Assalamualaikum...
Jelajah Kyoto dari Osaka!! Memang betul2 tak cukup masa. Banyak betul tempat yang menarik di Kyoto. Patutnya kami ambik masa dua hari disana dan bermalam juga disana. Serius.... rindu kyoto!!
ONE DAY HANKYU TOURIST PASS
Untuk ke Kyoto, kami guna pass ni. Unlimited train travel. Cover untuk Osaka, Kobe, Kyoto. Macam menarik je kan banyak tempat boleh pergi dengan pass ni. Tapi tu la, idoknya sempat nak cover semua. Kyoto pun berapa tempat aje yang sempat kami singgah.
Hankyu pass ni kami beli di Namba Station. Jenuh jugak mencari. Kalau travel, Map di tangan tu wajib. Memang 100% kami guna map dan juga signboard yang ada merata-rata.
|
Senarai harga untuk setiap pass. Hankyu tourist pass 800 yen untuk satu hari |
|
Ni tempat kami beli pass di Namba Station |
|
Sementara menunggu dedi cari pass |
|
Sebelum berlepas hehe |
ARASHIYAMA
|
Daffa layannnnnn dalam train hehe |
Stesen pertama yang kami singgah.
Memang kami plan nak ke sini dulu. Menikmati keindahan kekampungan di Arashiyama. hehe. Sangat mendamaikan!!
|
Hankyu Arashiyama Station |
|
Kedai betul-betul depan station. Rest kejap. Buang apa yang patuit. hehe |
|
Mulakan perjalanan menikmati keindahan alam |
|
Ada kedai sepanjang jalan. macam-macam ada |
|
Tengok Daffa punya gaya. Berjalan pun nak melompat. Seronok sangat lettew~ |
|
Air longkang kata husband aku. haha. Dia punya bersih tuu. ya ampun.. Jernih betul |
|
Dah separuh perjalanan. Nak sampai pekan Arashiyama |
|
Apa ke namanya nya tu. Aku panggil beca aje. hehe. Teringin nak naik. Tapi rasa kesian pun ada. hahaha |
|
Ais krim 300 yen uols. yummy!!! |
|
Sakura flavour & Matcha mix flavour |
|
Mochi kat sana besar2. leeleehhh je air liur aku tengok dia punya mochi |
|
Strawberry manis ya amat. Sedapppp sangat!! Harga boleh tahan |
|
Aku nak makan banyak-banyak punn tak jadi sebab tengok budak kecik ni suka sangat
telan tak tengok kiri kanan. Kasi can kat anak jela hadapppp. hahaha |
Arashiyama Bamboo Grove
Bamboo Grove - Tempat pelancongan utama di Kyoto. Tempat yang menarik dengan tarikan pokok-pokok buloh yang banyak dan tinggi.
Laluan untuk masuk ke dalam bamboo grove ni boleh tahan sempit juga. Dengan manusia yang ramai dengan tiba-tiba. hehe. Sebab time kami sampai tu ngam-ngam Geisha pun sampai. perghhh. pakat nak selfie dengan geisha weh.. Kami pun join sekali.
|
auwww Chakkk!!! sis selpi dengan geisha!!! |
|
Gambar google. lawo benor. aku punya gambar semua jahanam. haha |
|
Kasi can laki sis bergambor dengan Geisha |
|
Geng travel. 6 orang jur. sorang lagi tu tengah nyenyak tido lam stroller. Huntung betul |
FUSHIMI INARI SHRINE
Dari Arashiyama kami terus naik train ke Fushimi. Lokasinya betul-betul berhampiran dengan Inari Station. So tak susah laa kalau nak cari hot spot ni.
Fushimi Inari shrine - dikenali sebagai tempat suci yang terkenal di Jepun. Attractionnya ialah kayu kayan yang berwarna oren dan disusun yang dikenali sebagai torii sepanjang jalan ke Gunung Inari. Masuk adalah percuma. hehe
|
A giant torii gate |
|
Aku tak masuk dalam tu. sebab tengak tangga banyak sangat. hahaha. Mampu tunggu kat luar je.
Suami dengan Dafna je yang teroka masuk. gigih naww suami iolsss. |
GION, KYOTO
Gion ni merupakan bandar lama Kyoto. Tempat ni memang femes dengan Giesha Districts.
Kami singgah sini untuk makan malam dan cari ole-ole murah. hehe. Aku ada terjumpa dalam google pasal ole-ole murah kat sini.
Entri pasal kedai makan Halal di gion ni aku ada up di entri - DISINI.
|
Keluar aje dari Gion-Shijo Stesen, jalan sikit dah nampak geisha. hehe. bersepah uols.
Geisha ada di mana-mana. hehe |
|
Jalan-jalan sekitar Gion Shirakawa |
|
Laki aku tak habis-habis nak bergambar dengan longkang. hahaha.
Teruja betul dia dengan kesucian air kat sana |
|
Asal jumpa je bunga sakura yang dah kembang, mesti nak snap gambar. hehe. |
Lepas makan baru kami pusing-pusing untuk cari kedai tu. Jenuh jugaklah mencari. Rasa dah give up pun ada. hahah. Last-last, dapat petunjuk dan hidayah.. tetiba aje jumpa kedai tu.
Tadaaaaaaa~ gittew! kihkihkih
|
Dalam kepala aku, memang ternampak-nampak aje board kedai ni.
So, bila dah nampak depan mata, memang tak sangka betul boleh jumpa. hehe |
|
Bergambar dengan tuan punya kedai yang peramah. Senyum aje manjang |
SAYONARA Kyoto
SAYONARA Osaka
SAYONARA Japan
Ni adalah entri last untuk pengalaman kami travel ke Jepun. ada 5 part sahaja.
Sikit sebanyak untuk kenangan di hari tua. Rindu Jepun of course!!
TQ for reading!! K bai~
1 comment:
seronoknya daffa,..:)
Post a Comment