KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, May 28, 2019

Resepi Kengsom Original Thai

Assalamualaikum... 

Resepi kengsom ni aku dapat dari adik aku. Sebab haritu laki aku dapat ikan talapia bapakkk besar. Tak taw nak masak macam mana. So aku tanya la dia masak apa yang best.

Atuk Talapia. hehehe. 3.5kg bai. 
Sampai sekarang ada lagi dalam peti ais tu. Dia belum siang lagi. Susah katanya besar2 ni. 
Kena p cari berus sisik dulu baru senang nak siang dan buang sisik.. hehehe. 
Aku ni selagi dia tak siang, selagitula ikan tu tido dalam peti. 
kahkahkah. Harap maaf :)

Kalau bab masak 3 rasa dan sewaktu dengannya, laki aku ni tak berapa nak gemar. HILANG RASA IKAN katanya. Sebab tu dia lebih suka aku buat sup je. Hahaha. Sup aje manjang. 

Bila adik aku bagi resepi kengsom ni, tilik punya tilik macam senangggg aje. Aku suka laaa kalo takat blend campak dalam periuk gini. Tak perlu tumis2. Dasar pemalas. Malas nak menumis, malas nak mop lantai lepas menumis. Malas segala hal. Huiihhh. Menumis penat woooo. Minyak habis percik satu dapur. Nasib baik dapur sekangkang kera je. Kalo seluas padang. Aku tak taw apa jadi dengan diriku yng pemalas ni. 

So sini aku kongsi dengan korang dia punya resepi. Dalam resepi ni, ada tulis KANGKUNG DISITU. Kangkung tu sebenarnya daun kesom yea. Harap maklum. typo gamaknya.




Cara nak masak memang 100% aku ikut aje apa yang ditulis kat atas.

Dalam resepi, ikan SIAKAP/KERAPU, ni aku guna ikan belang. 
Sebelum ni ikan belang aku kukus atau goreng kunyit je, kali ni try buat kengsom pulok. 
Ikan belang ni macam spesies talapia juga, tapi bagi aku, isi dia lagi tebal dan sedap. 
Ni kalau laki aku bawak balik ikan ni, memang suka laaa sis! hehe

Bahan-bahan yang diperlukan. Simple ya ampun. 
Kebetulan memang ada nenas kat rumah, husband aku ambik dari kebun kawan dia. 
Geng pinggan merah tu semua blendkan aje. tak yah susah2 tumbuk bagai. 

Kejap jeee dah siap masak. Ni memang husband aku suka gile. 
Kalau dia hirup kuah dan makan sampai habis separuh ikan tu,,, sedap la tu makna dia. 
Tak perlu nak tanya-tanya dahhhh. ihikkkkkkkkkks!!!


Feedback??? 

Fuhhhh. Memang sedap gile wehhhh. Serius sedap. Kuah tu aku hirupp je manjang. Masam, manis, masin. Semuaaa perfect!! 

So uols haruslah cuba yea. 

SELAMAT MENCUBA!!! 

TQ for reading 




2 comments:

Anum said...

nak cuba la

Cik Nor said...

pergh..sdap tu..:)