KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, February 6, 2013

Kiah Pekasam

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???  

Tadi masa aku tengah tengok cerita kiah pekasam, ada satu scene kiah sedang mengadap nasi, berlaukkan pekasam. Mak aiii. Kecur dibuatnya. Maw meleleh air liur aku ni. Hahaha 

Dan2 time tu jugak nafsu nak makan ikan pekasam membuak2. Wargh. Stress. Haha. Padahal aku baru jea sarapan dengan vanilla shake. Aku kalau bab2 pekasam, budu, ikan masin memang aku surrender laaaa. Tengok petai jea pun dah kecur meleleh. Makan apatah lagi. Sah3 tambah nasik. Hancusss!!☆ 

Kebetulan, semalam kawan tempat kerja bagi aku dua bungkus ikan pekasam kedah. Perghh. Kemain kononnya nak bawak balik kampung jumaat ni. Tak dan jumaat ni, Kejap lagi aku rasa berasap kuali goreng ikan pekasam. Haha. 

Aku selalu kirim ikan pekasam kalau kawan aku tu balik kedah. Suka bebenor aku dengan style pekasam kedah. Kadang2 tu, aku ratah jea ikan pekasam, tak dan2 nak tunggu nasik. Masin? Entah. Bagi aku tak de lah masin sangat. Aku suka rasa masam ikan tu. Kalau goreng garing sikit, makan macam makan keropok. Best2 ♥♡ 

Dua bungkuih pekasam kedah rm10 jea. Tapi kawan aku bagi free. Haha. Terima kasih laaaa. Sayang hang ketat2 haih!!!


Apa perasaan anda bila tengok gambar nih? ♡gulp♡


Semalam abang whatsap lapor kat aku yang terubuk masin yang dia order dari kuching dah sampai Song. Sekotak woooo. Banyak2. Nahhh hambek. Nak sangat ikan terubok masin. Sekotak abang beli. *perli kea bang* Haha. Marbeles!!!! Pounsikou abang. Lusa jumpa kay♥

Tengok gambar jea tak jadik kan... mohler kita menggoreng ikan pekasam. Satu taman bau pekasam. Haha. 

K bai!


6 comments:

Puan Mimi said...

sis, apasal kejam sangat ni, hehehe... pagi2 tengok ikan pekasam terus meleleh air liur tgk. ni paberet akak gak ni. adoh mana nak cari!

nik ros said...

sedapnyer tgk.kecur air liur tgk ikan ni walaupun tak goreng lagi.

ayeen muhammad said...

ni semua angkara kiah pekasam..huhuhu.. sedap kan.. makan ngan nasi panas2 ...walawehhh!!!

NinaAz said...

Yaaa. Mkn ngn nasik panas2... besttt wooo. Hihi

Remy hazza said...

lama tak mkn pekasam...pergh!!! terliur sat!

deDetz said...

Yuhuuu sis!
Waaaa bnyak suda sy trmiss crta kakak ni..hehe
Hepi 2013 kio~ :)