KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 26, 2011

Sambutan Hari Guru!

Khamis! esok?? Jumaat.. Apa maknanya ni bila esok hari JUMAAT??? ini bermakna,, esok adalah hari terakhir Persekolahan sebelum Cuti Persekolahan bermula!! warghhh!! gembiranya aku... seronok2!! hepi mengalahkan pelajar.. Rasa bahagia jea nak pergi esok! Tak sabar!

Semalam adalah hari terakhir Peperiksaan Pertengahan Tahun.. Hari ni pulak ada Majlis Sambutan Hari Guru dan Esok ada Jogathon peringkat sekolah.. hari ni dan esok pagi2 buta kena pergi sekolah. kalau lambat sikit alamaknya jem la aku tengah jalan2.. lepas tol Batu 9 teros sesak. Biasala pagi2 orang pergi kerja. Biasa pergi sekolah jam 12, tapi hari ni dan esok jam 6.30 pagi dah kena start kereta.. muaaahhhaaahhaa...!!!

First time dapat rasa sambutan hari guru sebagai seorang pendidik.. bila nyanyi lagu Guru Malaysia, rasa terharu semacam,, sebelum ni selalu nyanyi kat UPSI, tapi hari ni, nyanyi depan2 anak didik sendiri! terharu wei.. tapi cover la sikit, tak kan nak buat drama sentimental jiwang pulak atas pentas tu.. kikikiki...

perarakan guru masuk ke dalam dewan~Layan pulak bila tengok persembahan2 pelajar2, berbakat jugak diorang ni.. bagus la,, kalau gilap ni, boleh meletop! yang paling best bila sesi makan memakan!! hehee.. memiara lunok hobi aku.. kek ada, char kueh tiow ada, Rojak ada, ABC ada, buah2an ada, macam2 jenis pencuci mulut ada! yang paling best.. Satay~ muaahhaahhaa... aku rasa 3 kali kot meja kitaorang tambah satay.. ni bukan makan ni, melantak!!!

Ni time rewang, sebelum majlis,, =)Bersama PK Ko SMKTCHaaa... ni time mentekedarah! =PKek ni best! -> sponser by PIBG SMKTCSelamat Hari Guru buat semua Guru di Malaysia! Ok~ Papai!!



1 comment:

Anonymous said...

Here is my comment for such a amazing post.