfast tuuu.. harap2 team management Amverton dapat perbaiki lagi la yea!! mihmihmih 


TQ for reading! K bai~      




No comments: