KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 25, 2014

Nasi Goreng Kurma Belacan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku kena masuk kerja. Sebab minggu depan dapat cuti panjang. Dari hari khamis, sampailaaaa hari selasa. Rabu 5hb tu baru mula kerja balik. So, uolls janganlah jeles yea. Sakan la iolss bercuti raya minggu depan. hihihi 

Mood masak aku hari ni kelaut sangat. mabe sebab kerja dihari sabtu kot. Biasanya hari sabtu ni hari berdating dengan sidia, tapi bila terpaksa meninggalkan si dia sekejap semata2 nak keluar mencari sesuap nasi untuk dimakan, mood untuk masak tetiba menghilang. kalau diikutkan, tak de kaitan pun sebenarnya. tapi, biasalah. aku kan pelik sikit. 

Sebelum pergi keja, aku masak nasi dengan goreng ikan + ayam jea untuk buat lunch suami aku. Bagi aku, cukup hebatlah tuu kalau aku goreng ayam yang semerbak bau wangi sampai satu rumah. bukan ayam goreng biasa2 taw. main perap2 lagi. Aku tak sempat pun lunch kat rumah, terpaksa la lunch kat tempat kerja. 

Masa lunch tadi tetiba rasa terkilan + sebak gila. Yea la, dalam pinggan yang aku tengah makan tu, ada sayur bayam goreng, ada ikan keli masak sambal, bunyi macam lazat sangat kan. Tapi bila mengenangkan lauk yang aku masak untuk suami aku tadi, aku rasa macam kejam gile pulak aku ni. TU JEA BAGI DIA MAKAN??? hadoiiii... syahdu la pulak. nasib baik tak menangis sebab sedih. hukhuk 

Nasib baik jugaklaaa laki aku jenis yang hentam jea. bagi apa jea dia makan. pernah sekali tu aku blur tak tahu nak masak apa supaya seminit pungpangpungpang kat dapur terus boleh makan, boleh pulak dia bagi idea makan dengan ikan pekasam jea, lepastu bilis mentah. Aku ni hah?? ikan pekasam tak payah goreng?? AAHHH katanya. lagi aku pelik. ikan bilis mentah tu memang biasa dahh. memang fevret dia. ikan bilis mentah + asam limau + cili (resepi boleh tengok SINI). memang rare ahh!. Sekali korang tahu.. satu pot nasi dia sorang yang habiskan. lauknya cuma ikan pekasam mentah + ikan bilis mentah. sobs.sobs. kalau orang yang tak tahu, mesti diaorang cakap aku ni pemalas tahap maksimum. hahahaha. *aku rajin tawww, sssangat*

Balik2 kerja tadi, lega hati aku bila tengok ayam goreng + ikan goreng yang aku tinggal untuk dia lunch tadi licin. hikhikhik. 

So, malam ni.. kononnya nak menebus kesilapan lalu *ececece* aku masaklah nasi goreng special terbaik lagi hebat dari hotel 5 bintang. Mana tak hebatnya, kalau dia cakap sedap sampai habis satu kuali dia makan, aku cuma sempat telan tiga sudu jeaaa.. memang sah2 ahhh sedap gile kannn. haha. 

Motif entri malam ni, aku nak share resepi jea dengan korang. RESEPI NASI GORENG KURMA BELACAN. tapi terpanjang pulak mukaddimahnya. Y(^_^)Y. ekceli, tak de lah resepi sangat.. semua benda aku main campak jea. tak de sukat2 berapa biji bawang, berapa titik minyak. So, aku just share secara umum jeaa. 

Bahan-bahan: 





Cara nak buat: 

1) Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kurma, garam (perap lama2 lagi sodap) 
2) Tumis bawang putih + cili + belacan (yang dah ditumbuk) 
3) Masukkan ayam yang telah diperap. tumis sampai masak 
4) Masukkan sayur ikut suka hati 
5) Masukkan sos tiram + kicap sotong + black pepper secukup rasa (aku tak letak garam) 
6) Masukkan nasi 
7) Siap 

Nasi Goreng Kurma Belacan ciptaan sayeeeeeee 
*nampak macam tak sedap, tapi hakikatnya sedapppp* 
hahaa angkat bakul sendiri oittt!


Senang jea sebenarnya. saja ngada nak taip resepi. haha. Ni kira first time aku guna serbuk kurma tuu untuk buat nasi goreng. Serius sedap wehh.. biasa, barang wajib ada kalau aku buat nasi goreng kicap sotong dengan sos tiram tuu jea. yang lain2 tu sampingan. kalau tak de dua benda alah tu, mesti tak sedap nasi goreng ciptaan aku. hehe. 

OK. aku nak layan SARAWAK vs KELANTAN jap. mohon Kelantan menang malam ni. gomo kelate gomo. hehh. gomo kelate gomo! 

TQ for reading! Selamat mencuba!       



17 comments:

LYAfrina said...

blh cuba jugak resepi ni nanti..cuba cari kelainan

LYAfrina said...

blh cuba jugak resepi ni nanti..cuba cari kelainan

Tie HT said...

mesti best ni.must try :)

Fahimah Mahayuddin said...

Rajinnya Nina...suka nasi greng ala kmpung style ni.yummy!

Kamsiah yusoff said...

memang special la Nina..byk bahan yg digunakan tu

Zura said...

kelik umh pahn nok tera masok ikot resepi nina...

Cik Nor said...

sdap tu..:)

Cik Rose said...

lain daripada yang lain nasi goreng ni.. boleh try :)

wanariahamiza said...

Salam ziarah. Dan... ketika diri kelaparan, saat buka blog ini, terkeluar entri tentang resepi.

Oh dugaan! Hehe

eima said...

1st time aku tau ikan pekasam boleh mkn mentah ... huhuuhu

tp manrik jugak resepi nasi goreng ko wlupun memula aku ngat bubuh buah kurma ...hihi

Cik Rose said...

Singgah di pagi Isnin :)

are_lin@yu said...

sdapnya tgk..

dear anies said...

byk2 resei, resepi nasi goreng la yg plg mudah dan sng kn nina?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, sedapnya nasi goreng kurma belacan. thanks bagi resepi! nanti sheila nak try. heeeeeeeeeeee. speciallah nasi goreng awak. nanti nak rasa masakan awak ekk. hihii >__________<

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Nina,
wah..pertama kali dgr resepi ni.
blh try nnti :)
terima kasih follow blog kite..
salam kenal :)
470 =)

Unknown said...

nmpk sdp... nak cubalah nanti..!!

Nina Mads said...

nampak sedap dan 1st time nina dgr nama nasi goreng ni.heeee :)