KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, June 30, 2013

Dunia Baru, bilamana UPTku mula POSITIF

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Alhamdulillah... syukur padaMu Tuhan diatas nikmat rezeki yang Kau berikan kepada kami. Sungguh, rezeki ini cukup2 berharga dan bermakna buat kami. *nangis* 

Seperti yang sedia maklum, usia perkahwinan kami baru seawal 7 bulan 2 minggu 2 hari. Kata orang, masih lagi dalam mood honeymoon. hikhik. honeymoon gittew. Selama 7 bulan kami kawin. tak sampai 3 bulan kot kami hidup sebumbung seperti pasangan yang lain. sungguh, perit hidup berjauhan. ya. orang yang tak rasa mungkin takkan tahu bagaimana perasaan kami. Demi mencari sesuap nasi, rezeki yang halal buat keluarga, kami tabah harungi hidup berjauhan bersama-sama. (T_T) 

Selama aku kawin. aku sangat obses dengan pregnancy test. hahaha. sengal kan. Asal lewat jea cik P datang, terus excited. sampai tak tido malam. asyik duk google pasal tanda2 kehamilan. lepastu compare dengan diri aku tika tu. *eh.eh. tanda ni sama lah macam sekarang*.. *eh.eh. rahim aku rasa macam mencucuk2 lah. ahaaa. ada baby ni- lepas tu gelak sorang2.* adoiiiii. 

Tapi, bila buat test. negatif. frust tertonggeng maks. frust aku kejap jeaa. mengalir air mata 12 saat, pastu lompat2 workout kat depan TV, habis dah lah frust aku. haha. . hehee. 

Pada suatu hari yang indah. ececeece. Time tu aku yakin gila CIK P on the way nak datang. seperti biasa. tanda2 jerawat dan nafsu makan yang membuak2 itu menunjukkan aku akan datang bulan. Aku yakin aku akan frust lagi bulan ni. seperti biasa, aku akan buat pregnancy test, walaupun aku tak missed period lagi. saje gatal nak buat kan. dan seperti biasa lah, jawapannya mestilah negatif. hahaha.

19 June 2013


Kali ni aku tak nangis dah. aku dah jadi tabah tetiba. seperti biasa. Abang merangkap penasihat terbaik ku, ayat yang sama diulang-ulang. sabar.sabar. nanti ada la tu rezeki. hikhik. 

Minggu lepas mama ada datang KL. lepak kat rumah aku dua tiga hari. Satu hari tu, terdetik dalam hati aku. Ya ALLAH! aku lupa nak suruh mama aku doakan aku supaya cepat dapat anak. patutla upt asyik negatif jea. haha. sungguh aku lupa plus aku malu. entah apa yang nak dimalukan pun aku tak tahu. Sebelum ni, tiap kali apa aku nak buat, pilih jodoh, nak exam, nak dapat kerja, nak dapat rumah sewa..ahhhh segala benda lah. mesti aku suruh mama doakan yang terbaik untuk aku. Tapi kali ni aku lupa. 

Hari kedua mama kat rumah aku. aku menyuarakan suara hati aku pada dia 

Aku: Ma, kenapa long tak pregnant lagi ehh. ma tak de doakan long erkkkkk??? 
Ma: *senyap*.. tak dok aihhh. sengoti heh ma tak dok pun doa pasal anak tu. Cuma ma doa supaya murah rezeki.. bla..bla..bla.. 
Aku: Aloohhh... ma doa ko long deh. long nak anak cepat2 nih. 
Ma: Ho laa. Biar settle pasal kereta tu dulu. pahtu adolah anak tuu.. 
.................................................................................................................................................................

Nak dijadikan cerita. Semalam aku pergi Cameron. ada rombongan geng bas sekolah. haha. driver bas lalu jalan tapah. Actually, aku dah biasa dengan jalan Tapah, jalan macam ular kena palu tu biasa bagi aku. sebab sebelum ni aku ulang alik Tanjong Malim- kelantan pun lalu jalan tu kadang2. tak de pun perasaan pening bagai. Siap drift lagi tu. 

Tapi semalam. Aku rasa loya semacam. tak de lah sampai muntah bluek2. Bila bas berenti isi minyak. aku cepat2 turun cari asam. dua plastik asam aku telan. baru lega. serius. lega gila. Terdetik dalam hati. *eh. apasal ni. tak kan pregnant kot.* haha. aku ni cepat perasan taw. 

Kami pergi cameron balik hari jea. dekat jam 10 malam baru sampai KL. sampai sekolah cepat2 aku drift balik rumah semata-mata nak tengok TRW VS JDT. korang tahu kan semalam ada perlawanan final piala FA? tak tahu duk diam sudoh. Memang excited kot aku Kelantan menang 1-0. hehehe. lepastu wassap kat abang. Johor kalah. booo abang boo. haha 

Lepas game habis, baru aku ingat nak mandi. Tetiba teringat nak buat pregnancy test lagi. sebab aku rasa macam pelik jea perut aku. Dengan tiada perasaan, *tak berharap pun* aku terus buat test. sekali celup... sungguh tak sampai sesaat pun......

ada dua jalurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!


Ya ALLAH... biar betul? betul kea ni? betul kea bohong? huhuhuhuhuu. Laju jea air mata aku mengalir. Aku tak tahu nak buat apa. Aku bangun ke hulu ke hilir. tengok depan ada dinding. tengok belakang pun dinding. kiri kanan dinding. dan2 aku rasa macam nak peluk dinding. huhuhuhuhuhu.. *aku sedar, dalam rumah ni, hanya ada aku seorang* 

Aku terus wassap abang..  tunjuk gambar UPT tuu... abang terus call aku... 

Abang: Apa maksud dua jalur tu? 
Aku: Ada baby dalam 
Abang: Yea keeeee???? wahhhh. Alhamdulillah... 

*tetiba aku rasa sebak* 

Aku: Abang jauhh sekarang... 
Abang: Sabar yeaa... 
Aku: ermmm... sabar. Esok pagi nak buat test lagi. Kalau positif jugak, nak pergi kliniklah check. 
Abang: Okkk... yeaay!. nak jadi ayah dahh. patutlah abang rasa lapar jea selalu. loya2 pun ada. Hari tu beli asam sampai 4 pek. hahaha 
Aku: wah222.. dasyat tu. tapi, baguslah kalau abang yang loya dan muntah. baru fair and square. kihkihkih. 

.......................................................................................................................................................

Pagi tadi, aku check lagi sekali. Alhamdulillah. result masih lagi sama. UPTku dah positif!!!



Petang tadi aku terus pergi klinik. excited nak jumpa doktor.  

Doktor: Iya, kenapa yea *lembut jea doktor nih* 
Aku: saya nak check doktor, sebab saya dah missed period. (*actually aku selalu jea missed period, kadang2 sampai seminggu. kitaran tak berapa nak betul). Saya dah buat dua kali test. 
Doktor: Positif la yea. 
Aku: yea saya. 
Doktor: Bila hari pertama last period? 
Aku: 24 Mei 
Doktor: *tengah berkira2* Kalau ikutkan perkiraan saya ni, awak punya due date 5 mac 2014 
Aku: eh? dah confirm pregnant kea doktor 
Doktor: Mari kita check. scan dulu.

Alhamdulillahhh.... syukur padaMu Tuhan

Doktor: Apa yang boleh saya cakap sekarang ni, awak sudah pregnant 4 minggu 4 hari, kantung berada di dalam rahim. yang hitam tu ketuban. nanti baby akan ada dalam tu.. Bulan depan 30 Julai datang lagi. time tu baru kita boleh tahu situasi baby macam mana. 
Aku: Terima kasih doktor *hati berbunga2* 

Syukur sangat2. Akhirnya. Apa yang kami impikan menjadi kenyataan. Allah makbulkan hasrat hati kami selama ni. Doakan kandungan ini sihat dan membesar dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami. Kesedihan kami beberapa hari yang lalu bila dapat tahu permohonan pertukaran abang untuk balik semenanjung tidak berjaya akhirnya Allah gantikan dengan kegembiran berita yang kami dapat hari ini. Sungguh rezeki Allah sangat luas. Dia sudah merancang yang terbaik untuk hambaNya................. Doakan kami tawww!!! 

**Sometimes, when you want something, slow down and be PATIENT! and they might come to you** 

TQ for reading. k bai!









Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday : Jom Berpuasa dengan Herbalife

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Ada special promotion untuk new customer. PM aku eh! 0193190117




Tuesday, June 25, 2013

Nak ber "EAT CLEAN" jugaklah!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ish! ish! ish! Tak boleh jadi ni. Jeles aku tengok orang lain ber 'EAT CLEAN'. Penuh wall facebook aku dengan gambar makanan yang bertemakan 'eat clean'. Warna-warni sungguh makanan diaorang. dah la guna teknik kukus-grill-panggang jea. Kejelesan terserlah dalam benakku. 

Aku pun nak macam tu jugak lahh. Tapi tak tahu la berapa hari yang boleh aku istiqomah. muahaha. Aku ni payah sikit. cepat sungguh tergoda dengan makanan2 yang tak 'clean'. 

Haaaa... kata nak bersaiz S di hari raya. So? cepat-cepatlah insaf ok. haha 

Clean eating NOT a diet. it is a lifestyle choice. Haaa. dengar tu. lifestyle ok! lifestyle. Bila kita dah konsiten dengan lifestyle yang macam ni, sudah tentu kita akan dapat kesan yang positif. >Fat Loss>weightloss>Increased energy>Clearer Skin>Shinier Hair>Better Sleep>Increased mentall well>Improved digestion. (sumber: FITDAY). ssangat positif kesannya kan.? 

Contoh makanan 'eat clean' yang aku jumpa dengan menggunakan aplikasi google. hihi

Mana nasi? ooohh.. lupa. omputih tak makan nasik. Tak mampu aku nak telan ni jea. nasi wajib ada. barulah ada power. haha




Ini pulak contoh makanan 'eat clean' yang aku makan. tersangatlah CLEAN bagi aku *jeling-jeling*. bagi aku laa kan. hahaa

Ikan rebus yang mama buat adalah yang paling sedap didunia!!!! nak resepi? nanti aku bagi eh. ahaks!
Nasi putih + Salad & tomato mentah + Organic pea sprout stim + kurma + Zaiton -> aprikot ok. zura lee yang betul kan. malu mak jemah tahu. krooohhhkrooohh + Tea mix Herbalife + Sunkist for vitamin C

Jangan terpedaya dengan pinggan yang kecik ni yea. Actually, ni adalah piring biskut. hahahaa. Nasi tu nampak banyak sebab aku letak atas salad. Efeknya disitu.
Nasi putih + Kobis & pea sprout stim + Salad mentah + Lada Benggala hijau + tea mix herbalife & biji selasih


Nak lagi CLEAN. minum shake herbalife jea everysingleday -> sarapan, lunch, dinner. hah! MAMPU? Aku memang tak ahh. kalau setakat everysinglebreakfast tu memang terlebih mampu lah. hohoho 

Hari ni aku tak tahu nak makan apa daaa. Ikan rebus yang mama buat hari tu ada dua ekoq lagi. Ayam yang mama perap ada lagi dalam peti ais. macam nak grill ayam jerk. ehem. eat clean ok.   

TQ for reading. k bai! 


Monday, June 24, 2013

Adijuma Bawal Sales 50%

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hey! korang! korang! Tahu tak sekarang ni Jerebu teruk kat KL??. rasa pedih-pedih jea mata. Duduk dalam rumah pun baju bau asap tahu. Gara-gara Jerebu, semua sekolah area KL, Selangor, Melaka diarahkan tutup hari ni. woot..wooot. Hepi mak jemah! ahaks! 

Ok. kita lupakan sekejap pasal jerebu yang melanda. marilah kita bergumbira dengan koleksi tudung bawal Adijuma. Korang tahu tak yang Adijuma tengah sales sekarang? 50% sales wooohhh. manyak tuuu. Sangat menyesal kalau tak rembat satu. 

Diaorang pakai apa pun cun kan.. sedia lawo. tssskkkk...tskkkk....


Aku ni, dari dulu sampai sekarang. memang setia gila dengan tudung bawal. Koleksi tudung bawal yang aku ada sekarang ni pun aku ambik sisa-sisa mak aku jea. Sekarang ni dia tak pakai dah bawal-bawal ni. pakai tudung ekspess jea. sejak ada tudung ekspress, tudung bawal dianaktirikan. senang dan cepat katanya. So, tudung bawal yang belambak-lambak tu, aku lah yang pakai. Nampak tak tips berjimat cermat disitu? Tak payah keluar modal. Dapat tudung free gittew. 

Seingat aku lah kan... dah lebih kot 5 tahun aku tak beli tudung bawal. Asyik duk merepek dengan shawl jea. tudung bawal aku just ulang pakai yang sama jea. dah hancur dah pun tudung-tudung aku tu. Kalau tengok dekat2, memang agak kesian. hancur dek kerana kerongsang dan bukti tudung yang agak lama dan old fashion. hahaha. ada aku kesah?. Lagipun, tudung bawal yang aku ada tu just pakai untuk pergi kerja jea. Tak mampu mak jemah nak melawo pergi kerja. Klienku student jea bukannya my sawo. ahaks! 

Tapi, sejak aku tertengok dalam Instagram jezmine pasal sale adijuma ni, serius tak tenang rasa hidup aku. bahaha. aku ni mana mampu dengar jea sale 50%.. Lagipun, dah lama aku berkenan dengan tudung bawal adijuma ni, cuma tunggu masa yang sesuai jea. sekarang ni masa tu sesuai sangattttt.... wink!wink!wink!

Outlet Central Market. First time jejak kaki kat sini. nervous iolss! 


Berbelang-belang mata aku bila masuk dalam kedai ni.



hak ni new items. beli RM120 untuk 3 helai. Tapi, kalau beli satu rm48. harga asal rm56. Hak ni jea tak sales 50%. baru katanya. aummmmm~


Yang floral tu cantik kan. kuning kat tengah. biru kat tepi. bunga2 kat hujung oren-oren gittew. perempuan ssangat. cantikkan?. 


Tema raya kami tahun ni Hijau taw. Alang-alang ada sales nih, bolehlah terus beli untuk raya kan. Adik beradik aku ada 5 orang perempuan. campur mama aku, so ada 6 orang perempuan. hohoho. nasiblahhhh~ Tudung dan baju haruslah sama tahun ni ya.

Tudung raya kami tahun ni. hahaha. Puasa belum lagi, tudung raya dah ada tahu. dunia..duniaa..


Kami adik beradik dan juga mama kami, HARUSLAH CANTIK sebegini di hari raya nanti. AUMMMMMM~~~~~


Salesgirl dalam kedai tu cakap, maybe bulan 7 nih keluar design baru lagi. design raya katanya. kaataanyaalah kan. Ahaks. Sales 50% baru aku datang lagi ok. :P 

Cepat-cepatlah serbu butik Adijuma esok eah! Sales sampai AHAD ni jea tauuu... kang nangis pulak tengok aku pakai Adijuma Bawal kang. hahaha.  motif sangat kan.  

ADIJUMA BAWAL SALES : 15 JUNE - 30 JUNE 2013 
STORE LOCATION: CLICK HERE!

Tq for reading. k bai!    



Apakah sarapan anda hari ini ????

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dah sarapan kea???? Makan apa? Mesti makan nasi lemak kan? Tak pun biskut kering cicah milo panas kan? Kan?. Kea mee goreng mamak? Tak pun tak sarapan? Muahahaha. Kalau korang tak sarapan lagi sadis tau. 

Kalaulah perut tu boleh bercakap. Confirm tengah maki2 korang sekarang gara2 tak sarapan. Ahaks! 

Aku seperti biasalah. Pagi aku dimulakan dengan sarapan sihat. Haaaa. Sihat sangat!. Sarapan yang sangat2 tinggi nutrisi dan rendah kalori. 

Walaupun dah nak dekat 2 tahun aku minum ni jea untuk sarapan. Iolss tak muak tau. Tak boring dan tak bosan. Tapi, lagi bertambah2 kesayangan dan kecintaan. Hikhikhik

My sarapan everysingleday :)


Cakap pasal muak ni.  Shake Herbalife yang lazat ni actually ada 5 perisa (Vanilla, coklat, cappucino, tropical fruit dan strawberry). sebab tu la aku tak muak. kalau rasa dah bosan dengan coklat, aku boleh ambik cappucino. kalau muak dengan cappucino, aku boleh pilih strawberry. haa. kerlass kan. 

Memandangkan ramadhan dah semakin dekat dengan kita. Apa kata, ramadhan tahun ni, kita ubah cara sahur kita? hehehe. Tahun ni, tahun kedua aku berpuasa bersama herbalife. energy tak payah cakap ah. ko cuba dulu baru ko tahu macam mana. hakhak. 

Aku ada buat special promotion sempena ramadhan. Kalau ada sesapa yang nak try herbalife, contact aku lelaju eh! boleh pm kat FB atau terus ke 019-3190117. cepat tau! promosi terhad okkey! :)

  

Tq for reading. K bai!



Wednesday, June 19, 2013

Wordless Wednesday : Love is Passion

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Pinjam bergambar sattttt... maap yeaa tuan punyaaa.. hohoho





Tuesday, June 18, 2013

Halal Thai & International Food in Bangkok : Yana Restaurant

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Bagi penggemar Tomyam. Sila sediakan tisu untuk baca baca entri nih. motif tisu? untuk lap ayaq liuq yang akan meleleh-leleh nanti. muahaha. 

Okeh. Last entri Jumaat lepas aku ada cakap yang aku nak pergi Bangkok kan. Aha! So, hari ni aku ada bawak ole-ole bergambar dari Bangkok untuk santapan korang!!!! lalalalalaaaa~~ 

Kalau datang Thailand. makanan pertama yang ada dalam kepala aku. Of Course. TOMYAM. fuh! sangat rugi kalau pergi sana tak dapat makan tomyam yang sedap dap dap taw!.. Mungkin akan rasa sedikit terkilan bila balik Malaysia.ececece. 

Tapiiiiiii.... kalau dah jumpa tomyam yang sedapppp tuuu, balik Malaysia pun masih terasa kenikmatan dan kesedapannya. Tengok gambar pun dan-dan telan ayaq liuq tahu!. Kalau mengidam nih, memang bala ah. Tak kan nak terbang sana semata-mata tomyam? Ahaha. Agak melampau disitu. 

Ahad lepas. Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Mah Boh Khrong Mall atau nama femesnya, MBK Mall. Kalau korang dari Don Mueng Airport, untuk ke Mall tu, senang jea. Ambik taxi jea kesana. mihmihmih. Hari tu kami kena 400baht. Agak terasa kecekikan darahnya. Aku rasa boleh dapat lagi rendah dari harga tuu kottt. tak sampai setengah jam pun. hahaha. 

Ini diaa... MBK Mall Bangkok!!!! Aku rasa, Mall ni lebih kurang Sogo jea kot. :)


Actually, kawan aku yang plan nak cari tomyam sedap kat sini. Ada sorang hamba Allah yang bagitahu dia, ada tomyam sedap dekat MBK Mall tu. So, apalagi, kami terus excited dan teruja nak kesana... Bab2 makan ni, memang tak boleh dipisahkan dengan kami. kahkahkah. Tengok orang lah beb! 

Macam tak percaya jea kami boleh sampai Mall ni. Walaupun hanya bertiga, berada ditengah2 Ibu Kota Bangkok, hanya berbekalkan beg galas dan beg ala-ala handbag cap Herbalife (beli time event, 450baht), berserta kaki yang melecet akibat terlampau banyak plus laju berjalan, bercakap dengan taxi driver bagai itik dengan kucing (Miow,miow VS duckduckduckduk), akhirnya, dapat jugak kami merasa duduk di Yan restoran. vavava gittew. 

Tetiba rasa *wah! hebat jugak kita ni kan*, juga rasa *Alaaahhh. senang jea nak jalan-jalan kat Bangkok nih. Macam Malaysia jea rasa* Boleh? kihkihkih

Yana restaurant. MBK Mall, Bangkok


Kalau dah namanya LUNCH, off course laa makan nasi kan. Macam tak berapa nak kena pulak kalau nak makan Chicken Chop dengan tomyam. ahaks!

Aku dan jerawat Bangkok, bersama dengan buku menu Yana restoran

Kawanku Blur tak tahu nak makan apa. semua nampak sedap.ihihihi


So, dalam banyak-banyak menu yang ada, menu yang terpilih adalahhhhh!!!!! *maaf jika anda telan ayaq liuq*

Ini menu utama kami. tengok dalam gambar jea pun dah berdebar2 rasanya. hahaha


Ini diaaaa. Tomyam Seafood
Harga: 299 Baht. lebih kurang rm29.90 kot! gulp. 


Ini tomyam ok. bukan gulai lemak kedaung. haha. Kepekatannya agak nampak disitu. setitik kuah pun kami tak tinggal. hirup habis!


Ini menu untuk sayur kami. Dua pilihan somtam. Kami pilih somtam Mango Salad

Mango Salad. Dah namanya mango, kalau yang jenis putih macam ni, confirm masam kan? masam-masam masin manis semua ada tahu. huhuhu. Aku taip ni sambil telan air liur. *gulp* serius sedap!!!. memang pure somtamlah!
Harga: 99 Baht


Menu sampingan. Stir Fried Sum-dried beaf with crispy basil leaves


Ini dia! Daging yang dimasak bersama daun Basil yang digoreng. Daun Basil tu crispy tahu. rangup kriuk-kriuk. Sebab tu lah mahal harga lauk nih. sebab ada daun basil kot (sejenis herba). Orang Itali suka sangat guna daun basil gabungan dengan Oregano untuk menghasilkan pizza yang sedap. Tapi orang Thai dia goreng daun ni dan masak bersama daging. Kreatif ssangat!!! :)
Harga: 169 baht lebih kurang rm16.90 

Late Lunch. ready to menternak lemak. hikhikhik

Untuk mengurangkan kalori semasa makan. minumlah air putih sahaja. tak main ahh air manis-manis nih. hahaha
*lihat dagukuuu. sudah berlapiskan??? terima kasih nafsu makan! :P*

Bill untuk 3 orang makan. Walaupun makanan kat sini agak up *bagi aku lahh kan*. Tapi sangat puas hati. yeah!


Next time, kalau datang Bangkok lagi, pasti aku datang lagi Yana restoran nih. yeah! nak bawak abang sekali. Abang pun suka makan tomyam kan? kan bang? Jom Bangkok?? 

So, kalau korang ada plan nak ke Bangkok tu, boleh la try makanan yang ada kat dalam Yana Restoran ni yea! confirm tak nyesal. 

YANA RESTORAN (HALAL FOOD) 
TINGKAT 5, MBK MALL,
BANGKOK THAILAD 
*betul2 tepi escalator*

Tq for reading. K bai!   




Friday, June 14, 2013

Ready? Let's go EXTRAVAGANZA! Bangkok! kapkunkapppp!!!!!!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Bangkok.bangkok.bangkok....Malam ni kami naik belon terbang pergi Bangkok... Waaa... excited gila kot. dah berkurun aku tak join event Herbalife. last event besar yang aku join Spectacular di Stadium Putra Bukit Jalil dan STS di Hotel Pan Pacific... hohohoho. Agak sleeping beauty Mak Jemah.  

Pergi sana bukan nak pergi melancong even jalan-jalan makan angin taw. Tapi ada event besar herbalife. Asian Pacific tahu! Memang besar gila. plus.plus distributor yang ramai gila akan ada kat sana. 26,000 orang distributor herbalife kot!!!!! woohaaaa!!! excited tak?


Ini First Extravaganza aku. Time ni buat dekat Singapore. Mei 2012. auwww!


Semalam aku pergi HQ Herbalife dekat Jalan Raja Chulan. Selalunya bersesak2 manusia kat sana. Tak sah kalau tak tunggu turn sejam dua. Tapi, lengang weh semalam. HQ sunyi. tak de orang sangat pun.



Semua orang dah ada kat bangkok kottt... huuuu. Aku jea lambat sampai. Agak nebes disitu! Mana tak nebesnya. Boleh bayang tak macam mana nak register untuk masuk Hall dengan adanya distributor 26,000 orang? haaaa. kalau pergi awal, boleh la register awal. Aku ni, esok dah start event, esok baru nak register. hahahaha. Tak pe. Tak pe. Allah permudahkan. Amin~ :) 

OH! lupa pulak. Actually aku nak show off dekat korang Botol Air Herbalife yang aku baru beli semalam. hahaha. Tak de lah baru sangat pun. Aku jea yang baru beli. Orang lain dah nak jahanam dah gunanya. Aku baru jea semalam beli. muahahaha.
Sehari kena minum air 4 Liter = 2 kali isi botol ni. Sebab tu kulit aku lembap. eh? *tetiba*


Aku belum packing barang lagi ni haa. Bawak beg galas jea la kot. untuk naik kapal jea. Aku tak de beli bagasi pun. Rasa macam tak de barang sangat nak bawak. yang penting Passport dan Shake Herbalife jangan tinggal. Tertinggal selipar jepun tak pe lagi. muehehe. 

Doakan aku selamat sampai dan selamat kembali eh! Flight malam ni dah. Team2 lain dah jalan 12hb lagi. Kejelousan agak terasa disitu. Tsssskkkkk...Tssssskkkkk... 

Pssssttt: Ada sapa2 nak Lose weight/gain weight/ healthy improvement? do pm me dear! *dear tetiba* - 0193190117 (whatsapp/sms only. Calling2. no.no. yea)

TQ for reading. K bai!   



Thursday, June 13, 2013

Product Review: Mentholatum Natural Treatment Lipbalm

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semenjak dua menjak ni, aku rasa happy sangat bila masalah bibir keringku semakin baik. ecehhh. Suka taw. Dah macam2 benda aku tenyih kat bibir ni, dengan harapan ianya lembap dan tidak over menggelupas. Tapi semua macam hampeh jea. 

Ingat tak entri aku hari tu, yang aku taip pasal Obuse Lip Tint? Aku ada tanya korang kan pasal lip balm mentholatum. Ada jugak blogger yang cakap bibir dia makin kering bila pakai lip balm brand mentholatum. Ada jugak yang bagi feedback positif. heeee. Aku ni jenis yang mudah terpengaruh. So, nak tak nak. Aku rasa macam nak jugak try mentholatum nih. 

Lagi satu perangai aku, aku jenis yang tak sabar. Kalau aku rasa berkenan sangat dengan sesuatu benda tu. dan-dan hari tu jugak aku nak ada depan mata. hahaha. buruk perangai. So, dan-dan laaa aku pergi AEON Cheras Selatan tu. semata-mata nak cari Mentholatum ko. Nasib dekat rumah jea. Dalam tu ada Watson. Dalam Watson ada segala benda yang aku boleh beli. Especially barang2 kecantikan dan kewanitaan. gittew. kan? 

Bila aku tengok dekat area lip Balm yang banyak tergantung-gantung dalam Watson tu, bila aku perhatikan. lip balm brand lain masih lagi berlambak. Tapi, brand Mentholatum ada seketul dua jea. Tu pun berlainan warna. Ada hijau dan coklat tak silap aku dia punya kotak. tapi still Mentholatum. 

Dalam hati... erm. ni mesti kes power gila brand ni, sampai stok pun dah nak Out of stock.. ermm. kea.. brand ni tak laku sangat? sampai Watson tak nak tambah stok? hahahahha. aku bermain dengan perasaan sendiri disitu. 

Tapi aku positifkan minda, sebab Prof Muhaya selalu cakap kita kena positifkan minda kannn. So, aku yakin, brand ni memang power gila sampai stok pun dah nak habis. mesti ramai yang berebut2 nak beli nih. muehehehe. 

Dalam dua pilihan yang ada. Aku memilih Mentholatum yang berwarna Hijau. yea. Hijau itu fresh! oh ya.. Tema raya keluarga aku tahun ni hijau taw, dah hantar tukang jahit pun kain. korang dah? hahaha *sabor yea. Ramadhan pun belum masuk lagi. muehehe, Ganti puasa dah ke belum?*
MENTHOLATUM NATURAL TREATMENT LIPBALM
RM9.90
WATSON


Kenapa aku pilih Mentholatum?



1) Sebab ada perkataan TREATMENT disitu. Maknanya, lip balm ini akan membaik pulih bibirku yang mungil ini *bluek*
2) Mengandungi Vitamin E dan Ekstrak Aloe. Seperti yang aku sedia maklum. Aloe dan vitamin E sangat bagus untuk kulit. Sekaligus bagus untuk bibir. Aku rasa laaa~ 
3) UV protection. ha. yang ni penting. jangan ingat kulit muka jea perlu ada UV protection tau. 

Tak sia-sia aku pilih Mentholatum. Dah ada improvement yang sangat menakjubkan. ecece *kipas2. kot2 dapat tajaan stok untuk setahun nanti* hahaa. Tapi, ini serius taw. Lip aku dah tak kering sangat seperti sebelum ni. Sebelum ni pun aku selalu pakai lip balm. Tapi lain brand ar. bila try brand ni. oh! i'm fall in love. serius aku suka. serius sesuai bangat dengan lip aku. Terima kasih Mentholatum!

Seee... Putih bersih. Sekali sapu jea terus rasa dirimu begitu berharga. AHAKS!


Kalau korang ada masalah sama dengan aku. lip kering. menggelupas tahap gaban, kadang2 sampai berdarah. nak senyum pun pedih oit. So, mohon try Mentholatum. Mana tahu sesuai dengan korang. Tak cuba tak tahu. kan.kan.

TQ for reading. K bai!    



Wednesday, June 12, 2013

Burger bakar dan Meatball Abang Burn

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak aku baca dalam belog Sepet dan Irene pasal Abang Burn, teringin sangat nak makan burger bakar Abang Burn. Aku sangat pantang bila tengok makanan yang melazatkan. mesti teringin nak makan. Mengidam mengalahkan orang pegnent taw!. sampai terbawa2 dalam mimpi. dasyat kan? 

Hari Ahad hari tu baru aku menyempat nak merasa kelazatan burger bakar Abang Burn. Dalam banyak2 tanah jajahan Abang Burn, yang paling dekat dengan aku, Jajahan Cheras Perdana. tak sampai 15 minit dah sampai. mihmihmih. kalau cenggini dekatnya, makin kerap ler aku ternak lemak kat abang burn ni. muahahahaha. 

kalau korang nak tahu mana lagi tanah Jajahan Abang Burn, boleh klik sini eh --> LOKASI ABANG BURN  

Lokasi di Cheras Perdana ni betul2 dekat Food Court Cheras Perdana. So, senang la nak cari. kalau korang pengguna waze. set jea Medan Selera Cheras perdana. confirm jumpa.

Burger bakar Abg Burn Cheras Perdana


Kami bungkus Burger Bakar daging Blackpaper DOUBLE plus cheese seketul. Haaa. double kau. seketul untuk aku, seketul untuk abang. cheese tu kerat dua. *tapi cheese tu cair daaa* hahaha.



Lepastu, kami bungkus jugak meatball abang burn. Terliur tengok mushroom brown source meatball tu. fuh! serius meleleh kau. 


Mushroom source ni aku hirup sampai licin kau. Nampak tak kesedapannya disitu?


Aku suka sangat hirup mushroom brown source meatball. sedap sangat weh. rasa mushroom tu pure gila. Abang makan seketul jea meatball. Balance lagi 9 ketul, aku yang sapu. hahaha. teruk sangat nafsu makan.  

Sos Blackpaper burger pun sedap. dah la meleleh sosnya. Rasa blackpaper memang aku suka. letak banyak2 pun tak pe. Lagi satu, daging burger tu padat sangat. tak macam burger2 yang selalu aku makan.


Mantapkan daging dia. Fuh. Aku suka daging ni


Next time, nak cuba Burger Bakar Kaw-Kaw pulak. ramai yang cakap sedap. Tapi tak tahan aku bila orang cakap kena beratur panjang dan tunggu lama-lama. Tapi.. nak jugak cuba. bila? tak tahu bila. haha  

TQ for reading. k bai!