KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Menghantar Menantu ~Mak Su & Ayah Su~

Alhamdulillah...akhirnya mak cik kesayanganku sudah pun menjadi milik orang..uwaaa... =)
Hari ni adalah hari yang terindah buat mereka berdua.. Tahniah mak su.. Cinta yang terjalin ketika di bangku sekolah lagi..akhirnya menjadi cinta yang sejati selama2nya.. Mudah2an di berkati..Amin~

Majlis di adakan di rumah pihak lelaki... hari ni aku teruja giler sebab hari ahad lalu aku tak sempat untuk hadir di majlis persandingan mereka... walaupun majlis ni simple, but begitu bermakna buat mereka berdua..TAHNIAH mak su & ayah su...

Tema~Kelabu~ =POrang lain yang kawin..aku plak yang OVER! =)
~GOD BLESS MY MAK SU & AYAH SU..Amin~



Monday, March 14, 2011

Sunset at Le Paris Hotel Port Dickson

Oh My God... i rely2 love SUNSET... so beautiful & nice!! Subhanallah..Indah sungguh ciptaanMu Ya Rabb... ~

pic ni aku snap semasa keluar bersiar2 dengan kawan2 dalam jam 6:45pm-7:30pm di lokasi belakang Le Paris Hotel.. dan time ni jugak..tanpa aku sedari..aku telah pun merendam Handset aku sendiri..tak sedar wei.. fokus ambik pic punya pasal la nie~adeiiiii!!!~

gambar2 yang aku ambik ni aku juz tambah border dan juga watermark jea..tak edit pun..cantik kan??? (puji la sikit) hahahahahah~

Shoot dari belakang Le Paris~kanak2 riang~meriangkan diri selepas seharian di Ballroom

Lovely one~ Sangat suka pic yang ni...suker!! betul3x!!! =)

~Ok..itu saja...suda tidak ada mood maw snap pic selepas handset aku minum air masin...wawawaw~

...CANTIK kan?????............ (^_^) TQ!



Saturday, March 5, 2011

Pak Mal Nasi Ayam - Seksyen 11 Shah Alam

Hai readers! Salam sejahtera... =)

Tetiba mengidam + teringin nak makan nasi ayam... rindu kat masakan ibu di kampung... 8 days to go.... Balik Kampung!! nak makan sedap-sedap kat kampung.. =)

Ok~ Entry kali ni adalah pasal makanan... iaitu Nasi Ayam.. hehehe... Pak Mal Nasi Ayam. Pernah dengar tak?? kedai ni terletak di food court Seksyen 11 Shah Alam, berhampiran Sekolah Menengah Seksyen 11 (projek). Aku sampai kat kedai ni pun sebab Sawo aku ada kat situ..sedang berpraktikal di SMK seksyen 11.. =)

Bagi yang gemar makan nasi ayam, sila lah menjejakkan kaki kat sana... dah dua kali aku menjamu selera di situ... Kalau nak tahu sedap ke tidak, kena cuba sendiri la...lain orang, lain rasanya..betul tak?? hehhehee... AKu??? semua makanan sedapppp......hahahaha (sebab tu dah gedempol...telan jea apa2 pun)

Ini dia kedai Pak Mal.. Setiap kali aku pergi, mesti penuh punya laa...gempak wei.. baru jea duduk, nasi dah ada depan mata, padahal belum order lagi, buka mulut pun tak lagi.. hahahaha...Simple..But.. Nice! MUST try OK!! - Rasa ayam dia sangat sedap... nasi pun sedap..sup dia..pergh! sedap!!! hehehe ~

So? apalagi..Jom serbu Pak Mal punya kedai! Tolong ajak aku sekali yea..hehehe


** All pictures credit to EATZ - Click HERE!**

Friday, March 4, 2011

Jatuh Cinta

Selamat pagi semua.. Selamat pagi CINTA.. =)

sebut pasal cinta ni, aku teringat lagu pendek yang dinyanyikan apek + Yusry (kalau tak silap)

"Cinta itu..

Boleh diumpakan bagai makan sambal belacan..
Walau pedas hingga mengalir air mata
masih mahu dimakan jua!..
Cinta jangan buat macam goreng pisang,
sungguh enak bila makan panas-panas,
bila ia sejuk jadi kurang enak..
hohoho..Hilang sedapnya..


**Lirik yang sangat simple, tetapi mendalam maksudnya**

Jatuh cinta ni perkara biasa... Setuju??? Putus Cinta pun perkara biasa..Setuju??? Cinta monyet, cinta gila, cinta palsu, cinta dari Jin dan syaitan, cinta perampas dan sebagainya... agak-agak, di mana tempat anda sebagai pencinta sekarang?? Mudah-mudahan, Cinta yang kita ada adalah cinta kerana Allah, satu cinta yang jujur dan ikhlas, cinta bukan sekadar mainan dan cinta untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat... InsyaAllah...

Bercerita tentang cinta ni..aku ada terbaca tentang 3 perkara fitrah cinta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Menuru beliau : Jika anda jatuh cinta, peliharalah 3 perkara perkara ini supaya fitrah suci cinta itu tidak akan menjadi FITNAH sebaliknya benar2 menjadi satu ANUGERAH:

1) Niat: Betulkan niat kerana Allah …semata-mata menyukai seseorang kerana mengharapkan keredhaan Allah. Mahukan perkahwinan sbg satu bentuk ibadah, memerlukan seorang kekasih hati bergelar isteri/ suami untuk menjaga maruah diri dan agama. Saling membantu agar bertambah kekuatan utk mencintai Allah Yang Satu!

2) Cara: Peliharalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yg masih belum bernikah agar sentiasa dlm kawalan. Peraturan Islam bukan utk menyekat tp mengawal supaya bahagia yang diharapkan adalah bahagia yang berkat, bahagia yang kekal hingga ke Syurga hendaknya, ameenn…

3) Matlamat: Gunakanlah akal semasa bercinta bukan setakat perasaan. Jadikan akal sebagai raja untuk mengawal perasaan. Jika yakin hubungan itu ada arah matlamat yang jelas, usahakanlah ke arah itu. Jika ia sesuatu yang mustahil atau tak pasti, lebih baik jangan melibatkan diri dalam cinta yang sia-sia!

Untuk itu, jadikanlah kita seorang pencinta yang memelihara 3 ini.. Mudah mudahan Cinta kita di berkati dan diredhai olehnya...Mudah mudahan Cinta yang kita ada sekarang ini berkekalan hingga ke akhirnya.. InsyaAllah

Keikhlasannya menambat hati,
Kesederhanaannya menambah seri,
Namun,
Semakin dia aku dekati,
Semakin keliru aku sendiri,
Tergugat apa yang aku imani.
Oh Tuhan,
Dia amat aku kasihi,
Andai kata ENGKAU redhai,
Tunjukilah aku sekali,
Sebuah cinta yg hakiki,
Andai benar jalanku ini,
Pimpinlah dia utk turut merasai,
Kebenaran akidah ini!

**nukilan Fatimah As-Syahra dalam novelnya: TAUTAN HATI**

"Kerana Syurga itu sangatlah indah, jalan menujunya tentulah payah"


Sunday, February 27, 2011

Bukit BroGa

Yeah!! Akhirnya berjaya jugak aku *rungkas* Bukit Broga..!!!! Sampai puncak tu! Lebih Kurang 1 Jam perjalanan yang berliku dan beronak duri ini.. =D But!! sangat2 seronak bila dah sampai kat atas.. penat time daki tu dah tak igt dah..yang igt! SNAP! SNAP! jgn xSNAP!! =P

Bukit Broga ni terletak di Semenyih.. KM dari rumah aku kurang pasti la pulak, cuma yang pasti, xsampai pun 45minit dah smpai kat tempat parking kereta utk daki broga ni.. RM2 per entry =D -> Free??? parking tepi jalan free!~

Dengan ketinggian 400 meter, 1279 kaki atas paras laut, pemandangan dari atas puncak broga sangat cantik!! dan aku pulak tidak melepaskan peluang utk jejak sampai atas... boleh tahan jugak aku ni yea...pas ni dah tak kena buli lagi, ,,, It's an easy hiking. =P tak caye aku sampai puncak broga??? sila lihat pic dibawah =D

6:30 pagi8:oo pagiGunung Tok Wan??? lain kali la daki..tak sempat ari ni..ekekeke ~ pic bajet sampai atasNice VIEW!!
Layan~Tips~Barang2 keperluan utk mendaki bukit :
1) Torch Light (bawak yea! tapi ada jugak tu dijual sebelum mulakan pengmbaraan)
2) Pakaian ikut kesesuain..jan la pakai skirt plak yea..elakkan jeans,,track suit y terbaik!
3) Kasut yang ada grip dan tak licin.. lagi bagus kalau ada hiking shoes =P
4) Makanan + air = Utk tenaga..penting ni!
5) Kekuatan mental dan fizikal.. BUt., Kekuatan Mental adalah yang paling penting! =D
6) Bawak beg yang tidak terlalu berat dan tidak menyusahkan diri sendiri utk hiking!

~Selamat mendaki! FallS in love oredy ..~



Tuesday, February 22, 2011

Premium Gold Slimming Foot Detox Patch

Hi Readers!! Malam ni aku nak kongsi tentang cara2 utk membuang toksin semudah 1,2,3 ->tido.. hehehehhee....

Caranya mudah saja... hanya dengan menggunakan Detox Foot Patch!!! :P lekatkan di kaki 4-8 Jam...Korang akan rasa keberkesannya...

Sekarang ni aku tengah cuba Gold Slimming Foot Detox Patch.. So far aku rasa OK la..not bad.. kepala pun da kureng skit peningnya (sebelum ni berat je kepale aku ni).. hari 1st aku pakai.. aku pakai kedua2 belah kaki,, bila aku bukak masA bangun tido, aku tengok detox yang belah kanan hitam pekat macam ***, but yang belah kiri ciput je hitam.. then 2nd day aku pakai kat kaki belah kanan je.. BOley ke macam tu??? adei~ Banyak jenis detox yang korang bleh cuba..dan order..kesannya berbaloi3333333....

**Untuk maklumat lanjut tentang jenis2 detox, kesan penggunaan detox dan cara macam mana nak order, Sila Terjah Belog Winda -> Klik SINI!**

Ok ! Selamat Mencuba~ =)


Monday, February 21, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran -SepTemBer

Mowning...Selamat Hari Isnin =) Pagi ni nak kongsi sikit tentang rahsia bulan kelahiran oleh Dato' Fadzilah Kamsah.

Credits to Facebook.com

Rahsia Bulan Kelahiran September... Kenapa Aku fokus SEPTEMBER? sebab september adalah bulan kelahiran aku..ngeh3 - 9 September... ramai yang cakap tarikh kelahiran aku cantek.. terima kasih =)Antara rahsia2 yang di utarakan oleh Dato', aku rasa banyak yang kena dengan diri aku..sedar tak sedar.. ANtaranya :

-Kurang menunjukkan perasaan | Totally Correct.. aku sgt2 tak reti mcm mana cara nak tunjuk perasaan ni.. kadang2, kelakuan yang aku buat sebenarnya tak menunjukkan hati dan perasaan aku yang sebenar.. xbest kan macam ni... Berubah OK!

- Suka Sukan, Hiburan & Melancong | dalam ketiga2 aspek ni..yang paling tepat sekali adalah melancong! aku ni jenis kaki jalan, xkesahla pegi mana2 pun, asalkan xduk terperap dalam rumah..mungkin sebab family aku jenis kaki jalan...dah terbawa2 dalam diri aku ni kaki berjalan sampai sekaranG!-Suka mencari maklumat | Yeah! totally right!! bukan sahaja maklumat utk buat assigment, tetapi maklumat dalam perjalanan hidup aku.. =) utk mem'proof'kan sesuatu situasi, diam2 aku akan mencari serta meneliti apa saja perkara, kelakuan, sifat dan sebagainya,,utk aku jadikan panduan serta pedoman dan maklumat yang terbaik utk Aku! (biarlah aku saja yang tahu =P )-Terlalu Memilih Pasangan | erm...yang ni kejap aku rasa setuju, kejap rasa tak setuju..aku pun kurang pasti... tapi, my mom selalu cakap,, aku ni terlalu memilih.. hurm...terpulanglah =)
**Dah jumpa pun my Mr. Right, how sweet you are! ALhamdulillah**-Sikap sgt cool, sgt baik dan mudah simpati | dalam ketiga2 situasi ni,,yang paling tepat dengan aku adalah mudah simpati.. aku pun tak paham ngn jiwa aku ni..terlalu mudah simpati..kadang2 sampai mengalir air mata bila tengok sesuatu yang menyentuh kalbuku..hehehe

- Setia & Jujur | mabe aku perasan sendiri la ni kot..tapi aku rasa,, aku ni jenis setia & Jujur.. =P
aku rasa tu saja yang kena dengan jiwa aku .. yang lain tu,, kurang pasti..mungkin orang lain lebih kenal aku dari diri aku sendiri.. orang kata | orang yang selalu rapat ngn kita akan kenal kita lebih jauh berbanding kita kenal diri kita sendiri - betul ke ni??

Macam mana pula dengan Rahsia Bulan Kelahiran anda??

**All pictures credits to GOOGLE.com. Thanx google**